Assalamualaikum.. hai uolls!
kita bersambung entry cuti cuti langkawi part 2. Entry sebelum ini boleh dibaca SINI
kita bersambung entry cuti cuti langkawi part 2. Entry sebelum ini boleh dibaca SINI
Lepas I check in tak berapa nak check in kat chalet, we olls
terus lunch dan lunch dinner kami sepanjang berada di Langkawi adalah termasuk
dalam pakej bayaran. So mana tempat yang sedap atau tak sodap I tidaklah
menahunye.
Then we olls terus naik bas dan bergerak ke Jeti tempat
Island Hoping. Ade satu cerita yang I nak kongsi, di Langkawi nie, kita akan
jadi popular. Sana sini orang nak amek gambar kite. Then gambar kite akan
dijadikan souvenier dalam bentuk pinggan. Sapa nak. Belilah dengan harga RM10
satu pinggan yg ade muka kita tu. Sapa tak nak taklah dieorang paksa. I tak
beli sebab malas. Tak terlintas pon nak beli so gambar souvenier tu I takde lah
ye.
Bercerita tentang Island Hoping nie. I tak tahu harga pakej
sebenar berapa dan macam mana. U olls boleh saje lawat web kat mana-mana untuk
cari pakej harga yang terkini.
Untuk aktiviti Island Hoping ni, die akan bawak uolls pergi
menjelajah pulau pulau yang ada. Masa I pergi tu dia bawak we olls pergi ke
Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting dan tengok Kawasan Sarang Burung
Helang.
Bagi I aktiviti nie menarik tapi agak penat dan mengantuk
bile dalam bot laju. Panas tak usah
cerita lah. Sunblock jangan lupa sapu dan pakai lah sunglass dengan
topi.
Pulau Beras Basah is cantik! View die MasyaAllah! Tapi
honestly I bosan dekat situ. Takde aktiviti pon yag boleh I buat. I rasa macam
nak tidur saja. Uolls diberi masa sejam untuk berada di Pulau itu. Dan dalam
masa sejam itu uolls boleh lah mandi pantai atau panjat sebuah rumah pokok yang
ade kat tepi pantai tu. Rumah pokok tu taklah besar mana, so i pon malas nak
naik. Tapi perlu diingatkan, dekat situ tiada toilet atau tempat persalinan
baju. Kalau u rasa nak buang air ke hape, apa lagi cangkul lah mana mana tanah
atau soroklah belakang pokok mana. Hak hak.
MasyaAllah cantik... Subhanallah Panas!! hik hik hik |
Jeti nie memang cantik!! kalau buat wedding shoot nie memang saantek... sangat! |
Setelah sejam yang membosankan, we olls terus ke Sarang
Helang dimana aktiviti disitu adalah memerhatikan helang dan melihat aktiviti
memberi makan helang. Quite interesting masa nie sebab helang dekat situ banyak
sangat dan besar!. Lebih menarik bile kite tengok helang tu sambar makanan. But
gambar dan video helang I hilang so I tak dapat nk tunjuk kat u olls. U olls
goggle lah ye. Sorry!
Then tibalah masanya we olls sume pergi ke Tasik Dayang
Bunting. Kat sini I suka! Sebab tempat die taklah panas. Sejuk je rasa dekat
area tasik tu. Orang kate kalau minum air tasik tu akan bunting so I tak berani
minum?? No lah I siap bawak balik lagi sebab haus kot! Peduli hape I dengan
Orang kate. Nak lagi selamat I bagi kawan kawan I minum jugk. Ceh, tahyul dosa
tau kalau percaya.
Kecantikan setiap ukiran semulajadi bukit bukau batu memang memukau! MasyaAllah! |
Aktiviti kat Tasik Dayang Bunting nie banyak. Uolls boleh
naik bot kayuh gune kaki tu RM25 untuk satu bot . u olls kayuhlah bot tu
sepanjang tasik tu selama 30 minit. U olls juge boleh mandi di Tasik Dayang
Bunting tetapi uolls mestilah memakai jaket keselamatan dengan harga sewa RM5.
Tapi disini ada disediakan tempat khas mandi yang tak perlu jaket keselamatan
tapi kecik jelah tempat die. Ala-ala kolam mandi biasa. Kanak-kanak boleh lah
mandi disitu.
Tasik Dayang Hamil!!!!! semua kawan kawan I yang menyibuk kat signboard tu! I je malas nak ke situ. |
Inilah tasik die! u olls kene menapak mendaki anaka tangga dan menuruni anak tangga untuk sampai ke tempat ini. pada I rugi lah kalau sampai sini tapi taknak daki turun anak tangga. |
kawasan die pelantar macam nie, sejuk saja. tak panas macam kat pulau lain tu.. |
Kemudahan di Tasik Dayang Bunting juga agak lengkap. Ade
tandas, Surau yang perlu dikongsi lelaki dan perempuan dan ade cafe yang agak
mahal . kah kah. Biasalah tu. Cumanya dari jeti di Pulau Dayang Bunting untuk
sampai ke lokasi sebenar Tasiknya uolls perlu menapak menaiki anak tangga. Agak
penat tapi okay lah. Berbaloi pada I. Disini juga u olls diberi masa sejam
untuk buat lah ape yang u olls nak buat ye.
Jam 5.30 petang, maka pulanglah we olls ke chalet dengan
penatnya. Tapi, ia tidak mematahkan semangat I untuk berjalan di sekitar Pantai
Chenang yang sangat padat dengan aktiviti beli belah, makan dan lepak!! Best
giler!
Okay, cukup setakat ni.
bu bui. Assalamualaikum
bu bui. Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment