Al-Kisah Aizat al-Hani

Assalamualaikum.
Terlebih dahulu, hamba ingin berterima kasih kepada kalian kerana sanggup saja kalian melawat teratak usang hamba di langit maya ini. Entah apa saja lah yang kalian dapat, hamba juga tidak mengerti namun hamba hargai dengan gunung ganang terima kasih.

Al Kisah nya hamba ini, adapun hamba adalah anak kelahiran Tanah Melayu berkeponakan Melayu Jawa. Namun jawa hamba hanya pada hati,hanya pada adat tapi tidak pada tutur kata. Duduknya hamba di bumi Tanah Melayu ini di Unjuran Selatan, tempat jatuh main hamba, tempat hamba meraih kasih daripada keluarga. Namun hamba senang sekali berkelana di Negeri Ulik Mayang mengaji ilmu kerana itulah berahi hamba.

Arakian, hamba ini orang kerdil, bukan orang ada-ada, maka, adapun segala kesalahan hamba dalam teratak usang hamba ini adalah dari kecetekan hamba sendiri.

Hamba bukan orang dagang, maka hamba disini bukan mahu berdagang
Hamba bukan penari istana, maka hamba disini bukan untuk bercanda
Hamba hanya orang merantau, mudik ke hulu hilir melihat apa yang ada,
maka dari situ hamba hanya berceritera sekadar menjadi penglipur lara,
buat pedoman diri hamba.

sekian saja,
Aizat al-Hani ( Pergh, nukilan paling puitis sepanjang hidup ini ) Syabas Aizat!




No comments: