Ku Persembahkan Hati
By: Muslimah Merah Jambu,
2013-01-02
“ Damn It!!”
Ariana menjerit sekuat hati setelah pintu biliknya dihempas sekuat mungkin. Geram
dan kecewa dengan sikap Mummy yang sengaja membangkitkan isu sensitif itu.
Padanya isu tersebut tak perlu lagi dibangkitkan,tak perlu! Lebih mengecewakan
apabila mummynya seperti ragu-ragu terhadap dirinya, anak kandung Mummy
sendiri!.
“ Dear.. are you sure you want to
this?? Atau semua ni ada kaitan dengan Iskandar? Ariana sebenarnya berdendam
dengan Iskandar right?. Dan sekarang ni Ariana nak tarik perhatian dia. Am i
right Ariana?” kata-kata Mummy sungguh menghiris hati, Mummy yang dia perlukan
untuk beri kekuatan, beri sokongan saat dia hampir rebah telah menolak dia
jatuh tersungkur dengan andaian yang sangat pahit.
“ Salahkah apa
yang aku nak buat ni? Kenapa semua orang harus pandang serong pada aku? Tak layakkah
aku untuk buat semua ni? Hina sangatkah aku ni, hina sangatkah??” Ariana
bertempik kuat dihadapan meja soleknya lantas menepis semua yang ada di atas meja
tersebut. ‘ Prang...’ satu persatu barang-barangnya pecah tatkala menghempas ke
lantai. Hati Ariana membara, sangat membara. Terasa seperti ingin saja dia
bertempik dihadapan Mummy sebentar tadi tapi entah mengapa kakinya laju
meninggalkan Mummy lalu membawanya ke kamar tidur.
Ariana merenung manik-manik
kaca yang bersepai. Satu-satu persatu hancur seperti hatinya. Tiba-tiba, di
suatu sudut, kelihatan sesuatu yang terperosok di bawah langsir, Ariana pasti
ia datang dari atas meja soleknya. Perlahan-lahan dia menyelak kain langsir
yang menutupi hampir keseluruhan objek itu. Melihat ke arah objek tersebut, matanya terpaku. Jantungnya seperti berhenti,
bibirnya kaku menutur sebarang kata. Ariana terduduk melutut ke arah objek tersebut.
Tangisan demi tangisan tidak tertahan lagi, esakan demi esakan memenuhi ruang
kamarnya. Kali ini, jiwanya lebih kecewa.
Pagi terasa sangat
bahagia , burung menyanyi lagu riang, berterbangan mencari rezeki untuk
anak-anak. Mentari pula bersinar cerah. Secerah hatinya. Ariana tersenyum
dihadapan cermin sambil membetulkan kelepet tudungnya. Tudung berona biru muda
indah membaluti tubuhnya yang berbaju kurung putih dan berbungakan rona yang
sama dengan tudungnya. Lapang hatinya memerhatikan diri sendiri sejak akhir-
akhir ini. Alhamdulillah, Allah memberinya kesempatan untuk merasa nikmatnya
penutupan aurat yang sempurna. Andai dulu dia hanya bertudung sekadar menutupi
mahkotanya itu pun pada waktu tertentu sahaja, kini dia lebih berhati-hati
dalam mengenakan sebarang gaya ke atas dirinya.
“Amboi Yana, tersengih-sengih depan
cermin tu dah kenapa? Beruntunglah siapa yang Yana sedang angankan tu” usik
Hashima yang sedari tadi memerhatikan gelagat rakan biliknya itu,merangkap
rakan baiknya sejak dia berada di Universiti beberapa bulan yang lalu.
Ariana hanya
tersenyum melihat Hashima, ya..inilah insan yang memainkan peranan besar
terhadap siapa dirinya sekarang. Hashima binti Halim. Perwatakannya yang
sederhana, wajahnya yang ayu, ilmu agamanya yang baik serta sifatnya yang tidak
suka menunjuk-nunjuk. Pada dia, Hashima gadis istimewa, tempatnya tinggi
mengalahkan gadis-gadis yang dia temui sebelum ini.
Hashima menghulurkan Al-Quran kepada
Ariana. Bertambah lebar senyuman dibibir Ariana. Memahami maksud Hashima,
mereka sama-sama duduk di bawah beralaskan permaidani kuning merah, menyelak
lembaran agung, basmallah dilantun bersama, pembuka kata bagi Surah Ad- Dukhan
di pagi hari bersama kicauan burung dan alunan angin pagi yang sama-sama memuji
Illahi. Begitulah mereka setiap pagi sebelum memulakan hari. Hashima yang
sememangnya mengamalkan bacaan Ad-Dukhan setiap pagi turut sama mengajak Ariana
yang tak pernah kenal akan Ad-Dukhan. Subhanallah, indahnya persahabatan kerana
kasih Allah.
Kuliah Dr. Zulkifli sebentar tadi
benar-benar menembusi benak hatinya. Penekanan yang diberi sebentar tadi adalah
tentang Wahyu Allah tentang tujuan penciptaan manusia di muka bumi ini..
terngiang-ngiang kalimah Agung itu di benak fikirannya.
‘Tidak aku ciptakan jin dan manusia
melainkan hanya utk beribadat kepada-Ku..
(Adz-Dzariyat ayat 56)’
Sungguh, hatinya tersentuh dengan
kalimah Agung itu. Tatkala Dr. Zulkifli mengalunkan ayat indah itu bersama
maknanya, hatinya sebak. Tangannya seperti kaku untuk menulis nota-nota seterusnya.
Fikirannya hanya mengenang akan kelalaian yang selama ini dia lalui. Betapa Allah
mengasihi dia, insan yang hina, yang selama ini tidak pernah peduli akan
perintah Allah. Hanya sekadar tahu memenuhi tuntutan peperiksaan. Betapa Allah
kasih terhadap dirinya dengan memberi dia peluang untuk bernafas lagi di muka
bumi Illahi setelah dia menengenepikan perintahNya. Allahu Akhbar rahmat Allah
sangat luas kepada hamba-hambaNya tapi mengapa selama ini dia buta? Mengapa selama
ini matanya tertutup daripada melihat akan kebesaran Allah? Sungguh, kini dia
yakin, Hidayah itu Milik Allah dan betapa bersyukurnya dia kerana terpilih
mendapat anugerah yang terindah.
Namun, penghijrahan bukanlah sesuatu
yang mudah untuk dilalui. Hidayah juga bukanlah sesuatu yang ringan untuk
dibawa dan disemat dalam hati. Masih teringat Ariana akan sepupunya yang
merendah-rendahkan status islamiknya di laman sosial. Masih teringat lagi
sepupunya, Sophie, menghantar mesej peribadi mempersoalkan status-status
islamiknya sejak beberapa bulan yang lepas. Sophie mengatakan yang dia sedang
hipokrit kerana berkawan dengan Hashima. Sophie menyatakan bahawa manusia
seperti dia tidak layak untuk bercakap soal agama. Malah Sophie turut mengancam
akan memutuskan tali persaudaraan di antara mereka sekiranya dia masih
berterusan begitu. Ya, Ariana akui.. andai dilihat pada masa silamnya, memang
dia tidak layak untuk berbuat demikian, tidak layak untuk menyarung jilbab yang
sempurna apatah lagi berkawan dengan Hashima!. Tapi dia tak salahkan Sophie.
Bukan salah Sophie.
Kelab malam, menari bersama lelaki
si hidung belang, bercampur tanpa peduli soal batas. Mini skirt, gaun pendek,
top sendat, pakaian mendedahkan sebahagian besar kulit seorang gadis. Semua itu
dilakukan bersama-sama Sophie! Ariana sangat mengerti perasaan Sophie,
sepupunya yang dia harapkan turut sama diberikan Hidayah oleh yang Maha Esa.
‘
Yana, Saya nak Tanya sikit boleh? Itu pun kalau Yana tak keberatan lah..’
Hashima menutur katanya satu persatu sambil melipat kain yang baru diangkat
dari ampaian. Ariana yang sedang membelek majalah Solusi itu merenung Hashima,
matanya dibesarkan menandakan dia bersedia dengan persoalan Hashima.
‘Sepanjang kita berkawan, Yana tak
pernah pun mention mana-mana lelaki yang special dalam hidup Yana.’ Hashima
merenung Ariana yang dihadapannya. Ya, selama mereka berkawan, tak pernah pun
Ariana menyebut-nyebut tentang sesiapa. Melihat kepada wajah Ariana yang comel,
matanya redup seperti mata anak kucing, kulitnya sawo matang dan mulus, hidung
cantik terletak, bibir mugil kemerahan, mana mungkin tiada lelaki yang
terpikat.
Ariana menelan pahit air liurnya. Lidahnya
kelu untuk menjawab persoalan yang selama ini dia cuba elakkan. Persoalan yang
hanya mengundang gerimis dihati, bahkan bisa membuat harinya mendung tiada
mentari. Suram, sesuram kebenaran yang terpaksa dia tanggung sampai bila-bila.
Iskandar bin Mohd Syah. Satu nama
yang Ariana tidak mahu lagi dengar dalam hidupnya. Tidak sesekali. Iskandar bagai
penjajah, menjajah jiwanya, menjajah hidupnya lantas menghancurkan hatinya
sekaligus!. Ariana, walaupun dia sangat gemar bersosial namun bukan mudah untuk
dia menyerahkan hatinya kepada lelaki untuk disayangi. Bukan mudah untuk dia
meletakkan seluruh kepercayaannya pada seorang lelaki, Iskandar dikira bertuah
kerana mampu berpaut dalam hatinya. Namun, semua itu hancur semasa Iskandar
mengatakan bahawa dia akan bernikah dengan seorang gadis di kampus Iskandar. Hancur!!
Lebih memeritkan lagi, kenyataan
ditinggalkan Iskandar bukan sekadar ucapan, tapi meninggalkan satu kenyataan
pahit, kenyataan bahawa kesuciannya turut dibawa pergi oleh Iskandar!. Bagaimana
mungkin dia melupakan Iskandar, dulu sampai kini, Iskandar tetap dihati
walaupun kini Iskandar tunangan orang. Ariana, walau dirinya bisa saja mencari
pengganti Iskandar, namun baginya persoalan tentang kesucian seorang wanita
sangat penting. Dia tidak mampu untuk menyintai mana-mana lelaki apatah lagi
kini, setelah dia mendapat hidup yang baru. Jiwanya sangat menginginkan lelaki
soleh buat pembimbing di masa depan, namun haruskah dia menyerahkan diri yang
tidak suci kepada seorang lelaki yang Soleh? Layakkah dia berdamping dengan
mana-mana lelaki yang baik-baik?
Tapi, Iskandar tidak salah.. sebelum
Iskandar mengucap kata perpisahan Iskandar terlebih dahulu mendapat Hidayah
Illahi, diajaknya Ariana ke arah kebenaran, hanya ejekan dan penghinaan yang
dia lemparkan. Ariana sangka Iskandar akan menanti dirinya, bukan tidak mahu
berubah namu hatinya masih buta. Tapi
Iskandar lupa.. Iskandar lupa pada janji. Tatkala Ariana mempersoalkan
keputusan Iskandar, mengapa memilih gadis lain. Iskandar mengagungkan kesucian
gadis itu. Lupa, dalam masa yang sama Iskandar telah menghina Ariana. Lupa
bahawa Iskandarlah yang meruntuhkan tembok kesucian Ariana.!
Sejak itu, walaupun Iskandar memohon
seribu kemaafan, walaupun Iskandar semakin jauh penghijrahannya tetapi bagi
Ariana, Iskandar tetap Iskandar. Kebenciannya bukan kerana benci, kebenciannya
kerana dia tidak bisa melupakan Iskandar!
Ariana termenung, tanpa dia sedari
majalah yang dipegangnya sudah basah dengan tangisan. ‘Shima, Yana tidak layak
untuk mana-mana lelaki, sedangkan Iskandar sendiri meninggalkan Yana, apatah
lagi orang lain..’ Ariana hanya merintih dalam hati.. tak mampu bersuara
menyatakan hal yang sebenar. Hashima diserbu rasa bersalah,cepat-cepat memeluk
erat Ariana yang sudah lemas dalam tangisan. Maaf dipinta berkali-kali namun
Ariana tetap membalas dengan air mata.
‘Perempuan macam kau tak layak pakai
tudung ni!’ Sophie membentak. Gegak gempita suaranya memenuhi banglo kediaman
Ariana. Panas hatinya melihat sepupunya bertudung sempurna,berbaju sempurna
tatkala dia mengajak sepupunya itu keluar shopping di Skudai Parade. Berbulan
tidak berjumba kerana Ariana sering sibuk di kampus, walhal sebenarnya Ariana
tidak bersedia untuk berjumpa keluarganya, takut perubahannya tidak diterima.
Ariana datang dari keluarga yang moden, soal agama ala-ala kadar sahaja.
‘kau bukak benda ni semua, kau tukar
baju kau yang biasa kau pakai! Aku taknak lah hang out dengan ustazah macam ni’
Sophie memang panas baran. Pantang ada yang tak kena, cepat saja kemarahannya
meluap. Ariana hanya mampu diam, dia tak mampu nak cakap apa-apa, saat ini dia
perlukan Hashima!
‘ eh Yana, kau ingat dengan pakai
macam ni, Allah boleh ampunkan dosa-dosa kau macam tu aje ke? Hei, Yana, dosa
kau dengan dosa aku lebih kurang je tau. Kau pakai macam ni pun, nama kau tetap
Ariana. Ariana binti Mustapha. Orang kat luar sana tu tetap tahu perangai
sebenar kau. Bolehkah orang kat luar sana lupa macam tu je?? Kata-kata Sophie
menusuk ke hati, ada benarnya. Bisik hati Ariana yang mula lemah dalam godaan
syaitan laknatullah.
Mummy Zahirah sampai ke muka pintu,
dari halaman rumah dia mendengar suara tinggi Sophie. Mummy Zahirah baru pulang
dari meeting bersama clientnya. Dek kerana hari ini Ariana pulang, dia
cepat-cepat menghabiskan meetingnya. Terkilan juga sebab tak dapat menjemput
Ariana di airport. Sudahnya, Pak Kamil yang diarah untuk menjemput Ariana,
pemandu keluarganya.
‘Ariana......’ Mummy Zahirah kaku,
bagai tidak percaya gadis bertudung litup dihadapannya adalah Ariana. Bukan tak
pernah nampak Ariana bertudung tapi kali ini berbeza. Sempurna menutup aurat
sebagaimana yang islam anjurkan. Memang Ariana ada menyatakan keinginan untuk
berubah namun dia menganggap itu hanya perbualan kosong.
Tapi bukan semudah itu untuk Mummy
Zahirah menerima perubahan Ariana. Dirinya sendiri moden, tudung hanya disarung
apabila pergi ke majlis pengebumian atau Majlis tahlil. Mana mungkin Ariana
boleh berpenampilan begitu. Apa kata orang nanti? Anak sendiri tahu menutup
aurat tapi mummynya tidak. No.! Dia pasti Ariana sengaja bertindak pelik
sebegini kerana Iskandar. Mummy Zahirah sedia maklum akan perubahan Iskandar. Pasti
Ariana mahu memikat hati Iskandar semula.
‘Ariana..i think you better change
that’ Mummy Zahirah menunding jari ke arah Ariana. Rindunya seakan-akan mati
apabila melihat Ariana semacam Ustazah Pilihan. Sophie hanya tersenyum. Puas!
‘Mummy..please... Yana dah nekad..
lagipun Yana dah inform kat mummy kan?? Mummy kata ok je..’ Mummy Zahirah
mengaku, dia setuju tapi dia ingatkan semua tu hanya gurauan semata. Ariana
berbelah bagi.., namun dia masih cuba membela diri.
‘Stop being Hipotkrit Ariana,.. It
just because of Iskandar right, ...............?’ Mummy Zahirah terus menyatakan kata hati yang sedari tadi
bermain dikepalanya.
Ariana terpana.. matanya
berkaca,,hatinya sakit.. ‘ Mummy...!’
Tangisan Ariana
makin menjadi-jadi. Di sudut langsir itu dia menangis semahunya mendakap erat
objek yang ditemui. Sungguh kini dia mengerti akan erti perjuangan, kini dia
faham hakikat kebenaran. Syurga itu bukan sewenang-wenang boleh dimasuki tanpa
ada ujian akan keimanan. Rasa berdosa menyelubungi diri kerana sebentar tadi
meragui Kasih Allah. Dia lupa pada firman Allah dalam surah Ankabut ayat 2-3,
“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan :
“kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami
telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya
ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
orang-orang dusta”.
Tidak! Bukan semudah ini dia harus mengalah. Hidayah kurniaan Illahi
terlalu bernilai untuk dilepaskan. Ariana pasti, cabaran demi cabaran akan
menujah hidupnya. Namun, dia harus yakin bahawa Allah sentiasa akan bersama..
dalam esakan Ariana berbisik kepada Illahi...
‘Ya Allah.. aku persembahkan hatiku padaMu untuk Kau jaga dan lindungi..
Janganlah kau bolak-balikkan hati ku daripada RahmatMu ya TuhanKu,. Bantulah aku
Ya Allah....’ Bersama objek yang semakin erat dipeluk,,seperti rasa menyatakan
kemaafan kerana telah menjatuhkannya ke lantai.. sebuah Al-Quran kecil
pemberian Hashima..