Assalamualaikum wbk..
lama rasanya jari jemari tidak menekan keyboard lappy tercinta dek terlalu busy dengan kehidupan dunia.oh..kalau mengejar dunia memang beginilah jadinya,takkan pernah ada masa untuk diri sendiri,apatah lagi masa untuk bermesra dengan penulisan yang serba daif ini.
masa singkat yang aku ada,aku pergunakan untuk menurkilankan kata hati sejak kelmarin mengenai isu berniqab yang kini sering sahaja menjadi perhatian.(hahaha..kenapa aku terasa seperti buat karangan form 5 nie??) =D
apabila aku berfikir tentang berniqab atau berpurdah ini selalunya aku membayangkan perkara-perkara yang positif yang sentiasa ada pada wanita tersebut.Bermula daripada keteguhan imannya,ketabahan jiwanya sehinggalah kepada kesantunan tingkahnya dan keredupan hatinya pada Allah SWT.
Namun demikian,rupanya bukan semua manusia di muka bumi Allah ini berfikir sebegitu rupa juga.Masih ada pihak yang memandang negatif dan pelik kepada wanita yang berada di dalam kemuliaan ini.Jadi,aku ingin sekali cuba berkongsi sedikit sebanyak mengenai isu berpurdah yang aku dapatkan daripada pembacaan dan juga pemerhatian.Hypothesis yang telah pun aku simpulkan diharapkan dapat membantu meningkatkan pemahaman kita tentang isu berniqab @berpurdah ini.
Hukum Berniqab
Umum mengetahui bahawa aurat seorang wanita baligh itu adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan.Sudah menjadi kebiasaan masyarakat muslimat di Malaysia,cukup dengan berbaju kurung dan bertudung menutup dada.Lalu mengapa pula mahu menutup wajah?nampak seperti ekstremis bukan?seperti tidak menghormati kepelbagaian kaum di negara kita.
Jangan meludah sebelum meninjau tempat untuk meludah.Sebelum kita menghambur kata,adalah lebih baik rasanya kita meninjau hukum Berniqab ini.
Ramai para ulama kotemporari yang tegas seperti Sheikh Ibn Baz rhm mengatakan bahawa wajah seorang wanita itu adalah aurat.Makanya,wajah itu wajib ditutup dengan secebis kain niqab. Namun,para ulama sepakat mengatakan bahawa seseorang muslimah itu wajib menutup wajahnya apabila keindahan pada paras rupanya boleh mendatangkan fitnah dan membuka pintu kerosakan.
Pintu kerosakan yang bagaimana?
hmmm...well,wajah yang cantik hingga mengundang perhatian dan menarik pandangan Ajnabi sehingga memberi effect negatif pada hatinya.
Hello,lelaki,memang dah lumrah mereka suka melihat kecantikan wanita.even wanita yang tak berapa nak cantik pun dia suka juga!.
Muslimah boleh bergantung kepada dua pandangan.
Perlu dihighlightkan disini,seorang wanita muslimah itu mempunyai dua pilihan sama ada ingin memilih pandangan bahawa Niqab itu wajib atau sebaliknya tanpa memandang hina dan buruk kepada pandangan yang bukan menjadi pilihannya.
Contohnya,aku memilih pandangan bahawa berniqab itu tidak wajib..pakai tudung sudah...tetapi dalam masa yang sama,aku sama sekali tidak boleh memandang muslimah yang berpurdah itu sebagai pelik dan memelikkan.Dan begitulah sebaliknya.ngerti ya? =)
Berniqab sifat mulia,tidak pula berdosa bila tidak melakukannya.
Seseorang muslimah itu harus bersungguh-sungguh dalam menjaga auratnya serta perlu memiliki kefahaman tentang ketaqwaan kepada Allah sama ada anda seorang yang berniqab ataupun tidak.
Sekiranya anda memilih untuk berniqab,fahami mengapa anda berniqab?mengapa anda perlu menutup wajah anda?janganlah pula hanya disebabkan mengikut trend 'alim' . seorang wanita yang berniqab,rasanya kurang sesuai sekiranya gambarnya berniqab di upload dengan lirikan mata yang menggoda.lebih tidak menepati keperluan Niqabnya,apabila gambar tanpa niqab turut diupload sama.sudahnya,apa tujuan anda berniqab?
Seorang wanita yang tidak berniqab pula bukan bermakna anda bebas menjaja gambar dengan aksi comel lagi menggoda.Sehingga berjela-jela jejaka memuja.Terkadang bersama tasbih umpama memuji keindahan Pencipta .
''Subhanallah...cantiknya..''.tolonglah..adakah itu sebenar-benar tasbih semata-mata kerana Allah,atau dek kerana nafsu yang dikaburi dengan zikrullah?sedangkan seorang abid sahaja mampu goyah inikan pula jejaka kini yang sangat jauh daripada zaman salafussoleh?
bukan mahu memandang negatif tapi ingatlah bahawa syaitan sentiasa ada.
Kembali semula kepada mengapa kita disyariatkan menutup aurat?adakah kerana sekadar menyarung tudung di kepala?atau sekadar secebis kain penghalang habuk di wajah?
Seorang wanita yang menutup wajah bererti dia telah melakukan kebaikan,manakala yang tidak menutup wajahnya tidak pula berdosa.Namun adalah lebih baik kita beramal dengan memahami keperluannya.bukan hanya mengikut trend semata..it will be nothing u know.no soul.
Ubah pandangan negatif terhadap wanita berniqab
aku harap,penulisan yang serba daif ini dapat mengubah pandangan negatif kita terhadap wanita yang mengorbankan kecantikan wajahnya utuk ditutupi.itu adalah sifat yang mulia serta pilihan yang mendatangkan kebaikkan.aku tak kata,wanita yang tak berniqab itu tidak mulia..kerana kemuliaan yang sebenar datang daripada hati yang bertaqwa kepada Allah SWT.remember that orite??
yang pastinya,sama ada anda berniqab atau tidak,menutup kepala sehingga labuh ke bawah dada itu wajib!no kompromi at all..jangan kau mengada-ngada nak berniqab tapi tak menutup kepala hingga bawah dada,kau dah kenapa?ala-ala gipsy girl ke??
no gipsy
no korean
no american
no 'hawaian'
we
are
MUSLIM.
so
lets
act
exactly
like a
MUSLIM.
wallahualam..c u again!