Wednesday, February 15, 2012

selamatkanlah Ummah kita ini!

Assalamualaikum..
kaifa haluki?
hope semua bihair2 shj yer...

hari ini..Mmj rasa sedikit terkilan pd diri Mmj sendiri.. Mmj terbaca dalam status2 sahabat2 di fb yg sibuk mengatakan tentang nasib saudara kita di syria.. Mmj sendiri tak tahu ape yg berlaku sebenarnya.. rupa-rupanya ada pertempuran di Homs yg mengorbankan 80 nyawa.serangan tersebut telah dilancarkan oleh pihak berkuasa rejim negara tersebut dimana mangsa korban rata-ratanya adalah saudara kita sendiri..umat islam.

Mmj rasa terkilan sbb Mmj tak tahu lansung tentang semua nie..Mmj sibuk cari harta dunia sampai tak sedar nasib yg menimpa saudara Mmj sendiri...

SAUDARA... ye..SAUDARA...
berapa kali kalimah ini kita dengar,dari dulu lg kita ditekankan bahawa umat islam seluruhnya adalah BERSAUDARA...tp..persoalannya.. sejauh manakah kekuatan persaudaraan ini?
sejauh manakah pemikiran kita ini ditujukan khas buat saudara islam kita?
dan sejauh manakah sumbangan kita kpd saudara kita?
atau sebenarnya sepanjang kehidupan kita ini tiada satu pun sumbangan kita untuk saudara kita waima doa sekalipun.??
kita seringkali dipaparkan dgn nasib saudara kita diluar sana di kaca tv..

bagaimana wanita islam diluar sana memperjuangkan hak mereka utk bertudung???sehinggakan ditangkap seperti melakukan satu dosa yg besar sekali.sedangkan di negara ini wanitanya sibuk memperjuangkan hak mereka utk bebas berpakaian seksi tanpa ada mana2 pihak yg boleh mempertikaikan keadaan itu.memperjuangkan hak manusia katanya utk BEBAS.

bagaimana pula nasib saudara kita di palestin,gaza yg dikecam hebat zionis.meskipun begitu, persaudaraan mereka kuat.mereka bersatu membangun menentang kekejaman zionis dan israel lantas menyelamatkan agama suci iaitu islam .mereka menjunjung islam dan menjadikan ia sbg satu perjuangan lantas membentuk satu perpaduan ummah dikalangan mereka. perjuangan itu bukan hanya pada pemuda2 gaza dan palestin sahja.malah turut tebal di dalam jiwa wanita dan kanak2 disana.. mereka bertempur dgn apa yg ada.berpaksikan kepada kepercayaan mereka kpd Allah.

dalam masa yg sama..ketika mereka sedang melaungkan Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! apa yg kita buat disini?? makan dgn enak? tidur dgn nyenyak? menangis sbb layan hindustan? atau tak tahu lansung pun yg mereka sedang berjuang?

terlalu banyak perbezaan kita dgn mereka....
ya,palestin sebuah negara yg mundur..perlu dibangunkan semula utk menjadi sebuah negara yg maju.
kita,malaysia pula sebuah negara yg membangun..aspirasi kita  adalah transformasi..transformasi..kita menuju kepada perubahan yg memodenkan negara..
TAPI...
ummah islam disana semakin lama semakin kukuh persaudaraan mereka.. bumi palestin melahirkan ramai generasi pejuang agama yg kental jiwanya..melahirkan abnaul harakah,menjunjung agama Allah.
sedangkan kita disini.. semakin lama,semakin rapuh persaudaraan kita..bergaduh sini sana.. kerana politik kita menghina saudara sendiri.kerana kepentingan ekonomi kita pandang enteng muamalah islam.. kerana kpentingan pangkat kita sanggup terpekik2 tabur fitnah.sekaligus menjatuhkan maruah kita sebagai umat islam yg sepatutnya ada budi pekerti yg lebih hebat drpd penganut agama lain.
dan yg paling sedih sekali makin ramai generasi muda mudi berjuang utk melahirkan anak luar nikah dan bukannya abnaul harakah!.

Mmj melihat diri sendiri..bermuhasabbah di malam hari ini..apakah sumbangan yg Mmj dh beri pd ummah ini??dan apa pula sumbangan Mmj pd saudara Mmj diluar sana???20 sen di dalam tabung?atau air mata semasa melihat berita2 yg menyayat hati..?

teruk sangat ker malaysia nie sampai Mmj kata kite perlu bangkit selamatkan ummah????
tak lah teruk..tapi..teruk sangat....
sbb??
Agama rasmi malaysia adalah ISLAM...
tp...lihat sikap sebilangan besar  ummah di malaysia nie..lebih menunjukkan keislaman atau kebaratan??
Mmj tak terkejut bila dgr khabar angin yg mengatakan bahawa Malaysia punya agama rasmi adalah kristian.
Mmj bukan nk biadab di sini tp itulah cerminan yg dibawa oleh negara kita.
sbb tu.. Mmj nk ajak diri Mmj dan sahabat2  sama2 kita selamatkan ummah kita disini..dan dalam masa yg sama kita prihatin pd nasib saudara kita diluar sana..

ayuhlah..sebelum ada pertumpahan darah spt yg berlaku pd saudara kita di luar sana..sebelum kita kebulur di negara sendiri..sebelum kita minta simpati pd bumi malaysia ini agar dikembalikan agama islam sbg agama rasmi..
tidakkah kita bersyukur pd kedamaian ini?atau sudah alpa dgn keduniaan..?lalu..
dimana peranan kita utk membentuk kekuatan ummah kita kembali..?
wahai kaum adam..ayuh,bangkit!perjuangkan kekuatan ummah sebelum tersungkur di negara yg beragama rasmikan islam sendiri.
wahai kaum hawa..ayuh,,gerak!semarakkan lagi perjuangan untuk ummah ini..bersama mendidik dan melahirkan pemuda pemudi harapan agama..

Friday, February 10, 2012

Lelaki agama vs lelaki rock.mana satu pilihan hatiku??

Hai salam ukhwah fillah,salam penuh kebahagiaan penuh keceriaan buat MmJ sndiri n u guys..

"selamat pengantin baru....''
selamat berbahagia....''
(MmJ sedang berangan.......yuhuuuuu)

PERKAHWINAN..SUAMI...RUMAHTANGGA..
tiga perkara ini memang sinonim dgn fitrah kehidupan manusia..sama ada lelaki mahupun perempuan..MmJ pun macam tu juga..

calon MmJ???
huhu..MmJ sedang masukkan senarai calon dlm borang permohonan..hehe...(ada pulak..huhu)

how about u guys??
mesti ramai yg ada calon kan?
mesti ramai juga yg ada suami impian hati..

MmJ baru je baca satu artikle..yg mengatakan bahawa girl nie lebih berminat kepada boy yg berstatus agama.betul ke u guys???macam imam muda..boy yg terlibat dalam usrah..boy yg selalu pergi masjid..boy yg selalu memberi nasihat berjela2 diselitkan dgn keagamaan sedikit...
biasanya boy2 yg mcm nie ada wajah yg redup..perlakuan yg menyenangkan..sejuk mata memandang...tenang hati melihat..kan?


                                         (ala2 mcm nie lh....hehe....)

so..tak pelik kalau u guys kata YA!SAYA BERMINAT DGN BOY YG MCM NIE..
MmJ pun tak pelik kalau u guys kata BOY MCM NIE LEBIH SELAMAT DRPD BOY YG ROCK,GANAS,@BUKAN BERSTATUS AGAMA.

honestly MmJ pun suke tengok boy2 mcm nie..yelah..boy2 mcm nie memang insyAllah boleh beri bimbingan pd kehidupan kita kelak.. dan kalau boleh MmJ pun nak bakal suamai MmJ nnti pun mcm nie.. siapa tak nak..kan?istigfar....

jgn lupa.. bukankah Allah menyuruh kita menjaga pandangan kita??so..jgn selalu2 tengok boy lama2.. nnti syaitan pun mula cucuk jarum..hehe..

cuma MmJ nak betulkan sedikit pandangan girl pada boy2 mcm nie..

tak kira boy mana..alim atau rock.. boy tetap boy..
berakal 9 bernafsu 1...
boy yg alim belum tentu syurga..
belum tentu kuat imannya..
belum tentu betul jalannya..
boy yg ganas belum tentu tiada agama..
belum tentu pudar imannya..
belum tentu dia akan keneraka..
tiada istillah selamat bagi girl..
sebab bila boy dan girl berdua..
tak kira secara zahir atau batiniahnya..
syaitan lah yang ketiga..
setinggi mana kopiah boy..
akhirnya akan jatuh juga di riba girl...

suami impian hati biarlah pada agama..
suami dambaan jiwa biarlah elok budinya..
suami tambatan kasih biarlah suci raganya..
suami dunia akhirat biarlah setia kasihnya..
bukan pada rupa..
bukan pada penampilan..
tak semestinya yg berkopiah itu kuat agamanya..
dan tak semstinya yg bertopi itu lemah imannya..
yg pasti takwa itu milik Allah..terpendam didasar hati...
rahsia antara hamba dan Pencipta..
yang paling penting..kita bahagia dengan keberkatan Illahi..