Geng Merah Jambu..!

Thursday, October 30, 2014

Aku hanya mahu Nama!

Assalamualaikum and hai!
wah wah..... berkurun abad aku tak berceceh disini. wink wink
Sebenarnya niat aku pada malam ini hanya lah nak hapus mana saja unsur unsur yang sudah lapok lagi tidak berpaedah di teratak maya ini. Namun ada satu selumbar sebenarnya dalam hati ini yang membengkak menyampah pada apa yang berlaku akhir akhir ini. Begini kisahnya.

Secara jujurnya aku sangat respect pada mereka yang bergiat aktif dalam dunia kepimpinan, aktiviti , kelab dan bla bla bla sebabnya saya tergolong dalam kumpulan yang malas nak join semua bende alah itu. Maka, apabila ada insan-insan yang berhati mulia menguruskan itu dan ini secara tidak lansung aku terlepas daripada tanggungjawab fardhu kifayah aku. Terlebih dahulu, Syabas dan Terima Kasih pada mereka kerana melepaskan aku dari tuntutan itu.


Silap aku gak sebab suka ngat perhati dari side yang orang tak peduli. So aku nampak terkadang kita ini konon ikhlas apabila buat sesuatu perkara. Mulut kata "aku ikhlas" tapi tindakan tak sama dengan kata-kata. aku ambil dari sudut kepimpinan/join the club/pegang jawatan, senang direct cerita.malas putar putar tergeliat urat.

Pertama, ya. nak jadi orang yg Softskill tinggi perlu join itu ini. Memang membantu. Walau aku malas tapi aku tak kata benda itu tak berpaedah. lantaklah mahu join apa hatta banyak mana. Tetapi apa yang aku tak puas hatinya tu kenapa memilih dalam memberi komitmen? Apa yang aku nampak kita lebih senang beri komitmen pada sesuatu yang gah, yang orang pandang, yang orang akan kenal siapa kita daripada sesuatu yang kecil, yang remeh, yang cikai.. ah.. semua lah yang bersangkut paut.

Camnilah,, aku ini Fasilitator Program. wah, orang akan kenal aku,glamer u'olls. aku boleh tunjuk bakat aku yg aku boleh membimbing peserta program. Tapi nak buat program bukan tiba tiba saja boleh jadi program, perlu ada penyediaannya. persiapan program banyak sekali tapi  aku nak dtg bila program saja, sebab? aku rasa menjadi Fasilitator ini sudah tanggungjawab berat dan kerje persiapan itu biarlah mereka yang 'bawah-bawah' saja yang buat. Kurang Hajo. ya itu perkataan yg akan aku keluarkan pada org yg bersikap seperti "aku" di atas.

Kedua, situasi apabila aku jadi  Pengarah Program.. aku arah itu ini then aku tinggalkan orang bawahan aku untuk uruskan semuanya sementara aku berlalu pergi dengan alasan aku sudah bagi arahan. Cekadak Kau. dan lain lain situasi yang malas nak dgemburkan.

Satu saja yang aku nak fahamkan, bagaimana kepimpinan kita pada hari ini begitulah kepimpinan kita pada hari esok. Andai hari ini kita memilih dalam memberi komitmen maka esok akan jadilah kita pemimpin yang memilih dalam membantu rakyat. Terkenal pada nama tapi kosong dihati rakyat.

Sampai hari ini, aku sangat teringat pada kisah Khalifah Umar yang sanggup mengangkat makanan berguni dari istana secara diam diam pada waktu malam untuk diberi pada rakyat. Kisah itu sebenarnya membuat aku takut untuk menggalas amanah seorang pemimpin. Berat. Sangat Berat. aku nie tak pandai ngat agama fiqh fiqh bagai tapi alhamdulillah aku faham apa itu amanah. Kalau orang halalkan takpe,, kalau orang kutuk kita? kang dituntutnya kat akhirat? tak pasal terbako kita kat neraka. Nauzubillah!

Argh malas nk cakap lebih lebih... kang cakap lebih lebih orang kata "kau nak bagus, kau buatlah.. " uhuuuu.. sentap! alah, kita nie pendosa (gituw) aku sendiri banyak jer silap dan konon ikhlas nie tipulah kalau tak pernah buat. Cuma yelah, sampai bila kita nie nak berterusan macam ginim?

sikit tak banyak pon.. kene lah improve dunia wal akhirat. gittuuuww..
no offense. just light talk.
thank you.

#ah,nak tido tapi tak boleh!!! Assalamualaikum.











Saturday, June 7, 2014

Death, is just a matter of say Good Bye for a moment.

Assalamualaikum.. hai olls!

Saat jemari ini menaip beberapa butir di papan keyboard pada hari ini, sudah 2 minggu atok perempuan ataupun bahasa umumnya Nenek pergi mengadap Sang Pencipta, pulang ke tempat asalnya bagi setiap hamba bernyawa.

aku mengaku, untuk kehilangan kali ini aku berganda bersedia daripada kehilangan yang lepas, which is when I lost my father. Im try to be setabah yang boleh, setabah yang mungkin cz i know and i realize that death is not the ending.

Death is just a matter of a way to say good bye for a moment,
Death is just a matter of moving from this world to the other world.
Beside, kite kan muslim, for sure percaya pada kehidupan selepas kematian itu adalah antara rukun iman yang perlu kita pegang dengan teguh. so, i keep telling myself that lost someone is okay, as long as the one that we love go in Khusnul Khatimah, and the very important thing here are, WE, the one who are still alive must keep pray for them who are already go back to their "forever hometown"

but I admit, that i still human. actually there is a time, when all the memory with my late father and my late grandmom come, i keep hold my tear, and when it feel too much, of course Im crying. then i realize yang lebih banyak kita mengenang perkara lepas, lebih banyak kita akan buang masa menangis, walhal better we pray for them right?

so,for my prinsip lah,, im trying to ignore all the memory but it does not mean yang i try to forget them. Im just replace the memory with the Doa, i think its better for me, dan when im do like this, i feel positive about death.

well. i think enough for today.. haha. hari nie macam the death note pulak. kah kah.
oraite, till meet u guys again. assalamualaikum. 

Monday, March 31, 2014

Kadar Gula Rendah, antara punca keletihan berpanjangan.


Assalamualaikum. hai olls.

Pasti ada diantara kita yang berdepan dengan masalah keletihan yang berpanjangan. Kadang-kadang tu buat kerja tak seberapa tapi badan rasa letih sangat disertai dengan rasa pening-pening yang memusing. Jika ya, anda perlu buat Check Up segera kerana dikhuatiri anda mengalami kadar gula yang rendah.

                                  

Kadar gula yang rendah ini bunyinya seperti tidak membahayakan namun jangan terkejut kerana sekiranya anda membiarkannya tanpa dirawat, kemungkinan anda untuk Koma itu ada!.

Mengapa ya tiba-tiba sahaja saya berkongsi mengenai kadar gula rendah ini?? Sejak bila pulak saya tukar dari bidang Sains Sosial ke bidang Sains Perubatan?. Sebabnya saya baru sahaja sedar bahawa kadar gula rendah itu bahaya!. dan lagi, sebenarnya saya baru sahaja pulih daripada masalah kadar gula rendah ini. itu yang saya rasa nak berkongsi dengan anda semua agar sedikit sebanyak mampu lah jugak membantu kalau-kalau ada yang mengalami masalah keletihan yang tidak berkesudahan. O nom nom nom.

Dalam sebulan lebih yang lalu, saya saje - saje buat Check Up kadar gula di sebuah Farmasi di kampung kerana kebetulan dalam farmasi tu ada services Check Up Gula just for Rm4.00 only. itu pon sebab my mom yang paksa kerana pada masa itu saya demam for 3 weeks tak baik-baik. Saya ingatkan everything is fine, sebab saya tak pernah ambil kisah tentang kadar gula. Yelah, asal jangan amik manis lebih sudah takut diebetis kan. itu jelah yang saya mindset. Rupanya kadar gula saya masa tu rendah  which is at 3.6.

gambar sekadar hiasan.
                               
Menurut dokter tu, normal rate untuk kadar gula yang stabil adalah 7.0 something like that lah jika tidak berpuasa pada hari itu. So 3.6 itu rendah sangat sehingga saya dimarahi oleh doktor tu kerana kurang zat. katanya. sob sob sob.

dan yang penting, menurut dokter tu lagi, keletihan, demam yang berpanjangan, muka yang pucat serta pening-pening yang saya alami agak lama before this adalah berpunca daripada kadar gula yang rendah. Dimana kalau dibiarkan boleh pengsan., pengsan takpeh lagi.. koma tu mintak dijauhkan lah sana...


Jadinya, saya yakin dan percaya.. ramai kawan-kawan diluar sana yang mengalami masalah yang sama atau hampir sama.. lebih-lebih lagi bagi yang student seperti saya, makan tak teratur, so zat tak cukup.. last-last dalam kelas ting-tong menguap sana sini, badan sakit-sakit yang akhirnya boleh menjejaskan tumpuan kita. tak nak lah macam tu kan?.

Sekiranya anda ada mengalami simptom-simptom seperti :
  • rasa letih berpanjangan
  • pening yang kerap
  • kadar jantung yang laju
  • rasa cemas
  • mudah rasa seperti nak demam
  • kawan-kawan tegur await muka kau pucat
  • rasa nak tidur jer.. 
mungkin, anda juga mengalami kadar gula yang rendah. Jadinya cepat-cepat lah check gula RM4.00 biasanya di Farmasi berdekatan agar masalah anda boleh settle dan anda pon boleh jalani kehidupan dengan riang riang rianya! Yahoooo. seronok kan kalau kita bertenaga?.

namun perlu diingatkan, ini adalah antara punca keletihan. pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan sekiranya tak lagi sembuh. takut ada benda yang lain yang perlu di ambil serius. ewah ewah.. akhir-akhir nie jadi take care betul soal kesihatan. meh meh meh.

well, im just want to have a better life.
itu saja yg sy nak kongsi malam nih.harap bermanfaat.
jumpe lagi. assalamualaikum daun keladi. 






Sunday, March 30, 2014

MH 370 dan Kerahsiaan Pemimpin.


Assalamualaikum.

Ini adalah pertama kali aku cuba untuk menghasilkan sebuah penulisan serius (mampu kah) yang berkait dengan isu semasa. Tapi ingin aku ingatkan, aku bukanlah seorang penganalisis atau pemantau sosial yang berupaya untuk melihat sesuatu isu itu siap dengan fakta-fakta bombastik. Jika pembaca menginginkan satu lagi spekulasi baru mengenai misteri MH370, lupakan saja dan silalah tekan pilihan pangkah di side kanan atas skrin anda kerana sesungguhnya aku tidak mahu menambah menjadikan sejuta spekulasi kepada sejuta satu spekulasi.

Tanggal 8 Mac 2014 bermulalah sebuah misteri yang aku rasa antara misteri terbesar dalam sejarah dunia hari ini. Kehilangan penerbangan MH370 secara tiba-tiba di dalam radar telah menggemparkan dunia apatah lagi bagi sebuah negara kecil yang membangun seperti Malaysia. Dalam masa yang sama Malaysia telah menjadi tumpuan dari seluruh negara luar. Secara peribadinya, aku dapat merasakan tekanan yang dihadapi oleh Malaysia saat ini. Dan aku gentar, kerana negara luar mula mengecam Malaysia.

       
Kronologi Kehilangan MH370

                                   
Jujurnya, aku juga gentar, cuak dan berdebar hari demi hari untuk mengetahui apakah nasib mereka di dalam pesawat yang terpilih untuk ujian dan dugaan dari Allah swt. dan dalam masa yang sama, rakyat Malaysia yang lain turut sama menzahirkan kebimbangan dan doa serta harapan agar mereka yag terlibat dalam tragedi mengejutkan ini dapat pulang dengan selamatnya. Disini, aku dapat merasakan sebuah perpaduan dari Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Aku, sedikit terharu.

           
Solat Hajat yang diadakan di KLIA.
                          

Namun, bersama-sama dengan kebimbangan rakyat Malaysia, terlahir juga bermacam-macam spekulasi yang timbul dari mana-mana pihak. Andai aku sertakan semua spekulasi yang ada, pasti 3 hari 3 malam lah panjangnya penulisan ini. Jadinya aku simpulkan saja menjadi point-point yang mudah.

Antara spekulasi kehilangan MH37 yang aku baca, yang aku tak baca, aku tak tahulah.

  1. Konspirasi Kuasa Besar ( AS ) yang melibatkan wartawan CNN-----> yang ini aku agak gentar. 
  2. Rampasan pesawat setelah diketahui terdapat penumpang palsu. 
  3. Kerosakan pesawat tetapi disanggah kerana pesawat tersebut dikatakan antara pesawat terbaik.
  4. Pilot yang bersekongkol untuk rampasan pesawat. ( Kapten Zahari )
  5. Misi membunuh diri Pilot setelah terlibat dengan agenda politik.
  6. Permainan Kerajaan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari kes penjara Anwar Ibrahim.
  7. Persepakatan Anwar Ibrahim dengan Kapten Zaharie 2 hari sebelum penerbangan.
  8. Kebakaran di tempat pemanduan Pilot
  9. Kapal Terbang tergantung di langit -----> Raja Bomoh, ada tempat sangkut kah di awan?
  10. Pesawat ditembak oleh pesawat asing di Vietam.
  11. Pesawat terbang secara Autopilot ke Lautan Hindi, tersasar semasa ingin membuat pendaratan kecemasan
  12. DSN mengesahkan pesawat hilang di Lautan Hindi.
                                 

Banyak sangat spekulasi yang timbul dan aku tidak mampu membaca semua. Sebabnya mudah, makin banyak aku baca, makin pening kepala aku. Akhirnya, DSN tampil menyatakan bahawa pesawat hilang di Lautan Hindi berdasarkan radar terakhir dilihat disitu. Kenyataan DSN itu seakan-akan mahu mewujudkan keseimbangan dan cuba untuk menamatkan persoalan di benak fikiran rakyat. Ya, mungkin ada yang sudah tidak mahu berfikir panjang, malah ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.. Al-Fatihah mula kedengaran disana-sini.

DSN umum Pesawat disahkan hilang.

Walau dalam masa yang sama, masih ada suara-suara bawah tanah yang melaung-laung persoalan baru, rakyat mula mengenepikan dan menepis persoalan-persoalan itu dengan anggapan semuanya sudah tamat.


Philip Wood yang dikatakan menghantar mesej meminta bantuan. Latitude dan Longitude dikatakan
Wood berada di kawasan Diego Garcia, Lautan Hindi.

Pangkalan Rahsia AS di Diego Garcia, Lautan Hindi.
Sejauh mana kebenaran, aku tidak jamin kerana aku belum pula terbang kesana dan lihat dengan mata sendiri

Namun, kemunculan kenyataan mesej meminta tolong dari Philip Wood,51 dari US pada saya agak gempar dan pastinya menimbulkan persoalan baru.! Ya, nampaknya misteri ini sememangnya masih belum selesai. Maka timbullah pula isu pangkalan rahsia tentera AS di Diego Garcia, Lautan Hindi yang menempatkan pesawat tentera dan sebagainya. Heh. Memang pening. Sejauh mana kebenaran mesej dari Philip Woods yang merupakan penumpang MH370, itu masih menjadi persoalan dan belum terukai buat masa ini. Namun, nama Philip Wood memang wujud dalam daftar senarai penumpang. Masih adakah harapan dan keajaiban?
Sama-sama kita mendoakan yang terbaik.

Sebenarnya apa yang ingin aku Highlight disini bukanlah spekulasi yang bermacam-macam. Tetapi apa yang ingin aku sampaikan dari suara hatiku ini adalah bukan mudah menjadi pemimpin. Kita sebagai rakyat mula mempersoalkan ketelusan kerajaan Malaysia dalam menyampaikan perkembangan semasa tentang MH370. Kita sebagai rakyat mula menyorak-nyorak bahawa kerajaan menyembunyikan banyak perkara dan hanya ingin memperdaya rakyat. Kepentingan kuasa mula dibisik-bisikkan sesama sendiri.

Tapi sedarkah kita, apabila kuasa mula di dalam genggaman, dan segala maklumat dalam kepala kita, bukan mudah untuk kita menyatakan kebenaran, apatah lagi untuk menyebarkannya pada umum. Pernahkah anda menjadi pemimpin? maksud saya menjadi pengarah program,projek atau menerajui mana-mana tampuk pemerintahan?

Jika pernah, anda sepatutnya sedar dan akui bahawa anda sendiri ada menyembunyikan beberapa perkara dan hanya menyebarkan beberapa perkara. Mengapa? kerana anda ada kepentingan. kerana anda tidak mahu anak buah anda huru-hara, anda mahu mereka merasakan bahawa semuanya baik-baik sahaja. Walhal, serabutnya perjalanan program,projek, kelab atau persatuan hanya anda dan orang-orang kanan anda saja yang tahu. Itu hakikatnya. dan itu jugalah yang berlaku dalam kes MH370 ini.

Apa yang dapat saya jangkakan adalah, rakyat tidak akan tahu apa sebenarnya yang berlaku secara total. Meskipun akan ada pendedahan-pendedahan yang akan datang namun ianya hanyalah sebahagian dan tetap menjadi sebahagian. Memang kita sebagai rakyat berhak untuk mengetahui apa yang berlaku. Tapi ini adalah hakikat.

Saya bukanlah menyokong mana-mana pihak. Tetapi pendapat peribadi saya mengatakan, mereka yang sibuk melaung-laungkan sebuah ketelusan sebenarnya tidak memahami bagaimana rasanya memegang sebuah tampuk pemerintahan. Mereka tidak memahami bagaimana rasanya tersepit antara kepentingan dan keprihatinan. dan mereka yang melaung-laungkan ketelusan itu sendiri belum tentu mampu telus dalam kehidupan mereka sendiri.

Nampak sepertinya saya menyokong kerahsiaan yang cuba diselindungkan oleh kerajaan,nampak seperti saya menyebelahi DSN tetapi saya hanya berpijak pada bumi yang nyata. Bahawa kerahsiaan tetap kerahsiaan. Rakyat tidak akan tahu apa sebenarnya yang berlaku walau bagaimana ketelusan diminta!

Mungkin ada yang merasakan ini adalah pemikiran yang dangkal dan malas tetapi pada saya, ini adalah kenyataan. Walau apa pun kenyataan yang keluar selepas ini,pembongkaran demi pembongkaran..itu hanyalah sebahagian dari berjuta kerahsiaan.

Tak terima? terpulang. kerana ini hanya sekadar pendapat peribadi di blog peribadi dari insan kerdil yang hanya melihat masalah dari sebuah perspektif yang berbeza.

itu saja buat kali ini.
terima kasih daun keladi.