Geng Merah Jambu..!

Monday, June 11, 2012

Nak jadi Orang Gila,Nanti boleh masuk Syurga!

Assalamualaikum..hai semua!

masa aku tengah susun barang kat kedai sebelah tadi,aku ternampak ada orang yang tidak waras akal fikirannya @ kita lebih selalu sebut sbg orang gila. dan aku serta rakan kerja gelarkan dia R&R .sebab dia suke kutip sampah yang boleh dijual macam tin,kaca,besi @ reuse&recyle.

masa R&R datang kat tong sampah kedai kami,dia selongkar sampah yang busuk tu cari sampai the bottom of dustbin,then keluarkan satu plastik berisi air teh tarik basi yang entah tahun bila. serius beb,aku ingat dia nak minum air tu..rupanya dia buang air yg ada dalam plastik then ambil plastiknya untuk dijual.. T_T'' then dia siap tolongkan basuh dustbin yg kotor tadi sebelum letak balik kat tempat dustbin itu tadi... (macam berakal pulak kan?)

bila melihat R&R itu tadi,aku teringat masa kita kecik2 dulu....bila cikgu bagitahu yang orang gila akan masuk syurga,terus aku dan kawan2 sekepala dua,menyimpan hasrat nak jadi orang gila sebab nanti boleh masuk syurga.apa gelak2..!korang pun macam tu jugak ok...!kan?T_T''

tapi hasrat yang aku simpan nak jadi orang gila @ sebenarnya orang yang tidak waras akal fikirannya terus terkulai layu bila cikgu menjelaskan keadaan yg sebenarnya iaitu hanya orang yang tidak waras dari kecil sahaja..hui...manakala orang yg tidak waras secara tiba2 tetap dihitung amalnya semasa dia waras.hui..memang tak nak lah aku.

jangan terkejut kalau aku cakap yang sebenarnya ramai diantara kita yang selalu berhasrat nak jadi orang gila bila ada masalah yg memang giler.sebab boleh hidup dalam dunia sendiri,takda sapa nak kisah,bebas dari sebarang ,masalah,takda bebanan hutang,takda tuntutan nak dapat ijazah atau pening nak study untuk final exam! atau sebenarnya aku tengah cakap pasal korang?

hei,aku pun terfikir macam tu tau..haha...memang sengal lah.

tapi ramai juga yang memang tak nak jadi orang gila tapi bertindak macam orang gila(macam takda akal).yelah macam kes buang bayi,kes lari rumah..semua tu hanya dibuat oleh orang yang takda akal jer!tak guna akal untuk pikir baik buruk walhal dan 10 tahun akli baligh!

amboi mak jemah,sedap mulut kau menghembus ye..sebenarnya tak patut aku cakap macam tu..dan lagi tak patut kalau ada orang yg sokong kenyataan aku kat atas tadi.. sebab? akal kita nie dipengaruhi oleh syaitan yg sentiasa nak goda kita..malah aku sangat percaya,manusia yg lahir normal tapi berubah jadi tak normal adalah gangguan syaitan yg menyerabutkan kepala otak dan meresahkan jiwa.

memang nampak macam best jadi orang gila..tapi cuba kau tanya orang gila tu ,

''wei,kau gila eh?''
insyAllah dia akan jawab ''wei..kau lah gila!gila punya orang lah!''T_T''

u see.orang gila pun tak suka jadi orang gila taw!cuba kau bayangkan badan melekit sebab tak mandi,jiwa tak tentu arah,panas n rimas sebab hati gundah,otak rasa pening2 pusing2..belum campur bau mulut tak gosok gigi..yui!masih nak jadi orang gila ka??

secara normalnya memang tidaklah kan..tapi aku tengok ramai jugak yang macam tak bersyukur sebab diberi akal yg sempurna.macam aku..banyak melalaikan pemikiran kepada perkara yg tak sepatutnya. hampir sama macam orang gila kalau kita tak memanafaatkan akal yg diberi kepada kita.

syaitan pula akan sentiasa cuba menggilakan kita dengan perkara2 yg melalaikan..lama-lama kalau dibiarkan memang tercapailah hasrat syaitan durjana tu nak tengok kita a.k.a umat islam nie jadi orang gila..

so..lebih baik kita mantapkan iman,isi akal dengan ilmiah dan buat satu perisai yg kukuh utk membentengi diri drpd pengaruh syaitan.

dan yg lagi penting pesanan utk diri aku sendiri..tolonglah guna akal tu sebaik mungkin,jgn bertindak macam orang gila.main hembus je semua..!

manfaatkanlah apa yang Allah dah beri pada kita dengan sebaik mungkin mengikut apa yang Allah perintahkan..jangan pernah mengeluh dan menyimpan hasrat untk jadi orang gila..kita dilahirkan dengan satu kekuatan bahawa kita boleh menempuh apa saja ujian yg diberi sebab kita bukan gila.

jangan sampai Allah tarik nikmat akal dan benar-benar menjadikan kita sbg orang gila.baru kau tau masa tu! nauzubillah min zalik.

jom muhasabah and lets perfom better for our tomorrow.!
assalamualaikum..