Wednesday, August 8, 2012

Bukan Cinta yang aku minta,tapi sebuah hubungan Persahabatan.

Assalamualaikum..

Hai..how's your day?great?
how's your mood?is everything fine?

tetengahari begini di bulan puasa terkadang sangat menguji anak tekak dan juga perasaan.Janganlah sesiapa yang cuba nak buat  onar  pada perasaan di tengahari begini..Saat kesabaran kian menipis dan makin menipis..hanya zikriullah penebal iman. 

F.R.I.E.N.D.S

Everybody have friends.Beside,without friends,our life will be nothing,no mean at all,no colour,no laugh and of course no teddy bear to hug when we are upset.

kadang-kadang,kita merasakan sahabat yang kita ada merupakan sahabat yang terindah dalam kenangan,sehinggakan ada sesetengah yang mengiktiraf persahabatan itu jauh lebih penting daripada percintaan.

aku pun setuju juga dengan statement ''persahabatan lebih penting daripada percintaan kerana melalui percintaan lah,sebuah persahabatan itu boleh dibina''

Percintaan bukan hanya sekadar antara teruna dan dara,percintaan antara dara dan dara mahupun teruna dan teruna juga termaktub dalam ruang percintaan.

jangan pula gatal nak kata aku lesbian kerana mencintai sahabat sejantinaku.-__-

dan dari percintaan itu lah,terjalinnya sebuah persahabatan dimana kita akan menyayangi setiap kelemahan ,kekurangan apatah lagi kelebihan.

Dalam persahabatan juga,kita tidak pernah rasa risau untuk menegur sebarang kesilapan,menjadi penghibur dikala tangis,menjadi pembimbing dikala terlalu suka,.Senang kata,kau adalah aku,salah kau salah aku,salah aku salah kau.duit kau,duit aku,duit aku duit aku lah.erk?hehe..

Dan antara rahsia bahagia rumahtangga..suami isteri perlu menjadi sahabat,bukan sekadar cinta semata.gelak together,lepak2 sama..gaduh baik semula sama-sama ,tak puas hati cakap sama-sama,tepuk tampar sama-sama,semua lah sama..dah tak kisah...

so,macam mana kita nak jadikan hubungan yang ada nie mencapai taraf persahabatan?
1. jadilah seorang yang sentiasa menyenangkan hati sahabat
2. jangan sesekali mengumpat,menghina atau mengutuk sahabat pada orang lain.
3. ikhlaskan hati dalam bersahabat,bukan kerana harta,duit,mahupun simpati semata.
4. mengingatkan sahabat dalam setiap tindakan yang akan dilakukan,sama ada baik atau sebaliknya.
5. menjadi radio,teddy bear serta sapu tangan buat sahabat
6. sentiasa mendoakan sahabat diluar pengetahuan sahabat
7. walaupun tidak sentiasa berkepit,tetapi selalulah bertanya khabar bila terluang.2 3 bulan sekali pun ok,dan ingati hari-hari istimewanya.
8. sentiasa jujur dengan sahabat dan menerima segala baik buruk sengal bebalnya.
9. tidak memendam perasaan marah,dendam atau tidak puas hati dengan sahabat.
10. bersahabatlah kerana Allah. 

percayalah,walaupun dia(kawan yang kita sayang)tak tahu bahawa kita mencintai dia,alunan keredhaan Allah sentiasa mengalir dalam hubungan itu dan lantas hanya hati yang bisa memahami.

walau kita tidak punya sahabat didunia,pasti Allah akan kirimkan Malaikat yang sentiasa menjadi peneman kala sunyi dan duka,saat manis dan tawa.Malaikat pun turut akan berdoa banyak-banyak untuk kita.

Marilah kita menjadikan semua kenalan kita sebgai sahabat,bersahabatlah banyak-banyak...

Friends,,u r always be my sahabat,
walau madu kukirim,
cuka kau balas,(amboi sadisnya!)
senyum tetap aku kirimkan
walau sudah berapa kali muka ku cuba kerutkan 
percaya pada daku,
kehadiranmu memberi sejuta hikmah buatku

BFF..all of u.