Tuesday, September 24, 2019

Review filem Dendam Pontianak 2019

Assalamualaikum dan hai. (Spoiler alert!) 

jangan baca jika tidak mahu ada spoiler sebelum korang tonton sendiri filem ini.

Terlalu lama rasanya tidak menulis di blog. Faktor trend semasa yang melihat penulisan di blog seperti tidak up to date,kekangan masa dan kemalasan diri adalah punca utama. But then bila diri sendiri ingin mencari info tentang pengalaman harian, akhirnya blog orang lain juga yang menjadi rujukan. So, i guess actually maklumat dari penulisan di blog sedikit sebanyak membantu warga netizen di luar sana.

So because of that, this time ai nak share tentang review ai mengenai sebuah filem seram Malaysia yang ditayangkan pasa 12 September 2019 dipawagam. DENDAM PONTIANAK yang dibintangi oleh Fazura sebagai Mina aka Pontianak, Remy Ishak, Shenty Fazliana, Zulhisyam, Namron, Wan Hanafi Wan Sue dan pelakon lain yang sudah ai lupa namanya.

sumber : Google Image

First reason yang buat ai nak sangat tengok cerita ini adalah lagu OST nya nyanyian Dato Siti Nurhaliza yang bertajuk Kasihku Selamanya. Lirik lagu yang sangat deep bagi ai, sangat memukau dan ada unsur mistik membuatkan ai teruja untuk melihat filem ini. Dan ai bukan selalu nak tonton filem Melayu.

Official Music Video lagu Kasihku Selamanya juga sangat memainkan peranan sebagai daya tarikan utama. Berlatar belakangkan era 60 an tak silap ai, watak Fazura dengan kebaya ketat dan Remy Ishak dengan kemeja kotak-kotak mengingatkan ai tentang filem Pontianak Harum Sundal Malam yang menjadikan Maya Karin sebagai Pontianak. Maka, ai menjadikan filem Pontianak Harum Sundal Malam sebagai benchmark ai untuk menonton filem Dendam Pontianak ini.

Ai bukan penggemar filem seram yang bagai ingin mencabut jantung tu. Ai lebih gemar filem seram yang logik dan tidak terlalu menakut-nakutkan penonton dengan adegan yang tidak masuk akal seperti hantu makan orang. Ai lebih menjurus kepada filem seram yang sederhana, mempunyai unsur budaya yang kuat, dan penceritaan atau kisah yang kuat. Jadi, inilah review ai untuk sepanjang 1 Jam 40 minit cerita ini ditayangkan.

Review Dendam Pontianak 2019

Pembukaan cerita ini dihidangkan dengan satu pemandangan kampung yang indah. Honestly ai agak terpukau dengan gambar video nya yang cantik. Sepanjang cerita ini berjalan juga, ai tidak mempunyai masalah dengan gambar yang ditayangkan. Tidak ada sakit mata atau gambar yang boleh buat kita pening kepala. Cumanya terdapat beberapa scene yang diulang banyak kali yang menjadikan seperti terlalu cliche bagi kisah seram. Scene pohon pisang, Fazura jalan kaki, Fazura selak daun pisang lama kelamaan tidak lagi menjadi keterujaan untuk mengetahui sebab. Tapi menjadi agak bosan bagi ai.

Scene perkahwinan pada ai agak menarik dan ada unsur sedikit seram semasa scene perjalanan pulang dan di dalam kereta.

Pertengahan cerita ada sedikit membosankan kerana terlalu mendatar. Ai hampir saja mahu keluar dari wayang dan take a break kerana ai rasa okay untuk tidak lihat babak itu. Tapi ai masih bertahan sebab takut tertinggal babak yang mungkin saja menjadi lebih menarik selepas itu.

Flashback pertemuan Remy dan Fazura tidak begitu kuat pada ai. Kisah yang diceritakan begitu ringkas dan seperti kurang emosi. Ai seperti tidak sempat merasa perasaan cinta dan sayang antara Remy dan Fazura. Tahu-tahu dah habis flashback.

Di penghujung cerita barulah ada bermain dengan emosi penonton. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak sehingga sanggup mengorbankan dirinya sendiri agak menyentuh hati. Macam biasa, hati tisu ai akan tersentuh dan sebak.

but then again., kisah itu tamat dengan serta merta. at the end, ai macam "eh dah habis ke?" Dan sepanjang filem itu berlansung, tidak ada lagu Kasihku Selamanya dimainkan. Hanya selepas filem itu tamat sahaja. (Ingat balik, ai tengok cerita ini sebab lagu ).

Tidak sepatutnya ai menjadikan Filem Pontianak Harum Sundal Malam sebagai benchmark. Pada ai, ianya terlalu jauh. Pada yang meminati kisah seram yang ingin mencabut jantung, ini bukanlah filem yang sesuai untuk anda tonton. Pada yang meminati kisah seram yang sarat dengan unsur budaya dan penceritaan yang kuat, ini adalah filem yang so-so untuk ditonton.

Maka ai memberikan review 5/10 untuk filem ini.

Apa yang ai suka dalam filem ini adalah wayang gambarnya yang cantik. Satu lagi yang perlu dihighlight adalah lakonan Shenty Fazliana yang memegang watak sebagai isteri kepada Remy Ishak yang agak kuat dari segi emosi dan mimik mukanya sepanjang filem itu berjalan.

So, thats all for my review kali ni. bye bye.














No comments: