Saturday, December 17, 2011

MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT..jom lebih khusyuk=)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu...


lama tak tulis entry blog..maklumlah..baru jer sudah exam..alhamdulillah..semoga dpt result yg best.lalala..haha...insyaAllah..

ok,,back to entry,jom khusyuk dalam solat...(^__^)
ramai orang solat..tp..tak ramai yg dapat merasakan manisnya solat.kadang2 mesti ada yg perasan,aku solat tapi kenapa aku masih buat maksiat?kenapa aku merasa malas untuk solat? ada juga yg solat tapi tak nak tutp aurat,suka mengumpat dan bla bla bla..sedangkan kita semua tahu solat itu mencegah kemungkaran..

jadi,mana silap kita?solat pun macam tak solat jer,,sama juga..buat jugak maksiat,so,,tak perlu solatlah..macam tu???? tidak..... ingat,malau macam mana pun kita..solat tetap wajib..

mungkin,,kita tak memahami mengapa kita solat,mungkin kita solat sebab sekadar memenuhi kewajipan.lansung tak tahu setiap makna lafaz yg kita bacakan.. lansung tak menghayati persembahan kita secara lansung terhadap Allah semasa solat.lansung tiada IHSAN dalam solat..kabur tentang penyerahan jiwa kepada Allah.. sebab tu kita tak dapat kesan manisnya dalam solat.kosong.solat tonggang terbalik tp nothing.tak ke sia2 mcm tu?

so guys dan diri ini..
lets do better in our solat..fahami setiap makna lafaz yg kita alunkan dalam solat..biarkan getaran manisnya menguasai solat kita,penyerahan kita sehingga menitik air mata tawadu' dalam solat.. percayalah...solat itu sangat manis..bagi mereka yg khusyuk..lebih manis dari semua manisan yg ada...=')

1)makna lafaz dalam solat 

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segaa puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan

Maafkanlah daku.




Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah atas Nabi MuHammad



Bacaan ketika Tahiyat AkhirSegala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

...........
selain drpd maksud bacaan solat..saya juga pernah terbaca dari sebuah buku..tp..sy yg faqir lg pelupa ini lupa buku apa dan siapa yg berkata..apa yg sy ingat..untuk menambah khusyuk dalam solat..apabila solat hendaklah kita membayangkan bahawa di hadapan kita adalah Allah swt.. dikiri dan kanan adalah malaikat yg memerhati..dan disuatu sudut ada Nabi Muhammah yg sedang meneliti solat ummatnya..wallahualam.. 


so you guys..jom..lebih khusyuk dalam solat..agar lebih terbuka hijab kejahilan dan kelalaian yg selama ini menutupi mata hati kita..insyAllah semoga bermanafaat..


wallahualam..wasalam..=)