Tuesday, August 7, 2012

Kita lebih buruk daripada Jahililyyah.?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah daku panjatkan kerana masih memberi aku kesempatan untuk bernafas di bumi bertuah ini.Syukur daku ke hadrat Illahi kerana aku dipilih untuk berada pada zaman ini,zaman dimana islam telah berkembang luas melata keseluruh dunia.

Zaman dimana ilmu agama islam mudah untuk dipelajari dimana-mana,sama ada melalui pembacaan,pembelajaran ataupun pencarian maya.

Bersyukur daku juga kerana sekali lagi telah dipilih dalam takdir Allah menentukan bahawa aku dilahirkan di Malaysia,bumi yang aman,tiada pergolakan  antara agama yang ekstriem,tiada perperangan yg mengorbankan banyak nyawa.

Tiada bom melayang-layang di udara,apatah lagi raungan tangisan anak kecil dan ibu tua,Apa yang ada hanyalah layang-layang berayunan gembira,dimainkan oleh si anak yang teruja,bersama ibu bapa yang bahagia,dalam suasana yang sungguh damai bersama angin petang yang menyegarkan rasa.

                                             

(panjang jugak intro aku )

Dahulu..sebelum lahirnya junjungan mulia Nabi Muhammad SAW di tanah Arab,disitu duduknya sekelompok masyarakat yang telah pun Allah SWT patrikan mereka dalam Al-Quran sebagai masyarakat yang jahil,tidak bertamadun,tiada agama,bodoh,sombong dan kufur.

Satu masyarakat yang tidak asing lagi namanya iaitu masyarakat Jahiliyyah. 

well,all of us rata-ratanya tahu tentang masyarakat Jahiliyyah yang tak bertamadun ni.Kisah si bapa yang menanam anak perempuannya hidup-hidup sangat sadis bila didengarkan oleh cikgu kita masa belajar sejarah kat sekolah.Dengan berpegang kepada anak perempuan boleh membawa sial mana-mana perempuan yang melahirkan anak perempuan akan ditanam hidup-hidup bayi perempuan tu.

entah mana letaknya akal mereka,tak fikir ke tanpa perempuan,,tang mana nak sambung keturunan?well,Nama pun Jahiliyyah,memang Jahil lah..

Bangsa Jahiliyyah juga  turut manjadikan wanita itu simbol seks semata,diperlakukan dengan sangat murahan dan hina,ditambahkan lagi dengan assabiyah yang menjadikan mereka selalu saja bergaduh sesama sendiri walaupun kerana masalah yang kecil.

Namun begitu...kesemua kejahilan mereka-mereka itu adalah kerana mereka jahil.Bangsa Arab pada masa itu tidak memiliki ilmu pengetahuan dan juga pendedahan agama yang terang tang tang macam sekarang nie.Kerana itu mereka bertindak macam tiada akal.

Kita lebih buruk daripada Jahiliyyah? 

Now.sekarang.tekan tenet klik-klik saja ceramah agama ada kat YOUTUBE..

                                          

klik-klik kat google BLOG kerohanian islamiah berderet berjela tunggu dilawat.


                            
tengok-tengok kat wall FACEBOOK banyak yang post link islamik.


                                          
pusing-pusing kat bandar e'eh banyaknya kedai buku,kompem-kompem ada buku tentang agama.
                                         
belek-belek surak khabar,ha..tu,sisipan keagamaan ada kat celah tu.

                                           

tekan-tekan punat remote astro,tv Al-Hijrah,Astro Oasis sentiasa siarkan rancangan keagamaan,belum campur stesen tv lain punya program,lagi-lagi bulan Ramadhan nie 

                                       
                                  


sedap-sedap  bawak kereta,terdengar pulak ceramah agama dari IKIM fm,belum campur pesanan dari Dr Izzie kat hot fm.Dr fadhilah kamsah kat sinar,

                                     

look..banyakkan ruang-ruang dan jalan yang kita ada untuk dapatkan pemahamam agama?kita nie kat Malaysia.bukan kat Palestin.

dont u see that?

dengan ilmu agama yang sekarang nie petik jari je boleh dapat,why sifat Jahiliyyah tu duk ada pada kita?

kes buang bayi tak payah cakaplah.
kes zina usah dikiralah.
kes murtad pun ada.rindu pada Saidina Abu Bakar dalam usahanya memerangi golongan murtad.

itu yang terpampang di dada akhbar.
macam mana pula dengan kes tinggal solat,kes tinggal puasa..segala kes macam tiada agama.macam tiada Tuhan untuk disembah! macam kita nie lahir kat dunia dengan sendirinya. Allahu Rabbi,masih tak nampakkah dikau kejahilan yang berlaku?

belum masuk lagi semangat Assabiyah yang turut ada pada kita.Pertelagahan antara parti politik yang berpuak-puak menghuru-harakan keadaan dengan fitnah dan penghinaan.walaupun tidak bermandikan darah tetapi tetap bermandikan dosa dan noda.saling memburukkan antara satu sama lain seperti tiada kesudahan.Masing-masing ingin menjaja kemegahan sendiri.Sama seperti bangsa yahudi yang berperang demi kemegahan.

Masyarakat Jahiliyyah jahil kerana tiada agama,tiada ilmu dan ulama.
Kita bersikap seperti Jahiliyyah kerana ada agama,ada ilmu,ada ulama.
lalu dimana kesilapan kita?
Penghayatan 

-saya tidak sama sekali bukan berpihak kepada mana-mana parti politik.buahahaha..

Mari sayang,kita renung dan muhasabah..jahiliyyah kah kita??