Geng Merah Jambu..!

Monday, March 31, 2014

Kadar Gula Rendah, antara punca keletihan berpanjangan.


Assalamualaikum. hai olls.

Pasti ada diantara kita yang berdepan dengan masalah keletihan yang berpanjangan. Kadang-kadang tu buat kerja tak seberapa tapi badan rasa letih sangat disertai dengan rasa pening-pening yang memusing. Jika ya, anda perlu buat Check Up segera kerana dikhuatiri anda mengalami kadar gula yang rendah.

                                  

Kadar gula yang rendah ini bunyinya seperti tidak membahayakan namun jangan terkejut kerana sekiranya anda membiarkannya tanpa dirawat, kemungkinan anda untuk Koma itu ada!.

Mengapa ya tiba-tiba sahaja saya berkongsi mengenai kadar gula rendah ini?? Sejak bila pulak saya tukar dari bidang Sains Sosial ke bidang Sains Perubatan?. Sebabnya saya baru sahaja sedar bahawa kadar gula rendah itu bahaya!. dan lagi, sebenarnya saya baru sahaja pulih daripada masalah kadar gula rendah ini. itu yang saya rasa nak berkongsi dengan anda semua agar sedikit sebanyak mampu lah jugak membantu kalau-kalau ada yang mengalami masalah keletihan yang tidak berkesudahan. O nom nom nom.

Dalam sebulan lebih yang lalu, saya saje - saje buat Check Up kadar gula di sebuah Farmasi di kampung kerana kebetulan dalam farmasi tu ada services Check Up Gula just for Rm4.00 only. itu pon sebab my mom yang paksa kerana pada masa itu saya demam for 3 weeks tak baik-baik. Saya ingatkan everything is fine, sebab saya tak pernah ambil kisah tentang kadar gula. Yelah, asal jangan amik manis lebih sudah takut diebetis kan. itu jelah yang saya mindset. Rupanya kadar gula saya masa tu rendah  which is at 3.6.

gambar sekadar hiasan.
                               
Menurut dokter tu, normal rate untuk kadar gula yang stabil adalah 7.0 something like that lah jika tidak berpuasa pada hari itu. So 3.6 itu rendah sangat sehingga saya dimarahi oleh doktor tu kerana kurang zat. katanya. sob sob sob.

dan yang penting, menurut dokter tu lagi, keletihan, demam yang berpanjangan, muka yang pucat serta pening-pening yang saya alami agak lama before this adalah berpunca daripada kadar gula yang rendah. Dimana kalau dibiarkan boleh pengsan., pengsan takpeh lagi.. koma tu mintak dijauhkan lah sana...


Jadinya, saya yakin dan percaya.. ramai kawan-kawan diluar sana yang mengalami masalah yang sama atau hampir sama.. lebih-lebih lagi bagi yang student seperti saya, makan tak teratur, so zat tak cukup.. last-last dalam kelas ting-tong menguap sana sini, badan sakit-sakit yang akhirnya boleh menjejaskan tumpuan kita. tak nak lah macam tu kan?.

Sekiranya anda ada mengalami simptom-simptom seperti :
  • rasa letih berpanjangan
  • pening yang kerap
  • kadar jantung yang laju
  • rasa cemas
  • mudah rasa seperti nak demam
  • kawan-kawan tegur await muka kau pucat
  • rasa nak tidur jer.. 
mungkin, anda juga mengalami kadar gula yang rendah. Jadinya cepat-cepat lah check gula RM4.00 biasanya di Farmasi berdekatan agar masalah anda boleh settle dan anda pon boleh jalani kehidupan dengan riang riang rianya! Yahoooo. seronok kan kalau kita bertenaga?.

namun perlu diingatkan, ini adalah antara punca keletihan. pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan sekiranya tak lagi sembuh. takut ada benda yang lain yang perlu di ambil serius. ewah ewah.. akhir-akhir nie jadi take care betul soal kesihatan. meh meh meh.

well, im just want to have a better life.
itu saja yg sy nak kongsi malam nih.harap bermanfaat.
jumpe lagi. assalamualaikum daun keladi.