Thursday, October 30, 2014

Aku hanya mahu Nama!

Assalamualaikum and hai!
wah wah..... berkurun abad aku tak berceceh disini. wink wink
Sebenarnya niat aku pada malam ini hanya lah nak hapus mana saja unsur unsur yang sudah lapok lagi tidak berpaedah di teratak maya ini. Namun ada satu selumbar sebenarnya dalam hati ini yang membengkak menyampah pada apa yang berlaku akhir akhir ini. Begini kisahnya.

Secara jujurnya aku sangat respect pada mereka yang bergiat aktif dalam dunia kepimpinan, aktiviti , kelab dan bla bla bla sebabnya saya tergolong dalam kumpulan yang malas nak join semua bende alah itu. Maka, apabila ada insan-insan yang berhati mulia menguruskan itu dan ini secara tidak lansung aku terlepas daripada tanggungjawab fardhu kifayah aku. Terlebih dahulu, Syabas dan Terima Kasih pada mereka kerana melepaskan aku dari tuntutan itu.


Silap aku gak sebab suka ngat perhati dari side yang orang tak peduli. So aku nampak terkadang kita ini konon ikhlas apabila buat sesuatu perkara. Mulut kata "aku ikhlas" tapi tindakan tak sama dengan kata-kata. aku ambil dari sudut kepimpinan/join the club/pegang jawatan, senang direct cerita.malas putar putar tergeliat urat.

Pertama, ya. nak jadi orang yg Softskill tinggi perlu join itu ini. Memang membantu. Walau aku malas tapi aku tak kata benda itu tak berpaedah. lantaklah mahu join apa hatta banyak mana. Tetapi apa yang aku tak puas hatinya tu kenapa memilih dalam memberi komitmen? Apa yang aku nampak kita lebih senang beri komitmen pada sesuatu yang gah, yang orang pandang, yang orang akan kenal siapa kita daripada sesuatu yang kecil, yang remeh, yang cikai.. ah.. semua lah yang bersangkut paut.

Camnilah,, aku ini Fasilitator Program. wah, orang akan kenal aku,glamer u'olls. aku boleh tunjuk bakat aku yg aku boleh membimbing peserta program. Tapi nak buat program bukan tiba tiba saja boleh jadi program, perlu ada penyediaannya. persiapan program banyak sekali tapi  aku nak dtg bila program saja, sebab? aku rasa menjadi Fasilitator ini sudah tanggungjawab berat dan kerje persiapan itu biarlah mereka yang 'bawah-bawah' saja yang buat. Kurang Hajo. ya itu perkataan yg akan aku keluarkan pada org yg bersikap seperti "aku" di atas.

Kedua, situasi apabila aku jadi  Pengarah Program.. aku arah itu ini then aku tinggalkan orang bawahan aku untuk uruskan semuanya sementara aku berlalu pergi dengan alasan aku sudah bagi arahan. Cekadak Kau. dan lain lain situasi yang malas nak dgemburkan.

Satu saja yang aku nak fahamkan, bagaimana kepimpinan kita pada hari ini begitulah kepimpinan kita pada hari esok. Andai hari ini kita memilih dalam memberi komitmen maka esok akan jadilah kita pemimpin yang memilih dalam membantu rakyat. Terkenal pada nama tapi kosong dihati rakyat.

Sampai hari ini, aku sangat teringat pada kisah Khalifah Umar yang sanggup mengangkat makanan berguni dari istana secara diam diam pada waktu malam untuk diberi pada rakyat. Kisah itu sebenarnya membuat aku takut untuk menggalas amanah seorang pemimpin. Berat. Sangat Berat. aku nie tak pandai ngat agama fiqh fiqh bagai tapi alhamdulillah aku faham apa itu amanah. Kalau orang halalkan takpe,, kalau orang kutuk kita? kang dituntutnya kat akhirat? tak pasal terbako kita kat neraka. Nauzubillah!

Argh malas nk cakap lebih lebih... kang cakap lebih lebih orang kata "kau nak bagus, kau buatlah.. " uhuuuu.. sentap! alah, kita nie pendosa (gituw) aku sendiri banyak jer silap dan konon ikhlas nie tipulah kalau tak pernah buat. Cuma yelah, sampai bila kita nie nak berterusan macam ginim?

sikit tak banyak pon.. kene lah improve dunia wal akhirat. gittuuuww..
no offense. just light talk.
thank you.

#ah,nak tido tapi tak boleh!!! Assalamualaikum.