Friday, January 18, 2013

Why do we have to hate others?

Assalamualaikum.. hai buddies!

Alhamdulillah,masuk hari nie dah seminggu genap saya bertapa di Rumahku Syurgaku..dan dalam masa yang sama mean that's i dah berjaya habiskan semester pertama i as a degree student di Unisza!! yahoo..! (ceh.ada lagi 7 semester kot!)

biasalah, life as a student..cerita and cabarannya sama jer bagi semua yang bergelar student. so kali nie saya nak sentuh sikit pasal benci membenci dan perasaan tak suka sama tak suka dikalangan kita-kita nie lah. kita-kita means student lah tak kira lah student hape pon.

so back to our topic..

Why do we have to put a negative stigma pada someone yang tak sehaluan dengan kita. sedar atau tidak.. kadang-kadang bila kita tengok seseorang tu macam lain sikit sikap dia for example dia agak lantang bersuara, atau dia agak tegas kita terus pandang negative. Dalam mind dah set yang dia berlagak lah, tak campur orang lah. macam-macam yang kita judge pada seseorang yang kita sebenarnya tak tahu menahu sangat tentang dia.

then at the end kita mula nak menjauhkan diri dengan dia.. lebih teruk lagi kita sebarkan judge kita yang bersifat Etik(opinion dari diri sendiri) kepada orang lain dan last-last semua orang akan cop orang yg kita judge tu dengan pandangan kita. walhal orang tu actualy ok jer. tak ke serupa macam menyebar fitnah macam tu?

why dont we just think positif lah... tak kisahlah seseorang tu perangai dia pelik ke, haluan dia tak sama , attitude berbeza, cara tak serupa sebab tak semestinya kita yang the best. ye tak?

for example lah,, kita always mindset, girl yang lembut itulah yang perfect! macam mana pulak dengan girl yang tegas,agak lantang dan kasar? adakah itu sesuatu yang teruk?sesuatu yang mengalami defisit?

just think for a minute, sikap atau cara perwatakan seseorang tu bukannya dibuat-buat.. perwatakan adalah sesuatu yang lahir dari jiwa,,, anugerah daripada Allah yang membezakan manusia dengan manusia yang lain. kalau semua girl lembut,jenis yang suara simpan dalam mulut.. siapa yang nak melontarkan hak wanita yang tertindas?? biasanya yg nak lontar2 isu dan hak memerlukan seorang wanita yang agak lantang dan tegas. tapi.. yang si lembut pula tetap diperlukan untuk menasihati yang kasar agar tidak melampau.

dan macam tulah seterusnya.. sebenarnya tak baik kita judge seseorang tu dengan penilaian kita sendiri.. yelah,kenapa kita nak dislike seseorang tu sebab berbeza dengan kita. lain lah kalau dia hantar santau kat kita.haha.. itu kira logik lah nak benci-benci dislike-dislike.

kesimpulannya mudah.. always think positif dan jangan sesekali cepat terpengaruh dengan penilaian-penilaian orang lain. jagalah hubungan dengan manusia sebagaimana yang Allah perintahkan. tak rugi pon..malah merupakan sifat mulia.kan elok macam tu.! =)

entry pendek tak semestinya writernye pendek! im just malas nak panjang2.

so,lets muhasabah dengan ceria..happy hour olowes. Moga beroleh RahmatNya.







Wednesday, January 2, 2013

Ku Persembahkan Hati



Ku Persembahkan Hati
By: Muslimah Merah Jambu,
 2013-01-02


            “ Damn It!!” Ariana menjerit sekuat hati setelah pintu biliknya dihempas sekuat mungkin. Geram dan kecewa dengan sikap Mummy yang sengaja membangkitkan isu sensitif itu. Padanya isu tersebut tak perlu lagi dibangkitkan,tak perlu! Lebih mengecewakan apabila mummynya seperti ragu-ragu terhadap dirinya, anak kandung Mummy sendiri!.

“ Dear.. are you sure you want to this?? Atau semua ni ada kaitan dengan Iskandar? Ariana sebenarnya berdendam dengan Iskandar right?. Dan sekarang ni Ariana nak tarik perhatian dia. Am i right Ariana?” kata-kata Mummy sungguh menghiris hati, Mummy yang dia perlukan untuk beri kekuatan, beri sokongan saat dia hampir rebah telah menolak dia jatuh tersungkur dengan andaian yang sangat pahit.

            “ Salahkah apa yang aku nak buat ni? Kenapa semua orang harus pandang serong pada aku? Tak layakkah aku untuk buat semua ni? Hina sangatkah aku ni, hina sangatkah??” Ariana bertempik kuat dihadapan meja soleknya lantas menepis semua yang ada di atas meja tersebut. ‘ Prang...’ satu persatu barang-barangnya pecah tatkala menghempas ke lantai. Hati Ariana membara, sangat membara. Terasa seperti ingin saja dia bertempik dihadapan Mummy sebentar tadi tapi entah mengapa kakinya laju meninggalkan Mummy lalu membawanya ke kamar tidur.

            Ariana merenung manik-manik kaca yang bersepai. Satu-satu persatu hancur seperti hatinya. Tiba-tiba, di suatu sudut, kelihatan sesuatu yang terperosok di bawah langsir, Ariana pasti ia datang dari atas meja soleknya. Perlahan-lahan dia menyelak kain langsir yang menutupi hampir keseluruhan objek itu. Melihat ke arah objek tersebut, matanya terpaku. Jantungnya seperti berhenti, bibirnya kaku menutur sebarang kata. Ariana terduduk melutut ke arah objek tersebut. Tangisan demi tangisan tidak tertahan lagi, esakan demi esakan memenuhi ruang kamarnya. Kali ini, jiwanya lebih kecewa.


 



            Pagi terasa sangat bahagia , burung menyanyi lagu riang, berterbangan mencari rezeki untuk anak-anak. Mentari pula bersinar cerah. Secerah hatinya. Ariana tersenyum dihadapan cermin sambil membetulkan kelepet tudungnya. Tudung berona biru muda indah membaluti tubuhnya yang berbaju kurung putih dan berbungakan rona yang sama dengan tudungnya. Lapang hatinya memerhatikan diri sendiri sejak akhir- akhir ini. Alhamdulillah, Allah memberinya kesempatan untuk merasa nikmatnya penutupan aurat yang sempurna. Andai dulu dia hanya bertudung sekadar menutupi mahkotanya itu pun pada waktu tertentu sahaja, kini dia lebih berhati-hati dalam mengenakan sebarang gaya ke atas dirinya.

“Amboi Yana, tersengih-sengih depan cermin tu dah kenapa? Beruntunglah siapa yang Yana sedang angankan tu” usik Hashima yang sedari tadi memerhatikan gelagat rakan biliknya itu,merangkap rakan baiknya sejak dia berada di Universiti beberapa bulan yang lalu.

            Ariana hanya tersenyum melihat Hashima, ya..inilah insan yang memainkan peranan besar terhadap siapa dirinya sekarang. Hashima binti Halim. Perwatakannya yang sederhana, wajahnya yang ayu, ilmu agamanya yang baik serta sifatnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk. Pada dia, Hashima gadis istimewa, tempatnya tinggi mengalahkan gadis-gadis yang dia temui sebelum ini.

Hashima menghulurkan Al-Quran kepada Ariana. Bertambah lebar senyuman dibibir Ariana. Memahami maksud Hashima, mereka sama-sama duduk di bawah beralaskan permaidani kuning merah, menyelak lembaran agung, basmallah dilantun bersama, pembuka kata bagi Surah Ad- Dukhan di pagi hari bersama kicauan burung dan alunan angin pagi yang sama-sama memuji Illahi. Begitulah mereka setiap pagi sebelum memulakan hari. Hashima yang sememangnya mengamalkan bacaan Ad-Dukhan setiap pagi turut sama mengajak Ariana yang tak pernah kenal akan Ad-Dukhan. Subhanallah, indahnya persahabatan kerana kasih Allah.





Kuliah Dr. Zulkifli sebentar tadi benar-benar menembusi benak hatinya. Penekanan yang diberi sebentar tadi adalah tentang Wahyu Allah tentang tujuan penciptaan manusia di muka bumi ini.. terngiang-ngiang kalimah Agung itu di benak fikirannya.

‘Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya utk beribadat kepada-Ku..
(Adz-Dzariyat ayat 56)’

Sungguh, hatinya tersentuh dengan kalimah Agung itu. Tatkala Dr. Zulkifli mengalunkan ayat indah itu bersama maknanya, hatinya sebak. Tangannya seperti kaku untuk menulis nota-nota seterusnya. Fikirannya hanya mengenang akan kelalaian yang selama ini dia lalui. Betapa Allah mengasihi dia, insan yang hina, yang selama ini tidak pernah peduli akan perintah Allah. Hanya sekadar tahu memenuhi tuntutan peperiksaan. Betapa Allah kasih terhadap dirinya dengan memberi dia peluang untuk bernafas lagi di muka bumi Illahi setelah dia menengenepikan perintahNya. Allahu Akhbar rahmat Allah sangat luas kepada hamba-hambaNya tapi mengapa selama ini dia buta? Mengapa selama ini matanya tertutup daripada melihat akan kebesaran Allah? Sungguh, kini dia yakin, Hidayah itu Milik Allah dan betapa bersyukurnya dia kerana terpilih mendapat anugerah yang terindah.

Namun, penghijrahan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Hidayah juga bukanlah sesuatu yang ringan untuk dibawa dan disemat dalam hati. Masih teringat Ariana akan sepupunya yang merendah-rendahkan status islamiknya di laman sosial. Masih teringat lagi sepupunya, Sophie, menghantar mesej peribadi mempersoalkan status-status islamiknya sejak beberapa bulan yang lepas. Sophie mengatakan yang dia sedang hipokrit kerana berkawan dengan Hashima. Sophie menyatakan bahawa manusia seperti dia tidak layak untuk bercakap soal agama. Malah Sophie turut mengancam akan memutuskan tali persaudaraan di antara mereka sekiranya dia masih berterusan begitu. Ya, Ariana akui.. andai dilihat pada masa silamnya, memang dia tidak layak untuk berbuat demikian, tidak layak untuk menyarung jilbab yang sempurna apatah lagi berkawan dengan Hashima!. Tapi dia tak salahkan Sophie. Bukan salah Sophie.

Kelab malam, menari bersama lelaki si hidung belang, bercampur tanpa peduli soal batas. Mini skirt, gaun pendek, top sendat, pakaian mendedahkan sebahagian besar kulit seorang gadis. Semua itu dilakukan bersama-sama Sophie! Ariana sangat mengerti perasaan Sophie, sepupunya yang dia harapkan turut sama diberikan Hidayah oleh yang Maha Esa.


            ‘ Yana, Saya nak Tanya sikit boleh? Itu pun kalau Yana tak keberatan lah..’ Hashima menutur katanya satu persatu sambil melipat kain yang baru diangkat dari ampaian. Ariana yang sedang membelek majalah Solusi itu merenung Hashima, matanya dibesarkan menandakan dia bersedia dengan persoalan Hashima.

‘Sepanjang kita berkawan, Yana tak pernah pun mention mana-mana lelaki yang special dalam hidup Yana.’ Hashima merenung Ariana yang dihadapannya. Ya, selama mereka berkawan, tak pernah pun Ariana menyebut-nyebut tentang sesiapa. Melihat kepada wajah Ariana yang comel, matanya redup seperti mata anak kucing, kulitnya sawo matang dan mulus, hidung cantik terletak, bibir mugil kemerahan, mana mungkin tiada lelaki yang terpikat.

Ariana menelan pahit air liurnya. Lidahnya kelu untuk menjawab persoalan yang selama ini dia cuba elakkan. Persoalan yang hanya mengundang gerimis dihati, bahkan bisa membuat harinya mendung tiada mentari. Suram, sesuram kebenaran yang terpaksa dia tanggung sampai bila-bila.

Iskandar bin Mohd Syah. Satu nama yang Ariana tidak mahu lagi dengar dalam hidupnya. Tidak sesekali. Iskandar bagai penjajah, menjajah jiwanya, menjajah hidupnya lantas menghancurkan hatinya sekaligus!. Ariana, walaupun dia sangat gemar bersosial namun bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada lelaki untuk disayangi. Bukan mudah untuk dia meletakkan seluruh kepercayaannya pada seorang lelaki, Iskandar dikira bertuah kerana mampu berpaut dalam hatinya. Namun, semua itu hancur semasa Iskandar mengatakan bahawa dia akan bernikah dengan seorang gadis di kampus Iskandar. Hancur!!

Lebih memeritkan lagi, kenyataan ditinggalkan Iskandar bukan sekadar ucapan, tapi meninggalkan satu kenyataan pahit, kenyataan bahawa kesuciannya turut dibawa pergi oleh Iskandar!. Bagaimana mungkin dia melupakan Iskandar, dulu sampai kini, Iskandar tetap dihati walaupun kini Iskandar tunangan orang. Ariana, walau dirinya bisa saja mencari pengganti Iskandar, namun baginya persoalan tentang kesucian seorang wanita sangat penting. Dia tidak mampu untuk menyintai mana-mana lelaki apatah lagi kini, setelah dia mendapat hidup yang baru. Jiwanya sangat menginginkan lelaki soleh buat pembimbing di masa depan, namun haruskah dia menyerahkan diri yang tidak suci kepada seorang lelaki yang Soleh? Layakkah dia berdamping dengan mana-mana lelaki yang baik-baik?

Tapi, Iskandar tidak salah.. sebelum Iskandar mengucap kata perpisahan Iskandar terlebih dahulu mendapat Hidayah Illahi, diajaknya Ariana ke arah kebenaran, hanya ejekan dan penghinaan yang dia lemparkan. Ariana sangka Iskandar akan menanti dirinya, bukan tidak mahu berubah namu  hatinya masih buta. Tapi Iskandar lupa.. Iskandar lupa pada janji. Tatkala Ariana mempersoalkan keputusan Iskandar, mengapa memilih gadis lain. Iskandar mengagungkan kesucian gadis itu. Lupa, dalam masa yang sama Iskandar telah menghina Ariana. Lupa bahawa Iskandarlah yang meruntuhkan tembok kesucian Ariana.!

Sejak itu, walaupun Iskandar memohon seribu kemaafan, walaupun Iskandar semakin jauh penghijrahannya tetapi bagi Ariana, Iskandar tetap Iskandar. Kebenciannya bukan kerana benci, kebenciannya kerana dia tidak bisa melupakan Iskandar!


Ariana termenung, tanpa dia sedari majalah yang dipegangnya sudah basah dengan tangisan. ‘Shima, Yana tidak layak untuk mana-mana lelaki, sedangkan Iskandar sendiri meninggalkan Yana, apatah lagi orang lain..’ Ariana hanya merintih dalam hati.. tak mampu bersuara menyatakan hal yang sebenar. Hashima diserbu rasa bersalah,cepat-cepat memeluk erat Ariana yang sudah lemas dalam tangisan. Maaf dipinta berkali-kali namun Ariana tetap membalas dengan air mata.






‘Perempuan macam kau tak layak pakai tudung ni!’ Sophie membentak. Gegak gempita suaranya memenuhi banglo kediaman Ariana. Panas hatinya melihat sepupunya bertudung sempurna,berbaju sempurna tatkala dia mengajak sepupunya itu keluar shopping di Skudai Parade. Berbulan tidak berjumba kerana Ariana sering sibuk di kampus, walhal sebenarnya Ariana tidak bersedia untuk berjumpa keluarganya, takut perubahannya tidak diterima. Ariana datang dari keluarga yang moden, soal agama ala-ala kadar sahaja.

‘kau bukak benda ni semua, kau tukar baju kau yang biasa kau pakai! Aku taknak lah hang out dengan ustazah macam ni’ Sophie memang panas baran. Pantang ada yang tak kena, cepat saja kemarahannya meluap. Ariana hanya mampu diam, dia tak mampu nak cakap apa-apa, saat ini dia perlukan Hashima!

‘ eh Yana, kau ingat dengan pakai macam ni, Allah boleh ampunkan dosa-dosa kau macam tu aje ke? Hei, Yana, dosa kau dengan dosa aku lebih kurang je tau. Kau pakai macam ni pun, nama kau tetap Ariana. Ariana binti Mustapha. Orang kat luar sana tu tetap tahu perangai sebenar kau. Bolehkah orang kat luar sana lupa macam tu je?? Kata-kata Sophie menusuk ke hati, ada benarnya. Bisik hati Ariana yang mula lemah dalam godaan syaitan laknatullah.

Mummy Zahirah sampai ke muka pintu, dari halaman rumah dia mendengar suara tinggi Sophie. Mummy Zahirah baru pulang dari meeting bersama clientnya. Dek kerana hari ini Ariana pulang, dia cepat-cepat menghabiskan meetingnya. Terkilan juga sebab tak dapat menjemput Ariana di airport. Sudahnya, Pak Kamil yang diarah untuk menjemput Ariana, pemandu keluarganya.

‘Ariana......’ Mummy Zahirah kaku, bagai tidak percaya gadis bertudung litup dihadapannya adalah Ariana. Bukan tak pernah nampak Ariana bertudung tapi kali ini berbeza. Sempurna menutup aurat sebagaimana yang islam anjurkan. Memang Ariana ada menyatakan keinginan untuk berubah namun dia menganggap itu hanya perbualan kosong.

Tapi bukan semudah itu untuk Mummy Zahirah menerima perubahan Ariana. Dirinya sendiri moden, tudung hanya disarung apabila pergi ke majlis pengebumian atau Majlis tahlil. Mana mungkin Ariana boleh berpenampilan begitu. Apa kata orang nanti? Anak sendiri tahu menutup aurat tapi mummynya tidak. No.! Dia pasti Ariana sengaja bertindak pelik sebegini kerana Iskandar. Mummy Zahirah sedia maklum akan perubahan Iskandar. Pasti Ariana mahu memikat hati Iskandar semula.

‘Ariana..i think you better change that’ Mummy Zahirah menunding jari ke arah Ariana. Rindunya seakan-akan mati apabila melihat Ariana semacam Ustazah Pilihan. Sophie hanya tersenyum. Puas!

‘Mummy..please... Yana dah nekad.. lagipun Yana dah inform kat mummy kan?? Mummy kata ok je..’ Mummy Zahirah mengaku, dia setuju tapi dia ingatkan semua tu hanya gurauan semata. Ariana berbelah bagi.., namun dia masih cuba membela diri.

‘Stop being Hipotkrit Ariana,.. It just because of Iskandar right, ...............?’ Mummy Zahirah  terus menyatakan kata hati yang sedari tadi bermain dikepalanya.

Ariana terpana.. matanya berkaca,,hatinya sakit.. ‘ Mummy...!’





            Tangisan Ariana makin menjadi-jadi. Di sudut langsir itu dia menangis semahunya mendakap erat objek yang ditemui. Sungguh kini dia mengerti akan erti perjuangan, kini dia faham hakikat kebenaran. Syurga itu bukan sewenang-wenang boleh dimasuki tanpa ada ujian akan keimanan. Rasa berdosa menyelubungi diri kerana sebentar tadi meragui Kasih Allah. Dia lupa pada firman Allah dalam surah Ankabut ayat 2-3,

“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”.

Tidak! Bukan semudah ini dia harus mengalah. Hidayah kurniaan Illahi terlalu bernilai untuk dilepaskan. Ariana pasti, cabaran demi cabaran akan menujah hidupnya. Namun, dia harus yakin bahawa Allah sentiasa akan bersama.. dalam esakan Ariana berbisik kepada Illahi...

‘Ya Allah.. aku persembahkan hatiku padaMu untuk Kau jaga dan lindungi.. Janganlah kau bolak-balikkan hati ku daripada RahmatMu ya TuhanKu,. Bantulah aku Ya Allah....’ Bersama objek yang semakin erat dipeluk,,seperti rasa menyatakan kemaafan kerana telah menjatuhkannya ke lantai.. sebuah Al-Quran kecil pemberian Hashima..







Thursday, December 27, 2012

My Study Style.. exam mood!!!

Assalamualaikum...

Rase macam nak tampar-tampar je pipi kiri pipi kanan,cubit-cubit sampai lebam biar sedar sikit yang 'hei,Aiza a.k.a Hani,dah berapa zaman kau tak update??!!!' Oh well,im busy... Setiap hari i pergi class,balik class jer terus pergi library sambung buat revision tau,then balik library dah malam i sambung lagi study sampai esok paginye then i pergi kelas lagi. so mana sempat nak update?u tell me now bila??

**ok sila lah menyampah dengan statement tak boleh blah di atas tu,entah kurun ke berapa i study gila macam tu,excuse,thats not me..i think i busy jalan-jalan satu kampus ,penat singgah cafe beli air singggit,sambung gelak-gelak dengan member sekepala gila lepas tu jalan-jalan lagi sebab nak glamour. *sila tampar saya sekarang! 

sedar tak sedar tup tup je dah sampai study week. eh? study week ea? kalendar salah ke? baru sedar yang exam tinggal berapa kerat hari..tengok buku rasa sedih... 'aku tak study lagi.....' well,monolog biasa sejak azali tapi berubah tak jugak.hampeh....~~~

Apa-apa sekalipun,i have my own strategy..uhuk uhuk..poyonye...  this is what im gonna to tell,yang atas-atas tadi semuanya merepek.hui~~~ .. Ini bukan nak berkongsi resepi kejayaan macam ala-ala baru menang award gadis tercomel sebab saya rasa saya tak layak lagi nak berkongsi resepi kejayaan even resepi nasi goreng kampung sekalipun.. im just wanna to share apa yang saya buat,how my strategi apabila hadapi exam,or  dalam kalimah yang tepatnya.. 'how i study' ..

1. Sleeping Beauty In Class..

Honestly, thats my style yang saya harap no one follow me... that is my biggest weekness from dulu sampai sekarang.. I just mampu bertahan untuk 10 minit pertama.. kemudian mula lah melentokkan kepala ke bahu-bahu member yang menjadi mangsa.. mula lah letak kepala atas meja, mula lah membuat 'nota' sendiri berbentuk makanan,luahan hati,gambar otomen dalam buku..mula lah galih-galih tengok orang belakang ,main game..and last.. Tidur!!

saya sedar, saya tak sepatutnya buat macam tu..but how... penyakit tu datang tanpa disedari..ihik ihik ihik... lebih-lebih lagi pembelajaran yang agak sunyi..Comform!! muktamad!! Tidur!.

2. Always take a note... or.. collect a note..

Ya, even im kind of sleeping beauty dalam kelas, setiap note yang penting yang saya tiada akan tetap saya jot down even dalam keadaan mata tertutup sekalipun. haha. For me, mempunyai note sendiri sangat Penting.. i repeat, Sangat Penting!. dan note saya bukanlah umpama transkrip kepada apa yang pensyarah sampaikan.. saya tulis apa yang saya faham, apa yang saya suka dan suka hati saya lah..asalkan masih berada di mazhab yang benar. =)

Sebab, saya tak suka buang masa tulis note je.. nota memang penting tapi apa yg Double Penting adalah kata-kata cinta dari pensyarah mahupun guru kita. Setiap kata-kata yang keluar bersama renjisan saliva kadang-kala tu umpama Emas dan Rahmat tau!! bukan rahmat sebelah rumah peah, ni Rahmat dari Allah.. i repeat..Rahmat dari Allah.. dari situ lah akan datangnya pemahaman dalam setiap pembelajaran..

how saya nak dengar kata-kata guru sedangkan saya tidur???? hihihihihi... come on lah bro.. takkan i nak tidur tak ingat dunia dalam kelas.. umpama selubung selimut peluk bantal penyu macam dalam bilik.. hello..i have my own class ok nak tidur nyenyak macam tu.. bhahahahha...

3. make a subject per topic schedule..

This is my favourite. before study week.. i'll manage my subject per topic schedule .. whats that?? ianya macam list topic setiap subject berserta tarikh yang saya sepatutnya have done study the topic.like this;


  1. date: 22hb dec 2012 : Sistem Kebajikan Sosial = Peraturan Kelayakan/ bab 6.
  2. date: 23hb dec 2012 : Sistem Kebajikan Sosial = Jenis-jenis Kebajikan Sosial/bab 7
dan seterusnya lah.. and last..


  1. date 30hb dec 2012 : Sistem Kebajikan Sosial = last day of revision.
lebih kurang macam ni lah..  bila saya buat macam ni, saya akan nampak berapa topic yang saya patut study..tinggal berapa topic yang belum study.. berapa lama yang perlu saya ambil untuk habiskan semua topic.. tapi yang masalahnya adalah masa. sebab kadang-kadang tak follow gak tapi i have remind myself lah..kalau tak follow nanti at the end diri sendiri merana..ottoke???

4. study alone first.

gaya study saya agak bising sebab i'll teriak-teriak,jalan-jalan, pusing-pusing satu bilik and cakap sorang-sorang.. dats y i have to study first.. bukan tak suka study group tapi al-maklumlah bila study group subject study bertambah kepada kisah ni kisah tu,,ahakz! study alone,fahamkan then make a mind mape kalau rajin lah.. lepas tu baru boleh study group which is i considered tanye soalan yang tak faham atau main jawab-jawab soalan.. barulah membangkit minda..cewwah!!

5. tengok soalan exam lepas.

i repeat..tengok ye bukan jawab.hahahha... yup.. i'll just tengok je then i akan tanyer diri i sendiri boleh jawab atau tak... paling-paling pun i just akan rangka jawapan jer atas kertas kosong apa yang sepatutnya ada dalam jawapan. tak kuasa nak jawab ala-ala exam.. sebab tu lah time exam i akan guna sampai habis masa sebab i rangka dulu jawapan..hahahha.. then i set kan masa dalam exam..macam 30 minit utk soalan 1 30 minit soalan 2..lebih kurang cam tu lah supaya tak syok sendiri layan satu soalan lepas tu terkapai-kapai di akhir masa.

6. not really focus cz i dont wanna be mad

kadang-kadang time study i akan karang lagu.. i akan salin lirik lagu... mesej someone sudah tentu..facebook ermmm selalu.. makan. ofkos... tapi yang paling penting i'll sit kat meja study.. takkan berganjak.. itu penting.. dia lebih kepada biarlah aku ngadap buku walaupun tak baca buku..hahaha... tapi perkara-perkara tu saya akan buat bila dah lama study lah..awal-awal study mood masih membara.... so fokus tu up sikit... bila dah lama-lama..hello tolong..tak nak jadi gila sebab i belum kawen lagi ok. ihik!

7. gap masa exam hanya untuk revision.

bila ada gap masa tengah exam antara subject ke subject tu i'll buat revision sahaja..bukan study lagi..except untuk subject yang i rasa macam ok lah.. subject kenali abjad ke.. subject pasal aaron aziz ker.. hihihi.. so.. i'll habiskan semua topic subject before exam start.. bila dah start i just perlu buat revision sahaja.. sebab for me.. i akan jadi stuck kalau exam esok pagi,pukul 5 pagi baru nak study.gila kot!.

8. jgn fikir tentang ape yang belum study.

yup.. sepanjang pengalaman, bila kita fikir apa yang kita belum study, kita akan jadi risau..minda akan jadi serabut dan berat..last-last ambil bantal telungkup kat muka then tidur sebab tension.. for me.. saya tak suka fikir..belum study tu nasib saya tapi better buat tak tahu then guna masa untuk study slow-slow dengan tenang.. its better then kucar-kacirkan keadaan dengan risau memanjang..bukan membantu pun.

9. jawab exam dengan tenang n damai,,berhati-hati.

teknik masa jawab exam pun sangat penting..sebab tak nak lah salah jawab kan..orang nak lain kita jawab lain.. so.. ketenangan tu wajib ada..how nak dapatkan ketenangan?pandai-pandailah..


ok done..simple je gua punyer study.. saya tak kisah nak study macam mana,bila dan dimana... asalkan study lah.. sebab saya takda IQ 200.. n one more saya prefer cara yang suka hati saya lah nak study macam mana..hahhaa... saya tak suka ade faktor yang membuat saya wajib serius dan hard ..oh malas lah!!..  btw.. mesti tertanya..study-study nie takda doa-doa ker?

well..ini jawapan saya.. saya memang tak amalkan doa-doa,solat-solat untuk study..  sebab.. ? perkara-perkara tu sepatutnya kita buat sejak azali..setiap hari.. bukan untuk study semata.. tapi untuk dapatkan keredhaan Allah dalam setiap apa yang kita lakukan..

saya ulangi.. 

saya memang tak suka amalkan doa,solat hanya untuk study.. tapi saya amalkan awal-awal dan harapnya selalu sebab saya nak rahmat Allah..bukan nak study..

kalau Allah nak beri saya kefahaman,saya akan dapat.. kalau tak..taklah.. sebab the most important pada saya adalah Rahmat Allah dalam setiap apa yang saya lakukan.. bukan pencapaian dalam setiap apa yang saya inginkan..  

u got it???

this is my style.. kalau ada yang masih menerawang tak tahu nak study macam mana.. u may follow my style.. except yang tak bagus.. tu biar saya buat sorang. well.. i dont say that mine the best sebab aku bukan pelajar paling cemerlang di abad ini.. but i'll say that.. everybody have their own style how to get comfort with their study.. we are different..so have to cari mana cara yang paling mantop effectnyer pada kita..so suka hati lah!

=) thats all after loooong time tak update..ni pun sebab boooosssan study.... so anggap jelah entry nie macam biskut merry di petang hari bersama teh panas secawan...

oh ya... pada yang nak exam..i wish u guys luck okeh!! may Allah bless us!!!..

thank uuu!! Assalamualaikum.

i wish i could have one,lapar nie!!!





Wednesday, October 31, 2012

Universiti Sultan Zainal Abidin


Assalamualaikum..
salam bau meggi dari akak....haha..
(baru telan 2 bungkus meggie)

kali nie akak nak buat post khas untuk adik-adik yang nak sambung study kat luar sana. sekarang kan sibuk nak spm kan..mestilah adik2 kat luar sana tu dah merangka masa depang nak dok study mane,bidang ape..tak lupe juga pada adik2 stpm yang pun hampir ke final.. 

so..kali nie..akak nak buat promotion sikit lah tentang sebuah Universiti awam ke 18 di Malaysia.promotion yg akak nak buat nie,,bukan bagi diskaun yuran okeh~! T_T""

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN 

1st of all,kalau ada yang dok terbeliak mata,ternganga mulut tu sila sila dan silalah stabilkan wajah anda ye..sebab akak tahu sangat ramai di antara kita tak berapa nak kenal dengan universiti nie.. yelah..nama pun IPTA ke 18 jadi faham-faham jelah..agak jagung dalam dunia IPTA.

Universiti Sultan Zainal Abidin atau singkatannya UniSZA telah berusia 6 tahun sebagai IPTA di Malaysia. Sebelum ini dikenali sebagai Universiti Darul Iman dan nama UniSZA pula dirasmikan pada tahun 2010. Institut ini sebenarnya bermula dengan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin @ KUSZA. Bagi penduduk di pantai timur..Kolej KUSZA merupakan antara kolej yang fopular sebagai kolej ugama.

Terletak di negeri Darul Iman,Terengganu,Universiti ini mempunyai 3 cawangan iaitu:
  • UniSZA Kampus Gong Badak (Main Campus)
  • UniSZA kampus Kota
UniSZA Kampus Besut (dijangka akan beroperasi pada tahun hadapan /2013



mula-mula masa akak dapat offer masuk UniSZA nie akak memang akak terkesima lah kan sebab tak biasa mendengar namanya.. biasa yang akak dok dengar UKM,UM ,UITM,dan semualah yang familiar tu.. so,,1st thing yang akak buat terus search kat tenek cari guane rupenye UniSZA nie..

perasaan best ke tak best memang bermain-main dalam jiwa akak waktu tu..yelah..nama belum fopular lagi..bila orang lain dok tanye akak dapat mane..akak jawab UniSZA,ha,memey tercenganglah mereka hatta sambil menggaru kepala.


 tapi,impression akak bila sampai sini terus berubah dari ragu-ragu tergaru-garu terus boleh ucap that i love u.

UniSZA merupakan sebuah IPTA yang mengamalkan suasana islamik and tersendiri..boleh dikatakan ianya seperti UIA(Universiti Islam Antarabangsa) yang kedua lah. Suasana yang very the nyaman ,berhampiran dengan pantai memang memberikan angin yang sangat sesuai untuk kita as a student.Jadi dok tak yah heranlah kenapa Terengganu nie antara negeri pandai Malaysia.bukan saja dok makang ikang,tapi sebab suasana yang sejuk mata memandang,sedap jiwa merasa.(hamboi..tp dok tipu deh)

UniSZA nie dekat sangat dengan sebuah Universiti awam di terengganu yang lain UMT / Universiti Terengganu Malaysia yang terkenal dengan sains bio-marin. kedua-dua IPTA nie hanya dipisahkan dengan sebatang jalan dan pagar. serious,memang depan2 je..cool kan? boring jalan UniSZA masuk UMT,tak ke cool tu?? kat tempat lain takda tau. =)

Dari segi program nye pulak..macam-macam ade..meliputi berbagai bidang lah.. dan ya..meliputi semua level education lah..start dari Diploma hinggalah ke PhD.. 
tapi...ha,cek nak habaq mai....ada satu pengajian yang TIADA DI MANA-MANA IPTA SELURUH MALAYSIA.. which is..

Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan kepujian.

yes,one and the only one..and most important is... 
a'ah...nie lah akak punyer bidang.. (memang saja nak havoc kan?heheh...) 

seriously...belajar kat sini memang nyaman..honestly sesuai bagi adik-adik yang tak nak terpengaruh dengan gejala negatif sosial sebab ikhtilaf di sini Alhamdulillah terpelihara..terutamanya di main kampus lah..sebab disitu backbone study adalah pengajian islam.
kepada ibu bapa yang mahu anak-anak berkembang dengan suasana islamik,selain UIA..UniSZA adalh pilihan anda. 

Masjid Unisza (day)
Masji Unisza (night)
Dewan Al-Muktafi bilal Shah
Kolej kediaman pelajar.
Kolej Kediaman Pelajar

Hall di dalam rumah Kolej Kediaman Pelajar

Dewan Kuliah Utama

Bangunan Akademik for kuliah and tutorial

Tasik di Kem Marang milik UniSZA .for kayak.

Bilik di kolej kediaman.


Meja Studi yang comfort.(cewwah)



Library























oh..kalau nak letak semua pic..alamatnya tak tidolah akak..hohohh0.. 

banyak lagi ada..but akak tak keep pic sangat...student mall ada...segala jenis gelangang ada.. macam-macam lah..

honestly memang akak promote pun UniSZA..sebab nak bagi adik-adik dan semua orang diluar sana kenal dgn Universiti Bongsu nie.. kalau tak kenal maka tak cinta..tak gitu kang?


so...kepada sesiapa yang nak mencari info lanjut tentang UniSZA just click meh masuk UniSZA
kat blog akak nie tak boleh lah nak bagi detail nanti jadi official web UniSZA pulak..tak pasal-pasal glamour tw..akak segan..hehe..
btw..sebelum apa-apa...selamat menghadapi SPM dan STPM nanti ,semoga peroleh result gempak and selamat buat planning utk masa depan.
 Salam UniSZA dari akak............peace!
(saja mention 'akak' konon bakal senior buat adik2...tak ke class kan..=) )

Monday, October 29, 2012

Antara Hipokrit Dan Tudung Labuh.

Assalamualaikum pengerat kasih,
menyebar cinta untukmu saudara/i ku..
aceceh..berfalsafah cinta pula Mak kan.. 

seriously u olls,sejak dua menjak nie tak dapat mak nak bagi komitmen dengan pinky blog mak nie sebab mak dilanda kesibukan yang amat sangat lah kan menyiapkan assigment mak yang bertimbun sampai mak tak balik cuti untk raya haji nie.. (hmm,motip sangat!)

haha,maaflah,'acting gedik was too fun' so,saya harap u guys semua happy-happy go lucky and insyAllah semuanya dalam rahmat Allah..amin..

actualy dah berapa kali dah bukak blog tapi just nak blogwalking je ,tadi nie pun dah sign out but suddenly terlintas someting yg telah berlaku..so i decide to put lah dalam penulisanku yg tak seberapa kali nie.. 

Antara hipokrit dan tudung labuh

amboi tajuk...bisa mencengkam jiwa si pemakai tudung labuh.whatever,saya tak berniat untuk mendownkan mana-mana pihak..i just want to give opinion dalam situasi ini.have a nice read.

Alhamdulillah,Allah menempatkan daku di bumi UniSZA.Satu tempat yang tenang lagi permai.. Jauh dari suasana sosial yang pernah aku lalui satu ketika dahulu.
Dengan fakulti pengajian islam kontemporari sebagai tulang belakang UniSZA,dan sejarah UniSZA itu sendiri yang merupakan bekas kolej agama terkemuka di pantai timur menjadikan suasana sosial disini sangat sederhana dan agak islamik.

Setiap mata yang datang ke sini,dijamukan dengan pemandangan yang tenang oleh anak gadis dan perawan-perawan muslim yang merupakan pelajar disini.Setiap jantung adam berdegup nyaman melihat para gadis menutup aurat dengan sempurna..
ya..hampir semua..rata-rata pelajar wanita disini Alhamdulillah mengamalkan penutupan aurat yang sempurna kerana undang-undang UniSZA itu sendiri yang mewajibkan penutupan aurat.

Alis wajah yang redup,tunduk ketika berjalan,
alunan tudung labuhnya tak pernah menampakkan mahkota,
sesekali ada satu dua wajah yang hanya menampakkan mata,
tanda malunya dijunjung tinggi,
wajahnya hanya untuk suami..



boleh dikatakan penampilan sebegini mendominasi keadaan disini..jadi,secara tidak lansung ia memang boleh menarik golongan wanita yang bertudung biasa dimana kadang tidak menutupi bahagian dada dan sbgnye lah.

cuma..satu persoalan yang sering dibangkitkan. Hipokrit.
ya..ramai teman-teman yang mula terpanggil untuk melakukan perubahan tak kisahlah sebab apa,hidayah Allah,segan,atau ape2 sekalipun..namun perubahan tersebut selalu dihalangi dengan rasa..

"aku tak mahu jadi hipokrit"

btw,in my oponion,hipokrit nie sesuatu yang tak elok sebab pada saya,if kita nak berubah kepada sesuatu yang lebih better,kita wajib ikhlas.Perubahan yang tidak disertai dengan ikhlas  akan mengundang satu perasaan benci terhadap apa yang kita lakukan itu sendiri.

seprti soal pemakaian tudung labuh@bidang 60 nie, if kita tak ikhlas,buat sebab ikut trend kat tempat tu,i think,kita takkan mampu bertahan sbb kita akan rasa rimas dan panas. We have to know that penutupan aurat nie adlah salah satu ujian bagi kita,andai kita tidak ikhlas,perasaan serba tak kena akan selalu datang pada hati kita.so.tak best lah kan..

tapi dalam masa yang sama,i dont say that u should wait for long time to make a btter change. ya..maybe u dont have to be hipokrit.,.but we have to remember lah yang kita hidup nie sebagai hamba Allah.so ikut perintah Allah tu wajib right?then i think we have to make a step to change into better way of life.

so..bab tudung labuh nie..takda pun Allah berfirman suruh mengenakan tudung labuh/tudung labuh bulat/bidang 60. tapi apa yang Allah perintahkan adalah melabuhkan tudung ke bawah paras dada seperti yang terkandung dalam surah An-Nur ayat 31.boleh cek lah yer..

so a step yang kita harus buat adalah dengan mengubah fesyen tudung kita,daripada selimpang atas bahu,,turun sikit pin kat bahu so..cover lah kn bahagian dada tu..  daripada lengan terdedah..cover sikit dengan guna handsock atau lengan baju yg panjang yang boleh cover bukan balut ok.. so many thing that u can do..so many easy step that u can start with..
try dulu to make a step..dont just make simply judge before u experience sesuatu perkara tu...
u may love it.

beb,kalau dah begini..marilah make a step yunk... i know,u wanna be better right?


so...as a conclusion after long writing.. memanglah jangan be hipokrit bila nak tutup aurat dengan sempurna but ape2 sekalipun we have to remind ourselves that bila lagi kita nak jalankan perintah Allah tu.. once u got your Hidayah.u should appreciate it before it is too late..sebab ramai lagi yang tak dapat hidayah Allah and it is sangat berharga giler if kite dapat HIdayah Allah.bukan Nur Hidayah sebelah rumah ok~!

so..please,please and please lah..lets make a step to go better..yang rasa dah tutup dengan sempurna tu pun u should make a step to sempurnakan dalaman u olls pulak.Janganlah luar bertutup indah tapi dalam bernanah busuk...sebab.. maybe,girls yang tutup aurat dengan sempurna but just sempoi2 je better ketaqwaannya than girls yang tutup aurat dengan sempurna with labuh-labuh style or purdah one..

im wondering...which level of my taqwa?masih adakah hari esok untuk aku??


im not racist..but ya..saya dah nampak situasi macam nie..so..thats why im telling u lah.
janganlah kecil hati atau kembang hidung sbb kita sama-sama dalam perjalanan menuju ketaqwaan dan meraih rahmat serta redha dari Allah..

and lastly..maybe perasaan "aku tak nak jadi hipokrit " tu adalah bisikan dari syaitan sebab ya..u know syaitan right?taknak kita ikut perintah Allah.so..sama-samalah kita fikir-fikirkan..

salam muhasabah sempoi dari saya....tapi penuh bermakna..daaaaaaaaaaaaaaa..... Assalamualaikum.. (^_^)'' 











Friday, October 12, 2012

Mulut,antara penawar dan bisa.

Assalamualaikum.. hallow uguys..hope u oll jz fine and cheers..
lets muhasabah dengan ceria..fighting!(^_^)


Tanpa kita sedari dalam kehidupan seharian kita,kita dikelilingi dengan suatu benda yang boleh menjadi penawar kepada masalah,kekusutan serta kesusahan yang kita alami..

Manakala dalam masa yang sama,suatu benda itu jugalah yang mampu menjadi racun berbisa,mengundang kemendungan pada jiwa,menyebabkan rasa sakit di dada,dan kekusutan pada minda..

Fizikalnya kecil sahaja,tidak sampai separuh wajah..namun peranannya sangat besar sehingga dia mampu meletakkan kita dimana pengakhiran kita nanti..syurga mahupun neraka.. nikmat atau azab..bahkan rahmat mahupun kemurkaan..

''kerana mulut badan binasa''
pepatah fopular dikalangan kita..senantiasa kita mention pepatah sebegini kepada mereka yang bermulut celupar,barangkali kita lupa..mereka yang berlidah pedang turut sama mampu menjadi racun.

dari sudut pandang yang lain,,kata-kata semangat,senyuman,bacaan ayat Quran,Zikrullah serta kata-kata yang baik..turut datang dari tempat yang sama..namun pada sudut ini ,ia berubah menjadi sebagai penawar,meskipun tanpa bermadah dan ayat berbunga,cukuplah dengan kata-kata yang menyenang jiwa..sudah mampu menjadi herba mengubat duka.

Semakin banyak ilmu,semakin lancang kita bersuara.Ya itu perkara biasa,hasrat ingin mendominasi keadaan dengan pengetahuan yang ada. Bukan itu yang menjadi masalah disini tapi apa yang harus diingat dan diwaspadakan adalah hak dan sensitiviti masing-masing. Perbincangan,,ya,.perbincangan sepatutnya menjadi suatu aktiviti yang sihat..namun tatkala kita lancang melontar kata,tanpa kita sedar kita telah meracuni seseorang.

Racun mulut bukan hanya disembur melalui penghinaan,kata-kata kesat,mahupun maki hamun.Tapi melalui kata-kata yang boleh menjatuhkan seseorang, mengaibkan,serta melemahkan.

Dalam perbincangan khususnya,adakah kata-kata menyindir tahap pengetahuan seseorang itu dikatakan sebagai sesuatu yang sihat?bagaimana pula dengan kata-kata yang sibuk ingin berbicara sehingga kita melanggar hak berkata-kata dalam perbincangan tersebut? Mungkin perkara ini tampak remah bagi sesetengah individu.,namun tidak pada yang lain.Dalam hal macam ni,muhasabah sangat diperlukan.

Be Honest,berterus-terang..dua perkara ini menjadi amalan anak muda sekarang. Satu amalan yang sangat bagus,,namun jika diguna pada tempat yang salah..maka ia mengundang kemendungan jiwa.

Contoh:

~suasana dikhalayak ramai bersama teman-teman yang rapat

miss A: alamak,,muka aku tampak kusam lah..macam nie....
miss B: la..kau baru tahu ke?bukan kusam je,tu tampak muka kau dah berkedut tu,pori besar,berminyak kat hidung and dahi..kau tak jaga muka kau ke?kau tak basuh eh muka kau? tak guna mask ke?ke kau bajet nie?nak pinjam duit aku tak?

T_T''  itu cuma contoh..(sebab nak bagi contoh berat sikit jadi tak faham pulak..)

walaupun bersama teman rapat namun kata-kata sebegitu tetap bisa meninggalkan kesan mahupun sebijik zahrah dalam jiwa Miss A itu tadi.
It same goes kita dengan rakan-rakan..adik beradik..dan semualah yang terlibat dalam hidup kita.

malah..Rasulullah juga telah berpesan agar sentiasa bersederhana dalam berkata-kata..andai kita tiada apa pengetahuan atau tak pasti dengan apa yang kita nak katakan ,lebih baik kita pilih untuk diam.itu lebih baik daripada kata-kata yang tidak bermanfaat apatah lagi yang menyakitkan.

Even dalam berdakwah sekalipun,menegur keaiban dan kesalahan haruslah dengan dilakukan dengan personally, which is,kita bertemu dengan person yang kita nak tegur just to of us..tanpa pengetahuan orang lain. Dalam bab ini,kita boleh lihat bagaimana islam sangat menjaga maruah umatnya walaupun maruah umat yang melakukan kesilapan.

Mungkin kita terfikir..''ala..sensitif sangat..ngada-ngada lah kaw nie..''
tapi kita harus ingat,titik sensitiviti setiap orang adalah berbeza.mungkin kali ini kata-kata itu belum sampai kepada titik sensitiviti kita.tapi.. what goes around,must come arounds.. satu masa,pasti ada kata-kata yang akan sampai pada titik sensitiviti kita.

pada saat itu,mungkin kita sudah lupa bahawa kita pernah meracuni ramai orang,lalu kita balas dengan persoalan ''mengapa kau kata aku begini'',''aku tak pernah nak cakap yang buruk kat kau''.. seolah-olah kita tidak bersalah.. tapi sebenarnya,pada masa itu,seluruh dunia mengatakan..''padan muka kau..baru kau tahu apa yang aku rasa.'' (jahatnya aku...T_T)

sudahnya,semua bertelagah..semua mahu menang..semua itu hanya angkara mulut,si kecil yang berbahaya. bercakap hingga lupa, di akhirat nanti,mulut yang sewenang menabur bakti pada timbangan dosa akan senyap,,takkan mampu menjawap persoalan dari Allah Yang Mengetahui.

huh...aduhai mulut..ajaibnya dikau..mampu menjadi pedang,menikam semua hati, mampu juga menjadi kasturi,harumnya mendamai semua jiwa,memberi rasa bahagia..

 andai disuruh beri pilihan,antara ingin jadi pedang atau kasturi..pasti semua memilih kasturi.. namun sebenarnya,ramai menjadi pedang..

wahai diri pinjaman Allah.. muhasabahlah setiap kata-katamu..kerana semua itu bakal ditanya di hari pengadilan nanti.. adakah kata-kata ku ini telah menyakiti saudaraku,adakah kata-kata ku ini membuatkan teman berjauh hati denganku,bagaimana dengan ibu bapaku?sejauh mana kata-kataku mendamaikan mereka?

lidahku pedang atau kasturi?

wallahualam..
                                                           












Disini..Aku Puas!

Assalamualaikum..Ya Allah,Ya Allah Ya Allah....rasa terharu tak terkata bila akhirnya jemari ini mampu menutur kata keyboard semula dilaman blog kuh..Ya Allah,Ya Allah Ya Allah.. betapa besarnya hati,kembangnya hidung bila mampu menaip lagi...(kau dah kenapa?jari kaw kemana sebelum nie???)

ah..biarlah..u guys nak kata ape..yg penting..aku bahagia.. (^_^)\/ memang betul..selama sebulan nie..aku kehilangan jari aku.. mana dia pergi?holiday?bawah katil?tidur tak bangun-bangun?haha..stop merapu Aiza... im just realy busy sebulan nie..aku busy nak adapt diri aku pada  bumi bertuah..negeri orang..Terengganu..=)

ceh,cakap macam busy study jer...!konon! aku rasa rutin aku banyak kepada..siang pergi kelas,malam tengok muvie then tido..weekend pergi Mydin..(the almighty shooping complex kat sini)jgn maen2! . but stilll then..yes..im study too... lagi-lagi a few last week..tired week juga lah..

Rasa cepat masa berlalu..haha(walhal menghitung hari bila nak cuti midterm) dah sebulan lebih aku disini..berhijrah ke negeri orang..belajar budaya orang ,makan masakan orang laen... semuanya memang berbeza disini.. Terengganu,negeri penuh budaya yang memang lain daripada yg lain.. Alhamdulillah..aku rasa bersyukur dipilih oleh Allah untuk berada disini.. Sebuah tempat yang tak pernah aku harapkan..tapi sebenarnya beri aku kebaikkan..

Bersama teman sekelas... buat aku lebih gembira..telatah mereka,perbezaan kami,persengketaan kami,semuanya sangat berharga,, walaupun aku  masih tak ingat kesemua 84 ahli kelas,tapi yg penting..aku mula menyayangi mereka semua...

Angin,hujan,cahaya,,awan..bintang,,pohon serta rumput yang tumbuh melata..mula meyerap dalam jiwa aku.. bukanlah bermakna aku menyerap bersama-sama dengan terengganu style yang banyak G ending tu.. i mean.. Unisza World..  suasana kat sini sangat mendamaikan jiwa aku... aku rasa sangat puas berada kat sini.. aku rasa sangat bebas dalam kebahagiaan aku..tersenyum sendiri bila pergi kuliah sorang-sorang..even pergi beli lunch sorang-sorang..tapi entah mengapa..aku rasa macam seluruh penduduk bumi disini berada dengan aku...



Disini..aku tak pernah rasa risau tntang ikhtilaf,,tentang jejaka liar..mahupun gadis sosial..yang mengjengkelkan mata.. even ada,tapi just 2%.. komuniti yang lain disini sangat mendamaikan mata.. apa yang aku maksudkan bukanlah penampilan semata-mata.. bukanlah imam muda dan istazah pilihan semata-mata.. (walaupun hakikatnya Pelajar Fakulti Pengajian Islam mendominasi keadaan)tapi masih  ramai pelajar fakluti laen yang berpenampilan biasa2..tapi yang paling penting..semuanya menjaga adab dan aurat.. paling cikai pun..tudung parat-parat kat dada pun jadilah..if selimpang atas bahu..bajunya besar..yang lelaki pula tak suka tunjuk peha..manalah tak sejuk mata hatiku melihat?

Bila belajar..aku jadi bersemangat.. sebab..setiap ilmu yang aku dapat..aku rasa sangat suka dan bahagia..rasa sangat kuat chemistry yang ada.. walaupun aku selalu jugak lah mengantuk..tapi tak bermakna aku tak menghargai ilmu yang dapat..entah kenapa..aku rasa..setiap kata-kata yang keluar dari guru..adalah mutiara..yang sangat membahagiakan seorang wanita.

 hahahhaha... tak boleh blah rasa kepuasan tu... but ya..honestly.. ini yang dikatakan cinta..aku jatuh cinta pada tempat nie..aku jatuh cinta pada ilmu ...dan aku jatuh cinta padaMU.. terima kasih.. Ya Rabbi..

 *macam puisi pun ada hehe..