Geng Merah Jambu..!

Friday, January 18, 2013

Why do we have to hate others?

Assalamualaikum.. hai buddies!

Alhamdulillah,masuk hari nie dah seminggu genap saya bertapa di Rumahku Syurgaku..dan dalam masa yang sama mean that's i dah berjaya habiskan semester pertama i as a degree student di Unisza!! yahoo..! (ceh.ada lagi 7 semester kot!)

biasalah, life as a student..cerita and cabarannya sama jer bagi semua yang bergelar student. so kali nie saya nak sentuh sikit pasal benci membenci dan perasaan tak suka sama tak suka dikalangan kita-kita nie lah. kita-kita means student lah tak kira lah student hape pon.

so back to our topic..

Why do we have to put a negative stigma pada someone yang tak sehaluan dengan kita. sedar atau tidak.. kadang-kadang bila kita tengok seseorang tu macam lain sikit sikap dia for example dia agak lantang bersuara, atau dia agak tegas kita terus pandang negative. Dalam mind dah set yang dia berlagak lah, tak campur orang lah. macam-macam yang kita judge pada seseorang yang kita sebenarnya tak tahu menahu sangat tentang dia.

then at the end kita mula nak menjauhkan diri dengan dia.. lebih teruk lagi kita sebarkan judge kita yang bersifat Etik(opinion dari diri sendiri) kepada orang lain dan last-last semua orang akan cop orang yg kita judge tu dengan pandangan kita. walhal orang tu actualy ok jer. tak ke serupa macam menyebar fitnah macam tu?

why dont we just think positif lah... tak kisahlah seseorang tu perangai dia pelik ke, haluan dia tak sama , attitude berbeza, cara tak serupa sebab tak semestinya kita yang the best. ye tak?

for example lah,, kita always mindset, girl yang lembut itulah yang perfect! macam mana pulak dengan girl yang tegas,agak lantang dan kasar? adakah itu sesuatu yang teruk?sesuatu yang mengalami defisit?

just think for a minute, sikap atau cara perwatakan seseorang tu bukannya dibuat-buat.. perwatakan adalah sesuatu yang lahir dari jiwa,,, anugerah daripada Allah yang membezakan manusia dengan manusia yang lain. kalau semua girl lembut,jenis yang suara simpan dalam mulut.. siapa yang nak melontarkan hak wanita yang tertindas?? biasanya yg nak lontar2 isu dan hak memerlukan seorang wanita yang agak lantang dan tegas. tapi.. yang si lembut pula tetap diperlukan untuk menasihati yang kasar agar tidak melampau.

dan macam tulah seterusnya.. sebenarnya tak baik kita judge seseorang tu dengan penilaian kita sendiri.. yelah,kenapa kita nak dislike seseorang tu sebab berbeza dengan kita. lain lah kalau dia hantar santau kat kita.haha.. itu kira logik lah nak benci-benci dislike-dislike.

kesimpulannya mudah.. always think positif dan jangan sesekali cepat terpengaruh dengan penilaian-penilaian orang lain. jagalah hubungan dengan manusia sebagaimana yang Allah perintahkan. tak rugi pon..malah merupakan sifat mulia.kan elok macam tu.! =)

entry pendek tak semestinya writernye pendek! im just malas nak panjang2.

so,lets muhasabah dengan ceria..happy hour olowes. Moga beroleh RahmatNya.







Wednesday, January 2, 2013

Ku Persembahkan Hati



Ku Persembahkan Hati
By: Muslimah Merah Jambu,
 2013-01-02


            “ Damn It!!” Ariana menjerit sekuat hati setelah pintu biliknya dihempas sekuat mungkin. Geram dan kecewa dengan sikap Mummy yang sengaja membangkitkan isu sensitif itu. Padanya isu tersebut tak perlu lagi dibangkitkan,tak perlu! Lebih mengecewakan apabila mummynya seperti ragu-ragu terhadap dirinya, anak kandung Mummy sendiri!.

“ Dear.. are you sure you want to this?? Atau semua ni ada kaitan dengan Iskandar? Ariana sebenarnya berdendam dengan Iskandar right?. Dan sekarang ni Ariana nak tarik perhatian dia. Am i right Ariana?” kata-kata Mummy sungguh menghiris hati, Mummy yang dia perlukan untuk beri kekuatan, beri sokongan saat dia hampir rebah telah menolak dia jatuh tersungkur dengan andaian yang sangat pahit.

            “ Salahkah apa yang aku nak buat ni? Kenapa semua orang harus pandang serong pada aku? Tak layakkah aku untuk buat semua ni? Hina sangatkah aku ni, hina sangatkah??” Ariana bertempik kuat dihadapan meja soleknya lantas menepis semua yang ada di atas meja tersebut. ‘ Prang...’ satu persatu barang-barangnya pecah tatkala menghempas ke lantai. Hati Ariana membara, sangat membara. Terasa seperti ingin saja dia bertempik dihadapan Mummy sebentar tadi tapi entah mengapa kakinya laju meninggalkan Mummy lalu membawanya ke kamar tidur.

            Ariana merenung manik-manik kaca yang bersepai. Satu-satu persatu hancur seperti hatinya. Tiba-tiba, di suatu sudut, kelihatan sesuatu yang terperosok di bawah langsir, Ariana pasti ia datang dari atas meja soleknya. Perlahan-lahan dia menyelak kain langsir yang menutupi hampir keseluruhan objek itu. Melihat ke arah objek tersebut, matanya terpaku. Jantungnya seperti berhenti, bibirnya kaku menutur sebarang kata. Ariana terduduk melutut ke arah objek tersebut. Tangisan demi tangisan tidak tertahan lagi, esakan demi esakan memenuhi ruang kamarnya. Kali ini, jiwanya lebih kecewa.


 



            Pagi terasa sangat bahagia , burung menyanyi lagu riang, berterbangan mencari rezeki untuk anak-anak. Mentari pula bersinar cerah. Secerah hatinya. Ariana tersenyum dihadapan cermin sambil membetulkan kelepet tudungnya. Tudung berona biru muda indah membaluti tubuhnya yang berbaju kurung putih dan berbungakan rona yang sama dengan tudungnya. Lapang hatinya memerhatikan diri sendiri sejak akhir- akhir ini. Alhamdulillah, Allah memberinya kesempatan untuk merasa nikmatnya penutupan aurat yang sempurna. Andai dulu dia hanya bertudung sekadar menutupi mahkotanya itu pun pada waktu tertentu sahaja, kini dia lebih berhati-hati dalam mengenakan sebarang gaya ke atas dirinya.

“Amboi Yana, tersengih-sengih depan cermin tu dah kenapa? Beruntunglah siapa yang Yana sedang angankan tu” usik Hashima yang sedari tadi memerhatikan gelagat rakan biliknya itu,merangkap rakan baiknya sejak dia berada di Universiti beberapa bulan yang lalu.

            Ariana hanya tersenyum melihat Hashima, ya..inilah insan yang memainkan peranan besar terhadap siapa dirinya sekarang. Hashima binti Halim. Perwatakannya yang sederhana, wajahnya yang ayu, ilmu agamanya yang baik serta sifatnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk. Pada dia, Hashima gadis istimewa, tempatnya tinggi mengalahkan gadis-gadis yang dia temui sebelum ini.

Hashima menghulurkan Al-Quran kepada Ariana. Bertambah lebar senyuman dibibir Ariana. Memahami maksud Hashima, mereka sama-sama duduk di bawah beralaskan permaidani kuning merah, menyelak lembaran agung, basmallah dilantun bersama, pembuka kata bagi Surah Ad- Dukhan di pagi hari bersama kicauan burung dan alunan angin pagi yang sama-sama memuji Illahi. Begitulah mereka setiap pagi sebelum memulakan hari. Hashima yang sememangnya mengamalkan bacaan Ad-Dukhan setiap pagi turut sama mengajak Ariana yang tak pernah kenal akan Ad-Dukhan. Subhanallah, indahnya persahabatan kerana kasih Allah.





Kuliah Dr. Zulkifli sebentar tadi benar-benar menembusi benak hatinya. Penekanan yang diberi sebentar tadi adalah tentang Wahyu Allah tentang tujuan penciptaan manusia di muka bumi ini.. terngiang-ngiang kalimah Agung itu di benak fikirannya.

‘Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya utk beribadat kepada-Ku..
(Adz-Dzariyat ayat 56)’

Sungguh, hatinya tersentuh dengan kalimah Agung itu. Tatkala Dr. Zulkifli mengalunkan ayat indah itu bersama maknanya, hatinya sebak. Tangannya seperti kaku untuk menulis nota-nota seterusnya. Fikirannya hanya mengenang akan kelalaian yang selama ini dia lalui. Betapa Allah mengasihi dia, insan yang hina, yang selama ini tidak pernah peduli akan perintah Allah. Hanya sekadar tahu memenuhi tuntutan peperiksaan. Betapa Allah kasih terhadap dirinya dengan memberi dia peluang untuk bernafas lagi di muka bumi Illahi setelah dia menengenepikan perintahNya. Allahu Akhbar rahmat Allah sangat luas kepada hamba-hambaNya tapi mengapa selama ini dia buta? Mengapa selama ini matanya tertutup daripada melihat akan kebesaran Allah? Sungguh, kini dia yakin, Hidayah itu Milik Allah dan betapa bersyukurnya dia kerana terpilih mendapat anugerah yang terindah.

Namun, penghijrahan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Hidayah juga bukanlah sesuatu yang ringan untuk dibawa dan disemat dalam hati. Masih teringat Ariana akan sepupunya yang merendah-rendahkan status islamiknya di laman sosial. Masih teringat lagi sepupunya, Sophie, menghantar mesej peribadi mempersoalkan status-status islamiknya sejak beberapa bulan yang lepas. Sophie mengatakan yang dia sedang hipokrit kerana berkawan dengan Hashima. Sophie menyatakan bahawa manusia seperti dia tidak layak untuk bercakap soal agama. Malah Sophie turut mengancam akan memutuskan tali persaudaraan di antara mereka sekiranya dia masih berterusan begitu. Ya, Ariana akui.. andai dilihat pada masa silamnya, memang dia tidak layak untuk berbuat demikian, tidak layak untuk menyarung jilbab yang sempurna apatah lagi berkawan dengan Hashima!. Tapi dia tak salahkan Sophie. Bukan salah Sophie.

Kelab malam, menari bersama lelaki si hidung belang, bercampur tanpa peduli soal batas. Mini skirt, gaun pendek, top sendat, pakaian mendedahkan sebahagian besar kulit seorang gadis. Semua itu dilakukan bersama-sama Sophie! Ariana sangat mengerti perasaan Sophie, sepupunya yang dia harapkan turut sama diberikan Hidayah oleh yang Maha Esa.


            ‘ Yana, Saya nak Tanya sikit boleh? Itu pun kalau Yana tak keberatan lah..’ Hashima menutur katanya satu persatu sambil melipat kain yang baru diangkat dari ampaian. Ariana yang sedang membelek majalah Solusi itu merenung Hashima, matanya dibesarkan menandakan dia bersedia dengan persoalan Hashima.

‘Sepanjang kita berkawan, Yana tak pernah pun mention mana-mana lelaki yang special dalam hidup Yana.’ Hashima merenung Ariana yang dihadapannya. Ya, selama mereka berkawan, tak pernah pun Ariana menyebut-nyebut tentang sesiapa. Melihat kepada wajah Ariana yang comel, matanya redup seperti mata anak kucing, kulitnya sawo matang dan mulus, hidung cantik terletak, bibir mugil kemerahan, mana mungkin tiada lelaki yang terpikat.

Ariana menelan pahit air liurnya. Lidahnya kelu untuk menjawab persoalan yang selama ini dia cuba elakkan. Persoalan yang hanya mengundang gerimis dihati, bahkan bisa membuat harinya mendung tiada mentari. Suram, sesuram kebenaran yang terpaksa dia tanggung sampai bila-bila.

Iskandar bin Mohd Syah. Satu nama yang Ariana tidak mahu lagi dengar dalam hidupnya. Tidak sesekali. Iskandar bagai penjajah, menjajah jiwanya, menjajah hidupnya lantas menghancurkan hatinya sekaligus!. Ariana, walaupun dia sangat gemar bersosial namun bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada lelaki untuk disayangi. Bukan mudah untuk dia meletakkan seluruh kepercayaannya pada seorang lelaki, Iskandar dikira bertuah kerana mampu berpaut dalam hatinya. Namun, semua itu hancur semasa Iskandar mengatakan bahawa dia akan bernikah dengan seorang gadis di kampus Iskandar. Hancur!!

Lebih memeritkan lagi, kenyataan ditinggalkan Iskandar bukan sekadar ucapan, tapi meninggalkan satu kenyataan pahit, kenyataan bahawa kesuciannya turut dibawa pergi oleh Iskandar!. Bagaimana mungkin dia melupakan Iskandar, dulu sampai kini, Iskandar tetap dihati walaupun kini Iskandar tunangan orang. Ariana, walau dirinya bisa saja mencari pengganti Iskandar, namun baginya persoalan tentang kesucian seorang wanita sangat penting. Dia tidak mampu untuk menyintai mana-mana lelaki apatah lagi kini, setelah dia mendapat hidup yang baru. Jiwanya sangat menginginkan lelaki soleh buat pembimbing di masa depan, namun haruskah dia menyerahkan diri yang tidak suci kepada seorang lelaki yang Soleh? Layakkah dia berdamping dengan mana-mana lelaki yang baik-baik?

Tapi, Iskandar tidak salah.. sebelum Iskandar mengucap kata perpisahan Iskandar terlebih dahulu mendapat Hidayah Illahi, diajaknya Ariana ke arah kebenaran, hanya ejekan dan penghinaan yang dia lemparkan. Ariana sangka Iskandar akan menanti dirinya, bukan tidak mahu berubah namu  hatinya masih buta. Tapi Iskandar lupa.. Iskandar lupa pada janji. Tatkala Ariana mempersoalkan keputusan Iskandar, mengapa memilih gadis lain. Iskandar mengagungkan kesucian gadis itu. Lupa, dalam masa yang sama Iskandar telah menghina Ariana. Lupa bahawa Iskandarlah yang meruntuhkan tembok kesucian Ariana.!

Sejak itu, walaupun Iskandar memohon seribu kemaafan, walaupun Iskandar semakin jauh penghijrahannya tetapi bagi Ariana, Iskandar tetap Iskandar. Kebenciannya bukan kerana benci, kebenciannya kerana dia tidak bisa melupakan Iskandar!


Ariana termenung, tanpa dia sedari majalah yang dipegangnya sudah basah dengan tangisan. ‘Shima, Yana tidak layak untuk mana-mana lelaki, sedangkan Iskandar sendiri meninggalkan Yana, apatah lagi orang lain..’ Ariana hanya merintih dalam hati.. tak mampu bersuara menyatakan hal yang sebenar. Hashima diserbu rasa bersalah,cepat-cepat memeluk erat Ariana yang sudah lemas dalam tangisan. Maaf dipinta berkali-kali namun Ariana tetap membalas dengan air mata.






‘Perempuan macam kau tak layak pakai tudung ni!’ Sophie membentak. Gegak gempita suaranya memenuhi banglo kediaman Ariana. Panas hatinya melihat sepupunya bertudung sempurna,berbaju sempurna tatkala dia mengajak sepupunya itu keluar shopping di Skudai Parade. Berbulan tidak berjumba kerana Ariana sering sibuk di kampus, walhal sebenarnya Ariana tidak bersedia untuk berjumpa keluarganya, takut perubahannya tidak diterima. Ariana datang dari keluarga yang moden, soal agama ala-ala kadar sahaja.

‘kau bukak benda ni semua, kau tukar baju kau yang biasa kau pakai! Aku taknak lah hang out dengan ustazah macam ni’ Sophie memang panas baran. Pantang ada yang tak kena, cepat saja kemarahannya meluap. Ariana hanya mampu diam, dia tak mampu nak cakap apa-apa, saat ini dia perlukan Hashima!

‘ eh Yana, kau ingat dengan pakai macam ni, Allah boleh ampunkan dosa-dosa kau macam tu aje ke? Hei, Yana, dosa kau dengan dosa aku lebih kurang je tau. Kau pakai macam ni pun, nama kau tetap Ariana. Ariana binti Mustapha. Orang kat luar sana tu tetap tahu perangai sebenar kau. Bolehkah orang kat luar sana lupa macam tu je?? Kata-kata Sophie menusuk ke hati, ada benarnya. Bisik hati Ariana yang mula lemah dalam godaan syaitan laknatullah.

Mummy Zahirah sampai ke muka pintu, dari halaman rumah dia mendengar suara tinggi Sophie. Mummy Zahirah baru pulang dari meeting bersama clientnya. Dek kerana hari ini Ariana pulang, dia cepat-cepat menghabiskan meetingnya. Terkilan juga sebab tak dapat menjemput Ariana di airport. Sudahnya, Pak Kamil yang diarah untuk menjemput Ariana, pemandu keluarganya.

‘Ariana......’ Mummy Zahirah kaku, bagai tidak percaya gadis bertudung litup dihadapannya adalah Ariana. Bukan tak pernah nampak Ariana bertudung tapi kali ini berbeza. Sempurna menutup aurat sebagaimana yang islam anjurkan. Memang Ariana ada menyatakan keinginan untuk berubah namun dia menganggap itu hanya perbualan kosong.

Tapi bukan semudah itu untuk Mummy Zahirah menerima perubahan Ariana. Dirinya sendiri moden, tudung hanya disarung apabila pergi ke majlis pengebumian atau Majlis tahlil. Mana mungkin Ariana boleh berpenampilan begitu. Apa kata orang nanti? Anak sendiri tahu menutup aurat tapi mummynya tidak. No.! Dia pasti Ariana sengaja bertindak pelik sebegini kerana Iskandar. Mummy Zahirah sedia maklum akan perubahan Iskandar. Pasti Ariana mahu memikat hati Iskandar semula.

‘Ariana..i think you better change that’ Mummy Zahirah menunding jari ke arah Ariana. Rindunya seakan-akan mati apabila melihat Ariana semacam Ustazah Pilihan. Sophie hanya tersenyum. Puas!

‘Mummy..please... Yana dah nekad.. lagipun Yana dah inform kat mummy kan?? Mummy kata ok je..’ Mummy Zahirah mengaku, dia setuju tapi dia ingatkan semua tu hanya gurauan semata. Ariana berbelah bagi.., namun dia masih cuba membela diri.

‘Stop being Hipotkrit Ariana,.. It just because of Iskandar right, ...............?’ Mummy Zahirah  terus menyatakan kata hati yang sedari tadi bermain dikepalanya.

Ariana terpana.. matanya berkaca,,hatinya sakit.. ‘ Mummy...!’





            Tangisan Ariana makin menjadi-jadi. Di sudut langsir itu dia menangis semahunya mendakap erat objek yang ditemui. Sungguh kini dia mengerti akan erti perjuangan, kini dia faham hakikat kebenaran. Syurga itu bukan sewenang-wenang boleh dimasuki tanpa ada ujian akan keimanan. Rasa berdosa menyelubungi diri kerana sebentar tadi meragui Kasih Allah. Dia lupa pada firman Allah dalam surah Ankabut ayat 2-3,

“Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman,”sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji (mencabar) orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta”.

Tidak! Bukan semudah ini dia harus mengalah. Hidayah kurniaan Illahi terlalu bernilai untuk dilepaskan. Ariana pasti, cabaran demi cabaran akan menujah hidupnya. Namun, dia harus yakin bahawa Allah sentiasa akan bersama.. dalam esakan Ariana berbisik kepada Illahi...

‘Ya Allah.. aku persembahkan hatiku padaMu untuk Kau jaga dan lindungi.. Janganlah kau bolak-balikkan hati ku daripada RahmatMu ya TuhanKu,. Bantulah aku Ya Allah....’ Bersama objek yang semakin erat dipeluk,,seperti rasa menyatakan kemaafan kerana telah menjatuhkannya ke lantai.. sebuah Al-Quran kecil pemberian Hashima..