Showing posts with label Soal Wanita. Show all posts
Showing posts with label Soal Wanita. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Tudung Labuh, bukanlah Sandiwara!

Assalamualaikum..

Bila disebut soal Tudung labuh iaitu Tudung yang menutupi dada atau labuhnya sampai ke bawah perut, automatik kita akan menggambarkan seorang muslimah yang berpewatakan lembut,lemah gelamai,sopan dan suara halus-halus gituw.

Aiza sendiri pernah menghadapi dilema sebegini. Sehinggakan Aiza mengambil keputusan drastik untuk turut mengubah sikap Aiza yang agak sedikit kasar dan selamba menjadi ala-ala muslimah sejati kononyer lah!

Sebab masa itu, Aiza didominasi oleh kata-kata dari orang tertentu yang mengatakan bahawa seorang wanita solehah ini haruslah berpewatakan sedemikian sedemikian. Seperti ada satu aras yang menandakan apakah sikap yang perlu ada pada seorang wanita solehah atau seorang muslimah yang ingin menutup aurat dengan sempurna/bertudung labuh.

Persoalannya disini, adakah anggapan seperti itu adil bagi muslimah yang tidak lemah gemalai,yang agak tegas dan agak kasar.? sedangkan sikap itu adalah kurniaan Allah semenjak kita lahir lagi. Adakah silap sikap yang diberi kepada kita? ataupun kita ini sememangnya tidak layak untuk berhijrah ke arah yang lebih baik a.k.a menjadi wanita solehah?

Aiza sentiasa berfikir soal sikap yang seharusnya ada pada seorang wanita solehah. dan sedikit sebanyak ianya membantu Aiza memahami bahawa Islam itu Mudah, Islam itu Fleksibel namun Anjal.

Alhamdulillah.. persoalan Aiza sebenarnya dah pun lama terjawab tetapi setelah Aiza membelek buku "Biar Bidadari Mencemburui Dirimu oleh Salim A. Fillah" Aiza mendapat satu statement yang Aiza sangat suka mengenai persoalan sikap yang perlu ada pada seorang wanita bertudung Labuh dan ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.

" Peraturan-peraturan ciptaan manusia bagi mereka yang bertudung labuh ini kadangkala membebankan wanita dan menyebabkan mereka yang ingin berhijrah terasa beku hati untuk melakukannya"

" Padahal tudung labuh bukanlah Sandiwara yang memerlukan kita menjadi orang lain apabila memakainya."

" Islam tidak menghapuskan sifat dan sikap peribadi penganutnya selagi tidak bertentangan dengan akidah"

Mudahkan ? Islam itu mudah, lagi indah, jadi Aiza rasa tak perlulah kita menjadi orang lain apabila ingin berhijrah. Kalau semua wanita di bumi ini hanya mempunyai satu sikap yang sama? dimana warna warninya? sedangkan setiap sikap itu ada baik buruk dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Tudung Labuh bukanlah Topeng. Just be Yourself!!

*Tudung Labuh bagi Aiza adalah tudung yang boleh menutup aurat, tak kisahlah paras mana, tak kisahlah fesyen apa.Asalkan aurat terpelihara.

#dont judge a muslimah by its Hijab#

Monday, October 29, 2012

Antara Hipokrit Dan Tudung Labuh.

Assalamualaikum pengerat kasih,
menyebar cinta untukmu saudara/i ku..
aceceh..berfalsafah cinta pula Mak kan.. 

seriously u olls,sejak dua menjak nie tak dapat mak nak bagi komitmen dengan pinky blog mak nie sebab mak dilanda kesibukan yang amat sangat lah kan menyiapkan assigment mak yang bertimbun sampai mak tak balik cuti untk raya haji nie.. (hmm,motip sangat!)

haha,maaflah,'acting gedik was too fun' so,saya harap u guys semua happy-happy go lucky and insyAllah semuanya dalam rahmat Allah..amin..

actualy dah berapa kali dah bukak blog tapi just nak blogwalking je ,tadi nie pun dah sign out but suddenly terlintas someting yg telah berlaku..so i decide to put lah dalam penulisanku yg tak seberapa kali nie.. 

Antara hipokrit dan tudung labuh

amboi tajuk...bisa mencengkam jiwa si pemakai tudung labuh.whatever,saya tak berniat untuk mendownkan mana-mana pihak..i just want to give opinion dalam situasi ini.have a nice read.

Alhamdulillah,Allah menempatkan daku di bumi UniSZA.Satu tempat yang tenang lagi permai.. Jauh dari suasana sosial yang pernah aku lalui satu ketika dahulu.
Dengan fakulti pengajian islam kontemporari sebagai tulang belakang UniSZA,dan sejarah UniSZA itu sendiri yang merupakan bekas kolej agama terkemuka di pantai timur menjadikan suasana sosial disini sangat sederhana dan agak islamik.

Setiap mata yang datang ke sini,dijamukan dengan pemandangan yang tenang oleh anak gadis dan perawan-perawan muslim yang merupakan pelajar disini.Setiap jantung adam berdegup nyaman melihat para gadis menutup aurat dengan sempurna..
ya..hampir semua..rata-rata pelajar wanita disini Alhamdulillah mengamalkan penutupan aurat yang sempurna kerana undang-undang UniSZA itu sendiri yang mewajibkan penutupan aurat.

Alis wajah yang redup,tunduk ketika berjalan,
alunan tudung labuhnya tak pernah menampakkan mahkota,
sesekali ada satu dua wajah yang hanya menampakkan mata,
tanda malunya dijunjung tinggi,
wajahnya hanya untuk suami..



boleh dikatakan penampilan sebegini mendominasi keadaan disini..jadi,secara tidak lansung ia memang boleh menarik golongan wanita yang bertudung biasa dimana kadang tidak menutupi bahagian dada dan sbgnye lah.

cuma..satu persoalan yang sering dibangkitkan. Hipokrit.
ya..ramai teman-teman yang mula terpanggil untuk melakukan perubahan tak kisahlah sebab apa,hidayah Allah,segan,atau ape2 sekalipun..namun perubahan tersebut selalu dihalangi dengan rasa..

"aku tak mahu jadi hipokrit"

btw,in my oponion,hipokrit nie sesuatu yang tak elok sebab pada saya,if kita nak berubah kepada sesuatu yang lebih better,kita wajib ikhlas.Perubahan yang tidak disertai dengan ikhlas  akan mengundang satu perasaan benci terhadap apa yang kita lakukan itu sendiri.

seprti soal pemakaian tudung labuh@bidang 60 nie, if kita tak ikhlas,buat sebab ikut trend kat tempat tu,i think,kita takkan mampu bertahan sbb kita akan rasa rimas dan panas. We have to know that penutupan aurat nie adlah salah satu ujian bagi kita,andai kita tidak ikhlas,perasaan serba tak kena akan selalu datang pada hati kita.so.tak best lah kan..

tapi dalam masa yang sama,i dont say that u should wait for long time to make a btter change. ya..maybe u dont have to be hipokrit.,.but we have to remember lah yang kita hidup nie sebagai hamba Allah.so ikut perintah Allah tu wajib right?then i think we have to make a step to change into better way of life.

so..bab tudung labuh nie..takda pun Allah berfirman suruh mengenakan tudung labuh/tudung labuh bulat/bidang 60. tapi apa yang Allah perintahkan adalah melabuhkan tudung ke bawah paras dada seperti yang terkandung dalam surah An-Nur ayat 31.boleh cek lah yer..

so a step yang kita harus buat adalah dengan mengubah fesyen tudung kita,daripada selimpang atas bahu,,turun sikit pin kat bahu so..cover lah kn bahagian dada tu..  daripada lengan terdedah..cover sikit dengan guna handsock atau lengan baju yg panjang yang boleh cover bukan balut ok.. so many thing that u can do..so many easy step that u can start with..
try dulu to make a step..dont just make simply judge before u experience sesuatu perkara tu...
u may love it.

beb,kalau dah begini..marilah make a step yunk... i know,u wanna be better right?


so...as a conclusion after long writing.. memanglah jangan be hipokrit bila nak tutup aurat dengan sempurna but ape2 sekalipun we have to remind ourselves that bila lagi kita nak jalankan perintah Allah tu.. once u got your Hidayah.u should appreciate it before it is too late..sebab ramai lagi yang tak dapat hidayah Allah and it is sangat berharga giler if kite dapat HIdayah Allah.bukan Nur Hidayah sebelah rumah ok~!

so..please,please and please lah..lets make a step to go better..yang rasa dah tutup dengan sempurna tu pun u should make a step to sempurnakan dalaman u olls pulak.Janganlah luar bertutup indah tapi dalam bernanah busuk...sebab.. maybe,girls yang tutup aurat dengan sempurna but just sempoi2 je better ketaqwaannya than girls yang tutup aurat dengan sempurna with labuh-labuh style or purdah one..

im wondering...which level of my taqwa?masih adakah hari esok untuk aku??


im not racist..but ya..saya dah nampak situasi macam nie..so..thats why im telling u lah.
janganlah kecil hati atau kembang hidung sbb kita sama-sama dalam perjalanan menuju ketaqwaan dan meraih rahmat serta redha dari Allah..

and lastly..maybe perasaan "aku tak nak jadi hipokrit " tu adalah bisikan dari syaitan sebab ya..u know syaitan right?taknak kita ikut perintah Allah.so..sama-samalah kita fikir-fikirkan..

salam muhasabah sempoi dari saya....tapi penuh bermakna..daaaaaaaaaaaaaaa..... Assalamualaikum.. (^_^)'' 











Wednesday, July 11, 2012

Berniqab:sifat mulia yang sering dipandang pelik.

Assalamualaikum wbk..

lama rasanya jari jemari tidak menekan keyboard lappy tercinta dek terlalu busy dengan kehidupan dunia.oh..kalau mengejar dunia memang beginilah jadinya,takkan pernah ada masa untuk diri sendiri,apatah lagi masa untuk bermesra dengan penulisan yang serba daif ini.

masa singkat yang aku ada,aku pergunakan untuk menurkilankan kata hati sejak kelmarin mengenai isu berniqab yang kini sering sahaja menjadi perhatian.(hahaha..kenapa aku terasa seperti buat karangan form 5 nie??) =D

                                                                                                                                   

apabila aku berfikir tentang berniqab atau berpurdah ini selalunya aku membayangkan perkara-perkara yang positif yang sentiasa ada pada wanita tersebut.Bermula daripada keteguhan imannya,ketabahan jiwanya sehinggalah kepada kesantunan tingkahnya dan keredupan hatinya pada Allah SWT.

Namun demikian,rupanya bukan semua manusia di muka bumi Allah ini berfikir sebegitu rupa juga.Masih ada pihak yang memandang negatif dan pelik kepada wanita yang berada di dalam kemuliaan ini.Jadi,aku ingin sekali cuba berkongsi sedikit sebanyak mengenai isu berpurdah yang aku dapatkan daripada pembacaan dan juga pemerhatian.Hypothesis yang telah pun aku simpulkan diharapkan dapat membantu meningkatkan pemahaman kita tentang isu berniqab @berpurdah ini.  

Hukum Berniqab
Umum mengetahui bahawa aurat seorang wanita baligh itu adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan.Sudah menjadi kebiasaan masyarakat muslimat di Malaysia,cukup dengan berbaju kurung dan bertudung menutup dada.Lalu mengapa pula mahu menutup wajah?nampak seperti ekstremis bukan?seperti tidak menghormati kepelbagaian kaum di negara kita.

Jangan meludah sebelum meninjau tempat untuk meludah.Sebelum kita menghambur kata,adalah lebih baik rasanya kita meninjau hukum Berniqab ini.

Ramai para ulama kotemporari yang tegas seperti Sheikh Ibn Baz rhm mengatakan bahawa wajah seorang wanita itu adalah aurat.Makanya,wajah itu wajib ditutup dengan secebis kain niqab. Namun,para ulama sepakat mengatakan bahawa seseorang muslimah itu wajib menutup wajahnya apabila keindahan pada paras rupanya boleh mendatangkan fitnah dan  membuka pintu kerosakan.

Pintu kerosakan yang bagaimana?
hmmm...well,wajah yang cantik hingga mengundang perhatian dan menarik pandangan Ajnabi sehingga memberi effect negatif pada hatinya. 

Hello,lelaki,memang dah lumrah mereka suka melihat kecantikan wanita.even wanita yang tak berapa nak cantik pun dia suka juga!. 

Muslimah boleh bergantung kepada dua pandangan. 
Perlu dihighlightkan disini,seorang wanita muslimah itu mempunyai dua pilihan sama ada ingin memilih pandangan bahawa Niqab itu wajib atau sebaliknya tanpa memandang hina dan buruk kepada pandangan yang bukan menjadi pilihannya.

Contohnya,aku memilih pandangan bahawa berniqab itu tidak wajib..pakai tudung sudah...tetapi dalam masa yang sama,aku sama sekali tidak boleh memandang muslimah yang berpurdah itu sebagai pelik dan memelikkan.Dan begitulah sebaliknya.ngerti ya? =)

Berniqab sifat mulia,tidak pula berdosa bila tidak melakukannya. 

Seseorang muslimah itu harus bersungguh-sungguh dalam menjaga auratnya serta perlu memiliki kefahaman tentang ketaqwaan kepada Allah sama ada anda seorang yang berniqab ataupun tidak.

Sekiranya anda memilih untuk berniqab,fahami mengapa anda berniqab?mengapa anda perlu menutup wajah anda?janganlah pula hanya disebabkan mengikut trend 'alim' . seorang wanita yang berniqab,rasanya kurang sesuai sekiranya gambarnya berniqab di upload dengan lirikan mata yang menggoda.lebih tidak menepati keperluan Niqabnya,apabila gambar tanpa niqab turut diupload sama.sudahnya,apa tujuan anda berniqab?

Seorang wanita yang tidak berniqab pula bukan bermakna anda bebas menjaja gambar dengan aksi comel lagi menggoda.Sehingga berjela-jela jejaka memuja.Terkadang bersama tasbih umpama memuji keindahan Pencipta .

''Subhanallah...cantiknya..''.tolonglah..adakah itu sebenar-benar tasbih semata-mata kerana Allah,atau dek kerana nafsu yang dikaburi dengan zikrullah?sedangkan seorang abid sahaja mampu goyah inikan pula jejaka kini yang sangat jauh daripada zaman salafussoleh?
bukan mahu memandang negatif  tapi ingatlah bahawa syaitan sentiasa ada.

Kembali semula kepada mengapa kita disyariatkan menutup aurat?adakah kerana sekadar menyarung tudung di kepala?atau sekadar secebis kain penghalang habuk di wajah?

Seorang wanita yang menutup wajah bererti dia telah melakukan kebaikan,manakala yang tidak menutup wajahnya tidak pula berdosa.Namun adalah lebih baik kita beramal dengan memahami keperluannya.bukan hanya mengikut trend semata..it will be nothing u know.no soul.

Ubah pandangan negatif terhadap wanita berniqab 

aku harap,penulisan yang serba daif ini dapat mengubah pandangan negatif kita terhadap wanita yang mengorbankan kecantikan wajahnya utuk ditutupi.itu adalah sifat yang mulia serta pilihan yang mendatangkan kebaikkan.aku tak kata,wanita yang tak berniqab itu tidak mulia..kerana kemuliaan yang sebenar datang daripada hati yang bertaqwa kepada Allah SWT.remember that orite??

yang pastinya,sama ada anda berniqab atau tidak,menutup kepala sehingga labuh ke bawah dada itu wajib!no kompromi at all..jangan kau mengada-ngada nak berniqab tapi tak menutup kepala hingga bawah dada,kau dah kenapa?ala-ala gipsy girl ke?? 

no gipsy
no korean
no american
no 'hawaian' 
we
are 
MUSLIM.
so
lets 
act
exactly 
like a 
MUSLIM.



wallahualam..c u again! 






  

Tuesday, June 12, 2012

Persepsi Melayu terhadap tudung labuh dan kopiah.

Assalamualaikum..hai semua!

dengan tangan berhabuk dek kerana membersihkan kipas yang berhabuk,aku terus saja tekan keyboard lappy tercinta pabila ada sesuatu melintasi minda.(hahaha..ayat novel sekali lagi....!)

Persepsi masyarakat melayu terhadap wanita yang bertudung labuh dan lelaki yang berkopiah.

contoh 1

Mak Jemah: ish tengok tu..pakai tudung labuh(tudung sekolah) ..mesti orang dakwah tu.
                      T_T''

3 hari kemudiannya..

Mak Jemah: eh.itu orang hari tu,kenapa dah tak pakai tudung labuh dah?dah berubah balik
                       ker?dah terpengaruh dengan kawan tak baik lah tu.
                       hmmmm,susah je pakai tudung labuh .asalkan pakai tudung tak nampak rambut                      
                       dah lah.nyusah je lah.!dengan sarung tangan lah,stokin lagi,bukan orang nak
                       tengok pun!

contoh 2

Miss A : Miss B..aku ingat aku nak tutp aurat dengan sempurna lah..ni ha,nak labuhkan tudung            
                yang aku pakai,pakai sarung tangan n stokin..

Miss B : ala kaw nie..pakai tudung je dahlah..ramai lagi yg tak pakai tudung.ape ade
               hal!lagipun time muda nie lah kita nak pakai ketat,tudung fesyen..enjoy lah wei..nanti
              dah tua baru kau menyesal sebab tak enjoy time muda ni..dah lah wei...!

contoh 3

Mak Jemah lagi..: eh,laki dia pakai kopiah jubah,..nie mesti orang dakwah nie..hmmm,orang
                               dakwah nie nnti tinggal anak bini.ala,anak dia bukan baik sangat
                               pun..macam anak terbiar..tu lah,kalau dapat laki berkopiah jubah macam
                               tu,memang tak aman rumah tangga.tinggal anak bini.

contoh 4

MIss C :kau nak pakai tudung labuh,?ala,macam lah ilmu agama kau tu bagus sangat nak
             pakai tudung labuh..aku yang agama A++ ni pun tak pakai tudung..hei,yang pakai
             tudung labuh tu bukannya baik sangat pun.yang penting hati baik dahlah.!T_T''

Contoh 5

Boboi A: kopiah?eh tolong lah..macam orang kampung tau tak!tudung labuh tu                        
                semua,ish...memang macam makcik je aku tengok!

Uncle A : adik nie pelajar tahfiz ke pakai kopiah nie?
boboi kopiah : erk bukanlah..saya pelajar sains..
Uncle A:oh..ala dik,..adik kan pelajar sains,tak payah lah nak pakai kopiah nie.buat orang rasa
                pelik tau.asalkan solat,hati baik..kan dah cukup.


macam nie lah melayu kita..bukan setakat melayu,islam pulak tu.Persepsi masyarakat melayu yang menganggap pemakaian aurat yang sempurna sebagai satu bebanan dan hanya boleh dipakai oleh mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi sahaja menyebabkan ramai yang terbantut niat untuk berhijrah.

pleaselah..mereka yg bertudung labuh dan berkopiah tu bukan malaikat yang takda kesilapan lansung..iman meningkat tak turun2...

bila dipikir semua kata-kata orang,aku sendiri rasa lemah.macam aku nie seekor alien yang dipandang gerun dan asing oleh orang bumi.

well,aku paham perasaan berbelah bagi bila berhadapan dgn mulut2 yang tak memberi semangat lansung pd kita.Tapi nak buat macam mana.kita berhadapan dengan mulut orang.Bukan mulut tempayan yang boleh ditutup dengan zink buruk!

so who care?pahala masing2 yg dapat.takda share2 pun.pahala jugak takkan berkurang kalau orang mengutuk kita dari belakang.malah menambahkan lagi pahala kita.tak ke untong tu??

jangan pernah putus asa pada jalan menuju redha Illahi..
dan jangan pula memandang pelik serta berat dan beban pada mereka yang berjalan menuju redha Illahi..

jom muhasabah and lets perfom better for our tomorrow!
assalamualaikum..


Saturday, June 9, 2012

Persediaan Sebelum Bertudung Labuh..

Bersama basmallah daku titipkan sebelum daku memulakan satu entry yg aku sendiri pernah lalui...(toink toink...lamanya tak buat cerpen...rindu..!)

seperti yang aku janji tak berapa nak janji sebelum ini..katanya nak buat 1 entry tentang persediaan bertudung labuh(before this i just beri kisah sebenar disebalik tudung labuh) now i'm free u know..customer takda..duty semua dah setlle dengan kelebihan sbg online assistance department..aku mula membuat dua kerja sekarang nie..

  1. watch out my office's blog n fb pages
  2. doing my entry lah..!hehe! 
aku paham sangat-sangat dan selalu sangat-sangat dengar bahawa ramai di antara kita yang sebenarnya dah lama terbuka hati nak berhijrah daripada tudung saiz M kepada L,XL,XXL,XXXXXXXXXXXL dan XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXL.  tapi sebab tak bersedia dan takda sape2 yang nak sokong..dieorang cuma just tengok muslimah lain pakai and puji dalam hati.bertanya pada diri sendiri..''bila pulak aku nak pakai macam tu''

trust me honey,sebelum nak bertudung labuh bukan boleh sembarangan sarung.aku tak kata kite kene ada degree dalam usuluddin @syariah fiqh dan sunnah@pengajian islam ke..NO! semua tu bukan keperluan bertudung labuh.apa yang kita perlu adalah semangat yang kuat dan kental serta kekuatan mentaliti kita sendiri.

yeah..kita bukan sekuat SITI KHADIJAH dalam bersama-sama Rasulullah menyebarkan sayap dakwah islamiah..kita tidak sekuat itu dan pula apa yang bakal kita hadapi juga tidak sehebat apa yang srikandi islam ini hadapi.so sentiasa berfikiran ke hadapan dan dalam masa yang sama hati kita dihadapkan kepada Allah. 

bagaimana pula nak hati kita nie sentiasa dihadapkan pada Allah?walhal kat sekeliling kita nie banyak sangat perkara yg melalaikan kita.caranya sangat mudah,cuma nak buat je yang payah sebab akan ada syaitan yang datang menyibuk.

1stly ye mak tipah,cik bedah dan u olls..

sila,sila dan sila..ambil wuduk,dan dirikanlah solat..tak kisahlah solat apa..solat fardhu ke,solat sunat,solat sunat taubat ke..tak kisah..asalkan solat.. sebabnya apa-apa pun yang kita nak buat kita kene mintak perlindungan dan bantuan dari Allah.so..lepas je solat dengan satu rasa yang baharu(khusyuk,penuh kesedaran,harapkan perhatian Allah) kita doalah time sujud terakhir agar diberi perlindungan,kekuatan dan bantuan daripada Allah SWT.

bukan buat sekali tapi olowes dan teruskan sampai bila2 malah tingkatkan lagi penghayatan kebergantungan kita pada Allah hingga hati kita mati sebab nafas dah terhenti..

kemudian..sila,sila dan sila lah..rajin kan diri membaca ayat Al-Quran walaupun seciput..walaupun sekejap,tataplah Al-Quran dan bacalah supaya hati tu lembut...mudah lentuk pada cinta kepada Allah..

then banyakkan baca bahan2 ilmiah yang bisa memberikan kita kefahaman serta menemukan kekuatan didalamnya..kalau aku,aku suka cari kat SINI .. banyak juga artikle yang tolong tingkatkan kefahaman aku..

lepas tu..pasti korang akan rasa tenteram dan lebih berkeyakinan..bermulah satu episod perubahan dan penghijrahan..=)

ini adalah apa yang aku sendiri buat..tidak mengikut pd mana-mana artikle,copy idea @copy paste..jadi pasti banyak kekurangan sebab well,i just gadis kurang ilmu beb!

step sehingga tersarungnya tudung labuh.:

i was started by beli sarung kaki and sarung tangan kat kedai sakan(u know SAKAN?) satu pusat borong yg banyak ada kat johor nie..

then?:

  1. amalkan pakai stokin dan sarung tangan walau ke mana saja..kuliah?kedai?cafe depan hostel?
  2. lipat baju yang pendek2 then sorok jauh2 dalam gerobok..beli baju labuh sikit.. 
  3. biasa aku pakai tudung bawal selimpang ke bahu jer..so aku turunkan pin tegak biasa je..atau gaya yg tutup dada lah..
  4. adalah ambil masa dalam beberapa bulan jugak before i finally can sarung tudung yang labuh..
i dont say yang gaya i nie perfect!

bila aku ckp semua hal diatas,,janganlah kata dan sangka yang aku nie bagus sangat penampilannya..plus,im not perfect at all..

ha....................siap sudah entry tentang apa persediaan yg perlu kita lakukan sebelum bertudung labuh. but kenapa kene ada persediaan?kenapa tak just terus sarung jerk? kenapa nak kene tangguhkan dulu?sebab bila anda sudah memakai tudung labuh,anda akan berhadapan dengan situasi yg membuatkan anda rasa macam nak bukak balik jer!

=) thats y lah aku kata..kita wajib bersedia..


Tudung Labuh dan sebenarnya...

Assalamualaikum..hai semua!

Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut ke muka aku..terasa bagaikan di awang-awangan.. Dingin..sedingin lavender.. kain tudung beralun lembut melambai mengikut rentak angin..menari bersama irama zikrullah yang bermain pada setiap hembusan nafasku...

(jangan lah korang pun terbuai sama..sebab semua ini hanyalah ilusi semata,,sebab? air-cond tengah rosak ni..paham-paham jelah yer...T_T )oh.... panas lagi Neraka..

Bila sedang panas begini ..tetiba aku teringat akan beberapa daripada insan-insan yang pernah aku kenali sangat pantang kepanasan..mula lah disalahkannya tudung yang memang tak tahu apa-apa dan memang tak patut dipersalahkan...lama kelamaan,beberapa minit kemudiannya..tudung yang patut tempatnya dikepala telahpun selamat dilipat dan disumbat dalam beg.!

apatah lagi bila disebut tentang tudung labuh.

''adoi..lemah betul aku dengar ..panas tau tak,panas!''
''tudung M ni pun dah panas nak  @#$@#$ ..inikan pulak tudung gedabak macam tu?memang tidaklah kan..''
''pakai tudung labuh tak trendy lah beb''

panas.rimas.panas.rimas.panas.rimas.

itu adalah persepsi biasa yang aku dengar apabila disebut pasal tudung labuh nie.jarang dengar sejuk dan nyaman.aku rasa kalau aku dengar ada orang kaitkan sejuk and nyaman nie dengan tudung labuh..memang nak belanja KFC..tapi seketul jelah..sebab aku akan beli Dinner set.. yang lain aku punye..yang seketul tu jer orang tu punye. Air bawak sendiri. T_T''

 Percaya atau tidak YANG SEBENARNYA tudung labuh lansung tidak memberikan rasa panas dan rimas tatapi sebenarnya memberikan suasana yang sebaliknya. Segar,nyaman dan sejuk. Rasa macam tak logik tapi itulah kuasa Allah dan nikmat kepada wanita yang ihklas mematuhi perintahnya.

janganlah pulak kejap lagi korang pinjam tudung labuh jiran sebelah then test apa yang aku cakap kan nie..memang tak jadi punye..kalau jadi tu wallahualam lah..hati korang memang superp lah kalau macam tu!

sebabnya..hanya yang hatinya benar-benar tawaduk,tunduk dan ikhlas sahaja yang akan merasa kedinginan dalam bertudung labuh.. subahanallah.. apa,hang ingat Allah nak anayai (erk mcm mana eja nie,,aniayai,anayia,ah,,paham kan) orang yang ikhlas hatinya pada Allah ke? tolong sikit eh...hang lupa ka yang Allah tu MAHA PENYAYANG?

persepsi kedua....

ramai yang beranggapan bahawa bertudung labuh itu begini sahaja rupanya..



malah ramai yang mengiktiraf pemakaian tudung labuh begini @saya suka sebut tudung sekolah sebagai peringkat tudung labuh tertinggi..kira macam sapa yang pakai tudung sekolah nie memang die punyai iman mantop!..purdah?? im not talking about purdah now..next k...=) hehe..

bila begini...

i just grab from google

dia macam dah jatuh level sikit sebab ade a little bit fesyen there..orang kata lah..

then bile begini..

sorry..u pun i just grab dari google

orang terus jatuhkan lagi level dia sampai tahap yang paling bawah tapi masih dikira labuh lagi..cuma (selingan sikit) tang baju tu kasi longgar lagi lagi lah..and tudung tu biar jgn yang tipis..kalau mu nak pakai jugak yang tipis macam bawal 3D yang memang tengah trend skg nie..pakai sekali syria hitam yang labuh tutup dada..barulah perfect!

sebenarnya begini..

tak kiralah nak labuh macam mana..bawal,fesyen atau yang macam tudung sekolah..asalkan ia menepati apa yang Allah dah perintahkan..iaitu labuh menutupi dada.

cuma bila just pakai bawal,haruslah mengenakan syria labuh atau pun digayakan bersama baju yang longgar dan tidak mengikut bentuk lekuk badan seperti baju jubah hitam.(bukan yg dah ubah jadi fit yer....)

nak pilih labuh berfesyen pun tak salah,pashmina ker,selendang lycra ke,hajaba,pearl haya atau ape2 lah yang korang nak,asalkan tidak riak dan nak menunjuk-nunjuk bila pakai tudung macam tu..boleh?

dan mengenai tudung labuh sekolah yang lebih menjadi perhatian bila dikaitkan dengan tudung labuh..aku sangat menyukai juga.sebab?.tudung labuh sekolah bagi tripple protection pd diri seorang wanita eh gadis ok..macam aku.. cume dia taklah trendy.

aku tak boleh nak nafikan bahawa sbg wanita hei gadislah! kita mesti terasa nak berfesyen sikit kan?tak salah..asalkan hati jangan riak,fesyen mesti ikut syariat,tutup apa yang patut...

aku pun gadis sama macam semua..tetap ada rasa a little bit nak fesyen ciput..pandai2 lah kita cari tudung yg betul..jgn main ikut jer apa yg ada kat pasaran sebab banyak yg dijual atas nama busana muslimah tapi takdelah muslimah mananye..

dan sebenarnya??

tudung labuh nie(tak kiralah fesyen macam mana) bagi kita banyak kelebihan dan juga double protection pada keselamatan diri kita.

dan ramai juga yang kata bertudung labuh nie mesti kene iman tinggi,alim bangat,sopan bangat dan semuanya yang baik belaka.

tolonglah hentikan pemikiran mcm tu..tudung labuh untuk semua muslimah bukan hanya untuk mereka yang alim2 je..alim ke?

bila kita bertudung labuh nie.
kita akan dapat benefit yg ini:

  1. kehormatan yang lebih tinggi
  2. tidak mudah dipermainkan
  3. lebih matang dalam setiap tindakan
  4. lebih sabar dan berbudi bahasa
  5. lelaki akan pandang hormat dan takut untuk 'dekat'@menggatal!
dan macam2 lagi..tatapi semua nie hanya dapat dinikmati jika kita IKHLAS..

ramai orang yang akan anggap kita nie level dah tinggi bila bertudung labuh then sedikit sebanyak menjauhi diri kita..walhal kita hanya nak menjadi yang lebih baik dan takda bagus mana pun level iman tu..masih bertatih dan masih pening2..bila macam tu,semangat dan niat yang dah dipendam terus pudar dan hilang dibawa angin kus kus.

sebenarnya takdalah teruk sangat semua tu jika dibandingkan dengan apa yang bakal kita dapat kelak.

next entry nanti.aku akan cuba post tentang persediaan yang perlu ada jika kita nak bertudung labuh.tak kisahlah fesyen apa sekalipun.. ok?

jom muhasabah lets perfom beter for ous tomorrow !=)

percaya atau tidak,entry nie ambil masa selama 3 hari untuk disiapkan.peh~! im quite busy u know..buat pun sikit2 bila ada kelapangan...

jumpa pada next entry..daaaaaa semua!
Assalamualaikum..!







Tuesday, June 5, 2012

SEXY,why not..i like!

Assalamualaikum..hai semua!

SEXY,why not..i like! hamboi kau makcik markonah..memang nak kene hembus dengan orang kampung buat kenyataan begini rupanya.!

satu kenyataan meriah dari seorang artis wanita tanah air yang baru menang award..(ala-ala wartawan gosip metro gamaknyer kan?)

bukan sekali dua aku dengar kat melodi atau pun propaganda statement tak mengenal sensitiviti islam secara war-war di kaca LCD.sekarang tak main dah TV.berlagak !

siapa retis tersebut..?hei..aku tak kuasa nak memburukkan retis negara..tapi aku banyak masa nak menyatakan tidak puas hati dengan gaya retis (tak semua) yang kadang-kadang lupe ke yang mereka nie ehem ehem..anda seorang muslimah ok?ples tengok ic dengan mata yg dibesarkan..tak nampak lagi?nah cermin mata murah aku cuma seratus lebih buat tahan tengok lappy.

 kenapa ye banyak pihak yang nak mempertahankan artis2 pujaan nie walaupun pakaian yg dipakai macam terjolok anak tekak bukan takat mata jer?sebab apa kalau di publish di laman sosial tentang 'aku tak suka artis nie sebab dia pakai seksi' pasti ramai yg pertahankan artis tersebut.Then ,,mereka-mereka yang cuba pertahankan agama pula terpinggir ditolak ,diganyang,disepak,diterajang malah diceramah kembali pula..apa salah mereka hoi...

tsk tsk tsk...aku cukup sedih melihat anak-anak muda yang bagai lupa ic mereka bercopkan

agama : islam.

(sekali lagi menggunakan idea ic akibat kehausan analogi)

lagi sedih bila aku juga pernah bersikap seperti anak-anak muda tersebut .huuwaaaaaaaaaa....!

ape kobondo idiotnyer aku time tu..time tuh lar... jahil didada menyebabkan aku semberono mengatakan its ok to artis yg seksi..

hei,aku dan kamu! dengar sini ya....erk sorry,baca sini ya..

kalau kamu itu wanita muslimah...ya enggak kira sih kamu itu artis pemes,ataunya lo itu v.v.i.p atau bini menteri sekalipun...

aurat tetap aurat sayang... dari kepala hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangan ,tiada terkecuali bagi sesiapun.. pangkat dan nama tidak pernah bisa membantu kamu membebaskan diri dari dosa dan azab.hanya taubat nasuha yang penuh dengan penyesalan..

*entry ini bukan sahaja dirujuk pada artis,ha kamu tu yg seksi juga,,dan aku nieh,jgn pandai cakap saja..jaga diri juga,..(wah,entry kedua dalan masa terdekat)

Wallahualam,jom muhasabah and perfom beter for our tomorrow
Assalamualaikum..

Monday, June 4, 2012

Bila zikir dialunkan wanita..

Assalamualaikum..hai semua!

Dalam sedang berfokus pada jalan saat remang-remang senja,perjalanan pulang ke Johor disusuli dengan gelak tawa bersama pakcik bongsu ku..(ayat ala novel !)
well..time nie aku baru saja pulang dari kenduri kawen sedara kat Seremban.highway time tu memang busy giler..cume bila sampai kat alor gajah baru sedap sikit memandu..

sedang kami berbual kosong (i mean with my uncle lorh) tibe radio ##### time tu mengudarakan Zikir Asma Ul Husna yang dialunkan oleh penyanyi wanita terkemuka. sebut saja namanya kompom satu dunia kenal..jadi aku decide taknak sebut nama sebab.aku bukan nak burukkan die..cumenye...

serius to say..aku tak dapat nak hayati bait-bait kata Nama Allah yg dialunkan..rasa macam bebal dan sengal time tu..WHY i tak boleh nak hayati Zikir tu,WHY i tak boleh nak let the Zikir resap dalam jiwa aku lantas membangkitkan semangat cinta aku pd Kekasih kU..

apa yang aku rasa time tu..telinga aku hanya menangkap suara merdu menghayati capaian not tinggi dan lunak serta lemaknya suara penyanyi pemes tu..itu jer

 berbeza dengan zikir yg dialunkan oleh lelaki pemes jugak..aku lebih boleh nak mendengar isinya daripada suaranya..

adakah ini dikatakan tarikan magnetik?aku lebih tertarik untuk mendengar suara lelaki drpd wanita?

ataupun memang hakikat bahawa suara wanita tu sangat bahaya dan tidak sesuai untuk mengalunkan zikir secara war war nya?

tp pd apa yg aku rasa lh kan..on my humble opinion,wanita memang tak patut mengalunkan zikir secara kuat apatah lagi dilentokkan suaranya hingga menarik hati insan utk dengar suaranya bukan zikir tersebut.Pd apa yg aku dengar,nyanyian zikir tu macam kosong, dan memang kosong lah.!padat dengan suara2 high not n low not...

ini baru aku sbg wanita yg dengar..bagaimana pula bagi dia atau mereka atau anda sbg lelaki pula yg dengar.. ?

thats y lah Allah dh pesan..,,suara wanita itu adalah aurat...suara yg dilentok-lentok itu haram..tp...who care?

well,aku juga pernah menjaja suara di pentas nyanyian (eceh,sekolah je kot!)dan aku juga paham keinginan untuk melontar suara yg konon nyer sedap..tapi aku rasa lebih baik kita fikirkan apa yg Allah dh pesan..daripada ikutkan apa yang syaitan bisikkan..

Wallahualam..lets muhasabah n perfom beter for tomorrow
Assalamualaikum..





Friday, April 20, 2012

HARI UNTUK MENUTUP AURAT..(^___^)

(gambar diambil dari tenet)
hari nie...miss comel B sangat comel mengenakan tudungnya...sempat snap pic lagi...


miss comel A: eh,miss comel B,sejak bile pulak kau pakai tudung nie???dan taubat ea.......................alhamdulillah..sejuk mata aku tengok kau...

miss comel B: haha...takdelah wei..aku saja jer..hari nie kan hari jumaat..so kenelah pakai tudng,tutup aurat sikit...afdal org kata...

miss comel A: oh yeke........................................ tet..................................(percakapan seterusnya dirahsiakan)
                                                                                                                                                    


firstly ,MmJ  nak ajak diri MmJ sendiri n u guys dan u huu diluar sana untuk perhatikan ayat ini.....

~~~Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An-Nur,ayat 24) ~~~


dah baca?belum??? Bacalah......takpe..MmJ tunggu...Baca jugak taw..kalau tak..MmJ merajuk...(ade sape heran ker???shedeh...)haha.=p

ok...thanks sbb sudi baca,...semoga Allah memberikan ganjaran pahala kerana menghayati kalamNYA..
amin..

ok then..Mmj nak MmJ dan u guys u huu cuba cari ayat ini dalam terjemahan ayat Al-Quran surah An-Nur diatas....
1)tutup belahan leher dengan tudung kepala pada hari sekian sekian
2)hari jumaat hari paling afdal untuk menutup kepala/aurat
3)pada hari lain dosanya kurang sikit drpd hari jumaat jika tidak menutup aurat
4)Ajnabi(org yg halal berkahwin dgn kita) boleh melihat aurat wanita yg bukan mahramnya pada hari selain jumaat
5)azab hanya akan dikenakan terhadap wanita yg tidak menutup aurat pada hari jumaat

ce cari ce cari....hmmmmmmmmmmmmmmm......................

erm.................

ada?

hurm...........

huh...........

ada ker??

err.....

takdakan????

inilah sikap yg MmJ dapat lihat dan mula menjadi trend dikalangan muslimah jaman sekarang.. hari lain free hair tp hari jumaat tutup aurat..MmJ TIDAK sesekali melarang/mengutuk/menghina/sabotaj/rasuah/ptptn/PRU(erk?motif?) apa yang dilakukan itu,bahkan MmJ bersyukur..at least..for that day... insyaALLAH tak lah dapat dosa sbb dedahkan aurat..

cuma..MmJ sangat tidak bersetuju dengan statement...''lebih afdal''.
kalau dikata tentang baca Al-Quran ke,baca surah Yassin ke..MmJ tak kisah,malah ada nas-nas yg mengatakan kelebihan berbuat demikian pada jumaat dan malam jumaat..

but..bukan soat aurat..tidak ada mana-mana nas Al-Quran yang mengatakan bahawa hari jumaat adalah hari yg lebih afdal menutup aurat..kalau ada..sila bgtau MmJ .SEGERA.

hamboi...............serius benau bunyinya tu...
yup..memang serius sbb hal ini boleh menyebabkan muslimah yg agak kurang tetap pendiriannya,yang suke ngikut-ngikut org akan ikut trend macam tu..sekaligus telah menanamkan satu fahaman dan kepercayaan yg tidak wujud dalam islam..

''aku pakai tudung sbb aku hormat hari jumaat lah...hari jumaat kn penghulu segala hari....''

ini lagi satu statement yg selalu MmJ dengar..

we have to understand y Allah menyuruh kita menutup aurat..
Aurat ini disyariatkan pd wanita yang sudah akil baligh bukan bersempena dengan keadaan tertentu,peristiwa tertentu atau hari tertentu sekalipun.

Tetapi,aurat ini disyariatkan khusus sempena wanita itu sendiri..untuk melindungi wanita,dan menjaga kemuliaan wanita... apakah kita tidak mahu memuliakan diri sendiri? apakah kita lebih menghormati hari drpd menghormati diri sendiri?

jawab MmJ ,jawab tum me zindagi sapna(haha,ape daaaaaa...)

walau apa pun..MmJ tetap menyatakan tahniah kpd u guys u huu yg selalu mengambil hari jumaat untuk menutup aurat,cuma MmJ ingin mengambil kesempatan...untuk memberikan pandangan yg sangat humble...

alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan..alang-alang berlitup sehari,biar kekal sampai mati..

kesudiaan u guys u huu menutup aurat pd hari jumaat adalah bagus,tapi lebih bagus,lebih baik,lebih AFDAL jika menutup aurat smpai bila-bila.. pahala menutup aurat sehari mungkin saja tidak cukup untuk menampung dosa mendedahkan aurat 6 hari selagi kita tidak bertaubat..

MmJ tidak sesekali memandang kecil atau hina pd uguys u huu yg free aurat mahupun yg tutup aurat ikut hari..sbb MmJ juga sangat hina...malah mungkin saja lebih hina drpd semua..MmJ turut ada kekurangan dan kelemahan serta kealpaan yg berdouble-double bnyaknyer...

cume..MmJ inginkan sampaikan apa yang Junjungan Nabi Muhammad SAW dah terima daripada Allah.. itu jer....

tutuplah auratmu duhai sahabat...
tak kira siapa,bila dan dimana..
segeralah bertaubat wahai sahabat..
agar dikau tidak terseksa DISANA..

wahai u guys u huu yg memang tutup aurat dan jaga aurat,,syabas Alhamdulillah..teruskan istiqamah meraih redha Illahi..dan jom..kite sama-sama doakan sahabat-sahabat kita yang lain agar diberikan hidayah dan dibukakan pintu hatinya untuk menutup aurat dgn sempurna dan..no more skip skip....
jgn sesekali kita rasa dah bagus sangatlah sbb dah tutup aurat perfect level 5 star..nanti ujub..tak memasal je kot nanti...tet..................... akhirat kelak..Allah saja yg MAHA MENGETAHUINYA...

Wallahualam....
tata..................(^____^)
bila hari jumaat..MmJ suka pakai baju warna pink....sebab Mmj cuma banyak
baju warna pink jer...nak buat macam mana...hehehe....
(kurusnyer MmJ..alangkah.......)












   









Tuesday, March 13, 2012

Menawankah aku?

~wajahku yg ayu,senyuman memikat sesiapa sahaja yg memandang aku..mata ku pula melirik comel dengan suaraku yang manja..ramai jejaka tergoda,tidak terkecuali yg berkopiah dikepala..mereka melirik ke arah aku tatkala aku melintasi mereka..tubuhku yg genit dan comel disertakan dengan gaya ala-ala muslimah sentiasa menjadi perhatian.. skirt kembang bersama kemeja comel merah jambu,selendang putih berbunga merah jambu menyerlahkan lg kecomelan aku..perfect!

~kemeja unggu sendat dengan slack berona putih suci,digayakan bersama kasut bertumit tinggi..rambut blowing beralun lembut tatkala angin sepoi bahasa mula menyapa,langkah rapi aku aturkan dengan penuh keyakinan,ya..aku wanita korporat..terkadang aku berjalan penuh gaya dan yakin sehingga aura keyakinan dan kekorporatan aku tersebar luas bersama detap detup kasut tumitku..sempurna!

~tudung labuhku menampakkan keayuan semulajadi..cahaya keimanan terpancar disebalik wajahku yg mulus.,suaraku yang lembut menarik hati sesiapa sahaja yg mendengarnya..halus bunyinya..ramai para adam yg menginginkan aku..kata mereka aku sempurna sebagai wanita solehah..begitu juga kaum hawa yg cemburukan keayuanku..ya..akulah wanita yg paling menawan.. 

dimanakah kita?segenit comel?wanita penuh aura?atau ayu bertudung labuh?
dimana pula MmJ??(rahsia....hehehehehe)

MmJ sdg berangan jadi puteri jepun...konon-konon nak jadi menawan...hehehehe..


Cantik,menawan dan jelita adalah dambaan bg setiap wanita..begitu juga dengan MmJ..wanita dan cantik memang best friend forever!!

namun..ini bukan hakikatnya..menawan itu bukan datang dari penampilan..tapi dari dalaman.. sudah2lah berdandan cantik bagai sampai bukak2 aurat..sudah2lah bertudung labuh litup bagai purdah segala kalau hanya nak kelihatan menawan..kerana itu lansung bukan menawan...itu hanyalah..godaan dan hasutan syaitan ...tidaklah salah untuk kelihatan cantik,tapi,apa niat kita?hanya utk kelihatan cantik?atau inginkan perhatian?bukanlah tak boleh nk berdandan atau berbusana..MmJ pun suka berbusana..tAPI.....jaga hati kita...jgn menunjuk bagai..lebih baik..bersederhanalah dan yg paling UTAMA..tutup aurat tw..

so,menawankah aku?u guys dan Mmj?
mcm mana nk kelihatan menawan?

Menawan itu terpancar dari hati yg takutkan ALLAH,taat dan tawaduk lagi bertaqwa..lahir dari sifat ingin berjaga-jaga dalam setiap langkah kerana khuatir kecantikkan yg ada mengundang fitnah..

Menawan itu lahir dari hati yg bersih,sentiasa merendah diri,suci dari hasad dengki,hatinya diletakkan ditempat yg serendah-rendahnya sehingga tiada ruang untuk dia meninggi diri mahupun ujub.keihklasan memenuhi jiwanya,senyuman nya hanya semata kerana Allah dan bukan kerana perhatian manusia..

amat jelita lg bila dia adalah isteri mithali,menjaga diri demi suami,berdandan hanya utk suami,seksi meksi menyenangkan hati suami,harum semerbak hanya utk suami...

nah,sungguh sempurna dan menawanlah dia sbg seorang wanita walaupun dia adalah wanita yg paling hodoh sekali pada mata manusia..

ramai wanita cantik tapi selalu terasa mereka ini tidak menawan...mengapa?
kerana kecantikkan yg mereka ada telah hilang serinya kerana digunakan pd jalan yg salah.
dan kerana mereka ingin menggunakan kecantikan mereka semata2 utk mendapatkan perhatian..
kerana itu timbullh rasa tidak puas hati,tidak bersyukur walhal diri dah cantik bagai....

hakikatnya....menawan itu bukan dari segi penampilan..tak kisahlah tutup aurat atau bukan..tapi dari segi hatinya yg tawadu' pd Allah..

jom sama2..kita menawankan diri kita mulai saat ini agar kita menjadi wanita yg paling bahagia di abad ini dunia dan akhirat..insyaAllah.......(^____^)

Tuesday, September 27, 2011

Sayang,kenape tutup separuh jer?(+,+)

Assalamualaikum..
salam sayang..
aku nk amik kesempatan jap..nk ucap ase syukur pd Allah sbb msih beri aku peluang utk bernafas smpailah ke skg nie.. Alhamdulillah..=)

skg nie mcm2 fesyen yg aku nmpak.. tu ha.. kt pasar td..mak oi...mcm2 jenis tudung aku belek..(belek jelah kn..)org yg aku jumpe td pun mcm2..

seriously..aku memang suke memerhatikan org..bukanlah memerhati mcm pegawai polis.. saje..tengok2 ragam manusia yg bermacam2 ragam..

bila aku tngk manusia2 skg..terutamanya WANITA.. dara dan mak dara termasuk janda.. hmmm ade sebahagiannya yg membuatkn aku terdetik begini.. 'Sayang,kenapa tutup separuh jer?'' huhu..

nie aku tngk kt pasar kt planet pluto sanelah kn..kt bumi nie..takde cm uh..huhuhuhu...(+___+).. bile dh bertudung,baju pulak ketat2 smpai nmpk bonjolan2 lemak..termasuk bonjolan anugerah Allah yg sepatutnye ditutup.. bile dh berbaju ok..longgar.. seluar pulak tight..ntah boleh jln ke tak tu tak tahulah.. nipis pula..huhu...nmpk aksesori superman yg plng gah itu.. bile baju seluar dh ok.. tudungnyer pulak nipis..nmpak
telinga..cekak rambut..anting2..

aku pun tak tahu..ape mereka buat actualy..ape yg mereka nk tutup actualy.. aku bukan nk meyibukk.tak...! cume..if nk tutup..tutuplah betul2.. bukan aku nak mereka semua pakai tudung labuh2..baju jubah..longgar2..smpai boleh terbang..@seluar aladin saiz xxxxxxxLLLLLLLLL .cume..syg...awak dh cantik.. tp..bile awk tutup separuh2 nmpk mcm tak trendy..nmpak mcm tak cukup bajet nk trendy pun ade..

dan lg satu.. jgnlah mempermainkan aurat.. aurat nie diadakan utk memelihara kehormatan manusia..khususnya wanita.. jujur.. ramai lelaki sebenarnya tidak suka penampilan separuh pd wanita.. jd.. bile kita rasa ramai lelaki suke melihat kita mcm tu.. kita silap.. dibelakang kita..maruah kita akan dikotakkatikkan..wanita..letaknya dihati..bukan dikepala..bukan dikaki..

so..tutplah betul2..jgn separuh2..bila asyik terdedah2..bonjol2 tu nmpak... lama2..bukan chantek..tp jelik..org lg menghargai mutiara dilautan yg dalam..drpd mutiara yg kt tepi pasar..walau bertutup dgn bekas kaca..tp.. berhabuk..dan kecantikkannya sudah dimamah mata...dh tak suprise dh...(^__^)

islam dh syariatkan garis2 aurat dgn sempurna..islam adalah sempurna dan indah..maka bila kita mengikutnya..barulah kita sempurna dan indah....yes..nobody perfect..tp at least kite cube jd perfect..bukan hipokrit..tp..inilah syariat..inilah hukum..yg tidak boleh dipermainkan..hiduplah dlm keindahan islam...insyaAllah..Allah akn membalas segala kebaikan kita..itu janji Allah..Subhanallah..

ini adalah peringatan utk aku sndiri..name pun blog aku kn...so..kita same2 berubah dan terus berubah..!junjunglah maruahmu wahai wanita..jgn biar lemas dilautan nafsu lelaki..
kalau kita tak jage maruah kite..sape lg nk jage?
=) salam muhasabah..
wassalam...(^___^)\/

Monday, September 19, 2011

PURDAH VS TUDUNG LABUH VS TUDUNG TUTUP DADA.



Assalamualaikum.. aku suka berbicara soal tudung. yelah..tudung nie kan aset utama wanita islam..
bagi muslimah yang ammat menitikberatkan soal tudung..pasti mereka selalu bermain2 dengan pertanyaan yang mana satu tudung terbaik untuk mereka..


TUDUNG BERPURDAH
@
TUDUNG LABUH
@
TUDUNG MENUTUP DADA.

ini pendapat akulah..

pada aku.. ketiga2 tudung ini terbaik.. sama terbaik.. selagi kita ikhlas memakainya.. tak kisahlah apa pilihan kita.. ikut suka lah kan..

tapi ..masalah yg sering aku dengar..bile kite dh pilih tudung labuh..kite tak boleh terima purdah atau tudung tutup dada.. pada kite yang dah pakai tudung labuh..always pertikaikan mereka yg berpurdah n tudung tutup dada..sama juga pada mereka yg dh berpurdah atau tudung tutup dada.. masing2 sangat taksub pd penampilan diri sendiri..bukan koranglah..ni aku cakap orang yg kat luar bumi sane..huahuahua...

mcm..

'tak payahlah nak berpurdah2..tutup muka bukan wajib kot.. labuh sudah..'
'apsal tak labuh?takat tutup dada je?'
'apsal takde purdah,wanita kan fitnah?'
ala,,takpayah nak labuh sngtlah..tutup dada dh lah..'

huhuhuhu  (-_-)'' inilah yg seringkali aku dengar daripda sebahagian muslimah yg kat luar bumi tu.. cukup2lah tu.....chill ok??  its up to koranglah nak pakai tudung yg parat mana labuhnye..setakat tutup dada?labuh?atau purdah...sebab....


YANG PENTING
TUTUP DADA TU... WAJIB OK..

fesyen ape sekalipun tak kisah..sebab islam tak melarang kita nak berfesyen..ha..pandai2lah korang lilit selendang ke..ape ke..YANG PENTING TUTUP DADA TU.. tak kuasa i buat tutorial utk korang..hehe..bukan mcm tu..saya malu actually..cewwah!

so..ini cara aku.. pada aku.. ketiga2 style tudung nie sama baiknya.. mungkin ade kurang ada lebih..tapi itu semua bergantung kpd niat korang,niat kite bile mnyarungkannya..tak guna tutup aurat tapi hati dengki n asyik nak cari kesalahan orang jer kejenyer..

yes!!hanye tiga style nie jer yg aku iktiraf sbg style islam.. xcept...tudung utk badan beruniform..sebab baju badan beruniform longgar dan tegak..takda lekuk..if buat besar lah... kain tebal..keras pulak tu.. adoi...yg lain2 sorry... sebab baju kite2 nie kain lembut2..mudah lekuk2.. so..dah tak menutup aurat kita..tudunglah pelengkapnya.. jadi..pilihlah..awak nak yang mna..tudung tutup dada,tudung labuh,atau purdah?

kita beramal dan memakai tudung yg betul bukan untuk menunjukkan yg kita nie alim..atau bukan selepas kita pakai tudung yg betul kita tak boleh buat kesalahan..ini adalah PERINTAH ALLAH.. dan ingat hakikat yang kita nie..adalah.. HAMBA ALLAH...

ade byak style tudung yg boleh kita cuba untuk pastikan yg kita memakai tudung yg betul..bukan takat tutup kepala jer..so..kreatifkan lg pemikiran anda lah yer??

kpd free hair.dan yang pakai tudung tapi pendek2 nmpak dada,ketat2...no...aku tak letakkan ape2 komen atau apa2 hukum atau apa2lah..pada mereka.. yang pasti..free hair itu haram didalam islam..dan firman Allah agar melabuhkan tudung tutup dada itu memang ada.. itu jer..so..just fikirkanlah sendiri..

pada anda yang TUDUNG TUTUP DADA,BERPURDAH,@LABUH

chill....
jgn taksub sngat...
takut jadi ujub..
dan takjub...
apa yang penting..
tudung haruslah labuh menutup dada..
so..
u oll semua tergolong dalam orang yang labuh menutup dada..
cume niat kita jer... yang membezakan kita semua...
memang tudung tutup dada,purdah,labuh ada kebaikkan dan kelemahan tersendiri..pandai2lah kita mengimbanginya..dan beramallah kerana ALLAH..

SMILE!!!!=D wassalam..