~wajahku yg ayu,senyuman memikat sesiapa sahaja yg memandang aku..mata ku pula melirik comel dengan suaraku yang manja..ramai jejaka tergoda,tidak terkecuali yg berkopiah dikepala..mereka melirik ke arah aku tatkala aku melintasi mereka..tubuhku yg genit dan comel disertakan dengan gaya ala-ala muslimah sentiasa menjadi perhatian.. skirt kembang bersama kemeja comel merah jambu,selendang putih berbunga merah jambu menyerlahkan lg kecomelan aku..perfect!
~kemeja unggu sendat dengan slack berona putih suci,digayakan bersama kasut bertumit tinggi..rambut blowing beralun lembut tatkala angin sepoi bahasa mula menyapa,langkah rapi aku aturkan dengan penuh keyakinan,ya..aku wanita korporat..terkadang aku berjalan penuh gaya dan yakin sehingga aura keyakinan dan kekorporatan aku tersebar luas bersama detap detup kasut tumitku..sempurna!
~tudung labuhku menampakkan keayuan semulajadi..cahaya keimanan terpancar disebalik wajahku yg mulus.,suaraku yang lembut menarik hati sesiapa sahaja yg mendengarnya..halus bunyinya..ramai para adam yg menginginkan aku..kata mereka aku sempurna sebagai wanita solehah..begitu juga kaum hawa yg cemburukan keayuanku..ya..akulah wanita yg paling menawan..
dimanakah kita?segenit comel?wanita penuh aura?atau ayu bertudung labuh?
dimana pula MmJ??(rahsia....hehehehehe)
MmJ sdg berangan jadi puteri jepun...konon-konon nak jadi menawan...hehehehe.. |
Cantik,menawan dan jelita adalah dambaan bg setiap wanita..begitu juga dengan MmJ..wanita dan cantik memang best friend forever!!
namun..ini bukan hakikatnya..menawan itu bukan datang dari penampilan..tapi dari dalaman.. sudah2lah berdandan cantik bagai sampai bukak2 aurat..sudah2lah bertudung labuh litup bagai purdah segala kalau hanya nak kelihatan menawan..kerana itu lansung bukan menawan...itu hanyalah..godaan dan hasutan syaitan ...tidaklah salah untuk kelihatan cantik,tapi,apa niat kita?hanya utk kelihatan cantik?atau inginkan perhatian?bukanlah tak boleh nk berdandan atau berbusana..MmJ pun suka berbusana..tAPI.....jaga hati kita...jgn menunjuk bagai..lebih baik..bersederhanalah dan yg paling UTAMA..tutup aurat tw..
so,menawankah aku?u guys dan Mmj?
mcm mana nk kelihatan menawan?
Menawan itu terpancar dari hati yg takutkan ALLAH,taat dan tawaduk lagi bertaqwa..lahir dari sifat ingin berjaga-jaga dalam setiap langkah kerana khuatir kecantikkan yg ada mengundang fitnah..
Menawan itu lahir dari hati yg bersih,sentiasa merendah diri,suci dari hasad dengki,hatinya diletakkan ditempat yg serendah-rendahnya sehingga tiada ruang untuk dia meninggi diri mahupun ujub.keihklasan memenuhi jiwanya,senyuman nya hanya semata kerana Allah dan bukan kerana perhatian manusia..
amat jelita lg bila dia adalah isteri mithali,menjaga diri demi suami,berdandan hanya utk suami,seksi meksi menyenangkan hati suami,harum semerbak hanya utk suami...
nah,sungguh sempurna dan menawanlah dia sbg seorang wanita walaupun dia adalah wanita yg paling hodoh sekali pada mata manusia..
ramai wanita cantik tapi selalu terasa mereka ini tidak menawan...mengapa?
kerana kecantikkan yg mereka ada telah hilang serinya kerana digunakan pd jalan yg salah.
dan kerana mereka ingin menggunakan kecantikan mereka semata2 utk mendapatkan perhatian..
kerana itu timbullh rasa tidak puas hati,tidak bersyukur walhal diri dah cantik bagai....
hakikatnya....menawan itu bukan dari segi penampilan..tak kisahlah tutup aurat atau bukan..tapi dari segi hatinya yg tawadu' pd Allah..
jom sama2..kita menawankan diri kita mulai saat ini agar kita menjadi wanita yg paling bahagia di abad ini dunia dan akhirat..insyaAllah.......(^____^)