Tuesday, March 13, 2012

Menawankah aku?

~wajahku yg ayu,senyuman memikat sesiapa sahaja yg memandang aku..mata ku pula melirik comel dengan suaraku yang manja..ramai jejaka tergoda,tidak terkecuali yg berkopiah dikepala..mereka melirik ke arah aku tatkala aku melintasi mereka..tubuhku yg genit dan comel disertakan dengan gaya ala-ala muslimah sentiasa menjadi perhatian.. skirt kembang bersama kemeja comel merah jambu,selendang putih berbunga merah jambu menyerlahkan lg kecomelan aku..perfect!

~kemeja unggu sendat dengan slack berona putih suci,digayakan bersama kasut bertumit tinggi..rambut blowing beralun lembut tatkala angin sepoi bahasa mula menyapa,langkah rapi aku aturkan dengan penuh keyakinan,ya..aku wanita korporat..terkadang aku berjalan penuh gaya dan yakin sehingga aura keyakinan dan kekorporatan aku tersebar luas bersama detap detup kasut tumitku..sempurna!

~tudung labuhku menampakkan keayuan semulajadi..cahaya keimanan terpancar disebalik wajahku yg mulus.,suaraku yang lembut menarik hati sesiapa sahaja yg mendengarnya..halus bunyinya..ramai para adam yg menginginkan aku..kata mereka aku sempurna sebagai wanita solehah..begitu juga kaum hawa yg cemburukan keayuanku..ya..akulah wanita yg paling menawan.. 

dimanakah kita?segenit comel?wanita penuh aura?atau ayu bertudung labuh?
dimana pula MmJ??(rahsia....hehehehehe)

MmJ sdg berangan jadi puteri jepun...konon-konon nak jadi menawan...hehehehe..


Cantik,menawan dan jelita adalah dambaan bg setiap wanita..begitu juga dengan MmJ..wanita dan cantik memang best friend forever!!

namun..ini bukan hakikatnya..menawan itu bukan datang dari penampilan..tapi dari dalaman.. sudah2lah berdandan cantik bagai sampai bukak2 aurat..sudah2lah bertudung labuh litup bagai purdah segala kalau hanya nak kelihatan menawan..kerana itu lansung bukan menawan...itu hanyalah..godaan dan hasutan syaitan ...tidaklah salah untuk kelihatan cantik,tapi,apa niat kita?hanya utk kelihatan cantik?atau inginkan perhatian?bukanlah tak boleh nk berdandan atau berbusana..MmJ pun suka berbusana..tAPI.....jaga hati kita...jgn menunjuk bagai..lebih baik..bersederhanalah dan yg paling UTAMA..tutup aurat tw..

so,menawankah aku?u guys dan Mmj?
mcm mana nk kelihatan menawan?

Menawan itu terpancar dari hati yg takutkan ALLAH,taat dan tawaduk lagi bertaqwa..lahir dari sifat ingin berjaga-jaga dalam setiap langkah kerana khuatir kecantikkan yg ada mengundang fitnah..

Menawan itu lahir dari hati yg bersih,sentiasa merendah diri,suci dari hasad dengki,hatinya diletakkan ditempat yg serendah-rendahnya sehingga tiada ruang untuk dia meninggi diri mahupun ujub.keihklasan memenuhi jiwanya,senyuman nya hanya semata kerana Allah dan bukan kerana perhatian manusia..

amat jelita lg bila dia adalah isteri mithali,menjaga diri demi suami,berdandan hanya utk suami,seksi meksi menyenangkan hati suami,harum semerbak hanya utk suami...

nah,sungguh sempurna dan menawanlah dia sbg seorang wanita walaupun dia adalah wanita yg paling hodoh sekali pada mata manusia..

ramai wanita cantik tapi selalu terasa mereka ini tidak menawan...mengapa?
kerana kecantikkan yg mereka ada telah hilang serinya kerana digunakan pd jalan yg salah.
dan kerana mereka ingin menggunakan kecantikan mereka semata2 utk mendapatkan perhatian..
kerana itu timbullh rasa tidak puas hati,tidak bersyukur walhal diri dah cantik bagai....

hakikatnya....menawan itu bukan dari segi penampilan..tak kisahlah tutup aurat atau bukan..tapi dari segi hatinya yg tawadu' pd Allah..

jom sama2..kita menawankan diri kita mulai saat ini agar kita menjadi wanita yg paling bahagia di abad ini dunia dan akhirat..insyaAllah.......(^____^)

Monday, March 12, 2012

Indahkah memendam cinta..?

''aku telah jatuh cinta,tp aku takut untuk meluahkan sebab aku khuatir,cinta itu akan membunuh hati aku''

''sungguh aku keliru,arah mana yg harus aku tuju,pendam atau luah?''

''Allahu Rabbi,berdosakah aku,mencintai seorang hambaMU?''

COUPLE ITU HARAM
statement couple itu haram mmbuatkan ramai yg menelan air liur.yelah,mana taknye hati dh ada perasaan pd orang tu mestilah nak meluahkan,nak bersama dan macam2 lah... so,ramai yg mencari alasan kukuh,malah ramai yg membongkar kitab hadis nak cari hadis mana yg boleh menghalalkan couple nie..hehe...

pd zaman Rasulullah dulu,perkataan couple memang takda..(i mean kt tanah arab lh)so,,hadis yg khusus utk couple nie memang samar2 tp bnyk lg hadis lain yg bersangkutan dgnnya.. kenapa couple tu haram? carilah kt google..tanyalah ustaz dan ustazah anda.eden bukan ustazah..hehe...

CINTA ITU FITRAH
td kata couple ni haram,skg cakap cinta itu fitrah pulak..kalau dh cinta,mestilah nk couple,,ye tak?
TAK JUGAK.
saidatina Fatimah dan saidina Ali mencintai satu sama lain sebelum bernikah tapi mereka tak bercouple,malah mereka memendamkan perasaan itu,lalu menyerahkan segalanya pd Allah..lantas,Allah membalas penyerahan mereka dgn menyatukan cinta mereka.. indah kan?

INDAHNYA MEMENDAM RASA
ya,bagi MmJ cinta yang dipendam itu lebih indah..sebabnya? cinta itu lebih suci drpd diluah..khuatir akan diselitkan dgn bunga-bunga zina.. lagi pula,bila dh meluah,mula lah terbit bibit-bibit harapan.. sedangkan jodoh sudah Allah tentukan,kalau ditentukan kita takda jodoh dgn dia..tak ke merana nanti?(MmJ lh...)

so..bg sesiapa yg sedang memendam rasa..takpe..its ok..you all tak rugi apa2 pun..malah,you all berada dalam condition yg selamat.. selamat drpd fitnah,drpd kecewa,dan harapan..

TETAPI..
MmJ tak cakap meluahkan cinta itu haram..!(bukan ulama' kot suka suki jer buat hukum)
haha..
it is just..feel beter if u keep it..sampai masa yg sesuai dan bersedia utk menikah,luahkanlah..bertunanglh dlm masa yg singkat(kalau boleh)dan segeralah menikah.
tp..kalau rasa boleh elak bunga-bunga zina,fitnah,godaan syaitan dan boleh tahan jika dikecewakan..why not?just go on... but r u sure that u r realy can face it?

Cinta itu anugerah Allah yg perlu dijaga dan dipelihara elok2..Allah menitipkan rasa cinta utk kita rasa bahagia..jgn pula kita menodai cinta itu dgn mengkhianati pemberiNya.. jagalah ia baik2 dlm hatimu..

bersyukurlah dgn menyerahkan kesudahan cinta kita padaNya..insyaAllah,ALLAH akan menyatukan cinta kita itu sepertimana Allah sudah menyatukan cinta saidatina Khadijah dan Nabi Muhammad,serta Fatimah dan Ali..

jika tidak..percayalah..pasti Allah sudah menyediakan ganjaran yg hebat kerana kita telah menjaga hati kita dgn bergantung kepadaNYa..Allahuakhbar..Indahnya memendam cINTA..

Wednesday, February 15, 2012

selamatkanlah Ummah kita ini!

Assalamualaikum..
kaifa haluki?
hope semua bihair2 shj yer...

hari ini..Mmj rasa sedikit terkilan pd diri Mmj sendiri.. Mmj terbaca dalam status2 sahabat2 di fb yg sibuk mengatakan tentang nasib saudara kita di syria.. Mmj sendiri tak tahu ape yg berlaku sebenarnya.. rupa-rupanya ada pertempuran di Homs yg mengorbankan 80 nyawa.serangan tersebut telah dilancarkan oleh pihak berkuasa rejim negara tersebut dimana mangsa korban rata-ratanya adalah saudara kita sendiri..umat islam.

Mmj rasa terkilan sbb Mmj tak tahu lansung tentang semua nie..Mmj sibuk cari harta dunia sampai tak sedar nasib yg menimpa saudara Mmj sendiri...

SAUDARA... ye..SAUDARA...
berapa kali kalimah ini kita dengar,dari dulu lg kita ditekankan bahawa umat islam seluruhnya adalah BERSAUDARA...tp..persoalannya.. sejauh manakah kekuatan persaudaraan ini?
sejauh manakah pemikiran kita ini ditujukan khas buat saudara islam kita?
dan sejauh manakah sumbangan kita kpd saudara kita?
atau sebenarnya sepanjang kehidupan kita ini tiada satu pun sumbangan kita untuk saudara kita waima doa sekalipun.??
kita seringkali dipaparkan dgn nasib saudara kita diluar sana di kaca tv..

bagaimana wanita islam diluar sana memperjuangkan hak mereka utk bertudung???sehinggakan ditangkap seperti melakukan satu dosa yg besar sekali.sedangkan di negara ini wanitanya sibuk memperjuangkan hak mereka utk bebas berpakaian seksi tanpa ada mana2 pihak yg boleh mempertikaikan keadaan itu.memperjuangkan hak manusia katanya utk BEBAS.

bagaimana pula nasib saudara kita di palestin,gaza yg dikecam hebat zionis.meskipun begitu, persaudaraan mereka kuat.mereka bersatu membangun menentang kekejaman zionis dan israel lantas menyelamatkan agama suci iaitu islam .mereka menjunjung islam dan menjadikan ia sbg satu perjuangan lantas membentuk satu perpaduan ummah dikalangan mereka. perjuangan itu bukan hanya pada pemuda2 gaza dan palestin sahja.malah turut tebal di dalam jiwa wanita dan kanak2 disana.. mereka bertempur dgn apa yg ada.berpaksikan kepada kepercayaan mereka kpd Allah.

dalam masa yg sama..ketika mereka sedang melaungkan Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! apa yg kita buat disini?? makan dgn enak? tidur dgn nyenyak? menangis sbb layan hindustan? atau tak tahu lansung pun yg mereka sedang berjuang?

terlalu banyak perbezaan kita dgn mereka....
ya,palestin sebuah negara yg mundur..perlu dibangunkan semula utk menjadi sebuah negara yg maju.
kita,malaysia pula sebuah negara yg membangun..aspirasi kita  adalah transformasi..transformasi..kita menuju kepada perubahan yg memodenkan negara..
TAPI...
ummah islam disana semakin lama semakin kukuh persaudaraan mereka.. bumi palestin melahirkan ramai generasi pejuang agama yg kental jiwanya..melahirkan abnaul harakah,menjunjung agama Allah.
sedangkan kita disini.. semakin lama,semakin rapuh persaudaraan kita..bergaduh sini sana.. kerana politik kita menghina saudara sendiri.kerana kepentingan ekonomi kita pandang enteng muamalah islam.. kerana kpentingan pangkat kita sanggup terpekik2 tabur fitnah.sekaligus menjatuhkan maruah kita sebagai umat islam yg sepatutnya ada budi pekerti yg lebih hebat drpd penganut agama lain.
dan yg paling sedih sekali makin ramai generasi muda mudi berjuang utk melahirkan anak luar nikah dan bukannya abnaul harakah!.

Mmj melihat diri sendiri..bermuhasabbah di malam hari ini..apakah sumbangan yg Mmj dh beri pd ummah ini??dan apa pula sumbangan Mmj pd saudara Mmj diluar sana???20 sen di dalam tabung?atau air mata semasa melihat berita2 yg menyayat hati..?

teruk sangat ker malaysia nie sampai Mmj kata kite perlu bangkit selamatkan ummah????
tak lah teruk..tapi..teruk sangat....
sbb??
Agama rasmi malaysia adalah ISLAM...
tp...lihat sikap sebilangan besar  ummah di malaysia nie..lebih menunjukkan keislaman atau kebaratan??
Mmj tak terkejut bila dgr khabar angin yg mengatakan bahawa Malaysia punya agama rasmi adalah kristian.
Mmj bukan nk biadab di sini tp itulah cerminan yg dibawa oleh negara kita.
sbb tu.. Mmj nk ajak diri Mmj dan sahabat2  sama2 kita selamatkan ummah kita disini..dan dalam masa yg sama kita prihatin pd nasib saudara kita diluar sana..

ayuhlah..sebelum ada pertumpahan darah spt yg berlaku pd saudara kita di luar sana..sebelum kita kebulur di negara sendiri..sebelum kita minta simpati pd bumi malaysia ini agar dikembalikan agama islam sbg agama rasmi..
tidakkah kita bersyukur pd kedamaian ini?atau sudah alpa dgn keduniaan..?lalu..
dimana peranan kita utk membentuk kekuatan ummah kita kembali..?
wahai kaum adam..ayuh,bangkit!perjuangkan kekuatan ummah sebelum tersungkur di negara yg beragama rasmikan islam sendiri.
wahai kaum hawa..ayuh,,gerak!semarakkan lagi perjuangan untuk ummah ini..bersama mendidik dan melahirkan pemuda pemudi harapan agama..

Friday, February 10, 2012

Lelaki agama vs lelaki rock.mana satu pilihan hatiku??

Hai salam ukhwah fillah,salam penuh kebahagiaan penuh keceriaan buat MmJ sndiri n u guys..

"selamat pengantin baru....''
selamat berbahagia....''
(MmJ sedang berangan.......yuhuuuuu)

PERKAHWINAN..SUAMI...RUMAHTANGGA..
tiga perkara ini memang sinonim dgn fitrah kehidupan manusia..sama ada lelaki mahupun perempuan..MmJ pun macam tu juga..

calon MmJ???
huhu..MmJ sedang masukkan senarai calon dlm borang permohonan..hehe...(ada pulak..huhu)

how about u guys??
mesti ramai yg ada calon kan?
mesti ramai juga yg ada suami impian hati..

MmJ baru je baca satu artikle..yg mengatakan bahawa girl nie lebih berminat kepada boy yg berstatus agama.betul ke u guys???macam imam muda..boy yg terlibat dalam usrah..boy yg selalu pergi masjid..boy yg selalu memberi nasihat berjela2 diselitkan dgn keagamaan sedikit...
biasanya boy2 yg mcm nie ada wajah yg redup..perlakuan yg menyenangkan..sejuk mata memandang...tenang hati melihat..kan?


                                         (ala2 mcm nie lh....hehe....)

so..tak pelik kalau u guys kata YA!SAYA BERMINAT DGN BOY YG MCM NIE..
MmJ pun tak pelik kalau u guys kata BOY MCM NIE LEBIH SELAMAT DRPD BOY YG ROCK,GANAS,@BUKAN BERSTATUS AGAMA.

honestly MmJ pun suke tengok boy2 mcm nie..yelah..boy2 mcm nie memang insyAllah boleh beri bimbingan pd kehidupan kita kelak.. dan kalau boleh MmJ pun nak bakal suamai MmJ nnti pun mcm nie.. siapa tak nak..kan?istigfar....

jgn lupa.. bukankah Allah menyuruh kita menjaga pandangan kita??so..jgn selalu2 tengok boy lama2.. nnti syaitan pun mula cucuk jarum..hehe..

cuma MmJ nak betulkan sedikit pandangan girl pada boy2 mcm nie..

tak kira boy mana..alim atau rock.. boy tetap boy..
berakal 9 bernafsu 1...
boy yg alim belum tentu syurga..
belum tentu kuat imannya..
belum tentu betul jalannya..
boy yg ganas belum tentu tiada agama..
belum tentu pudar imannya..
belum tentu dia akan keneraka..
tiada istillah selamat bagi girl..
sebab bila boy dan girl berdua..
tak kira secara zahir atau batiniahnya..
syaitan lah yang ketiga..
setinggi mana kopiah boy..
akhirnya akan jatuh juga di riba girl...

suami impian hati biarlah pada agama..
suami dambaan jiwa biarlah elok budinya..
suami tambatan kasih biarlah suci raganya..
suami dunia akhirat biarlah setia kasihnya..
bukan pada rupa..
bukan pada penampilan..
tak semestinya yg berkopiah itu kuat agamanya..
dan tak semstinya yg bertopi itu lemah imannya..
yg pasti takwa itu milik Allah..terpendam didasar hati...
rahsia antara hamba dan Pencipta..
yang paling penting..kita bahagia dengan keberkatan Illahi..

Thursday, January 19, 2012

Dilema Kawan Berubah Selepas Masuk Universiti..

Assalamualaikum u guys....>__<''
hope u guys sume sihat2 n dirahmati Allah olowes..amin....

DILEMA KAWAN BERUBAH SELEPAS MASUK UNIVERSITI...huuuuuu~~~
entry kali nie berbicara soal kite-kite yg memang dh sedia maklum tentang soal persahabatn...

sy pasti..mesti ramai diantara kita yang dh melalui macam2 pengalaman bersama kawan2...
ada yg best...
ada yg seronok...
ade yg syiok...
ade yg sengal2 ubi..
ade yg kurang asam,...
ade yg kurang ajar...
dan ade yg memang nk kene makan ajar..
huuuuuu~~~

tp ape yg sy nak mention kat entry sy nie adalah tentang kawan kite yg BERUBAH bila dh masuk universiti,,,
nie kira kawan sekolah2 lah nie senang cerita...
sbb bnyak2 kwn..kwn sekolah lah yg paling banyak kenangannya dgn kite..
dan kwn sekolah lah yg kita always feeling habis bila nak berpisah...(tamat form 5)
means... kite mengakhiri zaman sekolah vs zaman gila2..

perubahan yg sy maksudkan meliputi SEMUA.. sama ada perubahan yg baik...(alhamdulillah)..
mahu pun yg kurang baik..(doakan supaya diberi hidayah..amin..)

masa zaman sekolah.. kita dah sedia maklum perangai dan sikap kawan kita...begini dan begini..
masa berlalu..zaman berubah...manusia turut berubah... universiti..ataupun tempat kerja..@ destinasi mana2 pun yg dtuju oleh setiap kawan kita..memberikan persekitaran yg baru buat diri masing2..secara tak lansung..sedikit sebanyak mengubah sikap dan pemikiran kawan kita yg sudah lama kita kenal...

kadang2..u guys mesti perasan...
'eh..kenapa die mcm nie..?
'eh..kenapa die dh jd mcm tu?
'wah...die dh gini?
'pergh...die dh mcm tu?

sometime pulak perubahannya agak menyakitkan hati...macam..
1.mesej seribu patah....balas sepatah...walhal dulu ok jek balas mesej berpatah2..
2.tak bagi no. telefon baru..hilang mcm tu jer.....
3.chat fb mcm nak tak nak...balas pun mcm tak nak balas..
4.perbualan dh lain..ade eksen2 sikit...
5.bila berjumpa...topik perbualannyer takda bende lain..asyik nk cerita soal kwan universiti,n kehidupan universiti yg best dan gempak jer..walhal kita berjumpa untuk berbual tentang kita..bukan tentang kawan die yg kita tak kenal..sikit2 boleh lah..
6.tak wish befday..dh lambat pun tak wish..senang citer tak wish lansung..walhal dulu masa sekolah siap bg hadiah lg..
7.bila berbual dalam telefon..lebih sibukkan hal dgn kwn yg di sekeliling die..walhal kite sanggup top-up semata2 nak tanyer kbr die...
8.oleh kerana die masuk u,kite tak... siap boleh memerli lg kite yg tak masuk u...alahai......sedih.

dll... kalau nk ckp semua memang tak habis...lalalala >__<

so..mesti korang pernah rasa kn?huuuu~~~

memang sedih bila kawan berubah seperti tak kenal kite lepas masuk universiti atau mana2 lah destinasi die..
padahal kita...sepenuh hati sayang perhubungan dgn die..
kenangan manis...seronok..suka duka..macam nothing...
janji takkan lupa antara satu sama lain..
air mata yg kite keluarkan masa nak berpisah..
macam sia2..
sebab.. bukan mudah untuk kita mencari seorang kawan yg setia bersama kita..walau apa pun keadaan dia dan kita..sampai akhir hayat..

so.. bila kawan kite berubah jd mcm tak kenal kite.. berubah yg agak memeritkan hati kite... kite telan perkara tu bulat2..tak perlu berdendam...tak perlu menangis sangat..(sikit2 sudah)..
ikhlas kan semua kasih kita..ikhlaskan semua kenangan kita..ikhlas semua kisah kita yg lalu..tersenyumlah..sbb Allah akan membalas keihlasan kite dgn ganjaran yg baik..insyaAllah..

dan ingat.... kite tak rugi sbb kwn kite lupakan kite..tp......kwn kite yg rugi sbb tak pedulikan seorang kwn yg setia menyayanginya...

so...bila kawan berubah jd mcm tu...its normal...
tp....kalau kwn kita tak berubah jd mcm tu..selepas masuk u...dpt keje bagus2..eksekutif..lepas kawin..beranak..bercucu..jd tan sri..atau apa2...
tahniah!anda bertuah...=)
dan.. sekiranya kwn kita berubah jd mcm tu..tp u guys tetap sayang die.. tak berdendam walau kecewa... Alhamdulillah..syukur...u guys insan yg mulia...=')

perubahan yg baik pulak meliputi mcm2...tak kisahlah ape2 pun..asalkan baik...tp..bila dh berubah jd baik..jgn u guys gosip bukan2 pulak..jgn mkn daging kwn sendiri pulak...sbb manusia belajar dan sentiasa belajar...manusia yg bermuhasabah..akan sentiasa mengimprove diri ke arah yg lebih baik.. belajar dari kwn baru..persekitaran baru..azam baru..tekad baru..dan pemikiran baru...

sama jugak kalau kwn kite berubah ke arah yg kurang baik... tak perlu kita makn daging die... sbb dasar perubahannya adalah sama..persekitaran..dan pemikiran..bila dh mcm nie... ape yg kite harus buat..adalah doakan utk dia..cuba slow talk dgn die...jgn jauhkan diri pulak...

huuuu~~~
so u guys... agak2 dilema,sedih...kagum...terpinga2 WHY kwn kite BERUBAH....
jawapannyer senang dan standard.. fitrah manusia berubah dan terus berubah..cuma yg membezakan adalah bagaimana kita berubah..dan bagaimana kita mengawal perubahan itu..

so...cool..n chill... just go on with your life..on the right road...with Allah in your heart...with islam as your light..u will survive..walau mcm mana pun kwn2 kite berubah...(berubah yg agak menyakitkan hati)...

jumpa lagi....aneyong hasseyo...~!!!! Allah yubarik Fiq..salam ukhwah...

Friday, December 23, 2011

Tak tahu tunjuk sayang @ tak sayang??

Assalamualaikum wbk..(^__^)sihat semua?harap sihat lah hendaknye ye Alhamdulillah..

utk entry kali nie sy memerlukan you olls yg sedang bercinta @ada couple...=)
sebab,,entry kali ini ada kaitannya dengan you guys dan you olls punyer buah  hati pengarang jantung..lalalala.....(-____-)''eeeeee....huhuhu..

ok,lets rock!
pernah tak satu ketika couple u guys merajuk sebab katanyer u guys tak tahu nak hargai dia??katernyer lah......
atau dia kata yg u guys tak sayangkan dia sebab tak tanya kbr dia(contohlah,,)atau lupa nk tanya dia dh makan atau belum(alahai......(-___-)'' )

bila berlaku mcm tu..apa yg u guys buat ek? u guys biarkan atau u guys bagi alasan demi alasan? ATAU u guys makin salahkan pasangan u guys sebab mengada-ngada sangat??(tu lah...sape suruh couple?hehe)

pernah tak u guys cuba tengok diri u guys sendiri.
cari masalah kat diri u guys pulak.
maybe u guys yg tak pandai nak tunjukkan yg u guys sayangkan couple u guys.u guys tak tahu mcm mna nk luahkan n nak tunjuk sayangnya u guys pd couple u guys.
ATAU u guys sebenarnya dh tak sayang kt couple u guys tu..berhubung sebab kesian atau terpaksa..atau sebab takda org lain yg boleh u guys cari bila susah. so,yg mana actually..jawapan tu ada pd u olls..bukan saya.sebab sy bertanya,.bukan beri jawapan..hahhaha..huhu..

actually ini bukan sebab utama entry nie.. it just analogi..
sebab sekarang nie ramai orang sayangkan islam...yes,sy yakin dan percaya u guys sayang islam kn?u guys marah bila ada pihak cuba diskriminasikan islam kan?u guys berontak.u guys berdemontrasi dan berbagai lah...tp dlm masa yg sama u guys tak sokong dakwah islamiah.u guys tak sokong sunnah.u guys lebih pentingkan rambut k-pop drpd songkok atau kopia.inikan pula serban?.
u guys lebih sayangkan manik kat dada drpd aurat dada yg patut ditutup dgn tudung.
u guys lebih suka luah perasaan kat status berbanding status berunsurkan maaruf..

inilah yg sy maksudkan...SAYANG,TP TAK TAHU TUNJUK SAYANG...
atau sebenarnya u guys dh tak peduli.u guys dah tak sayang kt sunnah. u guys tak sayang kat islam.lebih besar dan parah lagi..atau u guys dah tak sayangkan Allah?tak pedulikan Allah.. cari bila susah..kalau carilah... kalau tak cari Allah cari couple lah..ape lg kn...?

dalam tak sedar.bila u guys diskriminasi mereka yg inigin memyampaikan dakwah islamiah,sebenarnya u guys dh diskriminasikan agama islam sendiri.agama u guys sendiri!.so.u guys sayang ke tak nie sebenarnya???

u guys dan sy jugak kene ingat..bende islamik2..tunjuk sayang2 kt islam bukan tugas mereka2 yg sekolah pondok,berjubah,tudung labuh hatta berserban dan berjanggut.tetapi tugas dan kewjiban KITA SEMUA iaini MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..

bila lagi u guys dan sy nk tunjukkan sayang pd islam kalau bukan sekarang..nak tunggu masa tua..sempatkah??
atau u guys cakap.."ala..nk tunjuk sayangkan islam tak semestinya kene pakai kopia,hati yg penting''..
memanglah...tpi..agak2 u guys lah kn kekuatan ummah islam tu akan nmpk ker kalau setakat sayang kat hati tp bukan pd tindakan? non-muslim tak tengok hati bro..non muslim tengok 1st impression. apa yg mereka nmpak skg nie?? nak tahu islam tak islam pun dh susah. inikan pula nk tahu kekuatan ummah islam.lagikan pula nak memberikan getaran jiwa nurani pd non muslim? think by yourself.

mcm couple u guys,,,u guys sayang takat hati je..bukan pd tindakan.. couple u guys tak rasa.. org lain pun tak rasa pape so senanglah org lain nk rampas couple u guys.dalam erti kata lain....SENANGLAH AGAMA LAIN NAK MURTADKAN UMAT ISLAM.huhu...(-___-)

tp.kalau u guys memang tunjuk yg u guys sayang kt die,,u guys jaga die,,u guys take care die.. mesti die rasa..sampai org lain pun dpt rasa kekuatan cinta u guys pd si dia.org nak rampas pun pikir 87964 kali.mlah org akan kagum dgn cinta u gys.mcm tu jugaklah islam...

so..sy n u guys..apa kata, kita mulakan operasi tunjukkan sayang kita pd islam..BUKAN PD COUPLE. TUNJUKKAN jgn simpan dalam hati.LUAHKAN biar asmara cinta ini membuak2.sehingga non-muslim boleh rasa kekuatan ummah kita. atau...u guys dh takda hati pd islam??nauzubillah min zalik..pintu taubat masih terbuka....bergegaslah ke pintu itu...wallahualam....wassalam..

Saturday, December 17, 2011

MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT..jom lebih khusyuk=)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu...


lama tak tulis entry blog..maklumlah..baru jer sudah exam..alhamdulillah..semoga dpt result yg best.lalala..haha...insyaAllah..

ok,,back to entry,jom khusyuk dalam solat...(^__^)
ramai orang solat..tp..tak ramai yg dapat merasakan manisnya solat.kadang2 mesti ada yg perasan,aku solat tapi kenapa aku masih buat maksiat?kenapa aku merasa malas untuk solat? ada juga yg solat tapi tak nak tutp aurat,suka mengumpat dan bla bla bla..sedangkan kita semua tahu solat itu mencegah kemungkaran..

jadi,mana silap kita?solat pun macam tak solat jer,,sama juga..buat jugak maksiat,so,,tak perlu solatlah..macam tu???? tidak..... ingat,malau macam mana pun kita..solat tetap wajib..

mungkin,,kita tak memahami mengapa kita solat,mungkin kita solat sebab sekadar memenuhi kewajipan.lansung tak tahu setiap makna lafaz yg kita bacakan.. lansung tak menghayati persembahan kita secara lansung terhadap Allah semasa solat.lansung tiada IHSAN dalam solat..kabur tentang penyerahan jiwa kepada Allah.. sebab tu kita tak dapat kesan manisnya dalam solat.kosong.solat tonggang terbalik tp nothing.tak ke sia2 mcm tu?

so guys dan diri ini..
lets do better in our solat..fahami setiap makna lafaz yg kita alunkan dalam solat..biarkan getaran manisnya menguasai solat kita,penyerahan kita sehingga menitik air mata tawadu' dalam solat.. percayalah...solat itu sangat manis..bagi mereka yg khusyuk..lebih manis dari semua manisan yg ada...=')

1)makna lafaz dalam solat 

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segaa puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan

Maafkanlah daku.




Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah atas Nabi MuHammad



Bacaan ketika Tahiyat AkhirSegala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

...........
selain drpd maksud bacaan solat..saya juga pernah terbaca dari sebuah buku..tp..sy yg faqir lg pelupa ini lupa buku apa dan siapa yg berkata..apa yg sy ingat..untuk menambah khusyuk dalam solat..apabila solat hendaklah kita membayangkan bahawa di hadapan kita adalah Allah swt.. dikiri dan kanan adalah malaikat yg memerhati..dan disuatu sudut ada Nabi Muhammah yg sedang meneliti solat ummatnya..wallahualam.. 


so you guys..jom..lebih khusyuk dalam solat..agar lebih terbuka hijab kejahilan dan kelalaian yg selama ini menutupi mata hati kita..insyAllah semoga bermanafaat..


wallahualam..wasalam..=)