Thursday, October 6, 2011

Jom taubat nak?(^___^)'' manalah tahu..esok lusa dh takda..huhu..

Assalamualaikum..(^___^)
hari ini..dengan kesihatan yang agak merundum.. aku lebih banyak membaca daripada melakukan aktiviti lain spt biasa..hasil drpd pembacaan aku hari ini..aku menjadi lebih malu terhadap diri aku..serta merta idea utk menghasilkan entry ini hadir dlm benak fikiran aku.

Jom KiTA sama-sama bertenang..dan renungi entry ini bersama lagu yg dimainkan..kita lihat kedalam diri..dan letak sebentar ego yg ada dlm diri ketepi..

Dengan takdir Allah yang Maha Berkuasa...aku dilahirkan kedalam dunia ini.pada saat itu..ayah dan ibuku amat gembira menyambutku..aku diraikan dengan penuh senyuman drpd mereka yg hadir melawat ibuku yg baru shj melahirkanku.. bukan dgn bunyi bom,mahupun teriakan isteri yg kehilangan suami kerana dibom oleh tentera israel..

sepanjang kedewasaan aku hinggalah ke saat ini..aku membesar dalam keadaan yg senang..makan pakaiku semuanya ada tersedia..meskipun bukan jenama mewah..tp cukuplah utk aku bergaya..ayah dan ibu berusaha keras utk membesarkan aku..ayah..yang tidak punyai gaji besar..tanpa aku ketahui.. meminjam wang dari rakan2 utk memenuhi segala keinginanku..memastikan anaknya bahagia menjalani hidup ini walhal..tanpa aku sedari..dia menahan lapar ditempat kerja..menyimpan wang utk kegunaan aku kelak.

ibu...
siang malam..tanpa aku perasan,,fikirannya asyik memikirkan aku..bagaimana kesihatan aku..bagaimana keselamatan aku..menjaga keperluanku .walaupun terkadang kasih sayangnya spt tidak dipamerkan..tp..dalam hatinya ..aku,aku,dan aku..

kini, aku mahasiswa di menara gading bertuah..begitu bnyk kenikmatan dari Allah yg aku rasai. dari kecil..aku dpt kasih syg ayah,,aku dpt kasih syg ibu...aku dpt masuk ipt..aku dpt ramai teman..(^___^)aku benar2 gembira..

tapi aku lupa satu perkara..
bahawa selama ini aku tidak pernah bersyukur dgn nikmat yg Allah beri..meskipun Alhamdulillah bermain diucapan..tp..realitinya....

TANGAN..
yang Allah beri dengan sempurna..melengkapkan pancainderaku..yang sepatutnya aku gunakan utk mengangkat takbir sewaktu solat..,menadah penuh kesyukuran ketika berdoa..meratib tasbih penuh tawadu'..menjalankan amal  kebajikan dibumi ini..

aku gunakan untuk menyentuh tubuh kekasihku sewaktu bermadu asmara..aku gunakan untuk merasai kehangatan tubuhnya ketika itu,tangannya ku genggam,tubuhnya kupeluk..dengan harapan mahu merasai cinta.sedangkan tangan ayah dan ibuku belum tentu aku genggam dan peluk sedemikian rupa..aku gunakan juga untuk menekan keypad hansetku..membalas mesjnya dgn penuh ghairah dan manja..berjela2 kami berkhalwat..dan kadangkala..mesej2 nakal mnjdi perbualan..padahal..mesej ayah dan ibu aku layan tak layan.

Allah..betapa aku malu..dengan cara ini aku bersyukur?setelah apa yg telah kau beri selama ini?

MULUT..
yg AllaH beri untuk mengalunkan ayat-ayat suci..berzikir mengingati Allah..menyuarakan hal2 yg bermanfaat..sbg tanda syukur yg sepatutnya aku berikan..

aku gunakan utk bercumbu dgn kekasih haramku.. aku gunakan utk menarik perhatian para adam dgn tabaruj tebal di bibirku..aku gunakan untuk mengumpat kawan2 yang aku tidak suka..aku sebar fitnah sini sana..aku gunakan untuk menentang hukumMU! aku gunakan untuk mengeluarkan alasan mengapa aku tidak bertudung,mengapa aku tidak solat! ketika aku berhujah dgn ilmu yg ada..aku kuatkan dan keraskan suaraku dgn harapan mereka memuja hujahku..mereka menyanjung keperibadianku..

Allah..adakah dgn cara ini aku bersyukur?tidakkah aku tahu..ramai si bisu yg mengharapkan mulutnya sempurna berbunyi..dan aku?tidak tahu malu melakukan semua ini?

KESIHATAN..
yang Allah beri agar aku kuat menyempurnakan solat..membuat amal kebajikan..

aku gunakan untuk kepentingan belajar dan duniawiku..siang sibuk kekuliah,malam sibuk dgn ulangkaji,hujung minggu..study berkumpulan,meeting,jumpe kekasih,balik..aku penat..lantas tidur..subuh,zohor,asar,magrib,isyak aku langgar...mengapa aku tak tahu malu..menggunakan nikmat kesihatan yg Allah beri utk aku lakukan semua itu tnpa berterima kasih...?aku mampu untuk berkelah bersama teman..aku mampu untuk menjalani kursus komender..aku mampu ulang alik dari fakulti ke kolej..tp aku tak mampu untuk solat yg hanya statik diatas sejadah..?andainya aku mati....dimana tempat aku?andainya aku mati..dgn cara apa aku dimatikan?

sungguk aku..hamba yang tidak tahu malu!..Allah..

KECANTIKAN..
yg sepatutnya aku simpan rapi..aku buka pabila bersama mahramku sahaja..sbg tanda syukur dan akurku pd perintah MU..

aku abaikan..rambutku biar tidak bertudung..malah aku upload di fb buat tontonan umum..agar mereka yg memandang memuji kecantikan aku..sekaligus mendapat dosa..kadangkala..lenganku yg gebu..ku biar tidak bersarung..,mengenakan baju berlengan pendek.namun bertudung..hanya kerana aku panas dan rimas! legging..aku pakai menampakan susuk bentuk kakiku yg cantik..

aku lupa..bahawa rambut yg cantik ini akan dibakar diakhirat kelak..!
aku lupa..kaki dan badanku yg cantik dan sasa ini bakal ditarik bila2 masa!

rupanya..dgn cara begini seorang mahasiswa bersyukur..

HIDAYAH..
yg Allah beri agar aku istiqamah dlm bersyariat..agar aku gunakan sebaik2nya menjadi hamba yang dikasihi..

aku gunakan sbg perhiasan pd penampilanku..disebalik tudung labuh yg aku kenakan..terselit perasaan bangga pd diri sendiri..aku sibuk perbetulkan aurat wanita lain..tanpa aku sedari..hatiku sebenarnya rosak dgn ujub diriku sendiri..dibawah kopiah putih yg aku pakai..tertanam perasaan suci rekaan aku sendiri..aku tidak mahu melakukan kesalahan agar org tidak pandang serong trhadap aku yg berkopiah putih..bukan kerana sunnah yg sepatutnya aku perjuangkan..!.apabila aku berhujah..harapan menggunung agar mereka memuji aku..mengenali aku sbg seorang yg alim..walaupun pd mulanya aku ikhlas ingin memberikan perkongsian..namun harapan pujian masih aku sandarkan..jika mereka memberi reaksi yg positif..aku tersenyum bangga pd diri sendiri..jika sebaliknya,,aku makin keras berhujah sehingga bercampur antara akal dan emosi..hujah dan terjah!! apabila update status facebook atau berblogging,,aku suka pabila bnyak like..tp..bila..sedikit atau tiada yg like..aku down..aku hampa...

apabila aku beribadah..aku mengharapkan syurgaMU semata2..bukan kerana aku bersyukur dgn hidayah yg ENGKAU berikan..bukan kerana Kau menyelamatkan aku dari kesesatan..lalu..dimana keikhlasan ku dlm beribadah?

Allah..dgn cara ini aku rupanya bersyukur dgn hidayahMU?

sungguh..selama aku hidup..berapa lama shj aku bersyukurdgn sebenar2 syukur..?sedangkan nikmat Allah yg aku gunakan setiap saat semenjak aku dilahirkan tidak pernah berhenti..

andai aku mengingatiMU hanya apabila aku tidak tenang..kesusahan..dan kekecewaan..
aku jadikan belum sampai seru sbg alasan agar aku bebas mengucapkan syukur pdMu dgn cara tersendiri..tidakkah pernah aku sedar..bahawa kematian aku nanti tiada serunya dahulu?

sedarkah aku..diluar sana..ramai yg mahu ditempat aku..merasai kenikmtan spt aku?
betapa ramai anak yg tidak punyai ibu...mendamba belaian seorang ibu,merasai masakan ibu,mendapat doa dari ibu..

betapa ramai diluar sana..mengharap kasih ayah..mengharap pelukkan mesra dari ayah,berbual jenaka bersama ayah...

betapa ramai diluar sana kebuluran menderita bertahun lamanya..mengutip sisa yg bertaburan sbg alas perutnya..

betapa ramai diluar sana mendambakan kesihatan yg sempurna..agar dpt berbakti sepenuh kudrat dan tenaga..

dan aku?
sepatutnya aku malu kerana mengucapkan rasa syukurku dgn sedemikian rupa!
atau sebenarnya Kau telah menutup mata hatiku dari kebenaran dan hidayahMU?
lantas Kau beri aku kenikmatan agar aku terus menjauhiMu??(-______-)


erk...aku dan kau..jom kita taubat nasuha..aku risaulah..kau tak risau ker?
sama2 kita bertaubat..wasalam..