Assalamualaikum wbk..
er..er..er.. lidah kelu ingin menutur bicara,terasa bagai tidak percaya dengan apa yang telah ditakdirkannya..terasa hangat jari menerima cincin dari suami tercinta,sebagai tanda telah diijabkabulkan..hahaha! hei..mana kau menerawang ha....???!!
Alhamdulillah..semalam result upu lepasan stpm dah pun keluar .Kalau ikut pada arahan semakan,aku kene semak pukul 12 tengahari,tapi akibat kerakusan hati dan ketidaktentuan jiwa yang berkobar-kobar,pukul 11.25 dah buat semakan dah..tup tup dah ada rupanya.
secara jujurnya,aku tidak pernah menjangkakan rezeki yang bakal aku dapat sebegini besar nikmatnya. Sebelum nie,aku lebih berminat dan bermimpi pada tawaran daripada Ipta yang lain,which is selama nie menjadi impian dari kecil.
Bila mendapat tawaran daripada UNiSZA,kaku mata menatap lappy tercinta,kelu lagi lidah untuk berkata apa-apa..hanya hati besar rasanya,seperti tidak percaya apa yang aku baca.Kerana aku mohon megikut hati kecilku,ingin tapi tak yakin.
Aku ditawarkan untuk berada di bawah lembayung Fakulti Pengajian Kotemporari Islam,Bahagian Jabatan Dakwah program Sains Antropologi dan Dakwah. Besar kenikmatan yang telah Allah SWT beri namun di suatu sudut hatiku tidak semena-mena merasa berat dan beban.Tidak semena-mena juga,aku meletakkan diri aku jauh di hujung tempat yang paling hina untuk mendapat kenikmatan dan tanggungjawab serta amanah seperti ini.
Hati dan jiwa mula dihentam syaitan menyatakan tidak kepada rezeki yang telah diberikan.Walaupun aku sendiri yang membuat permohonan,tapi entah mengapa jiwa dan diriku seperti tiada iman.Berbolak=balik dan bergelodak.Pabila memikir tentang mama dan adik,bertambah terasa beban dibahu ini!.
Panggilan telefon ku hadapkan pada seorang sahabat yang aku harap dapat mengusir kebengongan dikepala dan keresahan di jiwa. serius to say,teruk aku dihentamnya sehingga dikata bodoh sekiranya menolak tawaran berharga ini.tambahnya lagi,menolak tawaran ini just same macam menolak hidayah yang Allah ingin beri.
sekarang,aku baru sahaja berjumpa seorang ustaz,kenalan rapat keluarga dan juga arwah ayah aku yang banyak memberikan pandangan serta khidmat nasihat sekiranya kami memerlukan.Alhamdulillah..setelah mendengar hentaman dari seorang sahabat,serta nasihat berharga dari Ustaz Muhammad Rosli,..jiwa aku sembuh daripada kebuntuan.
Pandangan mama pada saat ini memang tidak boleh aku pakai,sebab mama sangat berat untuk melepaskan aku jauh nun ke Terengganu nanti.Mujurlah Ustaz Rosli telah membantu menenangkan mama yang kesedihan.
Bahagian Dakwah yang aku dapat ini merupakan doa daripada arwah ayah yang meninginkan aku memenuhi hajatnya:sama ada aku bergelar seorang guru,ataupun seorang pendakwah islamiah.Secara jujurnya,inilah program pengajian yang amat aku inginkan disudut hati kecilku semenjak selepas UPSR lagi..
tiba-tiba terasa macam nak nanes...='(
Alhamdulillah..my next journey ..UNiSZA,Fakulti Pengajian Kotemporari Islam,Bahagian Jabatan Dakwah,Program Sains Antropologi dan Dakwah.
can i start crying now...or..can i start my ganu loghat? haha..
c u again..Wallahualam..Assalamualaikum..