Saturday, June 9, 2012

Persediaan Sebelum Bertudung Labuh..

Bersama basmallah daku titipkan sebelum daku memulakan satu entry yg aku sendiri pernah lalui...(toink toink...lamanya tak buat cerpen...rindu..!)

seperti yang aku janji tak berapa nak janji sebelum ini..katanya nak buat 1 entry tentang persediaan bertudung labuh(before this i just beri kisah sebenar disebalik tudung labuh) now i'm free u know..customer takda..duty semua dah setlle dengan kelebihan sbg online assistance department..aku mula membuat dua kerja sekarang nie..

  1. watch out my office's blog n fb pages
  2. doing my entry lah..!hehe! 
aku paham sangat-sangat dan selalu sangat-sangat dengar bahawa ramai di antara kita yang sebenarnya dah lama terbuka hati nak berhijrah daripada tudung saiz M kepada L,XL,XXL,XXXXXXXXXXXL dan XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXL.  tapi sebab tak bersedia dan takda sape2 yang nak sokong..dieorang cuma just tengok muslimah lain pakai and puji dalam hati.bertanya pada diri sendiri..''bila pulak aku nak pakai macam tu''

trust me honey,sebelum nak bertudung labuh bukan boleh sembarangan sarung.aku tak kata kite kene ada degree dalam usuluddin @syariah fiqh dan sunnah@pengajian islam ke..NO! semua tu bukan keperluan bertudung labuh.apa yang kita perlu adalah semangat yang kuat dan kental serta kekuatan mentaliti kita sendiri.

yeah..kita bukan sekuat SITI KHADIJAH dalam bersama-sama Rasulullah menyebarkan sayap dakwah islamiah..kita tidak sekuat itu dan pula apa yang bakal kita hadapi juga tidak sehebat apa yang srikandi islam ini hadapi.so sentiasa berfikiran ke hadapan dan dalam masa yang sama hati kita dihadapkan kepada Allah. 

bagaimana pula nak hati kita nie sentiasa dihadapkan pada Allah?walhal kat sekeliling kita nie banyak sangat perkara yg melalaikan kita.caranya sangat mudah,cuma nak buat je yang payah sebab akan ada syaitan yang datang menyibuk.

1stly ye mak tipah,cik bedah dan u olls..

sila,sila dan sila..ambil wuduk,dan dirikanlah solat..tak kisahlah solat apa..solat fardhu ke,solat sunat,solat sunat taubat ke..tak kisah..asalkan solat.. sebabnya apa-apa pun yang kita nak buat kita kene mintak perlindungan dan bantuan dari Allah.so..lepas je solat dengan satu rasa yang baharu(khusyuk,penuh kesedaran,harapkan perhatian Allah) kita doalah time sujud terakhir agar diberi perlindungan,kekuatan dan bantuan daripada Allah SWT.

bukan buat sekali tapi olowes dan teruskan sampai bila2 malah tingkatkan lagi penghayatan kebergantungan kita pada Allah hingga hati kita mati sebab nafas dah terhenti..

kemudian..sila,sila dan sila lah..rajin kan diri membaca ayat Al-Quran walaupun seciput..walaupun sekejap,tataplah Al-Quran dan bacalah supaya hati tu lembut...mudah lentuk pada cinta kepada Allah..

then banyakkan baca bahan2 ilmiah yang bisa memberikan kita kefahaman serta menemukan kekuatan didalamnya..kalau aku,aku suka cari kat SINI .. banyak juga artikle yang tolong tingkatkan kefahaman aku..

lepas tu..pasti korang akan rasa tenteram dan lebih berkeyakinan..bermulah satu episod perubahan dan penghijrahan..=)

ini adalah apa yang aku sendiri buat..tidak mengikut pd mana-mana artikle,copy idea @copy paste..jadi pasti banyak kekurangan sebab well,i just gadis kurang ilmu beb!

step sehingga tersarungnya tudung labuh.:

i was started by beli sarung kaki and sarung tangan kat kedai sakan(u know SAKAN?) satu pusat borong yg banyak ada kat johor nie..

then?:

  1. amalkan pakai stokin dan sarung tangan walau ke mana saja..kuliah?kedai?cafe depan hostel?
  2. lipat baju yang pendek2 then sorok jauh2 dalam gerobok..beli baju labuh sikit.. 
  3. biasa aku pakai tudung bawal selimpang ke bahu jer..so aku turunkan pin tegak biasa je..atau gaya yg tutup dada lah..
  4. adalah ambil masa dalam beberapa bulan jugak before i finally can sarung tudung yang labuh..
i dont say yang gaya i nie perfect!

bila aku ckp semua hal diatas,,janganlah kata dan sangka yang aku nie bagus sangat penampilannya..plus,im not perfect at all..

ha....................siap sudah entry tentang apa persediaan yg perlu kita lakukan sebelum bertudung labuh. but kenapa kene ada persediaan?kenapa tak just terus sarung jerk? kenapa nak kene tangguhkan dulu?sebab bila anda sudah memakai tudung labuh,anda akan berhadapan dengan situasi yg membuatkan anda rasa macam nak bukak balik jer!

=) thats y lah aku kata..kita wajib bersedia..


Tudung Labuh dan sebenarnya...

Assalamualaikum..hai semua!

Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut ke muka aku..terasa bagaikan di awang-awangan.. Dingin..sedingin lavender.. kain tudung beralun lembut melambai mengikut rentak angin..menari bersama irama zikrullah yang bermain pada setiap hembusan nafasku...

(jangan lah korang pun terbuai sama..sebab semua ini hanyalah ilusi semata,,sebab? air-cond tengah rosak ni..paham-paham jelah yer...T_T )oh.... panas lagi Neraka..

Bila sedang panas begini ..tetiba aku teringat akan beberapa daripada insan-insan yang pernah aku kenali sangat pantang kepanasan..mula lah disalahkannya tudung yang memang tak tahu apa-apa dan memang tak patut dipersalahkan...lama kelamaan,beberapa minit kemudiannya..tudung yang patut tempatnya dikepala telahpun selamat dilipat dan disumbat dalam beg.!

apatah lagi bila disebut tentang tudung labuh.

''adoi..lemah betul aku dengar ..panas tau tak,panas!''
''tudung M ni pun dah panas nak  @#$@#$ ..inikan pulak tudung gedabak macam tu?memang tidaklah kan..''
''pakai tudung labuh tak trendy lah beb''

panas.rimas.panas.rimas.panas.rimas.

itu adalah persepsi biasa yang aku dengar apabila disebut pasal tudung labuh nie.jarang dengar sejuk dan nyaman.aku rasa kalau aku dengar ada orang kaitkan sejuk and nyaman nie dengan tudung labuh..memang nak belanja KFC..tapi seketul jelah..sebab aku akan beli Dinner set.. yang lain aku punye..yang seketul tu jer orang tu punye. Air bawak sendiri. T_T''

 Percaya atau tidak YANG SEBENARNYA tudung labuh lansung tidak memberikan rasa panas dan rimas tatapi sebenarnya memberikan suasana yang sebaliknya. Segar,nyaman dan sejuk. Rasa macam tak logik tapi itulah kuasa Allah dan nikmat kepada wanita yang ihklas mematuhi perintahnya.

janganlah pulak kejap lagi korang pinjam tudung labuh jiran sebelah then test apa yang aku cakap kan nie..memang tak jadi punye..kalau jadi tu wallahualam lah..hati korang memang superp lah kalau macam tu!

sebabnya..hanya yang hatinya benar-benar tawaduk,tunduk dan ikhlas sahaja yang akan merasa kedinginan dalam bertudung labuh.. subahanallah.. apa,hang ingat Allah nak anayai (erk mcm mana eja nie,,aniayai,anayia,ah,,paham kan) orang yang ikhlas hatinya pada Allah ke? tolong sikit eh...hang lupa ka yang Allah tu MAHA PENYAYANG?

persepsi kedua....

ramai yang beranggapan bahawa bertudung labuh itu begini sahaja rupanya..



malah ramai yang mengiktiraf pemakaian tudung labuh begini @saya suka sebut tudung sekolah sebagai peringkat tudung labuh tertinggi..kira macam sapa yang pakai tudung sekolah nie memang die punyai iman mantop!..purdah?? im not talking about purdah now..next k...=) hehe..

bila begini...

i just grab from google

dia macam dah jatuh level sikit sebab ade a little bit fesyen there..orang kata lah..

then bile begini..

sorry..u pun i just grab dari google

orang terus jatuhkan lagi level dia sampai tahap yang paling bawah tapi masih dikira labuh lagi..cuma (selingan sikit) tang baju tu kasi longgar lagi lagi lah..and tudung tu biar jgn yang tipis..kalau mu nak pakai jugak yang tipis macam bawal 3D yang memang tengah trend skg nie..pakai sekali syria hitam yang labuh tutup dada..barulah perfect!

sebenarnya begini..

tak kiralah nak labuh macam mana..bawal,fesyen atau yang macam tudung sekolah..asalkan ia menepati apa yang Allah dah perintahkan..iaitu labuh menutupi dada.

cuma bila just pakai bawal,haruslah mengenakan syria labuh atau pun digayakan bersama baju yang longgar dan tidak mengikut bentuk lekuk badan seperti baju jubah hitam.(bukan yg dah ubah jadi fit yer....)

nak pilih labuh berfesyen pun tak salah,pashmina ker,selendang lycra ke,hajaba,pearl haya atau ape2 lah yang korang nak,asalkan tidak riak dan nak menunjuk-nunjuk bila pakai tudung macam tu..boleh?

dan mengenai tudung labuh sekolah yang lebih menjadi perhatian bila dikaitkan dengan tudung labuh..aku sangat menyukai juga.sebab?.tudung labuh sekolah bagi tripple protection pd diri seorang wanita eh gadis ok..macam aku.. cume dia taklah trendy.

aku tak boleh nak nafikan bahawa sbg wanita hei gadislah! kita mesti terasa nak berfesyen sikit kan?tak salah..asalkan hati jangan riak,fesyen mesti ikut syariat,tutup apa yang patut...

aku pun gadis sama macam semua..tetap ada rasa a little bit nak fesyen ciput..pandai2 lah kita cari tudung yg betul..jgn main ikut jer apa yg ada kat pasaran sebab banyak yg dijual atas nama busana muslimah tapi takdelah muslimah mananye..

dan sebenarnya??

tudung labuh nie(tak kiralah fesyen macam mana) bagi kita banyak kelebihan dan juga double protection pada keselamatan diri kita.

dan ramai juga yang kata bertudung labuh nie mesti kene iman tinggi,alim bangat,sopan bangat dan semuanya yang baik belaka.

tolonglah hentikan pemikiran mcm tu..tudung labuh untuk semua muslimah bukan hanya untuk mereka yang alim2 je..alim ke?

bila kita bertudung labuh nie.
kita akan dapat benefit yg ini:

  1. kehormatan yang lebih tinggi
  2. tidak mudah dipermainkan
  3. lebih matang dalam setiap tindakan
  4. lebih sabar dan berbudi bahasa
  5. lelaki akan pandang hormat dan takut untuk 'dekat'@menggatal!
dan macam2 lagi..tatapi semua nie hanya dapat dinikmati jika kita IKHLAS..

ramai orang yang akan anggap kita nie level dah tinggi bila bertudung labuh then sedikit sebanyak menjauhi diri kita..walhal kita hanya nak menjadi yang lebih baik dan takda bagus mana pun level iman tu..masih bertatih dan masih pening2..bila macam tu,semangat dan niat yang dah dipendam terus pudar dan hilang dibawa angin kus kus.

sebenarnya takdalah teruk sangat semua tu jika dibandingkan dengan apa yang bakal kita dapat kelak.

next entry nanti.aku akan cuba post tentang persediaan yang perlu ada jika kita nak bertudung labuh.tak kisahlah fesyen apa sekalipun.. ok?

jom muhasabah lets perfom beter for ous tomorrow !=)

percaya atau tidak,entry nie ambil masa selama 3 hari untuk disiapkan.peh~! im quite busy u know..buat pun sikit2 bila ada kelapangan...

jumpa pada next entry..daaaaaa semua!
Assalamualaikum..!