Friday, December 23, 2011

Tak tahu tunjuk sayang @ tak sayang??

Assalamualaikum wbk..(^__^)sihat semua?harap sihat lah hendaknye ye Alhamdulillah..

utk entry kali nie sy memerlukan you olls yg sedang bercinta @ada couple...=)
sebab,,entry kali ini ada kaitannya dengan you guys dan you olls punyer buah  hati pengarang jantung..lalalala.....(-____-)''eeeeee....huhuhu..

ok,lets rock!
pernah tak satu ketika couple u guys merajuk sebab katanyer u guys tak tahu nak hargai dia??katernyer lah......
atau dia kata yg u guys tak sayangkan dia sebab tak tanya kbr dia(contohlah,,)atau lupa nk tanya dia dh makan atau belum(alahai......(-___-)'' )

bila berlaku mcm tu..apa yg u guys buat ek? u guys biarkan atau u guys bagi alasan demi alasan? ATAU u guys makin salahkan pasangan u guys sebab mengada-ngada sangat??(tu lah...sape suruh couple?hehe)

pernah tak u guys cuba tengok diri u guys sendiri.
cari masalah kat diri u guys pulak.
maybe u guys yg tak pandai nak tunjukkan yg u guys sayangkan couple u guys.u guys tak tahu mcm mna nk luahkan n nak tunjuk sayangnya u guys pd couple u guys.
ATAU u guys sebenarnya dh tak sayang kt couple u guys tu..berhubung sebab kesian atau terpaksa..atau sebab takda org lain yg boleh u guys cari bila susah. so,yg mana actually..jawapan tu ada pd u olls..bukan saya.sebab sy bertanya,.bukan beri jawapan..hahhaha..huhu..

actually ini bukan sebab utama entry nie.. it just analogi..
sebab sekarang nie ramai orang sayangkan islam...yes,sy yakin dan percaya u guys sayang islam kn?u guys marah bila ada pihak cuba diskriminasikan islam kan?u guys berontak.u guys berdemontrasi dan berbagai lah...tp dlm masa yg sama u guys tak sokong dakwah islamiah.u guys tak sokong sunnah.u guys lebih pentingkan rambut k-pop drpd songkok atau kopia.inikan pula serban?.
u guys lebih sayangkan manik kat dada drpd aurat dada yg patut ditutup dgn tudung.
u guys lebih suka luah perasaan kat status berbanding status berunsurkan maaruf..

inilah yg sy maksudkan...SAYANG,TP TAK TAHU TUNJUK SAYANG...
atau sebenarnya u guys dh tak peduli.u guys dah tak sayang kt sunnah. u guys tak sayang kat islam.lebih besar dan parah lagi..atau u guys dah tak sayangkan Allah?tak pedulikan Allah.. cari bila susah..kalau carilah... kalau tak cari Allah cari couple lah..ape lg kn...?

dalam tak sedar.bila u guys diskriminasi mereka yg inigin memyampaikan dakwah islamiah,sebenarnya u guys dh diskriminasikan agama islam sendiri.agama u guys sendiri!.so.u guys sayang ke tak nie sebenarnya???

u guys dan sy jugak kene ingat..bende islamik2..tunjuk sayang2 kt islam bukan tugas mereka2 yg sekolah pondok,berjubah,tudung labuh hatta berserban dan berjanggut.tetapi tugas dan kewjiban KITA SEMUA iaini MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..

bila lagi u guys dan sy nk tunjukkan sayang pd islam kalau bukan sekarang..nak tunggu masa tua..sempatkah??
atau u guys cakap.."ala..nk tunjuk sayangkan islam tak semestinya kene pakai kopia,hati yg penting''..
memanglah...tpi..agak2 u guys lah kn kekuatan ummah islam tu akan nmpk ker kalau setakat sayang kat hati tp bukan pd tindakan? non-muslim tak tengok hati bro..non muslim tengok 1st impression. apa yg mereka nmpak skg nie?? nak tahu islam tak islam pun dh susah. inikan pula nk tahu kekuatan ummah islam.lagikan pula nak memberikan getaran jiwa nurani pd non muslim? think by yourself.

mcm couple u guys,,,u guys sayang takat hati je..bukan pd tindakan.. couple u guys tak rasa.. org lain pun tak rasa pape so senanglah org lain nk rampas couple u guys.dalam erti kata lain....SENANGLAH AGAMA LAIN NAK MURTADKAN UMAT ISLAM.huhu...(-___-)

tp.kalau u guys memang tunjuk yg u guys sayang kt die,,u guys jaga die,,u guys take care die.. mesti die rasa..sampai org lain pun dpt rasa kekuatan cinta u guys pd si dia.org nak rampas pun pikir 87964 kali.mlah org akan kagum dgn cinta u gys.mcm tu jugaklah islam...

so..sy n u guys..apa kata, kita mulakan operasi tunjukkan sayang kita pd islam..BUKAN PD COUPLE. TUNJUKKAN jgn simpan dalam hati.LUAHKAN biar asmara cinta ini membuak2.sehingga non-muslim boleh rasa kekuatan ummah kita. atau...u guys dh takda hati pd islam??nauzubillah min zalik..pintu taubat masih terbuka....bergegaslah ke pintu itu...wallahualam....wassalam..

Saturday, December 17, 2011

MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT..jom lebih khusyuk=)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu...


lama tak tulis entry blog..maklumlah..baru jer sudah exam..alhamdulillah..semoga dpt result yg best.lalala..haha...insyaAllah..

ok,,back to entry,jom khusyuk dalam solat...(^__^)
ramai orang solat..tp..tak ramai yg dapat merasakan manisnya solat.kadang2 mesti ada yg perasan,aku solat tapi kenapa aku masih buat maksiat?kenapa aku merasa malas untuk solat? ada juga yg solat tapi tak nak tutp aurat,suka mengumpat dan bla bla bla..sedangkan kita semua tahu solat itu mencegah kemungkaran..

jadi,mana silap kita?solat pun macam tak solat jer,,sama juga..buat jugak maksiat,so,,tak perlu solatlah..macam tu???? tidak..... ingat,malau macam mana pun kita..solat tetap wajib..

mungkin,,kita tak memahami mengapa kita solat,mungkin kita solat sebab sekadar memenuhi kewajipan.lansung tak tahu setiap makna lafaz yg kita bacakan.. lansung tak menghayati persembahan kita secara lansung terhadap Allah semasa solat.lansung tiada IHSAN dalam solat..kabur tentang penyerahan jiwa kepada Allah.. sebab tu kita tak dapat kesan manisnya dalam solat.kosong.solat tonggang terbalik tp nothing.tak ke sia2 mcm tu?

so guys dan diri ini..
lets do better in our solat..fahami setiap makna lafaz yg kita alunkan dalam solat..biarkan getaran manisnya menguasai solat kita,penyerahan kita sehingga menitik air mata tawadu' dalam solat.. percayalah...solat itu sangat manis..bagi mereka yg khusyuk..lebih manis dari semua manisan yg ada...=')

1)makna lafaz dalam solat 

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segaa puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan

Maafkanlah daku.




Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah atas Nabi MuHammad



Bacaan ketika Tahiyat AkhirSegala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

...........
selain drpd maksud bacaan solat..saya juga pernah terbaca dari sebuah buku..tp..sy yg faqir lg pelupa ini lupa buku apa dan siapa yg berkata..apa yg sy ingat..untuk menambah khusyuk dalam solat..apabila solat hendaklah kita membayangkan bahawa di hadapan kita adalah Allah swt.. dikiri dan kanan adalah malaikat yg memerhati..dan disuatu sudut ada Nabi Muhammah yg sedang meneliti solat ummatnya..wallahualam.. 


so you guys..jom..lebih khusyuk dalam solat..agar lebih terbuka hijab kejahilan dan kelalaian yg selama ini menutupi mata hati kita..insyAllah semoga bermanafaat..


wallahualam..wasalam..=)

Wednesday, November 9, 2011

Raya Haji..Mengertikah kita atau sekadar berjimba??

Hai..Assalamualaikum..salam satu ummah...
hui...lama betol saya tak berblogging..al-maklumlah sy agak busy prepare nak exam final..blog pun dibiar bersawang..ini pun curi masa sebelum masuk waktu zohor..lalalalalalalala....(^_____^)

so wass up?kpd muslimin dan muslimat sekalian...puas tak makan daging korban?haha..sedikit sebanyak..jamahlah juga daging korban tu..daging penuh keberkatan tu..rugi tak jamah..makan sikit tak naik darah tak..so..makan jelah...sedap tau...(^______^)

rasanya sempat lagi sy nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kpd semua mata2 yang sedang menatap blog sy nie..walaupun kita tak pergi menunaikan haji tp kita tetap diberi peluang oleh Allah utk turut sama meraikan Hri raya haji nie..malah..kita turut diberi peluang utk turut mendapat pahala..


Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya,Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya."(Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)




ha...masa 1 hingga 9 zulhijjah yang lepas..awak semua puasa sunat tak?lebih2 lg semasa 9 zulhijjah@hari Arafah..sy ucapkan tahniah kpd mereka yg menunaikan ibadah sunat spt berpuasa semasa tarikh tersebut,tak kisahlah terus 9 hari ker,selang satu hari ker ataupun 9 zulhijjah jer.asalkan puasa sunat..dan perkara sunat yg lain..mcm bnyakkan berzikir..doa..dan mcm2 lg lah...best betol islam nie kan..mcm2 boleh buat utk dapat pahala..(^___^)

semoga ibadah yg anda lakukan dgn hati yg ikhlas akan dibalas oleh Allah dgn balasan yg penuh ganjaran baik di dunia mahupun diakhirat..amin..

JANGAN SALAH SANGKA!!
ha..ingat..jgn salah sangka bila baca hadis di atas.. memanglah dgn berpuasa sunat 9 zulhijjah insyAllah dosa kita yang tahun lepas dan tahun2 kemudian dihapuskan..TAPI...dosa kecil jer tau..dosa besar mcm suka tinggalkan solat..suka pegang2 tgn bukan muhrim..(ops!)... mengumpat...(lagi ops!) awak kenelah bertaubat... baru Allah ampunkan... jgn lupa taubat tau...(^__^)

so..how u guys punyer raya haji kali nie?best?ramai saudara balik kg?makan daging meriah sakan?atau just....ala kadar jer..pas sembelih balik rumah tidor..tu pun kalau tengok sembelih lh kan...

sy tak kisah awak nak sambut raya mcm mana..tp..yang paling2....afdal ialah bersedrhana..ha..jgn raya haji jer bersederhana..raya puasa haritu..ha.hambik kau..lalala..no komen..

apa yg sy nak tegaskan disini adalah..adakah u guys faham erti MENGAPA kita sambut raya haji nie??adakah saje2 nk makan daging korban?pesta daging?so..plez chek it out...inilah pengertian atau pun hikmah di sebalik raya haji yg kite sambut baru2 nie..

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.


peristiwa inilah yang menguji sejauh mana ketaatan Nabi Ibrahim AS kpd perintah Allah..bukan calang2 manusia boleh buat..Allah memerintahkan Nabi Ibrahim agar mengorbankan anaknya Nabi Ismail@dgn erti kata lain,menyembelih anaknya..betapa sukar perintah tersebut namun Nabi IBrahim menyambutnya dgn penuh ketaatan..bukanlah Nabi Ibrahim tak sayang anaknya..tp Nabi Ibrahim redha dan berserah kpd Allah..Allah lebih mengetahui apa yang DIA kehendaki..Subhanallah..malah anaknya Nabi Ismail,turut bersabar menerima perintah tersebut dan turut sama mentaatinya..mampukah kita?kita nie,suruh solat jer pun mcm kene terjun bangunan..liat..payah betol..(istigfar..).lalu dgn ketaatan yg diberikan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya menerima perintah tersebut..Allah menggantikan Nabi Ismail dgn seekor kibas..sehinggalah ke hari ini..kita hanya perlu mengorbankan binatang ternakan al-an'am..bukan manusia..disitu...ada sifat Allah..Maha penyayang.. 


tp..manusia skg nie degil..nak lawan fitrah...nak lawan perintah Allah..disuruh sembelih binatang..manusia skg sembelih orang...ha..inilah manusia skg.. disuruh tak nak buat,dilarang makin menjadi2..nauzubillah..semoga kita dijauhkan drpd perkara ngeri itu..(-___-)






b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah. 


inilah masanya utk kita bersyukur dgn cara mmbuat ibadah korban..kalau tak mampu..takpe..its ok..dun wory..asalkan kita fhm pengertian ini..awak ada kereta besar..ada duit bnyk..ada rupa paras cukup,lengkap,cantik hensem lagi..*blink2..Alhamdulillah... kehidupan yg semburna..mak bapak bahagia..keluarga tak kucar kacir..duit poket cukup..ilmu bnyak..belajar kat ipt..pandai..ramai kawan.. ha...apa sebab yg awak tak mahu bersyukur???Allah taknak lebih,..Allah bukan nak tengok awak bagi segunung emas pun..DIA cuma nak kita bersyukur jer...


"eh...aku bersyukur lah nie..."
bersyukur hapenyer kalau tak solat..
bersyukur hapenyer kalau malas pergi solat jemaah..(lelaki)
bersyukur hapernye kalau tak tutup aurat
bersyukur hapernyer kalau bila cakap soal islam sikit mulalah melenting,mulalah hujah ala parlimen..
adoyai nyer pun...chill sy BUKAN nak kondem awak..tp kalau terasa..erk..minta maaflah ye..sy cuma jalankan tugas kite semua..kite semua adalah daie..yg ada tanggunjawab utk sampaikan yg benar..lalalala...


ye..syukur tu tak perlu tunjuk2..tak solat tak semestinya tak bersyukur tapi..it is simbolik beb..


contohlah kan.. 


korang ada awek..korang syg gilerrrr kt awek tu..awek korang pulak baik gilerrrrrr kat korang.tp korang tak pernah pun belanja makan ker..bagi hadiah ker..wish thank u pun tak pernah..i love ker....padahal korang syg gilerrrr kat die...rasa2 lah kan..awek korang tu fed-up tak dgn korang?ha..jp lg putus lh tu kalau korang cm uh...


nie analogi jer...(ingat!couple2 tak boleyh ea..)


lebih kurang cm uh lah konsepnyer...t Allah fed-up... Allah tarik balik aper yg awak ada..baru tahu...(fed-up bukan sifat Allah..nie analogi jer)


so?tunggu apa lg...bersyukur with simbolik lah bro...tak mainlah syukur takat mulut jer...takda class!


c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin. 

binatang yang dikorban akan dibahagikan kpd si pengorban,fakir dan juga org2 islam.. tak kiralah kaya ker..miskin ker..sedang2 ker... semua org islam akan dapat bahagian masing2..sapa tak dapat tu erk... ada masalah ker aper ker..tak tahulah pulak..rujuk ketua kg @ketua mukim lah..so...akan wujudlah perasaan loving2 antara kite semua.. yg penting kene ikhlas... jgn buat korban tapi masa bahagikan daging muka kelat jer..... muke nak makan semualah lembu sekor tu..jgn macam tu... nanti sia2 pulak ibadah korban tu nnti..sape yg rugi? org yg korbanlah..!org yg dpt daging ok jer..dpt buat sup lg..lalala...haha!



so.. kite sama2 lah tengok sendiri dalam diri kite..raya haji kali nie apa yg kite dapat?
kite dapat tak pengertian raya haji yg sebenar?atau kite sekadar berjimba...makan sup..panas2...campur sambal kicap atau sambal lada dalam sup..pergh....!


lalalala...jimba,jimba jugak..tp islam,iman,taqwa,,ini 3 perkara...jgn buat main,jgn buat sesuka hati..pd sape2 yg ase raya haji kali nie tak complete..tak buat perkara sunatnyer..its ok..doa bnyak2..agar ada umur yg pnjang...cuba lg tahun depan ok... jgn putus asa..yg penting...ada perubahan KE ARAH KEBAIKAN..


oklah... salam aidil adha....salam penuh keinsafan...
wallahualam...
assalamualaikum...(^_____^)

Monday, October 10, 2011

Hikmah dosa yang kita lakukan..Penghijrahan seorang hamba..

Assalamualaikum..
salam satu ummah,
salam penuh kasih sayang..

entry kali ini aku suka untuk menukilankan sebuah kisah penghijrahan yang benar dari seorang hamba..dari hidupnya yang tidak bereti..diselimuti dgn cahaya kelam lagi hipokrit..dimana akhirnya..dia menemui sebuah jalan yg penuh dgn cahaya yg bersinar..bersinar hingga dia mampu merasai..kebahagiaan yg dicari selama ini..

                                                                                                                                                                         


Dia adalah seorang wanita yang dilahirkan sempurna sifatnya..memiliki kedua orang tua yg amat bertanggungjawab..mendidiknya dgn penuh kasih sayang..sebagai puteri sulung..semua kehendaknya akan segera dipenuhi..ayahnya bukanlah bergaji besar..namun cukuplah untuk membahagiakan puteri kesayangannya..

sepanjang kedewasaannya..didikan yang sempurna telah pun diterapkan oleh kedua orang tuanya.. walaupun tidaklah seperti didikan dari seorang ustaz dan ustazah..namun cukup untuk dia mengetahui..siapa itu Allah.. apa halal haramnya..apa agamanya..siapa Nabinya..Dimana kiblatnya..apa panduannya..

didikan yang sempurna dari kedua orang tuanya telah pun membuahkan hasil apabila setiap kali menjelang peperiksaan di sekolah agama..pasti dia akan mendapat tempat yg pertama..pemahamannya terhadap agama melebihi pelajar yang lain ketika itu..sejak di bangku prasekolah sehinggalah dia menamatkan sijil darjah khas agama.pasti dia merangkul tempat yang atas..

namun.. dunia telah mengubah pemahamannya trhadap agama.. kesombongan dan keyakinan bahawa ilmu agama yg tinggi mampu menyelamatkannya telah membutakan hati dia.tiada sensitiviti dalan hukum hakam agama telah membutakan hatinya terus dari rasa bahagia..

seringkali dia berkata kpd mereka yg suke meninggalkan solat..
''ala..solat bukan wajib pun,mmpercepatkan solat itu makruh,melambatkan solat itu sunat,dan meninggalkan solat itu wajib''

kpd wanita yg tidak menutup aurat..

''tak perlu jadi hipokrit kalau tak nak pakai tudung..tudung labuh2..islam bukannya haramkan fesyen pun..tu..penceramah agama tu..pendek jek tudungnye..make up lg..ok jek..takda masalah pun..nak berpurdah berbagai..bende tu bukannya wajib kan.. yang penting perangai baik dahlah..pakai tudung ke..tak ke.. yg penting baik''

kpd mereka yg melakukan maksiat..

''ala..dieorang berdua..bukan buat apa pun..salahke couple?tak salah..yang penting jgn smpai berzina dhlah kan..''

''hish..biar;lah..hidup dieorang..malas aku nk cmpur..asal jgn ganggu hidup aku sudah..''

kpd mereka yg berzina..

''ala..nanti dia taubatlah tu..dahlah..biar jelah die tu..''


tanpa dia sedari..kata2nya itu meninggalkan implikasi yang besar kpd imannya.. bahkan kpd seluruh hidupnya selepas itu..

dia seorang yang berbakat..punyai suara yg bisa menghiburkan..memang sejak dari sekolah rendah..pentas menjadi permainannya..di sekolah menengah..dia  mula mengaktifkan diri membuat persembahan pentas di sekolah.. lalu.secara tidak lansung..namanya meningkat naik..disebut2 oleh abang2 senior..menjadikan dirinya glamour dgn pantas.

lumrah kehidupan..semakin kita dikenali..semakin bnyak dugaan dimana hanya iman dan ketahanan jiwa yg mampu menahan kita drpd kealpaan dunia popular.. begitu juga dizaman sekolah.. dikejar oleh lelaki..digilai dan sering diusha oleh lelaki.membuatkan dia lupa diri.. dia mula sering mementingkan penampilannya ketika disekolah..tudungnya..bajunya..begnya..agar mahu kelihatan cantik dan memikat..senyumannya sengaja ditujukan pd para adam..agar ada yg tergoda.. suaranya lebih dilunakkan agar bisa menggetar jiwa..pd dia..itu satu keseronokkan!

sejak itu..solatnya mula terabai maknanya..walaupun dia masih menunaikn tangunggjawab itu..tp dia hilang kemanisannya..dia hilang kekhusyukkannya..puasa..ya..dia tetap berpuasa di bulan ramadhan..tp..dia hilang pegertian puasa yg sepatutnya dia rasai setelah apa yg dipelajarinya..alunan Quran..sungguh lama dia tidak mengalunkan ayat suci itu..walaupun dia sering terlibat dlm majlis tilawah ALQuran disekolah.. dia lebih gemar mengalunkan lagu2 semasa..berbanding ayat suci Al-Quran..

akibat dari tiada pengertian dlm solat..tiada Nur dari Al-Quran..auratnya mula diminimumkan..masih mengenakan tudung..tetapi diselimpangkan keatas bahu..dgn alasan..rimas!..bajunya disingkatkan hingga ke separas pinggul..mula mengenakan design potongan baju yg megikut bentuk badan..dgn alasan...trend! kebaya..belt di pinggang..tudung atas bahu..itu penampilan yg sering mnjadi mainannya saat itu.kadangkala juga..rambutnya didedahkan..
semua itu dilakukan dgn seronok..tanpa mengingat apa yg telah dipelajarinya.. ya..dia masih seorang pelajar yg sentiasa mendapat markah tinggi dlm agama..sentiasa....

namun..kesoronokkannya terhenti..apabila..kepopularan dirinya telah menarik dirinya kearah kebinasaan.. dimana..seorang manusia bernama lelaki telah berkawan dgnnya..dan akhirnya telah cuba untuk merampas mahkota kewanitaannya dgn kasar!dlm erti kata lain..cuba memperkosanya.. Maha Suci Allah.. Subhanallah..dia diselamatkan oleh Allah yg tidak pernah berdendam atas kelalaiannya selama ini..Alhamdulillah..dia masih suci..dan tidak sedikit pun tercemar..

sejak dari saat itu.. dia mula memencilkan diri..jiwanya mula terganggu dgn trauma dan ketakutan..namanya mula tengggelam dlm dunia popular di sekolahnya.. peristiwa hampir diperkosa benar2 membuatkan dia takut untuk menjadi popular kembali..

tp syg.. solatnya..masih terabai maknanya..dia cuma memencilkan diri dri glamour..dia masih tidak sedar kesilapannya..

satu adegan baru mulai tercipta..apabila dia berkenalan dgn seorang adam yg baik parasnya..budinya..
keasyikan menjalinkan hubungan itu..telah membuatkannya hilang kebergantungan trhadap Allah..segala masalah dikongsi dgn adam itu..sehingga hatinya benar2 pasti..itu suaminya..kenyataan itu membuatkan dia hilang keyakinan trhadap qada dan qadar Allah..hilang penyerahan trhdp Allah.. dia hanyut dgn dunia ciptaan ilusinya sendiri..

Maha Suci Allah.. Allah timbulkan keresahan didalam jiwanya..Allah kucar kacirkan hatinya..Allah tarik nikmat kepandaiannya..pelajarannya mula merosot..hidupnya mula tidak tenteram.. fikirannya mula terganggu..sehingga temannya yg perasan akan perubahannya mengatakan dia jiwa kacau..

selama hampir dua tahun.. hidupnya musnah tanpa kebahagiaan..hidupnya tidak tentu arah..tidak tenteram..jiwanya kosong tnpa makna..

kehadiran adam yg telah meninggalkannya semasa jiwanya serabut membawa makna kpdnya..kehadiran dgn seribu perubahan dlm diri adam itu telah mula membuatkan dia terfikir dan sedar kesilapannya... adam itu telah berubah sama sekali..dari seorang yg lalai..menjadi seorang prihatin dlm beragama..menjadi seorang yg mula melibatkan diri dlm aktiviti keagamaan..kehadiran adam itu menjadi asbab kesedaran akan kesilapannya..

lalu dia mula berfikir..bagaimana adam itu begitu tenang jiwanya..lebih memahami agamanya..boleh mengaplikasi kefahaman agamanya sedangkan adam itu tidak punyai kelulusan yg tinggi dlm agama berbanding dirinya..lalu..dia dan adam itu berpisah dalam pencarian masing2...

dia mula merasakan bahawa ilmu agama yg dimilikanya selama ini telah disia2kan nurnya.. telah diabaikan pengertiannya..dia bukan jahil!!kerana dia adalah penerima anugerah agama islam dan tassawur islam selama bertahun2 sehingga dia menamatkan persekolahannya.. Tp hakikatnya..mata hatinya telah dibutakan dgn kealpaan dan kelalaiannya selama ini!.

bukan salah ibu bapanya!kerana ibu bapanya seringkali menegur kesilapannya namun ada saja alasan yg dihujahkannya..

lantas siapa yg salah?siapa yg menyebabkan dia kucar kacir?dia sendiri!!

Subhanallah.. Allah masih menjaganya dari perkara yg haram..dari tegukkan arak..dari berzina..dan sebagainya.. Allah memeberikannya anugerah kemasukan di universiti..dimana telah bnyak membantu membuka matanya..

di universiti..kelibat gadis2 beraurat sempurna..sentiasa menyentuh hatinya..sehingga dia mengekori gadis2 itu..meneliti sikap gadis itu..memahami gadis2 yg sempurna auratnya..tenang wajahnya.. ya..ada yg sempurna auratnya..tp tidak akhlaknya..ada yg sempurna kedua2nya..ada yg sempurna akhlaknya..bukan auratnya.. begitulah dia..cuba memahami dan cuba mencari role model yg dirasakan sempurna pd matanya..

suatu hari..seorang gadis bertudung labuh..berjubah..menegurnya..ya..dia kenal gadis itu..teman sekuliah kawan serumahnya..
gadis bertudung labuh itu mengucapkan salam penuh kelembutan..sehingga mencipta rasa kedamaian dlm hatinya..memohon sedikit pertolongan drpdnya..kata2 begitu terjaga.. tutur bicaranya membuatkan dia terpesona.... gadis bertudung labuh itu meninggalkan dia dlm makna yg hnya dia sendiri mengerti..mengapa Allah pertemukan dia dgn gadis itu ditepi tangga setelah mengankat kain dri jemuran..

suatu hari dikuliah..ustazah telah mngalunkan ayat Al-Quran g membawa maksud.. tujuan Allah ciptakan manusia adalah semata2 untuk beribadah kpdnya..
sungguh ayat suci itu telah membuatkan air matanya bergenang..begitu menyentuh hatinya sehingga menerbitkan rasa keinsafan akan kelalaiannya..sehingga akhirnya dia menemukan kebahagiaan dlm tangisan itu..ya..kebahagiaan dan kedamaian itulah yg dicarinya selama ini..Subhanallah...Allahuakbar..

sejak dari itu.. segala kesilapannya diperbetulkan..diperbaiki dari hari kehari..meratapi setiap kesalahan dan kealpaannya..buku NASIHAT DAN LARANGAN RASULULLAH UNTUK WANITA SOLEHAH oleh Mohd Abdul Wahab pemberian adam itu telah bnyak membuka matanya..sehingga dia menangis mengenangkan betapa sia2nya segala ilmu yg dimiliki hingga dia merangkul pelbagai anugerah namun tidak dimanafaatkan hingga hilang Nurnya..

Buku JADILAH WANITA BAHAGIA @LA TAHZAN turut banyak menyentuh dan mendamaikan jiwanya..sehingga dia mampu merasai kebahagiaan itu dalam setiap langkahnya..Allahuakbar..

sedikit sedikit..Allah mengembalikan siapa dia yang sebenarnya..Allah memberikannya anugerah kedamaian sehingga dia mampu bertenang dlm setiap cubaan yg dtg.. Alhamdulillah..Allah begitu bnyak membantunya memahami siapa dia yg sebenarnya..

sehingga suatu hari..ketika Ayahnya meninggal dunia dia masih mampu tersenyum..menenangkan diri..berkomunikasi dari hati..

''Alhamdulillah Ya Allah..Kau hentikan penderitaan ayahku dri penyakitnya..kau beri dia rahmat pd malam jumaat ini..pada mlam hari raya aidilfitri ini..pd malam yg penuh suci ini..kau panggil dia pulang kepadaMU.. Pelihara ayah Ya Allah.. aku jua merinduiMu.. Panggilah aku dlm keadaan yg sama Kau panggil ayahku..Amin..Alhamdulillah Ya Allah..''

begitulah kata hatinya sambil mengadap langit..merasakan kedamaian jiwa dimana penyerahan adalah semata2 kpd Allah..tanggal mlam Aidilfitri..malam jumaat..saat takbir raya berkumandang dimana2..saat itulah..roh ayahnya diambil dri matanya...dari hidupnya..buat selama2nya..

dalam kerinduan yg mendalam trhadap arwah ayah..segala prinsip hidup arwah menjadi pegangan.. pesan ibu agar jgn lupa mendoakan ayah sentiasa disematkan.. sehinggga satu malam..lenanya dlm kerinduan trhdp arwah.. arwah dtg dlm mimpinya.. menguntumkan senyuman buatnya..begitu tenang wajahnya.. bersih dari wajah tua.. bercahaya tubuhnya..saat itu..dia merasakn pelukan dri arwah.. lalu hilang dalam keheningan subuh.. itulah pertama dan akhir kalinya..arwah muncul dlm mimpi sehingga ke saaat ini..

Alhamdulillah..berkat kekucar-kaciran hidup dan jiwa yg Allah turunkan..Akhirnya menemukan sebuah kebahagiaan yg tidak akan dilepaskan lg..hidupnya akan sentiasa diperbaiki dari hari kehari.. InsyaAllah..
kefahaman dlm kehidupan..pencampuarn dgn mereka yg melakukan maksiat...mereka yg meninggalkan syariat islam,mereka yg mengabaikan hukum hakam Allah..mereka yg begitu taksub beragama sehingga menyimpang..mereka yg benar2 tawadu' dlm bersyariat..akhirnya..memberikan dia buah fikiran mengapa mengapa dan mengapa..memberikan dia jawapan..apa hikmah ketentuan Allah..Alhamdulillah..sehingga tercetusnya idea untuk berkongsi sedikit sebanyak kefahaman dan pandangan di dalam penulisannya menerusi blognya.. Luahan Rasa Cik Hani(Magnet Kebahagiaan)..

dia bukan sempurna..malah banyak lagi kefahamn yg perlu dipelajari dan diterapkan dlm hidupnya..tp dia cuba utk mnjadi sempurna kerana Allah begitu bnyk mmbantunya..dan tidak pernah berdendam atas kelalaiannya..malah memberikan dia petunjuk..agar..sentiasa sedar..akan hakikat kehidupan dan kebahagiaan yg sebenar2nya..InsyaAllah..

doakanlah dia agar sentiasa istiqamah dlm pencarian yg telah menemukan sebuah kebahagiaan,,amin...
                                                                                                                                                                      


begitulah kisah yg ingin aku kongsi dlm entry kali ini..
kesimpulannya disini..
meninggalkan syariat islam yg telah digariskan dlm islam sememangnya tidak mendatangkan kebahagiaan mcm...
tidak solat..
abaikan solat..
tidak tutup aurat..
remehkan aurat..
tidak jaga batas pergaulan..
dan macam2 lg..
kebahagiaan yg kita rasa dlm meninggalkan syariat sebenarnya kepalsuan yg diciptakan oleh syaitan yg akhirnya mnemukan jln yg kelam..penuh dgn rasa kecewa dan penyesalan..kn?jgn tipu dan jgn hipokrit konon bahagia..
inssaflah wahai diri dan sahabat..
sebelum rohmu dipisahkan dari jasad...
wallahualam..wasalam...

Thursday, October 6, 2011

Jom taubat nak?(^___^)'' manalah tahu..esok lusa dh takda..huhu..

Assalamualaikum..(^___^)
hari ini..dengan kesihatan yang agak merundum.. aku lebih banyak membaca daripada melakukan aktiviti lain spt biasa..hasil drpd pembacaan aku hari ini..aku menjadi lebih malu terhadap diri aku..serta merta idea utk menghasilkan entry ini hadir dlm benak fikiran aku.

Jom KiTA sama-sama bertenang..dan renungi entry ini bersama lagu yg dimainkan..kita lihat kedalam diri..dan letak sebentar ego yg ada dlm diri ketepi..

Dengan takdir Allah yang Maha Berkuasa...aku dilahirkan kedalam dunia ini.pada saat itu..ayah dan ibuku amat gembira menyambutku..aku diraikan dengan penuh senyuman drpd mereka yg hadir melawat ibuku yg baru shj melahirkanku.. bukan dgn bunyi bom,mahupun teriakan isteri yg kehilangan suami kerana dibom oleh tentera israel..

sepanjang kedewasaan aku hinggalah ke saat ini..aku membesar dalam keadaan yg senang..makan pakaiku semuanya ada tersedia..meskipun bukan jenama mewah..tp cukuplah utk aku bergaya..ayah dan ibu berusaha keras utk membesarkan aku..ayah..yang tidak punyai gaji besar..tanpa aku ketahui.. meminjam wang dari rakan2 utk memenuhi segala keinginanku..memastikan anaknya bahagia menjalani hidup ini walhal..tanpa aku sedari..dia menahan lapar ditempat kerja..menyimpan wang utk kegunaan aku kelak.

ibu...
siang malam..tanpa aku perasan,,fikirannya asyik memikirkan aku..bagaimana kesihatan aku..bagaimana keselamatan aku..menjaga keperluanku .walaupun terkadang kasih sayangnya spt tidak dipamerkan..tp..dalam hatinya ..aku,aku,dan aku..

kini, aku mahasiswa di menara gading bertuah..begitu bnyk kenikmatan dari Allah yg aku rasai. dari kecil..aku dpt kasih syg ayah,,aku dpt kasih syg ibu...aku dpt masuk ipt..aku dpt ramai teman..(^___^)aku benar2 gembira..

tapi aku lupa satu perkara..
bahawa selama ini aku tidak pernah bersyukur dgn nikmat yg Allah beri..meskipun Alhamdulillah bermain diucapan..tp..realitinya....

TANGAN..
yang Allah beri dengan sempurna..melengkapkan pancainderaku..yang sepatutnya aku gunakan utk mengangkat takbir sewaktu solat..,menadah penuh kesyukuran ketika berdoa..meratib tasbih penuh tawadu'..menjalankan amal  kebajikan dibumi ini..

aku gunakan untuk menyentuh tubuh kekasihku sewaktu bermadu asmara..aku gunakan untuk merasai kehangatan tubuhnya ketika itu,tangannya ku genggam,tubuhnya kupeluk..dengan harapan mahu merasai cinta.sedangkan tangan ayah dan ibuku belum tentu aku genggam dan peluk sedemikian rupa..aku gunakan juga untuk menekan keypad hansetku..membalas mesjnya dgn penuh ghairah dan manja..berjela2 kami berkhalwat..dan kadangkala..mesej2 nakal mnjdi perbualan..padahal..mesej ayah dan ibu aku layan tak layan.

Allah..betapa aku malu..dengan cara ini aku bersyukur?setelah apa yg telah kau beri selama ini?

MULUT..
yg AllaH beri untuk mengalunkan ayat-ayat suci..berzikir mengingati Allah..menyuarakan hal2 yg bermanfaat..sbg tanda syukur yg sepatutnya aku berikan..

aku gunakan utk bercumbu dgn kekasih haramku.. aku gunakan utk menarik perhatian para adam dgn tabaruj tebal di bibirku..aku gunakan untuk mengumpat kawan2 yang aku tidak suka..aku sebar fitnah sini sana..aku gunakan untuk menentang hukumMU! aku gunakan untuk mengeluarkan alasan mengapa aku tidak bertudung,mengapa aku tidak solat! ketika aku berhujah dgn ilmu yg ada..aku kuatkan dan keraskan suaraku dgn harapan mereka memuja hujahku..mereka menyanjung keperibadianku..

Allah..adakah dgn cara ini aku bersyukur?tidakkah aku tahu..ramai si bisu yg mengharapkan mulutnya sempurna berbunyi..dan aku?tidak tahu malu melakukan semua ini?

KESIHATAN..
yang Allah beri agar aku kuat menyempurnakan solat..membuat amal kebajikan..

aku gunakan untuk kepentingan belajar dan duniawiku..siang sibuk kekuliah,malam sibuk dgn ulangkaji,hujung minggu..study berkumpulan,meeting,jumpe kekasih,balik..aku penat..lantas tidur..subuh,zohor,asar,magrib,isyak aku langgar...mengapa aku tak tahu malu..menggunakan nikmat kesihatan yg Allah beri utk aku lakukan semua itu tnpa berterima kasih...?aku mampu untuk berkelah bersama teman..aku mampu untuk menjalani kursus komender..aku mampu ulang alik dari fakulti ke kolej..tp aku tak mampu untuk solat yg hanya statik diatas sejadah..?andainya aku mati....dimana tempat aku?andainya aku mati..dgn cara apa aku dimatikan?

sungguk aku..hamba yang tidak tahu malu!..Allah..

KECANTIKAN..
yg sepatutnya aku simpan rapi..aku buka pabila bersama mahramku sahaja..sbg tanda syukur dan akurku pd perintah MU..

aku abaikan..rambutku biar tidak bertudung..malah aku upload di fb buat tontonan umum..agar mereka yg memandang memuji kecantikan aku..sekaligus mendapat dosa..kadangkala..lenganku yg gebu..ku biar tidak bersarung..,mengenakan baju berlengan pendek.namun bertudung..hanya kerana aku panas dan rimas! legging..aku pakai menampakan susuk bentuk kakiku yg cantik..

aku lupa..bahawa rambut yg cantik ini akan dibakar diakhirat kelak..!
aku lupa..kaki dan badanku yg cantik dan sasa ini bakal ditarik bila2 masa!

rupanya..dgn cara begini seorang mahasiswa bersyukur..

HIDAYAH..
yg Allah beri agar aku istiqamah dlm bersyariat..agar aku gunakan sebaik2nya menjadi hamba yang dikasihi..

aku gunakan sbg perhiasan pd penampilanku..disebalik tudung labuh yg aku kenakan..terselit perasaan bangga pd diri sendiri..aku sibuk perbetulkan aurat wanita lain..tanpa aku sedari..hatiku sebenarnya rosak dgn ujub diriku sendiri..dibawah kopiah putih yg aku pakai..tertanam perasaan suci rekaan aku sendiri..aku tidak mahu melakukan kesalahan agar org tidak pandang serong trhadap aku yg berkopiah putih..bukan kerana sunnah yg sepatutnya aku perjuangkan..!.apabila aku berhujah..harapan menggunung agar mereka memuji aku..mengenali aku sbg seorang yg alim..walaupun pd mulanya aku ikhlas ingin memberikan perkongsian..namun harapan pujian masih aku sandarkan..jika mereka memberi reaksi yg positif..aku tersenyum bangga pd diri sendiri..jika sebaliknya,,aku makin keras berhujah sehingga bercampur antara akal dan emosi..hujah dan terjah!! apabila update status facebook atau berblogging,,aku suka pabila bnyak like..tp..bila..sedikit atau tiada yg like..aku down..aku hampa...

apabila aku beribadah..aku mengharapkan syurgaMU semata2..bukan kerana aku bersyukur dgn hidayah yg ENGKAU berikan..bukan kerana Kau menyelamatkan aku dari kesesatan..lalu..dimana keikhlasan ku dlm beribadah?

Allah..dgn cara ini aku rupanya bersyukur dgn hidayahMU?

sungguh..selama aku hidup..berapa lama shj aku bersyukurdgn sebenar2 syukur..?sedangkan nikmat Allah yg aku gunakan setiap saat semenjak aku dilahirkan tidak pernah berhenti..

andai aku mengingatiMU hanya apabila aku tidak tenang..kesusahan..dan kekecewaan..
aku jadikan belum sampai seru sbg alasan agar aku bebas mengucapkan syukur pdMu dgn cara tersendiri..tidakkah pernah aku sedar..bahawa kematian aku nanti tiada serunya dahulu?

sedarkah aku..diluar sana..ramai yg mahu ditempat aku..merasai kenikmtan spt aku?
betapa ramai anak yg tidak punyai ibu...mendamba belaian seorang ibu,merasai masakan ibu,mendapat doa dari ibu..

betapa ramai diluar sana..mengharap kasih ayah..mengharap pelukkan mesra dari ayah,berbual jenaka bersama ayah...

betapa ramai diluar sana kebuluran menderita bertahun lamanya..mengutip sisa yg bertaburan sbg alas perutnya..

betapa ramai diluar sana mendambakan kesihatan yg sempurna..agar dpt berbakti sepenuh kudrat dan tenaga..

dan aku?
sepatutnya aku malu kerana mengucapkan rasa syukurku dgn sedemikian rupa!
atau sebenarnya Kau telah menutup mata hatiku dari kebenaran dan hidayahMU?
lantas Kau beri aku kenikmatan agar aku terus menjauhiMu??(-______-)


erk...aku dan kau..jom kita taubat nasuha..aku risaulah..kau tak risau ker?
sama2 kita bertaubat..wasalam..

Tuesday, October 4, 2011

Yang Tak Tahu Jgn Kurang Ajar,Yang Tahu Jangan Bajet Alim!! Jom Taubat(^___^)

Assalamualaikum..salam penuh keinsafan..=)

Yang TaK Tahu JnganKurang AjAR yanG tAHU jangAN bAJET aLIM!!
tibe2 aku terasa nk buat entry pasal nie..ngee..jom bace...!

standard lh kan..manusia tak semua sama..ada yg tahap iman up sikit..ada yg turun sikit..macam tu jugak tentang tahap ilmu agama..dan kefahaman dalam beragama...
tapi..jgnlah kita nk berlagak sakan ataupun kurang ajar.. sedar sikit yg kite hidup menumpang dibumi Allah nie...
actualy tiada istilah tak tahu..lebih2 lg tentang hukum Allah yg asas..mcm..solat..aurat..zina.. kalau dh penyelesaian math,kimia,fizik,yg memang susah tu kita boleh tahu..apsal pulak hukum Allah kita tak tahu?kita bukan jahil..!tp  kita buta hati..itulah hakikatnya..!belajar sampai diploma..degree..paling cikai pun spm..mustahillah tak tahu..kn?

kadang2..kita begitu lancang meringankan hukum Allah..solat terutamanya.. suka2 kita jer nak solat atau tak. dgn alasan penatlah..busylah.. tak maluke yg hari2 kita makan rezeki Allah?Allah beri kita mcm2 kebolehan..mcm2 nikmat.. kita masuk u..kita budak pandai...tp..kite senang lenang jer tak solat..sedar atau tidak..tindakan itu sebenarnya diklasifikasikan sbg..kurang ajar..!(-___-)

sedarkah kita???bila disoal tentang aurat..tentang tudung labuh2,paling cikai pun tutup dadalah kn....kita begitu kuat menentang.pelbagai hujah ala parlimen kita utarakan..tanpa mempedulikan firman Allah yang membawa erti..''labuhkanlah hijab kebawah dada..''. mengapa begitu senang utk kita melupakan Firman Allah itu? semuanya kerana begittu mudah sekali kita memandang enteng pd hukum hakam Allah.. Begitu mudah sekali kita memandang enteng pd sunnah Nabi yang membawa maksud..kurangkan bercakap perkara yang sia2..sesungguhnya diam itu lebih baik daripada mengatakan perkara yg tak pasti dan macam2 lg yg telah digarispandukan oleh Rasulullah saw..

ha...yg nie lg best..perasan atau tidak????
bila isu couple hangat dibincangkan kita dengan megahnye membuat konsep couple dalam islam..

''kita boleh couple dgn syarat bla bla bla.. ''

''kalau tak couple macamnana nak cari calon suami..''

''tak salah mencari teman supaya tak sunyi''

''kite perlukan seseorang yg boleh bimbing kita''

''kawan dengan perempuan susah..lelaki lebih memahami..''

''jangan hampakan perasaan die..''

dan bla bla bla..

kenapa begitu susah utk kita ingat ..

firman Allah agar lelaki dan perempuan yang beriman..tundukkan pandanganmu..
oh....(-____-)''

bila disoal tentang tabaruj... kaum wanita pasti menentang!banyak hujah ala parlimen diwar2kan...antaranya:

''kalau tak make up.. muka nmpak pucat..bila muka pucat..nmpk tak kemas..bile tak kemas..ape org cakap!'' huhu....

sebenarnya...kita sedar atau tidak?siapa kita nie?milik siapa kita nie? ya...semua org tahu..kita nie hamba Allah..Allah yang memiliki kita..dah tu?kenapa banyak cakap sangat bila Allah perintahkan agar kita solat..tutup aurat..pakai tudung...jgn bertabaruj seperti wanita jahiliah..jgn dekati zina...@dlm erti kata yg lain..couple..kenapa begitu megah sangat duduk atas dunia nie.makan rezeki Allah,hirup udara Allah.. tapi kita sombong,berlagak,banyak bunyi bila disoal tentang hukum Allah..banyak alasan...!

bagi yang dh ikut perintah Allah pula..kenapa begitu sombong dan megah sangat dgn amalan kita tak seberapa tu?kenapa kita nak bajet baggggguuuus sangat?sedar atau tidak... para sahabat..para ulama terdahulu..amalan mereka amat melebihi amalan kita yang ciput nie? zikir mereka beribu2 dlm sehari..solat mereka beratus2 rakaat..(sunatlah..) hadis yang mereka hafal beratus ribu..Alquran yang mereka hafaz termasuk maknanya sekali...siap tafsirnya..nie.. baru hafaz surah ntah berapa..zikir setakat lepas solat..hafal hadis berapa kerat...dah nk ade rasa megah?bangga? alahai.................. ingat... Allah tidak memandang pd amalan..tp memandang kpd taqwa...mungkin saja..mereka yang tak nmpak mcm alim lebih bertaqwa drpd kita yg dh nmpk mcm ustaz ustazah..huhu..

chill..kite semua tak lepas drpd melakukan kesalahan..apa yg lepas..biarkan berlalu...kita pandang kehadapn  dan mohonlah keampunan dari Allah..berubahlah..dan terus berubah..yang penting,,Yang Tak Tahu Jangan Kurang Ajar YAng Tahu Jangan Bajet Alim!!

BismiLlah...
Ya Allah..Yang Maha Pengampun lg Maha Mengasihani..kami mohon ampun padamu Ya Allah..atas segala kesilapan kami yang lalu..sungguh..kami mengaku ats segala doa,maksiat dan ketelanjuran kami sebelum ini..maka..kami mohon, ampunkanlah dosa kami dan  redalah kehidupan kami Ya Allah..Ya Rabbal Alamin...

tiba2 aku teringat kata2 Rabiatul Adawiyah..''tak malukah kau memohon keampunan dan keredhaan Allah?sedangkan kau tidak melakukan amalan yg boleh mendatangkan keampunan dan keredhaan Allah kepadamu?''

saat ini aku benar2 terkelu..!Allah...(-____-)''

Friday, September 30, 2011

Kenapa Kita Dapat Kawan Yang Menyakitkan Hati??


Assalamualaikum..salam penuh kasih sayang.buat semua yang bergelar teman,kawan,dan sahabat..walau dgn siapa anda berkawan..tak smestinya dgn aku..hehehehe...(^___^)

entry kali nie aku terasa nk berbicara soal kawan..soal persahabatan.. smua orang ade kawan.dan sahabat..serta teman masing2..kn?

jadi,bila kita dh ade teman..dh ada kawan mahupun sahabat.. pasti ada yg tak kena..pasti ada salah faham..dan ada rasa tak puas hati dgn kawan kita tu..ada yg kawan tak reti jge hati kita..ada yg kwn makan kawan..ade yg kwn mcm nk tak nak..ade kwn yg tak suke tngk kite senang..ade yg terlalu amek berat smpai kite rimas..dan mcm2lah....

bila dh mcm tu..mulalah kita mencari kesalahan kawan kita itu..lalu terus melupakan kenangan masa2 yg dh diluangkan dulu..paling hebat lg..kite hebohkan kesilapan die..kite hebahkan aib die..kita canang lg sikap buruk die..huhu..bestnyer!!!(-___-)'' huhu...

sampai kadang2 pernah terlintas dihati..mahupun terluah dibibir..'apsallah aku dpt kwn macam tu!!' kan?..aku lah...korang tak...korang baik...(^__^)\/

bile dh fikir mcm tu.. automatik..kite akan mule benci die..mula sisihkan die.. mula sumpah seranah die dlm hati..dan kadang smbil mengumpat dgn kwn2 yg lain..aish...(-___-)''

kita terus lupakan apa yg pernah dikongsi dulu..ape yg pernah dirasai dulu..gelak ketawa bersama2.. ngumpat ngutuk bersama2..(astagfirullah...jgn amalkan ye!)makan berkongsi.. senyum tawa pengubat sepi kita..lepas kuliah lepak sama2..shopping sama2..ponteng kelas sama2..teman pergi tandas sama2..alahai..bnyaklah yg bersama2... macam2..

bile dh ade yg tak kene..mudah betul kita lupakan semua tu ek?

pernah tak kite terfikir..sebab ape kwn kita mcm tu?sebab ape kita dpt kwn macm tu? sebab ape kita dpt kwn yg menyakitkn hati mcm tu.!.hai..geram betullah!!haha..=)

sebabnyer mudah jer..sebab..kite memang layak dpt kwn mcm tu..!simple!.. haha..

eh,apsal pulak?aku tak mcm tu k..aku tak pernah mcm tu k..

yeke?betul???pasti ker?

=) chill lah..kadang2 kita tak sedar..macammana sikap kita bile kita bersama2 dgn kwn2 kita..kita rasa kita dh bagus n pandai jaga hati kwn..tp hakikatnyer?hanya kwn kita jer yg tahu..sbb hari2 die bersama kita.. mungkin skg kite ok..tp dulu2..masa 2 3 tahun yg lalu..?mcm mana sikap kiter..?pasti ker kwn2 kiter terima kita dgn hati yg amat senang sekali tanpa ada apa2 masalah?

aku sendiri lh kn..kadang2 mcm bajet bagus sngt...rasa mcm sikap kita dh ok dh..dh sedaya upaya jaga hati kwn..tp... kenapa masih ade kwn yg tak jaga hati kita?jawapan aku utk diri aku senang jer..mungkin aku ada terlepas pndang..mungkin pd aku dh ok tp pd kwn2 aku tak..who know?

Allah itu Maha Adil..DIA beri apa yg terbaik utk kita..termasuklah kawan2.. so..bila kita dpt kwn yg baik..maka sebenarnya dlm diri kita ada sikap yg baik..sebab org yg baik memang nk kwn dgn org yg baik kn? sama juga bila kita dpt kwn yg agak sengallah sikap die tu..maknanya adalah yg tak kene dgn diri kita..adalah yg sengal2 nyer jugak tu..sebab yg sengal pun suke cari yg sengal2 jugak..=) mungkin kite tak perasan.. cube cari kwn yg memang jujur dgn kite..memang open minded n ada pemikiran yg matang..yg tak menyebelahi sape2..tanyer die..mcm mana sbnrnye sikap aku..?then bile die dh terus terang..kite kene terimalah..jgn masam muka pulak..memang nk kene tamporlah tu!(-____-)''.

then kite fikirlah balik..kenapa kwn kite mcm tu??jgn asyik nk salahkan org jer kejenyer..

memang susah nk cari kwn yg bersama dgn kita bile kite susah..bile kite sedih..tp..tak semestinya kwn yg menyakitkan hati tu.yg dgn kite bile kite senang jer tu tkda gunanya...takda fungsinye dlm kehidupan kita...sekurang2nyer,,kehadiran mereka tak membuatkan kite sunyi 24 jam..dan..sebenarnya kehadiran mereka yg sengal dlm kehidupan kite mengajar kita..JGN JADI KAWAN YG MCM TU!..cuma kite sedar atau tak jelah kan...

so..redhalah...dan sentiasa bersyukur dlm menerima pelbagai jenis ragam kawan..ingat..kite pun bukannyer bagggus sangat..so..tak payah nk demand sngtlah kn..dan lg satu...jgn sesekali hebahkan sikap buruk kwn..except bile nk cerita atau luahkan dgn someone..itupun mesti dgn seorang shj n boleh dipercayai..
sbb..hebahkan sikap buruk kwn..ngumpat pasal kwn..itu pun dh nmpk sngtlah kite layak dpt kwn sengal n menyakitkan hati mcm tu....(^__^)\/dh memang padan sngtlah tu...

kpd semua kwn2 Cik Hani..awak semua..sentiasa sy syg..walau macammana pun awak semua..terima kasih kerana sudi berkawan dgn saya...(^__^)\/

salam ukhwah..salam penuh kasih sayang!!
selamat berjuang dan jgn sesekali putus asa dlm mencari seseorang yg dialah kawan,dialah teman,dialah sahabat,dialah segalanya..
bile dh jumpe tu hargailah yer..sebab.. peluang utk kite jumpe seseorang yg memang dielah kwn,teman dan sahabat,fhm segalanya tntang kiter.. tu hanya sekali jer dlm hidup kite.. kalau kite sia2kan..haha..pasnie memang awak jumpelah kwn yg menyakitkan hati..pdn muke..hahaha..mari kita hargai semua KAWAN kite walau macamna pun mereka..ayuh!...=) haha..tata..wasalam..

Thursday, September 29, 2011

Kisah Tauladan Di Sebalik Bismillah..



Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya sentiasa mengejek; "asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata, nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : "simpan duit ini".
Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan di tempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan". Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillah.
Dengan kuasa dan bantuan Allah, duit itu berada di tempat simpanan tersebut.
Alangkah terperanjatnya si suami.
Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Luahanrasacikhani:*Subhanallah.. seringan2 lidah menyebut Bismillah itu..hikmahnya begitu besar..semoga kisah ini dapat menjadi satu platform utk kita mengamalkan Bismillah dlm setiap apa yg ingin kita lakukan..bukan susah pun kan?
wassalam..Allah Yu Barik Fiq..(^___^)

Wednesday, September 28, 2011

Putus Cinta:Rahmat Allah kepada kita.

Qhadijah merenung keluar jendela,pandangannya sayup2 menerobos lohong jendela,menikam tiap2 sesuatu yg dilihatnya. Perasaannya campur baur..sedih,dendam,pilu,sakit,perit..semuanya menjadi satu.Bertapak dihati yg kecil itu.serta merta.. terasa hangatnya si air mata..menuruni pipinya..laju..laju..dan makin laju..

Balqis menguak pintu biliknya perlahan.keletihan berjalan pulang dari fakulti masih kuat terasa di kakinya.. belum pun sempat pintu biliknya dikuak habis,suara tangisan sahabatnya,Qhadijah terus menerjah pendengarannya.Balqis mengeluh perlahan.Sudah berapa hari sahabatnya begitu.

Balqis:Qhadijah..,sudahlah..berapa lama lagi kau nk mcm nie?kusut lah aku tengok..kwn-kwn kau semua mengadu kat aku..kau dh tak pergi group discussion akhir2 nie..kn?Qhadijah,itu kan sem projek kau..

Qhadijah:Balqis..kau tak fhm ape yg aku rasa skg nie..sbb kau tak pernah bercinta dan tak pernah putus cinta!jd kau jgn masuk cmpur hal peribadi aku!aku tak fhmlh..apa sebab pertunangan kami nie putus?!aku tak tinggalkan solat..tak pernah berduaan..kau sendiri yg teman aku..apatah lg berzina!jd kenapa Allah putuskan pertunangan nie?

Balqis:Qhadijah..jodoh pertemuan kan rahsia Allah.. mungkin dia bukan jodoh kau..doalah bnyk2..jgn cm nie..Allah Maha Mengetahui..

Qhadijah: doa? aku dh doa lah.siap buat solat istikharah lg sebelum aku terima si Saiful tu.. hati aku tenang jer bile terima die. kami serasi..dan aku rasa itu jodoh aku.. keluarga semua dh setuju..walimatuurus dh tak lama lg. yang aku tak fhm skg nie..kenapa Allah putuskan hubungan aku dgn dia..sedangkan Allah tahu yg aku syg dia.!kenapa Balqis!Allah tak adil!kalau dia bukan jodoh aku..kenapa Allah aturkan pertemuan kami..dan kami bertunang?

Balqis mengucap panjang..Ya Allah..ampunkan sahabat aku ini.. Dia sedang dalam tekanan..Beri dia ketenangan Ya Allah.. sahabatnya ini perlu dibrainwash..ye!

Balqis:aku rasa..aku tahu kenapa pertunangan kau dgn Saiful tu putus.

Kenapa!!qhadijah menengking kuat..geram dgn sahabatnya yg dari td sibuk akan hal putus tunangnya.

sebab kau lebihkan Saiful dari Allah!

eh,apa yg kau merepek nie?Saiful is Saiful ok.. Allah,Allah lah..!rengus Qhadijah.

mcmlah aku tak nmpk..tiap kali kau lepas solat,bila saiful telefon kau,cepat2 kau angkat kol die..doa kau pd Allah masa tu mana?zikir dan witir yg selalu kau buat sebelum kau dgn Saiful bertunang,,tak pernah putus2 kau buat..hilang,lenyap mcm tu jer bile saiful kol kau lepas solat.bila saiful tanya kau..ape yg kau sdg buat..kau jwb..Alhamdulillah..dah sudah solat.. walhal..kau tergopoh2 angkat kol dia. bila saiful tanya mcm2 pasal agama kt kau..kau jawab dgn penuh keyakinan,,tp lepas tu..kau sendiri cakap  kt aku mudah-mudahan saiful lebih tertarik kt kau lepas nie..kau tak tarik saiful dgn kecantikkan kau..tp kau tarik saiful dgn ilmu kau..kau tak ikhlas berkongsi ilmu dgn saiful!

memang kau masih bertudung labuh,kau tak bertabaruj bila nak jumpe saiful..tp..apa yg selalu kau tanyer pd aku bila nk jumpe saiful?'balqis.tudung aku ok?baju aku ok?' apa makna semua tu?kau tetap nk kelihatan menarik dan cantik depan saiful kn?walhal sebelum ni..bila kau berdepan dgn mana2 lelaki..kau tak pernah kisah pun tudung dan baju kau tu!

ya!..memang kau tak pernah berduaan dgn saiful..aku yg akan teman kau..tp..hati kau?berduaan tak dgn saiful?masa kau lihat saiful..hati kau pd masa yg sama..ingat Allah tak?atau penuh dgn saiful jer?

ya..kau berdoa..supaya kau dijodohkn dgn lelaki yg baik..tp hati kau?kau mohon..kau arahkan Allah agar jodohkan kau dgn saiful..kan?sebab tu kau tak dpt terima bila kau putus dgn saiful..doa kau lain..tp hati kau lain..kau tutup doa kau..dgn saiful,saiful,saiful.

kau ingat..Allah tak cemburu ke?seorang hambaNYA yg sebelum nie...istiqamah dlm zikir dan witirnya selepas solat.. amat merendah diri dan tidak mahu adam memandangnya sbg seorang yg cantik penampilannya..ikhlas dlm perkongsian ilmu agamanya..hatinya penuh khusyuk trhadap Allah setiap masa..doa dan hatinya selari bersama tangisan yg penuh ikhlas kau pohonkan sentiasa..sehingga aku..turut mengagumi kau..

mungkin Allah nk uji..sejauh mana kesetian kau pd DIA..sbb itu..Allah aturkan pertemuan kau dgn Saiful.. 

tapi..selepas kau bertunang dgn saiful.. sikit demi sedikit..perhatian kaw pd Allah..kau alihkan pd saiful.. 
Qhadijah..Allah cemburu kt kau..Allah mahu kau jgn lalai..sentiasa beri perhatian pd NYA..mcm dulu.. sbb.. Allah syg kt kau.. DIA syg sngt kat kau... DIA nak kau cari DIA balik bila kau putus tunang..DIA sedang tunggu kau..tu..sejadah tu.. pergilah.. DIA sedang tunggu kau Qhadijah.. 

juraian air mata tidak tertahan..baru kini Qhadijah sedar akan kealpaannya..Balqis diraih erat kepelukannya..esakan tangisan kuat kedengaran..bersama keinsafan yg bertaut dikalbu..memadam segala salah sangkanya pd Allah..sejadah di atas katil menjadi tumpuan... pelukan dilepaskan.. 

DIA sedang tunggu aku..dh lama aku aku tak bermesra dgn DIA..dalam sujudku yg panjang..Allah.. Aku jua merinduiMU.. ='')


Tuesday, September 27, 2011

Sayang,kenape tutup separuh jer?(+,+)

Assalamualaikum..
salam sayang..
aku nk amik kesempatan jap..nk ucap ase syukur pd Allah sbb msih beri aku peluang utk bernafas smpailah ke skg nie.. Alhamdulillah..=)

skg nie mcm2 fesyen yg aku nmpak.. tu ha.. kt pasar td..mak oi...mcm2 jenis tudung aku belek..(belek jelah kn..)org yg aku jumpe td pun mcm2..

seriously..aku memang suke memerhatikan org..bukanlah memerhati mcm pegawai polis.. saje..tengok2 ragam manusia yg bermacam2 ragam..

bila aku tngk manusia2 skg..terutamanya WANITA.. dara dan mak dara termasuk janda.. hmmm ade sebahagiannya yg membuatkn aku terdetik begini.. 'Sayang,kenapa tutup separuh jer?'' huhu..

nie aku tngk kt pasar kt planet pluto sanelah kn..kt bumi nie..takde cm uh..huhuhuhu...(+___+).. bile dh bertudung,baju pulak ketat2 smpai nmpk bonjolan2 lemak..termasuk bonjolan anugerah Allah yg sepatutnye ditutup.. bile dh berbaju ok..longgar.. seluar pulak tight..ntah boleh jln ke tak tu tak tahulah.. nipis pula..huhu...nmpk aksesori superman yg plng gah itu.. bile baju seluar dh ok.. tudungnyer pulak nipis..nmpak
telinga..cekak rambut..anting2..

aku pun tak tahu..ape mereka buat actualy..ape yg mereka nk tutup actualy.. aku bukan nk meyibukk.tak...! cume..if nk tutup..tutuplah betul2.. bukan aku nak mereka semua pakai tudung labuh2..baju jubah..longgar2..smpai boleh terbang..@seluar aladin saiz xxxxxxxLLLLLLLLL .cume..syg...awak dh cantik.. tp..bile awk tutup separuh2 nmpk mcm tak trendy..nmpak mcm tak cukup bajet nk trendy pun ade..

dan lg satu.. jgnlah mempermainkan aurat.. aurat nie diadakan utk memelihara kehormatan manusia..khususnya wanita.. jujur.. ramai lelaki sebenarnya tidak suka penampilan separuh pd wanita.. jd.. bile kita rasa ramai lelaki suke melihat kita mcm tu.. kita silap.. dibelakang kita..maruah kita akan dikotakkatikkan..wanita..letaknya dihati..bukan dikepala..bukan dikaki..

so..tutplah betul2..jgn separuh2..bila asyik terdedah2..bonjol2 tu nmpak... lama2..bukan chantek..tp jelik..org lg menghargai mutiara dilautan yg dalam..drpd mutiara yg kt tepi pasar..walau bertutup dgn bekas kaca..tp.. berhabuk..dan kecantikkannya sudah dimamah mata...dh tak suprise dh...(^__^)

islam dh syariatkan garis2 aurat dgn sempurna..islam adalah sempurna dan indah..maka bila kita mengikutnya..barulah kita sempurna dan indah....yes..nobody perfect..tp at least kite cube jd perfect..bukan hipokrit..tp..inilah syariat..inilah hukum..yg tidak boleh dipermainkan..hiduplah dlm keindahan islam...insyaAllah..Allah akn membalas segala kebaikan kita..itu janji Allah..Subhanallah..

ini adalah peringatan utk aku sndiri..name pun blog aku kn...so..kita same2 berubah dan terus berubah..!junjunglah maruahmu wahai wanita..jgn biar lemas dilautan nafsu lelaki..
kalau kita tak jage maruah kite..sape lg nk jage?
=) salam muhasabah..
wassalam...(^___^)\/