Ini adalah pertama kali aku cuba untuk menghasilkan sebuah penulisan serius
Tanggal 8 Mac 2014 bermulalah sebuah misteri yang aku rasa antara misteri terbesar dalam sejarah dunia hari ini. Kehilangan penerbangan MH370 secara tiba-tiba di dalam radar telah menggemparkan dunia apatah lagi bagi sebuah negara kecil yang membangun seperti Malaysia. Dalam masa yang sama Malaysia telah menjadi tumpuan dari seluruh negara luar. Secara peribadinya, aku dapat merasakan tekanan yang dihadapi oleh Malaysia saat ini. Dan aku gentar, kerana negara luar mula mengecam Malaysia.
Kronologi Kehilangan MH370 |
Jujurnya, aku juga gentar, cuak dan berdebar hari demi hari untuk mengetahui apakah nasib mereka di dalam pesawat yang terpilih untuk ujian dan dugaan dari Allah swt. dan dalam masa yang sama, rakyat Malaysia yang lain turut sama menzahirkan kebimbangan dan doa serta harapan agar mereka yag terlibat dalam tragedi mengejutkan ini dapat pulang dengan selamatnya. Disini, aku dapat merasakan sebuah perpaduan dari Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Aku, sedikit terharu.
Solat Hajat yang diadakan di KLIA. |
Namun, bersama-sama dengan kebimbangan rakyat Malaysia, terlahir juga bermacam-macam spekulasi yang timbul dari mana-mana pihak. Andai aku sertakan semua spekulasi yang ada, pasti 3 hari 3 malam lah panjangnya penulisan ini. Jadinya aku simpulkan saja menjadi point-point yang mudah.
Antara spekulasi kehilangan MH37 yang aku baca, yang aku tak baca, aku tak tahulah.
- Konspirasi Kuasa Besar ( AS ) yang melibatkan wartawan CNN-----> yang ini aku agak gentar.
- Rampasan pesawat setelah diketahui terdapat penumpang palsu.
- Kerosakan pesawat tetapi disanggah kerana pesawat tersebut dikatakan antara pesawat terbaik.
- Pilot yang bersekongkol untuk rampasan pesawat. ( Kapten Zahari )
- Misi membunuh diri Pilot setelah terlibat dengan agenda politik.
- Permainan Kerajaan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari kes penjara Anwar Ibrahim.
- Persepakatan Anwar Ibrahim dengan Kapten Zaharie 2 hari sebelum penerbangan.
- Kebakaran di tempat pemanduan Pilot
- Kapal Terbang tergantung di langit -----> Raja Bomoh, ada tempat sangkut kah di awan?
- Pesawat ditembak oleh pesawat asing di Vietam.
- Pesawat terbang secara Autopilot ke Lautan Hindi, tersasar semasa ingin membuat pendaratan kecemasan
- DSN mengesahkan pesawat hilang di Lautan Hindi.
Banyak sangat spekulasi yang timbul dan aku tidak mampu membaca semua. Sebabnya mudah, makin banyak aku baca, makin pening kepala aku. Akhirnya, DSN tampil menyatakan bahawa pesawat hilang di Lautan Hindi berdasarkan radar terakhir dilihat disitu. Kenyataan DSN itu seakan-akan mahu mewujudkan keseimbangan dan cuba untuk menamatkan persoalan di benak fikiran rakyat. Ya, mungkin ada yang sudah tidak mahu berfikir panjang, malah ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.. Al-Fatihah mula kedengaran disana-sini.
DSN umum Pesawat disahkan hilang. |
Walau dalam masa yang sama, masih ada suara-suara bawah tanah yang melaung-laung persoalan baru, rakyat mula mengenepikan dan menepis persoalan-persoalan itu dengan anggapan semuanya sudah tamat.
Philip Wood yang dikatakan menghantar mesej meminta bantuan. Latitude dan Longitude dikatakan Wood berada di kawasan Diego Garcia, Lautan Hindi. |
Pangkalan Rahsia AS di Diego Garcia, Lautan Hindi. Sejauh mana kebenaran, aku tidak jamin kerana aku belum pula terbang kesana dan lihat dengan mata sendiri |
Namun, kemunculan kenyataan mesej meminta tolong dari Philip Wood,51 dari US pada saya agak gempar dan pastinya menimbulkan persoalan baru.! Ya, nampaknya misteri ini sememangnya masih belum selesai. Maka timbullah pula isu pangkalan rahsia tentera AS di Diego Garcia, Lautan Hindi yang menempatkan pesawat tentera dan sebagainya. Heh. Memang pening. Sejauh mana kebenaran mesej dari Philip Woods yang merupakan penumpang MH370, itu masih menjadi persoalan dan belum terukai buat masa ini. Namun, nama Philip Wood memang wujud dalam daftar senarai penumpang. Masih adakah harapan dan keajaiban?
Sama-sama kita mendoakan yang terbaik.
Sebenarnya apa yang ingin aku Highlight disini bukanlah spekulasi yang bermacam-macam. Tetapi apa yang ingin aku sampaikan dari suara hatiku ini adalah bukan mudah menjadi pemimpin. Kita sebagai rakyat mula mempersoalkan ketelusan kerajaan Malaysia dalam menyampaikan perkembangan semasa tentang MH370. Kita sebagai rakyat mula menyorak-nyorak bahawa kerajaan menyembunyikan banyak perkara dan hanya ingin memperdaya rakyat. Kepentingan kuasa mula dibisik-bisikkan sesama sendiri.
Tapi sedarkah kita, apabila kuasa mula di dalam genggaman, dan segala maklumat dalam kepala kita, bukan mudah untuk kita menyatakan kebenaran, apatah lagi untuk menyebarkannya pada umum. Pernahkah anda menjadi pemimpin? maksud saya menjadi pengarah program,projek atau menerajui mana-mana tampuk pemerintahan?
Jika pernah, anda sepatutnya sedar dan akui bahawa anda sendiri ada menyembunyikan beberapa perkara dan hanya menyebarkan beberapa perkara. Mengapa? kerana anda ada kepentingan. kerana anda tidak mahu anak buah anda huru-hara, anda mahu mereka merasakan bahawa semuanya baik-baik sahaja. Walhal, serabutnya perjalanan program,projek, kelab atau persatuan hanya anda dan orang-orang kanan anda saja yang tahu. Itu hakikatnya. dan itu jugalah yang berlaku dalam kes MH370 ini.
Apa yang dapat saya jangkakan adalah, rakyat tidak akan tahu apa sebenarnya yang berlaku secara total. Meskipun akan ada pendedahan-pendedahan yang akan datang namun ianya hanyalah sebahagian dan tetap menjadi sebahagian. Memang kita sebagai rakyat berhak untuk mengetahui apa yang berlaku. Tapi ini adalah hakikat.
Saya bukanlah menyokong mana-mana pihak. Tetapi pendapat peribadi saya mengatakan, mereka yang sibuk melaung-laungkan sebuah ketelusan sebenarnya tidak memahami bagaimana rasanya memegang sebuah tampuk pemerintahan. Mereka tidak memahami bagaimana rasanya tersepit antara kepentingan dan keprihatinan. dan mereka yang melaung-laungkan ketelusan itu sendiri belum tentu mampu telus dalam kehidupan mereka sendiri.
Nampak sepertinya saya menyokong kerahsiaan yang cuba diselindungkan oleh kerajaan,nampak seperti saya menyebelahi DSN tetapi saya hanya berpijak pada bumi yang nyata. Bahawa kerahsiaan tetap kerahsiaan. Rakyat tidak akan tahu apa sebenarnya yang berlaku walau bagaimana ketelusan diminta!
Mungkin ada yang merasakan ini adalah pemikiran yang dangkal dan malas tetapi pada saya, ini adalah kenyataan. Walau apa pun kenyataan yang keluar selepas ini,pembongkaran demi pembongkaran..itu hanyalah sebahagian dari berjuta kerahsiaan.
Tak terima? terpulang. kerana ini hanya sekadar pendapat peribadi di blog peribadi dari insan kerdil yang hanya melihat masalah dari sebuah perspektif yang berbeza.
itu saja buat kali ini.
terima kasih daun keladi.
No comments:
Post a Comment