Monday, September 17, 2012

UniSZA,perjalananku bermula disini.!

Assalamualaikum...pejam celik pejam celik dah 2 minggu aku bermukim di sini..dari Johor menuju ke Terengganu,perjalanan selama 9 jam membuatkan aku letih untuk berulang alik selalu..last week ada cuti 3 hari,tapi aku decide untuk stay kat kolej bila memikirkan 9 jam yang perlu ku tempuh.macam tak berbaloi je balik Johor..huhu..

Kehidupan aku disini pastinya bermula dengan Minggu Mesra Siswa yang sememangnya minggu derita bagi mahasiswa baru.Namun sangkaanku meleset sama sekali.Disini,MMS nya lain drdp MMS yang pernah aku lalui semasa di UITM dan form 6 yang seminggu je dulu.. MMS disini bersifat perikemanusiaan,kau dah besar buat apa aku arah kau macam-macam,and just be matured dalam melalui program.nice and simple,even penat berjalan dari kolej menuju ke dewan gimnasium selama 20 minit,but its ok rather than MMS week yang penuh dgn teriakan fasilitator senior.uhh..

Dalam MMS juga ada program bercamping yang perlu dihadiri,semua pelajar dibawa ke KEM MERANG,UniSZA untuk melalui sesi LDK dan outdoor game.. Kem yang sepatutnya digeruni kerana ketegasan penyelia menjadi kem yg seronok kerana penyelia kem tegas tegas kucing..hahaha.. Tegas tapi penuh berhati perut.

Bila tiba masa untuk LDK,pelajar yg telah dibahagikan group mengikut fakulti akan diberi seorang fasilitator untk menguruskan kiteorang..Aku dapat Dr.nazri dan Pn, erk..alamak lupe pulak.Dalam LDK tu pulak we have to speak in english,just english.Aku yang dah lama tak speaking omputih nie,haha..just do it..lantak pi lah orang nak kata apa..

xtvt yang paling aku suke adalah river cross dan jungle tracking..River cross memang best giler sbb aku memang suke main air even tak reti berenang.Main terapung-teraapung memang dah hobi sejak kecik,ase macam taknak kuar je dari laut tu..huhu..

jungle tracking pulak more to hiking...sangat mencabar.Dengan tanah yang licin,gaung yg dalam,bukit tinggi macam 90 degree,all of that make me ase seronok sangat.. lebih seronok daripada mendaki Gunung Lambak di kluang dulu..

bab panjat2,main air memang menjadi kegilaan tapi janganlah suruh aku berlari..aku tak suka sebab menyebabkan kesakitan pada dada.huhu..sedih.

now..dah habis dah MMS,kuliah pun dah start..even Kuala terengganu pun aku dah mula jelajah sikit demi sikit.. kat sini memang best,tenang and relax..

aku harap,,di UniSZA nie ,merupakan titik untuk aku terus istiqamah dalam berhijrah... aku student Fki,(bidang islamic study) .aku patut dalami islam tu dengan sebenar2nya walaupun aku baru dalam dunia nak belajar islam secara mendalam.

uhh..aku buat entry nie mcm terpaksa pulak,sbb tak boleh nak upload gmbr kat sini..ade prob hanset..buat setakat ada-ada..n at least,aku abadikan juga minggu2 pertama aku disini..

btw,next time kalau rajin update lg.. Assalamualaikum...=)