Geng Merah Jambu..!

Wednesday, June 13, 2012

Kenyang Makan Daging Saudara Sendiri.

Assalamualaikum...hai semua!(^_^)

 Hari ni memang kenyang lah...baru je lepas lunch ikan talapia goreng masak sambal,dah ada sahabat beri ikan kembong masak kari..hmmm nyummy!makan banyak pun tak apa...T_T''

 dalam sedap-sedap makan tiba-tiba aku terfikir akan sesuatu yang aku rasa selalu berlaku dalam kehidupan makhluk-makhluk berakal .sedarkah kita yg sebenarnya selalu juga kita kenyang makan daging saudara sendiri@mengumpat?

oh...bila berbicara tentang mengumpat nie,aku tak tahulah dah berapa banyak agaknya dosa kat buku amal kiri aku.dosa mengumpat,dosa dengar orang mengumpat semuanya dah bercampur2 dan agaknya dah berapa kilo daging manusia yang aku makan!

well,mengumpat@bergosip tentang hal kawan2 atau insan2 yang kita tak suka merupakan satu makanan ruji bagi nafsu lebih-lebih lagi pada wanita. even kita pertahankan diri taknak mengumpat,kita tetap terjerat dengan mendengar orang mengumpat.

even though islam dah highlightkan dosa mengumpat tapi acara mengumpat nie tetap rancak dari mulut ke mulut.tak tahulah kenapa susah sangat kita nak kikis sikap yang Allah tak suka tu?

kadang-kadang aku terfikir-fikir kenapa kita tetap terus mengumpat even tahu betapa dasyatnya dosa mengumpat.

jawapan yang aku jumpa adalah:


  1. Fitrah manusia untuk selalu nak bercerita dengan kawan-kawan tentang sesuatu yang menarik perhatian .well,contohlah kan..aku cakap..''hei..korang tau...Siti Nurhaliza beli Villa tau!'' .secara rawaknya,wanita sangat tertarik dengan statement begini berbanding lelaki.so secara autonya..wanita akan tertanya2 yeke?kat mana?bila?duit apa? dan mulalah agenda makan daging siti nurhaliza bila terkeluar pula fitnah2 dan perkara-perkara yang aib untuk didengar.
  2. Kebencian kita terhadap seseorang itu menyebabkan kita didorong oleh nafsu untuk menyebarkan keburukkan dia,.lebih advance apabila kita mengambil masa untuk berdiskusi tentang keaiban seseorang itu.Astagfirullah...T_T
  3. sikap seseorang itu sendiri yang menyebabkan kita tak tertahan-tahan nak 'berbincang'..Ya ALLAH..yelah..mana tak nya...contohlah kan..korang ada sahabat yang sangat menjengkelkan!sehari dua,boleh lah tahan..dah sebulan dua?tak tahan,nak luah juga pada kawan...lantas mulalah acara makan-makan.!
kesimpulannya senang diluah,susah dilakukan..usaha nak membasmi dosa mengumpat dan yang bersangkutan dengannya memerlukan peranan semua pihak..kita dan juga muslim yang lain.(karangan time spm!)

so .aku nak berpesan pd diri aku serta sahabat2 yg aku sayang,
jom jaga diri agar tidak menjadi bahan umpatan,janganlah kerana sikap kita yang sengal dan menyakitkan hati orang tu menjadi dosa pada semua orang pula.

and,on the same time,berhabis usahalah kita wahai penduduk kampung pinang dua batang menjauhkan diri daripada mengumpat.tahanlah macam mana pun,kau nak gigit kain ke,gigit jari ke..sumbat telinga guna kabus ke...asalkan berhentilah drpd sikap yg sangat jijik tu..hei..kau makan daging saudara kau sendiri!kau tak jijik ke??!!


Ya Allah..aku dah tak larat tanggung dosa yng menjijikkan ni!
tsk tsk tsk....korang larat lagi ke?

jom muhasabah..and lets perfom better for our tomorrow...
bayangkan,nie sate daging manusia!kau nak makan tak?
asssalamualaikum...