Geng Merah Jambu..!

Saturday, June 9, 2012

Persediaan Sebelum Bertudung Labuh..

Bersama basmallah daku titipkan sebelum daku memulakan satu entry yg aku sendiri pernah lalui...(toink toink...lamanya tak buat cerpen...rindu..!)

seperti yang aku janji tak berapa nak janji sebelum ini..katanya nak buat 1 entry tentang persediaan bertudung labuh(before this i just beri kisah sebenar disebalik tudung labuh) now i'm free u know..customer takda..duty semua dah setlle dengan kelebihan sbg online assistance department..aku mula membuat dua kerja sekarang nie..

  1. watch out my office's blog n fb pages
  2. doing my entry lah..!hehe! 
aku paham sangat-sangat dan selalu sangat-sangat dengar bahawa ramai di antara kita yang sebenarnya dah lama terbuka hati nak berhijrah daripada tudung saiz M kepada L,XL,XXL,XXXXXXXXXXXL dan XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXL.  tapi sebab tak bersedia dan takda sape2 yang nak sokong..dieorang cuma just tengok muslimah lain pakai and puji dalam hati.bertanya pada diri sendiri..''bila pulak aku nak pakai macam tu''

trust me honey,sebelum nak bertudung labuh bukan boleh sembarangan sarung.aku tak kata kite kene ada degree dalam usuluddin @syariah fiqh dan sunnah@pengajian islam ke..NO! semua tu bukan keperluan bertudung labuh.apa yang kita perlu adalah semangat yang kuat dan kental serta kekuatan mentaliti kita sendiri.

yeah..kita bukan sekuat SITI KHADIJAH dalam bersama-sama Rasulullah menyebarkan sayap dakwah islamiah..kita tidak sekuat itu dan pula apa yang bakal kita hadapi juga tidak sehebat apa yang srikandi islam ini hadapi.so sentiasa berfikiran ke hadapan dan dalam masa yang sama hati kita dihadapkan kepada Allah. 

bagaimana pula nak hati kita nie sentiasa dihadapkan pada Allah?walhal kat sekeliling kita nie banyak sangat perkara yg melalaikan kita.caranya sangat mudah,cuma nak buat je yang payah sebab akan ada syaitan yang datang menyibuk.

1stly ye mak tipah,cik bedah dan u olls..

sila,sila dan sila..ambil wuduk,dan dirikanlah solat..tak kisahlah solat apa..solat fardhu ke,solat sunat,solat sunat taubat ke..tak kisah..asalkan solat.. sebabnya apa-apa pun yang kita nak buat kita kene mintak perlindungan dan bantuan dari Allah.so..lepas je solat dengan satu rasa yang baharu(khusyuk,penuh kesedaran,harapkan perhatian Allah) kita doalah time sujud terakhir agar diberi perlindungan,kekuatan dan bantuan daripada Allah SWT.

bukan buat sekali tapi olowes dan teruskan sampai bila2 malah tingkatkan lagi penghayatan kebergantungan kita pada Allah hingga hati kita mati sebab nafas dah terhenti..

kemudian..sila,sila dan sila lah..rajin kan diri membaca ayat Al-Quran walaupun seciput..walaupun sekejap,tataplah Al-Quran dan bacalah supaya hati tu lembut...mudah lentuk pada cinta kepada Allah..

then banyakkan baca bahan2 ilmiah yang bisa memberikan kita kefahaman serta menemukan kekuatan didalamnya..kalau aku,aku suka cari kat SINI .. banyak juga artikle yang tolong tingkatkan kefahaman aku..

lepas tu..pasti korang akan rasa tenteram dan lebih berkeyakinan..bermulah satu episod perubahan dan penghijrahan..=)

ini adalah apa yang aku sendiri buat..tidak mengikut pd mana-mana artikle,copy idea @copy paste..jadi pasti banyak kekurangan sebab well,i just gadis kurang ilmu beb!

step sehingga tersarungnya tudung labuh.:

i was started by beli sarung kaki and sarung tangan kat kedai sakan(u know SAKAN?) satu pusat borong yg banyak ada kat johor nie..

then?:

  1. amalkan pakai stokin dan sarung tangan walau ke mana saja..kuliah?kedai?cafe depan hostel?
  2. lipat baju yang pendek2 then sorok jauh2 dalam gerobok..beli baju labuh sikit.. 
  3. biasa aku pakai tudung bawal selimpang ke bahu jer..so aku turunkan pin tegak biasa je..atau gaya yg tutup dada lah..
  4. adalah ambil masa dalam beberapa bulan jugak before i finally can sarung tudung yang labuh..
i dont say yang gaya i nie perfect!

bila aku ckp semua hal diatas,,janganlah kata dan sangka yang aku nie bagus sangat penampilannya..plus,im not perfect at all..

ha....................siap sudah entry tentang apa persediaan yg perlu kita lakukan sebelum bertudung labuh. but kenapa kene ada persediaan?kenapa tak just terus sarung jerk? kenapa nak kene tangguhkan dulu?sebab bila anda sudah memakai tudung labuh,anda akan berhadapan dengan situasi yg membuatkan anda rasa macam nak bukak balik jer!

=) thats y lah aku kata..kita wajib bersedia..


1 comment:

Ana Khadijah said...

salam..
btol 2..bkan mudah hati ni nx trbuka utk mnerima prkara baru ..sbb sblum ni pn sy da trsalah lgkah dgn pkai tdg labuh scara direct ..akibatnyer,bile mcm2 tohmahan d beri oleh akq2 n kwn2,sy kmbali ke tbiat asl..lpas 2 sy mulekn dr awl,pkai stokin n sarung tgn,pkai tdg bwal pn pastikn mnutup dada ..mudah-mudahan lgkah2 ini membwa sy ke arah lbih baik ..InsyaAllah ..