Showing posts with label Muhasabah dan Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah dan Motivasi. Show all posts

Wednesday, July 8, 2015

Lemas.


bila ada seseorang sedang kelemasan,
apakah dengan berada di daratan,
menjerit supaya dia menyelamatkan diri,
boleh menyelamatkan dia dari kelemasan itu?

sudah pasti perlu seseorang yang turun ke dalam air,
membasahkan diri, mencapai tangan dia agar naik ke permukaan.
namun andai tersalah langkah,
mangsa lemas akan bertambah.

tp apa yg pasti, mereka yang lemas perlu dicari,
perlu ditarik tubuhnya, perlu dihembuskan nafas padanya andai dia hampir kehabisan nyawa
bukan sekadar melihat padanya saja dan menjerit.
hei... berenang lah ketepi!

Thursday, October 30, 2014

Aku hanya mahu Nama!

Assalamualaikum and hai!
wah wah..... berkurun abad aku tak berceceh disini. wink wink
Sebenarnya niat aku pada malam ini hanya lah nak hapus mana saja unsur unsur yang sudah lapok lagi tidak berpaedah di teratak maya ini. Namun ada satu selumbar sebenarnya dalam hati ini yang membengkak menyampah pada apa yang berlaku akhir akhir ini. Begini kisahnya.

Secara jujurnya aku sangat respect pada mereka yang bergiat aktif dalam dunia kepimpinan, aktiviti , kelab dan bla bla bla sebabnya saya tergolong dalam kumpulan yang malas nak join semua bende alah itu. Maka, apabila ada insan-insan yang berhati mulia menguruskan itu dan ini secara tidak lansung aku terlepas daripada tanggungjawab fardhu kifayah aku. Terlebih dahulu, Syabas dan Terima Kasih pada mereka kerana melepaskan aku dari tuntutan itu.


Silap aku gak sebab suka ngat perhati dari side yang orang tak peduli. So aku nampak terkadang kita ini konon ikhlas apabila buat sesuatu perkara. Mulut kata "aku ikhlas" tapi tindakan tak sama dengan kata-kata. aku ambil dari sudut kepimpinan/join the club/pegang jawatan, senang direct cerita.malas putar putar tergeliat urat.

Pertama, ya. nak jadi orang yg Softskill tinggi perlu join itu ini. Memang membantu. Walau aku malas tapi aku tak kata benda itu tak berpaedah. lantaklah mahu join apa hatta banyak mana. Tetapi apa yang aku tak puas hatinya tu kenapa memilih dalam memberi komitmen? Apa yang aku nampak kita lebih senang beri komitmen pada sesuatu yang gah, yang orang pandang, yang orang akan kenal siapa kita daripada sesuatu yang kecil, yang remeh, yang cikai.. ah.. semua lah yang bersangkut paut.

Camnilah,, aku ini Fasilitator Program. wah, orang akan kenal aku,glamer u'olls. aku boleh tunjuk bakat aku yg aku boleh membimbing peserta program. Tapi nak buat program bukan tiba tiba saja boleh jadi program, perlu ada penyediaannya. persiapan program banyak sekali tapi  aku nak dtg bila program saja, sebab? aku rasa menjadi Fasilitator ini sudah tanggungjawab berat dan kerje persiapan itu biarlah mereka yang 'bawah-bawah' saja yang buat. Kurang Hajo. ya itu perkataan yg akan aku keluarkan pada org yg bersikap seperti "aku" di atas.

Kedua, situasi apabila aku jadi  Pengarah Program.. aku arah itu ini then aku tinggalkan orang bawahan aku untuk uruskan semuanya sementara aku berlalu pergi dengan alasan aku sudah bagi arahan. Cekadak Kau. dan lain lain situasi yang malas nak dgemburkan.

Satu saja yang aku nak fahamkan, bagaimana kepimpinan kita pada hari ini begitulah kepimpinan kita pada hari esok. Andai hari ini kita memilih dalam memberi komitmen maka esok akan jadilah kita pemimpin yang memilih dalam membantu rakyat. Terkenal pada nama tapi kosong dihati rakyat.

Sampai hari ini, aku sangat teringat pada kisah Khalifah Umar yang sanggup mengangkat makanan berguni dari istana secara diam diam pada waktu malam untuk diberi pada rakyat. Kisah itu sebenarnya membuat aku takut untuk menggalas amanah seorang pemimpin. Berat. Sangat Berat. aku nie tak pandai ngat agama fiqh fiqh bagai tapi alhamdulillah aku faham apa itu amanah. Kalau orang halalkan takpe,, kalau orang kutuk kita? kang dituntutnya kat akhirat? tak pasal terbako kita kat neraka. Nauzubillah!

Argh malas nk cakap lebih lebih... kang cakap lebih lebih orang kata "kau nak bagus, kau buatlah.. " uhuuuu.. sentap! alah, kita nie pendosa (gituw) aku sendiri banyak jer silap dan konon ikhlas nie tipulah kalau tak pernah buat. Cuma yelah, sampai bila kita nie nak berterusan macam ginim?

sikit tak banyak pon.. kene lah improve dunia wal akhirat. gittuuuww..
no offense. just light talk.
thank you.

#ah,nak tido tapi tak boleh!!! Assalamualaikum.











Saturday, June 7, 2014

Death, is just a matter of say Good Bye for a moment.

Assalamualaikum.. hai olls!

Saat jemari ini menaip beberapa butir di papan keyboard pada hari ini, sudah 2 minggu atok perempuan ataupun bahasa umumnya Nenek pergi mengadap Sang Pencipta, pulang ke tempat asalnya bagi setiap hamba bernyawa.

aku mengaku, untuk kehilangan kali ini aku berganda bersedia daripada kehilangan yang lepas, which is when I lost my father. Im try to be setabah yang boleh, setabah yang mungkin cz i know and i realize that death is not the ending.

Death is just a matter of a way to say good bye for a moment,
Death is just a matter of moving from this world to the other world.
Beside, kite kan muslim, for sure percaya pada kehidupan selepas kematian itu adalah antara rukun iman yang perlu kita pegang dengan teguh. so, i keep telling myself that lost someone is okay, as long as the one that we love go in Khusnul Khatimah, and the very important thing here are, WE, the one who are still alive must keep pray for them who are already go back to their "forever hometown"

but I admit, that i still human. actually there is a time, when all the memory with my late father and my late grandmom come, i keep hold my tear, and when it feel too much, of course Im crying. then i realize yang lebih banyak kita mengenang perkara lepas, lebih banyak kita akan buang masa menangis, walhal better we pray for them right?

so,for my prinsip lah,, im trying to ignore all the memory but it does not mean yang i try to forget them. Im just replace the memory with the Doa, i think its better for me, dan when im do like this, i feel positive about death.

well. i think enough for today.. haha. hari nie macam the death note pulak. kah kah.
oraite, till meet u guys again. assalamualaikum. 

Monday, July 8, 2013

Bergunakah kita sehingga Saat Ini?

Assalamualaikum... 

Tadi, lepas solat Maghrib,aku belek satu kotak atas almari aku..kotak barang-barang lama.., ade buku Biology SPM ,, ade kad library jaman sekolah.. aku belek satu-satu bende-bende yang dalam kotak tu..sambi-sambil tu aku imbau-imbau kenangan lama-lama.. 

tengok kad library jaman sekolah,ade gambar aku disitu.. alahai... apsal aku rasa gambar dalam kad yang lusuh tu sangat cute berbanding yang sekarang ni? apsal kecute tan dan keayuan berganda terserlah berbanding sekarang yang aku tengok macam....... habedah! 

Ok,bukan itu yang aku nak cakapkan.bukan. 

lepas tu aku belek lak satu-satu kertas-kertas yang ade dalam kotak tu,then.jeng jeng!!

aku terjumpa satu kertas kajang yang penuh dengan tulisan,,ala-ala karangan..aku baca..yelah,takkan aku makan  kertas tu kot! pas tu , aku terdiam.. aku jadi macam terkesima..walhal ape yang aku baca tu tulisan aku sendiri.. aku sendiri lupa bila aku tulis bende alah yang tu..


   
credit to: jujal atau google


bunyinya begini...


" Untuk hari ini, aku bersyukur kerana masih boleh menghirup nafas dan masih bisa bangun melalui rutin kebiasaan pada hari ini.. untuk hari ini,,aku merasa terlalu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup lagi dan diberi masa serta kesempatan untuk sentiasa membaiki kehidupan menjadi baik dan lebih baik.. 

Untuk hari yang lepas - lepas..terasa masaku berlalu dengan penuh kekosongan. tiada matlamat,tiada tujuan,tiada pencapaian yang aku rasa boleh membahagiakan seluruh rongga jiwaku..kenapa setelah berbelas tahun aku bernafas,, aku masih tidak merasa nikmat kehidupan?? kenapa semua yang aku ada tidak memberikan aku kepuasan? apa yang aku cari sebenarnya?ape yang aku mahu? kemana aku nak tuju? persoalan yang sering menghantui minda..persoalan yang sebenarnya aku tahu jawapannya tapi tidak pula aku merealisasikannya!

demi mendapat jawapan,demi mendapat kepuasan ,..
bermacam gaya kehidupan aku lalui..sehingga terkadang aku hampir terbabas di pembahagi syariat Islam. Kenapa?? bukankah aku dibesarkan dengan suasana islam? bukankah aku sudah ada didikan Islam yang cukup? bukankah kedua orang tuaku sangat mementingkan agama walaupun mereka bukan ustaz dan ustazah?
dan bukankah aku tahu tentang Islam sehingga membolehkan aku mendapat anugerah cemerlang bagi subjek pendidikan Islam. tapi kenapa aku masih keliru antara dimana harus aku bertapak?? 

dan kenapa aku boleh terkadang melanggar batas dan hukum sedangkan aku tahu semuanya.. aku A+.! Oh!" 

ha..gini lah lebih kurang ayat aku..aku ingat-ingat gitu jeh!! aku pon tak tahun zaman bile aku buat ayat-ayat Cinta ni.

ini buat aku kelu lidah n deras-deras pikir.. bende yang paling aku pikir... 
"selama ni aku praktikan ke segala apa yang tahu? "

"selama ni.. aku dah cukup berguna ke pada kehidupan aku"

"selama ni..berkualiti ke masa yang aku habiskan.."

"selama ni.. nikmat-nikmat yang dapat aku manfaatkan ke tak sebenarnye ni??"


Apa jawapan aku..itu aku punya skrip jawapanlah..SULIT mestilah der tapi aku sesaje jer nak kite sama-sama pikir bende yang sama lah.. engkau hidup bape lame?? 23? 98? hehe.. 
dan berape lama pulak masa yang benar-benar bermanfaat dan beri kebahagian yang sejati..betul-betul berbaloi pada kehidupan kau?

ha..aper lagi..amek kalkulator,kiralah!!

#kalau aku nak repeat paper " Masa Hidup yang Lalu" boleh tak??? 


Gua termenung tak semestinya gua berfikir tentang persoalan gua tadi..
mungkin saja gua tengah berangan ingat kat Aaron Azin..
Manusia kan..
banyak sangat main-main ,banyak sangat leka!! Oh!!
pukul berapa sekarang??


Ok.tu jer aku nak muntahkan. Salam Muhasabah. Wasalam! =)

Wednesday, February 6, 2013

Insaf tak semestinya skema..!




Assalamualaikum..
hui hui....pon pon... akhi ukhti boboi gigirl ape khabar?? harap semua sihat sokmo..yeah!!

 (entry kali ni saya memetik idea daripada ruangan Imam Muda Asyraf dalam majalah dara.com keluaran lupa dah .credit to him...=) )


Moni: Combi...jom kita layan movie sat...! aku baru download boboi boy the movie kat you tube nie ha...!

Combie: Astagfirullah al-azim Moni.. kau nak ajak aku buat perkara yang sia-sia? lagha nie Moni. Ya Allah... 

Moni: erk?kenapa pulak Combi..apa yang lagha nye? solat dah,buat assgment dah siap dah.. 

Combie: kan lagi elok kalau kita membaca Quran,.kita gunakan masa yang ada tu dengan sebaiknya..

Moni: la... bukan aku tak baca Quran pon.. pagi tadi kan dah baca.. lepas zohor td pon aku baca kejap dah.. nanti lepas magrib aku baca lah lagi.. sebelum ni kau ok je tengok movie.tak pulak kau kata sia-sia macam nie??

Combie: itu dulu Moni..sekarang nie aku dah insaf dah.. semua nie dunia semata-mata Moni..lagha semua nie... adakah kita patut mensia-siakan masa yang  kita ada dengan dunia yang hanya sementara??  aku dah insaf Moni.. aku taknak hidup aku hanyut dengan keduniaan... adalah lebih baik kita isi masa kita dengan zikir,Quran,solat sunat...

Moni: tengok boboi boy boleh hanyut dengan keduniaan ke?

Combi: iye Moni..semua tu lagha... bertaubatlah Moni.....

Moni: krik krik krik.....


wow!!!! caya lah Combi..terbaik lah,,sekali insaf terus ala-ala ahli sufi.zaman Salafus Soleh... Alhamdulillah.. semoga usahanya dapat melahirkan generasi pemuda pemudi agama...

tapi... adakah apabila kita nak bertaubat..atau apabila hati kita ni diketuk rasa keinsafan.. we have to act like that?? very the skema.. very the religious type.nak tgk movie tak boleh,nak ni tak boleh nak tu tak boleh. macam tu ke?

wait..dont misunderstood me.. i'm not going to say that what Combie said was wrong. As Islamic student adalah tidak patut untuk mengatakan apa yang Combi katakan itu adalah tidak benar atau tidak patut. Apa yang Combi kata semua itu ada benarnya dan ada asasnya but at the same time apa yang Moni nak lakukan pula tidak lah ada salahnya.

CUME...

apabila Combi berkata sedemikian kepada Moni ,secara tak lansung dia telah meletakkan sesuatu bayangan atau tangapan bahawa sekiranya kita nak bertaubat we have to throw away our world's side. Combi boleh mengakibatkan ramai orang yang biasa-biasa atau yang tak berapa nak faham agama merasa berat tentang islam dan akhirnya berfikir empatbelasratusribu kali untuk berhijrah menjadi muslim yang baik dan better.

sedangkan hakikatnya islam itu fitrah, islam itu mudah.. saya ingin memetik sebuah kisah para sahabat semasa zaman baginda Nabi Muhammad saw. Kisah tentang seorang pemuda yang dijamin syurga oleh Rasulullah sebanyak 3 kali semasa Rasulullah melihat pemuda tersebut datang ke masjid untuk solat berjemaah. 

ape yang pemuda itu lakukan sehingga dia dijamin masuk syurga?
solat sunat 24 jam?
baca Al-Quran tak henti-henti?
Qiamulail setiap malam?

tidak.. pemuda itu hanya menjalankan kewajipan sebagai muslim yang wajib..solat puasa zakat semua tu.. dan dia tidak sekali-sekali berprasangka buruk terhadap mana-mana manusia. sangat menjaga hati manusia..

you see that?? betapa Allah itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihi hambaNya.. Allah tak kata hanya orang yang alim-alim je boleh masuk syurga.. Allah tak kata hanya orang yang abid saja Allah sayang.. Allah tak pilih ustaz ustazah saja yang boleh dapat RahmatNya.

Maka kat sini kita nampak bahawa islam itu mudah.. kita diberi banyak pilihan untuk hidup dalam dunia ni. selagi cara tersebut tidak ditegah oleh Allah..selagi itu go on lah..

apa yang penting..solat jangan sesekali tinggal,kalau tertinggal cepat-cepatlah bayar.( Qada') segala kewajipan sebagai seorang muslim mesti kita patuh.. puasa,zakat, aurat,batas,,dosa pahala, halal haram semua tu kita wajib ikut. then insyAllah.. u'll be a good muslim enough.

sekali sekala tu up sikit amalan dengan solat sunat.. sehari sekali baca Quran, pergi masjid derma seringgit, kalau rajin puasa sunat..setahun sekali pun kira ok kalau dah malas sangat..nama pun sunat kan...

eh..mudah lah! cukup macam tu jer pon boleh tau..

saya tak kata siapa yang nak lebih dari tu tak boleh..hamboi,macam minta penampar lah kalau kata macam tu.. 
malah saya amat teramat mengagumi sesiapa sahaja yang mengikut segala jejak langkah kehidupan Nabi Muhammad,para sahabat,alim ulama.. saya tabik spring kepada akhi ukhti diluar sana yang mampu untuk hidup mengikut cara pengabdian kepada Allah melalui ilmu hakikat dan tarekat. sebab,bukan mudah untuk hidup dalam cara yang macam tu... well.. kita dah berada jauh dari zaman tersebut,banyak cabaran yang perlu ditempuh..

cume nye..ape pun cara kita jangan sesekali kita memandang rendah kepada cara orang lain selagi cara hidup dia tidak melanggar syariat islam. yang Islamic jangan bajet bagggus,, yang relax-relax sempoi-sempoi jangan pandang yang Islamic tu kuno.

last but not least,, apa pun yang kita lakukan,bukan manusia yang menilainya..tetapi hanya Allah yang mengetahui segalanya.. jangan lupa kisah abid dihumban ke neraka, jangan tak ingat kisah pelacur masuk syurga. Kagumi kisah para ulama yang zuhud dunia demi destinasi akhirat, selami pengorbanan dan ketinggian iman para sahabat serta teladani junjungan Mulia Nabi Muhammad saw yang tiada tolok bandingnya. 

enjoy this life with your own way,as long as it is not forbidden by Our Lord,, Allah SWT..


* Atan: aku nak taubat tapi boleh tak kalau aku nak pegang tangan makwe aku time jalan-jalan kat mall? kalau jalan jauh-jauh siap bawak mahram makwe aku nanti orang kata skema pulak.yelah insaf tak semestinya skema kan??

saya: kau cakap dengan aku kau nak makan kasut saiz ape? kasut aku saiz 8.. itu bukan taubat!!

the end...... ape lagi..jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama,umur kita dah tak panjang.. 
lets be a better Muslim!!


 
 Assalamualaikum.. (^____^) 






Friday, October 12, 2012

Mulut,antara penawar dan bisa.

Assalamualaikum.. hallow uguys..hope u oll jz fine and cheers..
lets muhasabah dengan ceria..fighting!(^_^)


Tanpa kita sedari dalam kehidupan seharian kita,kita dikelilingi dengan suatu benda yang boleh menjadi penawar kepada masalah,kekusutan serta kesusahan yang kita alami..

Manakala dalam masa yang sama,suatu benda itu jugalah yang mampu menjadi racun berbisa,mengundang kemendungan pada jiwa,menyebabkan rasa sakit di dada,dan kekusutan pada minda..

Fizikalnya kecil sahaja,tidak sampai separuh wajah..namun peranannya sangat besar sehingga dia mampu meletakkan kita dimana pengakhiran kita nanti..syurga mahupun neraka.. nikmat atau azab..bahkan rahmat mahupun kemurkaan..

''kerana mulut badan binasa''
pepatah fopular dikalangan kita..senantiasa kita mention pepatah sebegini kepada mereka yang bermulut celupar,barangkali kita lupa..mereka yang berlidah pedang turut sama mampu menjadi racun.

dari sudut pandang yang lain,,kata-kata semangat,senyuman,bacaan ayat Quran,Zikrullah serta kata-kata yang baik..turut datang dari tempat yang sama..namun pada sudut ini ,ia berubah menjadi sebagai penawar,meskipun tanpa bermadah dan ayat berbunga,cukuplah dengan kata-kata yang menyenang jiwa..sudah mampu menjadi herba mengubat duka.

Semakin banyak ilmu,semakin lancang kita bersuara.Ya itu perkara biasa,hasrat ingin mendominasi keadaan dengan pengetahuan yang ada. Bukan itu yang menjadi masalah disini tapi apa yang harus diingat dan diwaspadakan adalah hak dan sensitiviti masing-masing. Perbincangan,,ya,.perbincangan sepatutnya menjadi suatu aktiviti yang sihat..namun tatkala kita lancang melontar kata,tanpa kita sedar kita telah meracuni seseorang.

Racun mulut bukan hanya disembur melalui penghinaan,kata-kata kesat,mahupun maki hamun.Tapi melalui kata-kata yang boleh menjatuhkan seseorang, mengaibkan,serta melemahkan.

Dalam perbincangan khususnya,adakah kata-kata menyindir tahap pengetahuan seseorang itu dikatakan sebagai sesuatu yang sihat?bagaimana pula dengan kata-kata yang sibuk ingin berbicara sehingga kita melanggar hak berkata-kata dalam perbincangan tersebut? Mungkin perkara ini tampak remah bagi sesetengah individu.,namun tidak pada yang lain.Dalam hal macam ni,muhasabah sangat diperlukan.

Be Honest,berterus-terang..dua perkara ini menjadi amalan anak muda sekarang. Satu amalan yang sangat bagus,,namun jika diguna pada tempat yang salah..maka ia mengundang kemendungan jiwa.

Contoh:

~suasana dikhalayak ramai bersama teman-teman yang rapat

miss A: alamak,,muka aku tampak kusam lah..macam nie....
miss B: la..kau baru tahu ke?bukan kusam je,tu tampak muka kau dah berkedut tu,pori besar,berminyak kat hidung and dahi..kau tak jaga muka kau ke?kau tak basuh eh muka kau? tak guna mask ke?ke kau bajet nie?nak pinjam duit aku tak?

T_T''  itu cuma contoh..(sebab nak bagi contoh berat sikit jadi tak faham pulak..)

walaupun bersama teman rapat namun kata-kata sebegitu tetap bisa meninggalkan kesan mahupun sebijik zahrah dalam jiwa Miss A itu tadi.
It same goes kita dengan rakan-rakan..adik beradik..dan semualah yang terlibat dalam hidup kita.

malah..Rasulullah juga telah berpesan agar sentiasa bersederhana dalam berkata-kata..andai kita tiada apa pengetahuan atau tak pasti dengan apa yang kita nak katakan ,lebih baik kita pilih untuk diam.itu lebih baik daripada kata-kata yang tidak bermanfaat apatah lagi yang menyakitkan.

Even dalam berdakwah sekalipun,menegur keaiban dan kesalahan haruslah dengan dilakukan dengan personally, which is,kita bertemu dengan person yang kita nak tegur just to of us..tanpa pengetahuan orang lain. Dalam bab ini,kita boleh lihat bagaimana islam sangat menjaga maruah umatnya walaupun maruah umat yang melakukan kesilapan.

Mungkin kita terfikir..''ala..sensitif sangat..ngada-ngada lah kaw nie..''
tapi kita harus ingat,titik sensitiviti setiap orang adalah berbeza.mungkin kali ini kata-kata itu belum sampai kepada titik sensitiviti kita.tapi.. what goes around,must come arounds.. satu masa,pasti ada kata-kata yang akan sampai pada titik sensitiviti kita.

pada saat itu,mungkin kita sudah lupa bahawa kita pernah meracuni ramai orang,lalu kita balas dengan persoalan ''mengapa kau kata aku begini'',''aku tak pernah nak cakap yang buruk kat kau''.. seolah-olah kita tidak bersalah.. tapi sebenarnya,pada masa itu,seluruh dunia mengatakan..''padan muka kau..baru kau tahu apa yang aku rasa.'' (jahatnya aku...T_T)

sudahnya,semua bertelagah..semua mahu menang..semua itu hanya angkara mulut,si kecil yang berbahaya. bercakap hingga lupa, di akhirat nanti,mulut yang sewenang menabur bakti pada timbangan dosa akan senyap,,takkan mampu menjawap persoalan dari Allah Yang Mengetahui.

huh...aduhai mulut..ajaibnya dikau..mampu menjadi pedang,menikam semua hati, mampu juga menjadi kasturi,harumnya mendamai semua jiwa,memberi rasa bahagia..

 andai disuruh beri pilihan,antara ingin jadi pedang atau kasturi..pasti semua memilih kasturi.. namun sebenarnya,ramai menjadi pedang..

wahai diri pinjaman Allah.. muhasabahlah setiap kata-katamu..kerana semua itu bakal ditanya di hari pengadilan nanti.. adakah kata-kata ku ini telah menyakiti saudaraku,adakah kata-kata ku ini membuatkan teman berjauh hati denganku,bagaimana dengan ibu bapaku?sejauh mana kata-kataku mendamaikan mereka?

lidahku pedang atau kasturi?

wallahualam..
                                                           












Tuesday, August 7, 2012

Kita lebih buruk daripada Jahililyyah.?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah daku panjatkan kerana masih memberi aku kesempatan untuk bernafas di bumi bertuah ini.Syukur daku ke hadrat Illahi kerana aku dipilih untuk berada pada zaman ini,zaman dimana islam telah berkembang luas melata keseluruh dunia.

Zaman dimana ilmu agama islam mudah untuk dipelajari dimana-mana,sama ada melalui pembacaan,pembelajaran ataupun pencarian maya.

Bersyukur daku juga kerana sekali lagi telah dipilih dalam takdir Allah menentukan bahawa aku dilahirkan di Malaysia,bumi yang aman,tiada pergolakan  antara agama yang ekstriem,tiada perperangan yg mengorbankan banyak nyawa.

Tiada bom melayang-layang di udara,apatah lagi raungan tangisan anak kecil dan ibu tua,Apa yang ada hanyalah layang-layang berayunan gembira,dimainkan oleh si anak yang teruja,bersama ibu bapa yang bahagia,dalam suasana yang sungguh damai bersama angin petang yang menyegarkan rasa.

                                             

(panjang jugak intro aku )

Dahulu..sebelum lahirnya junjungan mulia Nabi Muhammad SAW di tanah Arab,disitu duduknya sekelompok masyarakat yang telah pun Allah SWT patrikan mereka dalam Al-Quran sebagai masyarakat yang jahil,tidak bertamadun,tiada agama,bodoh,sombong dan kufur.

Satu masyarakat yang tidak asing lagi namanya iaitu masyarakat Jahiliyyah. 

well,all of us rata-ratanya tahu tentang masyarakat Jahiliyyah yang tak bertamadun ni.Kisah si bapa yang menanam anak perempuannya hidup-hidup sangat sadis bila didengarkan oleh cikgu kita masa belajar sejarah kat sekolah.Dengan berpegang kepada anak perempuan boleh membawa sial mana-mana perempuan yang melahirkan anak perempuan akan ditanam hidup-hidup bayi perempuan tu.

entah mana letaknya akal mereka,tak fikir ke tanpa perempuan,,tang mana nak sambung keturunan?well,Nama pun Jahiliyyah,memang Jahil lah..

Bangsa Jahiliyyah juga  turut manjadikan wanita itu simbol seks semata,diperlakukan dengan sangat murahan dan hina,ditambahkan lagi dengan assabiyah yang menjadikan mereka selalu saja bergaduh sesama sendiri walaupun kerana masalah yang kecil.

Namun begitu...kesemua kejahilan mereka-mereka itu adalah kerana mereka jahil.Bangsa Arab pada masa itu tidak memiliki ilmu pengetahuan dan juga pendedahan agama yang terang tang tang macam sekarang nie.Kerana itu mereka bertindak macam tiada akal.

Kita lebih buruk daripada Jahiliyyah? 

Now.sekarang.tekan tenet klik-klik saja ceramah agama ada kat YOUTUBE..

                                          

klik-klik kat google BLOG kerohanian islamiah berderet berjela tunggu dilawat.


                            
tengok-tengok kat wall FACEBOOK banyak yang post link islamik.


                                          
pusing-pusing kat bandar e'eh banyaknya kedai buku,kompem-kompem ada buku tentang agama.
                                         
belek-belek surak khabar,ha..tu,sisipan keagamaan ada kat celah tu.

                                           

tekan-tekan punat remote astro,tv Al-Hijrah,Astro Oasis sentiasa siarkan rancangan keagamaan,belum campur stesen tv lain punya program,lagi-lagi bulan Ramadhan nie 

                                       
                                  


sedap-sedap  bawak kereta,terdengar pulak ceramah agama dari IKIM fm,belum campur pesanan dari Dr Izzie kat hot fm.Dr fadhilah kamsah kat sinar,

                                     

look..banyakkan ruang-ruang dan jalan yang kita ada untuk dapatkan pemahamam agama?kita nie kat Malaysia.bukan kat Palestin.

dont u see that?

dengan ilmu agama yang sekarang nie petik jari je boleh dapat,why sifat Jahiliyyah tu duk ada pada kita?

kes buang bayi tak payah cakaplah.
kes zina usah dikiralah.
kes murtad pun ada.rindu pada Saidina Abu Bakar dalam usahanya memerangi golongan murtad.

itu yang terpampang di dada akhbar.
macam mana pula dengan kes tinggal solat,kes tinggal puasa..segala kes macam tiada agama.macam tiada Tuhan untuk disembah! macam kita nie lahir kat dunia dengan sendirinya. Allahu Rabbi,masih tak nampakkah dikau kejahilan yang berlaku?

belum masuk lagi semangat Assabiyah yang turut ada pada kita.Pertelagahan antara parti politik yang berpuak-puak menghuru-harakan keadaan dengan fitnah dan penghinaan.walaupun tidak bermandikan darah tetapi tetap bermandikan dosa dan noda.saling memburukkan antara satu sama lain seperti tiada kesudahan.Masing-masing ingin menjaja kemegahan sendiri.Sama seperti bangsa yahudi yang berperang demi kemegahan.

Masyarakat Jahiliyyah jahil kerana tiada agama,tiada ilmu dan ulama.
Kita bersikap seperti Jahiliyyah kerana ada agama,ada ilmu,ada ulama.
lalu dimana kesilapan kita?
Penghayatan 

-saya tidak sama sekali bukan berpihak kepada mana-mana parti politik.buahahaha..

Mari sayang,kita renung dan muhasabah..jahiliyyah kah kita?? 

Wednesday, June 13, 2012

Kenyang Makan Daging Saudara Sendiri.

Assalamualaikum...hai semua!(^_^)

 Hari ni memang kenyang lah...baru je lepas lunch ikan talapia goreng masak sambal,dah ada sahabat beri ikan kembong masak kari..hmmm nyummy!makan banyak pun tak apa...T_T''

 dalam sedap-sedap makan tiba-tiba aku terfikir akan sesuatu yang aku rasa selalu berlaku dalam kehidupan makhluk-makhluk berakal .sedarkah kita yg sebenarnya selalu juga kita kenyang makan daging saudara sendiri@mengumpat?

oh...bila berbicara tentang mengumpat nie,aku tak tahulah dah berapa banyak agaknya dosa kat buku amal kiri aku.dosa mengumpat,dosa dengar orang mengumpat semuanya dah bercampur2 dan agaknya dah berapa kilo daging manusia yang aku makan!

well,mengumpat@bergosip tentang hal kawan2 atau insan2 yang kita tak suka merupakan satu makanan ruji bagi nafsu lebih-lebih lagi pada wanita. even kita pertahankan diri taknak mengumpat,kita tetap terjerat dengan mendengar orang mengumpat.

even though islam dah highlightkan dosa mengumpat tapi acara mengumpat nie tetap rancak dari mulut ke mulut.tak tahulah kenapa susah sangat kita nak kikis sikap yang Allah tak suka tu?

kadang-kadang aku terfikir-fikir kenapa kita tetap terus mengumpat even tahu betapa dasyatnya dosa mengumpat.

jawapan yang aku jumpa adalah:


  1. Fitrah manusia untuk selalu nak bercerita dengan kawan-kawan tentang sesuatu yang menarik perhatian .well,contohlah kan..aku cakap..''hei..korang tau...Siti Nurhaliza beli Villa tau!'' .secara rawaknya,wanita sangat tertarik dengan statement begini berbanding lelaki.so secara autonya..wanita akan tertanya2 yeke?kat mana?bila?duit apa? dan mulalah agenda makan daging siti nurhaliza bila terkeluar pula fitnah2 dan perkara-perkara yang aib untuk didengar.
  2. Kebencian kita terhadap seseorang itu menyebabkan kita didorong oleh nafsu untuk menyebarkan keburukkan dia,.lebih advance apabila kita mengambil masa untuk berdiskusi tentang keaiban seseorang itu.Astagfirullah...T_T
  3. sikap seseorang itu sendiri yang menyebabkan kita tak tertahan-tahan nak 'berbincang'..Ya ALLAH..yelah..mana tak nya...contohlah kan..korang ada sahabat yang sangat menjengkelkan!sehari dua,boleh lah tahan..dah sebulan dua?tak tahan,nak luah juga pada kawan...lantas mulalah acara makan-makan.!
kesimpulannya senang diluah,susah dilakukan..usaha nak membasmi dosa mengumpat dan yang bersangkutan dengannya memerlukan peranan semua pihak..kita dan juga muslim yang lain.(karangan time spm!)

so .aku nak berpesan pd diri aku serta sahabat2 yg aku sayang,
jom jaga diri agar tidak menjadi bahan umpatan,janganlah kerana sikap kita yang sengal dan menyakitkan hati orang tu menjadi dosa pada semua orang pula.

and,on the same time,berhabis usahalah kita wahai penduduk kampung pinang dua batang menjauhkan diri daripada mengumpat.tahanlah macam mana pun,kau nak gigit kain ke,gigit jari ke..sumbat telinga guna kabus ke...asalkan berhentilah drpd sikap yg sangat jijik tu..hei..kau makan daging saudara kau sendiri!kau tak jijik ke??!!


Ya Allah..aku dah tak larat tanggung dosa yng menjijikkan ni!
tsk tsk tsk....korang larat lagi ke?

jom muhasabah..and lets perfom better for our tomorrow...
bayangkan,nie sate daging manusia!kau nak makan tak?
asssalamualaikum...

Monday, June 11, 2012

Nak jadi Orang Gila,Nanti boleh masuk Syurga!

Assalamualaikum..hai semua!

masa aku tengah susun barang kat kedai sebelah tadi,aku ternampak ada orang yang tidak waras akal fikirannya @ kita lebih selalu sebut sbg orang gila. dan aku serta rakan kerja gelarkan dia R&R .sebab dia suke kutip sampah yang boleh dijual macam tin,kaca,besi @ reuse&recyle.

masa R&R datang kat tong sampah kedai kami,dia selongkar sampah yang busuk tu cari sampai the bottom of dustbin,then keluarkan satu plastik berisi air teh tarik basi yang entah tahun bila. serius beb,aku ingat dia nak minum air tu..rupanya dia buang air yg ada dalam plastik then ambil plastiknya untuk dijual.. T_T'' then dia siap tolongkan basuh dustbin yg kotor tadi sebelum letak balik kat tempat dustbin itu tadi... (macam berakal pulak kan?)

bila melihat R&R itu tadi,aku teringat masa kita kecik2 dulu....bila cikgu bagitahu yang orang gila akan masuk syurga,terus aku dan kawan2 sekepala dua,menyimpan hasrat nak jadi orang gila sebab nanti boleh masuk syurga.apa gelak2..!korang pun macam tu jugak ok...!kan?T_T''

tapi hasrat yang aku simpan nak jadi orang gila @ sebenarnya orang yang tidak waras akal fikirannya terus terkulai layu bila cikgu menjelaskan keadaan yg sebenarnya iaitu hanya orang yang tidak waras dari kecil sahaja..hui...manakala orang yg tidak waras secara tiba2 tetap dihitung amalnya semasa dia waras.hui..memang tak nak lah aku.

jangan terkejut kalau aku cakap yang sebenarnya ramai diantara kita yang selalu berhasrat nak jadi orang gila bila ada masalah yg memang giler.sebab boleh hidup dalam dunia sendiri,takda sapa nak kisah,bebas dari sebarang ,masalah,takda bebanan hutang,takda tuntutan nak dapat ijazah atau pening nak study untuk final exam! atau sebenarnya aku tengah cakap pasal korang?

hei,aku pun terfikir macam tu tau..haha...memang sengal lah.

tapi ramai juga yang memang tak nak jadi orang gila tapi bertindak macam orang gila(macam takda akal).yelah macam kes buang bayi,kes lari rumah..semua tu hanya dibuat oleh orang yang takda akal jer!tak guna akal untuk pikir baik buruk walhal dan 10 tahun akli baligh!

amboi mak jemah,sedap mulut kau menghembus ye..sebenarnya tak patut aku cakap macam tu..dan lagi tak patut kalau ada orang yg sokong kenyataan aku kat atas tadi.. sebab? akal kita nie dipengaruhi oleh syaitan yg sentiasa nak goda kita..malah aku sangat percaya,manusia yg lahir normal tapi berubah jadi tak normal adalah gangguan syaitan yg menyerabutkan kepala otak dan meresahkan jiwa.

memang nampak macam best jadi orang gila..tapi cuba kau tanya orang gila tu ,

''wei,kau gila eh?''
insyAllah dia akan jawab ''wei..kau lah gila!gila punya orang lah!''T_T''

u see.orang gila pun tak suka jadi orang gila taw!cuba kau bayangkan badan melekit sebab tak mandi,jiwa tak tentu arah,panas n rimas sebab hati gundah,otak rasa pening2 pusing2..belum campur bau mulut tak gosok gigi..yui!masih nak jadi orang gila ka??

secara normalnya memang tidaklah kan..tapi aku tengok ramai jugak yang macam tak bersyukur sebab diberi akal yg sempurna.macam aku..banyak melalaikan pemikiran kepada perkara yg tak sepatutnya. hampir sama macam orang gila kalau kita tak memanafaatkan akal yg diberi kepada kita.

syaitan pula akan sentiasa cuba menggilakan kita dengan perkara2 yg melalaikan..lama-lama kalau dibiarkan memang tercapailah hasrat syaitan durjana tu nak tengok kita a.k.a umat islam nie jadi orang gila..

so..lebih baik kita mantapkan iman,isi akal dengan ilmiah dan buat satu perisai yg kukuh utk membentengi diri drpd pengaruh syaitan.

dan yg lagi penting pesanan utk diri aku sendiri..tolonglah guna akal tu sebaik mungkin,jgn bertindak macam orang gila.main hembus je semua..!

manfaatkanlah apa yang Allah dah beri pada kita dengan sebaik mungkin mengikut apa yang Allah perintahkan..jangan pernah mengeluh dan menyimpan hasrat untk jadi orang gila..kita dilahirkan dengan satu kekuatan bahawa kita boleh menempuh apa saja ujian yg diberi sebab kita bukan gila.

jangan sampai Allah tarik nikmat akal dan benar-benar menjadikan kita sbg orang gila.baru kau tau masa tu! nauzubillah min zalik.

jom muhasabah and lets perfom better for our tomorrow.!
assalamualaikum..






Tuesday, May 22, 2012

PERUBAHAN MEMANG SUKAR TAPI BUKAN MUSTAHIL..!

Assalamualaikum wbk...

 'perubahan yang besar bermula daripada perubahan terhadap sekecil-kecil perkara'



itu adalah pesanan yang dititipkan seorang hamba Allah kat Aiza masa sedang berbual-bual kosong..on the sport,terus bende tu melekat kat kepala Aiza sampai la ni ha....

well,,all of us must have 'niat' nak berubah kpd yg lebih baik drpd sebelumnya..
it same goes to me..
Aiza pun sentiasa nak berubah menjadi lebih baik dari hari ke sehari..(walaupun taklah baik sangat,,cume comel-comel gitu..)

so,based on my xperience lah kan..nak berubah tu memang sukar giler.giler pun lagi senang drpd nak berubah. Sebab kita dah terbiasa dengan habit yg dulu.

contoh paling senang lh kan:

''Aiza dah biasa keluar rumah dgn bermake-up (auta sesangat..=p)
then one day Aiza mcm insaf tak nak bertabaruj/taknak lah make up tebal-tebal 

1st day... dgn semangat juang yg tinggi..Aiza ok je keluar rumah tanpa secalit make up..

2nd day.. orang dah mula tegur..kenapa muka pucat..

3rd day..orang dah mula tak nak dekat sbb tak glamour..yelah muka suci org kate tu..

4th day..dah mula dah orang cakap-cakap kat kita..'sis,u have to put make up sikit lorh..''

ah sudah..kacau bilau jadinya Aiza..ni baru 4 hari..belum 14 hari,4 tahun dan so on...

see?? perubahan memang banyak cabaran dan onak duri yg perlu ditempuh,ditelan dan digigit masuk dalam perut macam makan jamu walaupun pahit.

BUT..
perubahan yg sukar itulah yang bakal memberikan kita senyuman satu hari nnti.. mcm makan jamu..dahlah busuk,pahit kelat piyau pula tu..tapi kesannya untuk mase depan...?
ha..amik kau..awet muda gitu..body sihat,wajah muda,,tenaga macam umur 20 thn olowes..
tak ke best tu???

so,,apa tunggu lagi..pedulikan orang lain..orang lain takdanye nak bertanggungjawab dalam mana-mana bab hidup kita.kita yang harus be rensposible to our own life,own amanah,own iman,own hati,own our promise to Allah..just change!

keluar daripada kebiasaan orang lain..
sebab??
s we know..dunia/bumi nie dah dikuasai oleh yahudi/non muslim..so banyak cara hidup yang related to them..even nmpak mcm diskriminasi..tp i just want to ingatkan balik diri i sendiri...

''Islam lahir dalam keadaan dagang(asing)..dan akan berakhir dalam keadaan yang asing.
maka beruntunglah orang yang asing itu..''

T___T well,its really hard and need a big of courage u know..but y we have to worry so much? we have Allah right??
just believe lah..kompom Allah akan tolong kite lah der..

lagipun..Allah tak kisah siapa kita dahulu,atau apa percapaian kita dalam hidup nie..tapi Allah really kisah pada siapa kita sekarang nie..SEKARANG..so..
just change SEKARANG lah..

berdikit-dikit dalam perubahan..janganlah hari nie kau seksi giler,baju sendat,skirt pendek kejap lagi kau terus jubah,purdah labuh berbagai serba hitam..
 Sebab?
perubahan besar yang mendadak mcm tu hanyalah didorong oleh keinginan yang sementara tanpa ada persiapan mental utk menghadapi cabarannyer..

tapi..
kalau kejap lagi kau terus tutp aurat..cari baju longgar,tudung tutup dada..dan segala yg memang WAJIB AURAT seorang wanita..
itu WAJIB!..tak yah tunggu lama-lama..berdikit bagai..
sebab..?
tutup aurat wajib right?
n tak perlulah kita tambah point dosa kat buku amalan bab aurat lg..

well..depends on kita nak berubah kemana lah..
kalau nak berubah ke arah yang wajib-wajib tu..Aiza doa supaya cepat-cepat sebelum terlambat... 
papehal pun bro..
PERUBAHAN ITU MEMANG SUKAR..TAPI BUKAN MUSTAHIL..!=)




ii


Friday, May 18, 2012

ANTARA SABAR DAN PUTUS ASA.

Assalamualaikum wbk..
hai semua........... !

today..im gonna to make an entry pasal SABAR VS PUTUS ASA.

but before that.. Aiza nak citer sikit.. Aiza nak bgtau kat blog kesayangan dan sahabat yang ada..

tadi.. sahabat Aiza kol Aiza.. bual punya bual.. n then out of the blue.. dia kata bahawasanye pun..
Laptop yang baru shj dibeli 3 bulan dah pun hilang..kene diambil orang tanpa izin.. (curi lew tuh) walhal before that pun die ada hilang laptop..mean 2 laptop hilang.

dalam masa yang sama 6 buah laptop sahabat dia yang lain turut diambil tanpa izin..

well..siapa yang tak sedih bila sesuatu yg sukar untuk kita dapat,kita dapatkan dengan susah2 then hilang mcm tu jer..kalau tanya pd Aiza sendiri..Aiza pun mesti ada rasa terkilan..

but Aiza pasti sangat-sangat apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..pasti ada sebabnya..sbb Allah TAK AKAN bagi sesuatu yg useless.whether ujian atau nikmat,atau apa2 shj yg kita terima dalam hidup kita.

so..bila diuji..like usual..mcm org ramai selalu kata..SABAR.... tp Aiza akan kata.. JUST CHILL..U  WILL GET SOMETHING BETTER.. mungkin juga..u dah dapat pun 'something better ' tu..

apakah 'something better' itu?

something better means sesuatu perkara yg lebih baik untuk digantikan kepada apa yang hilang/tiada.Perkara tu luas..tak semstinya hilang ladtop akan dapat lagi ladtop yg lebih canggih.@ kematian Suami akan digantikan dengan suami yg lebih baik..tidak semestinya begitu.. boleh jadi juga 'something better' itu adalah pengajaran yg boleh kita dapat..kehidupan yang lebih baik..dan tarbiyah yang lebih sempurna.

'something better' tu merupakan perkara wajib yg akan ada disetiap ujian dan dugaan yg Allah bagi kat kita..Aiza sangat yakin pd hikmah Allah sbb Allah sayang kita dan tak akan mensia-siakan kita..

maybe org kata..'bolehlah.....bende tu tak jadi kat kau....'

well...yup..Aiza fhm..respon penerimaan situation adalah berbeza mengikut siapa yg menerima..org yg menghadapi perkara itu akan lebih mengikut emosi berbanding akal. Manakala orang yang mendengar pula akan berfikir mengikut logik akal,iman dan kurang bermain dgn emosi.(rata-rata lah..tak semua....) oleh kerana itu.. orang yang mendengar ini haruslah memanipulasikan dan membantu orang yg menghadapi tekanan..bukan menambah tekanan/kesedihan/apa2 lah...

bila dah sabar..dan dah tahu something better tu..jgnlah pula berputus asa untuk bangkit dan menjalani kehidupan seperti biasa/lebih better..dalam erti kata lain...(konon-konon buat-buat tak tahu/tak pernah jadi) ..ini bukan hipokrit..ini adalah redha dan terima qada dan qadar Allah..

so..just chill..kita kene fikir..maybe,dugaan yang Allah bg tu ada mesej yg Allah nak sampaikan..so..bangkit...cari 'something better' dan teruskan kehidupan..

untuk sahabat Aiza yang hilang ladtop tu..its ok... jgn putus asa untuk beli ladtop baru... tawakal pd Allah..lagipun skrg nie..Ladtop dh mcm keperluan..bukan lagi kehendak..banyak kerja study yg perlu dilakukan dgn ladtop..

Aiza harap..sahabat Aiza tu dapat jumpa apa 'something better' disebalik dugaan dia..

Sekian...
tata titi tutu..
im gonna to lock ketat2 my ladtop..haha!
Assalamualaikum...
daaaaaa................!



Tuesday, April 17, 2012

DILEMA 'AKU NAK GLAMOUR' KAU ADA???


--ASSALAMUALAIKUM + SALAM UKHWAH..=) –

SIAPA TAK MAHU JADI TERKENAL? SEMUA ORANG SANA SINI KENAL KITA,SEMUA ORANG JADIKAN KITA SEBAGAI IDOLA MEREKA + KITA DIJADIKAN ROLE MODEL BAGI MEREKA.. SAMA ADA DARI SEGI KEJAYAAN,STYLE,SIKAP,TINDAKAN DAN GAYA HIDUP.
POSING GLAMOUR MMJ..HEHE..GLAMOUR KAN???

MmJ pun macam tu juga... (diingatkan..Mmj adalah wanita biasa + sangat biasa + sentiasa biasa) haha.. Mmj pun ada hati,ada keinginan untuk jadi glamour.And kompom u guys pun ada keinginan yang sama juga.. ha..jangan tipu ea....we just human being...yang biasa2..lain lah kalau yang sedang baca entry Mmj nie orangnya luar biasa...wow...congrates!!! realy admire u...(^__^)

Thats why lh muncul berbagai-bagai jenis perkongsian mengenai diri sendiri...ada yang berkongsi tentang life seharian mereka..ada yang share pasal fesyen mereka,gadget,kerjaya + kejayaan.

MmJ didn’t say yang segala share2 begitu nak menunjuk belaka..tidak.. Mmj bukanlah paranoid sehingga nak berkata begitu tapi hakikatnya dalam setiap diri manusia biasa macam MmJ ada satu keinginan untuk menonjol dan terus menonjol..dan keinginan untuk menonjol tidak semestinya satu keinginan yang NEGATIF.


‘’semuanya bergantung kepada niat...’’YES EXACTLY..everything is depend on your niat...(niat dalam bahasa omputih ape ek?)=_=’’ ngeeeeeee....


‘’aku ingin menjadi pejuang.Pejuang yang akan menegakkan syiar islam sekaligus membangkitkan kembali semangat khalifah di bumi ini’’ makanya..hamba Allah ini akan menonjol sebagai seorang pejuang agama.. ianya akan menjadi POSITIF apabila..

“sesungguhnya setiap apa yang aku lakukan adalah kerana Allah semata..’’

Dan akan menjadi NEGATIF apabila...

“haha..biar satu dunia kenal aku sbg pejuang agama.. makin ramai orang kenal aku,makin kuat aku berusaha untuk jadi pejuang..haha..kau ada???’’ =_=’’ sengal.

Haaaa...gitu sih kisahnya....

Dapat bezakan kn?

tetapi ramai di antara kita sekarang nie tengah dilemma ‘’aku nak popular’’ dalam keadaan nie..

‘aku tak cantik...aku tak bergaya..tak ramai orang suka kawan dgn aku..takda sorang pun laki yg nak kat aku..jgn kate nak berkenalan..nak usha pun tak ada....’

‘aku bukan macam YUYU ******** yang popular tu..dia semua ada..ipad,ipod,tablet,table..semua dia ada...aku?hanset pun butterfly lagi...lapptop pun jenama cap ayam gedabak nie je ha.... mane nak glamournyer....’

Then kita pun duk berusaha giler2 nak CHANGE INTO PRINCESS..dari baju kurung + tudung bawal jadi skirt kembang +tudung belit2 smpai nak tercekik leher..dari kasut macam kasut sekolah terus jadi high heel... dari muka pucat..terus jadi muka opera cina... sampai kadang-kadang,apa yang di make over kn tu tak sesuai lansung pd kita... (amboi mulut......... nakal!)


‘’Xkuss me.....helo Mmj yang perasan bagus....salah ke kalau nak berubah,salah ka nak change into princess??salah ke kalau aku nak jadi yg lebih baik,salah ke kalau aku jadikan somebody s aku punyer role model..?? takkan nak duduk bawah tempurung aje!!!


Zasssss....adui...tempelias muka kene sembur....

‘’jadikan hari ini lebih baik dari semalam..so for sure..we have to change jadi yg lebih baik dan baik... perubahan yang kita lakukan tidak beerti kita mencari nama dan glamour..berbalik pd apa yang MmJ mention kat atas..

‘’semuanya bergantung kepada niat kita’’

Bila kita nak berubah kearah yang lebih baik,lebih maju,lebih advanced,apa yg penting ialah HATI kita...ikhlaskan hati semata-mata kerana Allah..dan untuk kebaikkan dan mencari keredhaan bukannya untuk menunjuk-nunjuk...’kau ada??’

Kalau kita sibuk mencari glamour,kita akan dapat kehinaan...BUT kalau kita sibuk cari keredhaan Allah,,kita akan dapat kemuliaan..

Glamour atau tidak bukan pokoknya..tapi redha Allah itu yang paling utama... NIAT MESTI BETUL..GLAMOUR ATAU TIDAK ITU REZEKI..DAN UNTUNGLAH..........HAHA

Dan..kita mesti ingat..makin kita GLAMOUR..makin banyak risiko yang kita hadapi..risiko terbesar adalah..RIAK..SOMBONG,,TAKABUR..HASAD DENGKI..SIHIR..SANTAU...BUNUH...BAKAR....( amboi..merapu sudah MmJ nie..) tak percaya???u guys semua boleh nmpak bukti2nyer kn?

We just human being..sometime memang ada nak menunjuk sikit..biar glamour kejap... tapi bila dah macam tu kita WAJIB ingat kan balik diri kita...berbalik pada Allah..dan ingat...kita tak punya apa-apa lansung untuk ditunjukkan.. nak share apa yang kita.nak share apa yg kita dh capai tak kisah... boleh ajer..asalkan niat kita nak share semua tu tak menyimpang..khuatir jadi riak....bangga tak tentu pasal...macam MmJ sekarang yg share entry nie pun sama juga keadaannya..niat MmJ kene betul...kalau tidak..MmJ TAK AKAN DAPAT APA2...malah...takda redha Allah..

Its same goes on share status islamik..blog islamik...dan semuanya lah... AWAS..jgn dilakukan semata-mata mahu mencari nama...atau..u will got NOTHING..

Masih dilemma aku nak glamour????

Agak-agak bila kita mati nanti,glamour yg kita SENGAJA CARI tu dapat tolong kita tak kat kubur n akhirat esok?

Tapi..kalau kita dapat glamour atas KEMULIAAN yang Allah beri pd kita..yang memey kita TAK CARI...seriusly glamour itu insyAllah dapat bantu kita...at least,orang yg kenal kita akan doakan kita...kan???

So...daripada kita dilemma aku nak glamour..lebih baik kita dilemma ‘’AKU NAK DAPAT KEREDHAAN ALLAH’’

Ok???deal!jom berusaha sesame yok..t kat akhirat t kite senyum sama-sama k..insyAllah..

Wallahualam..







Wednesday, February 15, 2012

selamatkanlah Ummah kita ini!

Assalamualaikum..
kaifa haluki?
hope semua bihair2 shj yer...

hari ini..Mmj rasa sedikit terkilan pd diri Mmj sendiri.. Mmj terbaca dalam status2 sahabat2 di fb yg sibuk mengatakan tentang nasib saudara kita di syria.. Mmj sendiri tak tahu ape yg berlaku sebenarnya.. rupa-rupanya ada pertempuran di Homs yg mengorbankan 80 nyawa.serangan tersebut telah dilancarkan oleh pihak berkuasa rejim negara tersebut dimana mangsa korban rata-ratanya adalah saudara kita sendiri..umat islam.

Mmj rasa terkilan sbb Mmj tak tahu lansung tentang semua nie..Mmj sibuk cari harta dunia sampai tak sedar nasib yg menimpa saudara Mmj sendiri...

SAUDARA... ye..SAUDARA...
berapa kali kalimah ini kita dengar,dari dulu lg kita ditekankan bahawa umat islam seluruhnya adalah BERSAUDARA...tp..persoalannya.. sejauh manakah kekuatan persaudaraan ini?
sejauh manakah pemikiran kita ini ditujukan khas buat saudara islam kita?
dan sejauh manakah sumbangan kita kpd saudara kita?
atau sebenarnya sepanjang kehidupan kita ini tiada satu pun sumbangan kita untuk saudara kita waima doa sekalipun.??
kita seringkali dipaparkan dgn nasib saudara kita diluar sana di kaca tv..

bagaimana wanita islam diluar sana memperjuangkan hak mereka utk bertudung???sehinggakan ditangkap seperti melakukan satu dosa yg besar sekali.sedangkan di negara ini wanitanya sibuk memperjuangkan hak mereka utk bebas berpakaian seksi tanpa ada mana2 pihak yg boleh mempertikaikan keadaan itu.memperjuangkan hak manusia katanya utk BEBAS.

bagaimana pula nasib saudara kita di palestin,gaza yg dikecam hebat zionis.meskipun begitu, persaudaraan mereka kuat.mereka bersatu membangun menentang kekejaman zionis dan israel lantas menyelamatkan agama suci iaitu islam .mereka menjunjung islam dan menjadikan ia sbg satu perjuangan lantas membentuk satu perpaduan ummah dikalangan mereka. perjuangan itu bukan hanya pada pemuda2 gaza dan palestin sahja.malah turut tebal di dalam jiwa wanita dan kanak2 disana.. mereka bertempur dgn apa yg ada.berpaksikan kepada kepercayaan mereka kpd Allah.

dalam masa yg sama..ketika mereka sedang melaungkan Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! apa yg kita buat disini?? makan dgn enak? tidur dgn nyenyak? menangis sbb layan hindustan? atau tak tahu lansung pun yg mereka sedang berjuang?

terlalu banyak perbezaan kita dgn mereka....
ya,palestin sebuah negara yg mundur..perlu dibangunkan semula utk menjadi sebuah negara yg maju.
kita,malaysia pula sebuah negara yg membangun..aspirasi kita  adalah transformasi..transformasi..kita menuju kepada perubahan yg memodenkan negara..
TAPI...
ummah islam disana semakin lama semakin kukuh persaudaraan mereka.. bumi palestin melahirkan ramai generasi pejuang agama yg kental jiwanya..melahirkan abnaul harakah,menjunjung agama Allah.
sedangkan kita disini.. semakin lama,semakin rapuh persaudaraan kita..bergaduh sini sana.. kerana politik kita menghina saudara sendiri.kerana kepentingan ekonomi kita pandang enteng muamalah islam.. kerana kpentingan pangkat kita sanggup terpekik2 tabur fitnah.sekaligus menjatuhkan maruah kita sebagai umat islam yg sepatutnya ada budi pekerti yg lebih hebat drpd penganut agama lain.
dan yg paling sedih sekali makin ramai generasi muda mudi berjuang utk melahirkan anak luar nikah dan bukannya abnaul harakah!.

Mmj melihat diri sendiri..bermuhasabbah di malam hari ini..apakah sumbangan yg Mmj dh beri pd ummah ini??dan apa pula sumbangan Mmj pd saudara Mmj diluar sana???20 sen di dalam tabung?atau air mata semasa melihat berita2 yg menyayat hati..?

teruk sangat ker malaysia nie sampai Mmj kata kite perlu bangkit selamatkan ummah????
tak lah teruk..tapi..teruk sangat....
sbb??
Agama rasmi malaysia adalah ISLAM...
tp...lihat sikap sebilangan besar  ummah di malaysia nie..lebih menunjukkan keislaman atau kebaratan??
Mmj tak terkejut bila dgr khabar angin yg mengatakan bahawa Malaysia punya agama rasmi adalah kristian.
Mmj bukan nk biadab di sini tp itulah cerminan yg dibawa oleh negara kita.
sbb tu.. Mmj nk ajak diri Mmj dan sahabat2  sama2 kita selamatkan ummah kita disini..dan dalam masa yg sama kita prihatin pd nasib saudara kita diluar sana..

ayuhlah..sebelum ada pertumpahan darah spt yg berlaku pd saudara kita di luar sana..sebelum kita kebulur di negara sendiri..sebelum kita minta simpati pd bumi malaysia ini agar dikembalikan agama islam sbg agama rasmi..
tidakkah kita bersyukur pd kedamaian ini?atau sudah alpa dgn keduniaan..?lalu..
dimana peranan kita utk membentuk kekuatan ummah kita kembali..?
wahai kaum adam..ayuh,bangkit!perjuangkan kekuatan ummah sebelum tersungkur di negara yg beragama rasmikan islam sendiri.
wahai kaum hawa..ayuh,,gerak!semarakkan lagi perjuangan untuk ummah ini..bersama mendidik dan melahirkan pemuda pemudi harapan agama..

Wednesday, November 9, 2011

Raya Haji..Mengertikah kita atau sekadar berjimba??

Hai..Assalamualaikum..salam satu ummah...
hui...lama betol saya tak berblogging..al-maklumlah sy agak busy prepare nak exam final..blog pun dibiar bersawang..ini pun curi masa sebelum masuk waktu zohor..lalalalalalalala....(^_____^)

so wass up?kpd muslimin dan muslimat sekalian...puas tak makan daging korban?haha..sedikit sebanyak..jamahlah juga daging korban tu..daging penuh keberkatan tu..rugi tak jamah..makan sikit tak naik darah tak..so..makan jelah...sedap tau...(^______^)

rasanya sempat lagi sy nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kpd semua mata2 yang sedang menatap blog sy nie..walaupun kita tak pergi menunaikan haji tp kita tetap diberi peluang oleh Allah utk turut sama meraikan Hri raya haji nie..malah..kita turut diberi peluang utk turut mendapat pahala..


Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya,Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya."(Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)




ha...masa 1 hingga 9 zulhijjah yang lepas..awak semua puasa sunat tak?lebih2 lg semasa 9 zulhijjah@hari Arafah..sy ucapkan tahniah kpd mereka yg menunaikan ibadah sunat spt berpuasa semasa tarikh tersebut,tak kisahlah terus 9 hari ker,selang satu hari ker ataupun 9 zulhijjah jer.asalkan puasa sunat..dan perkara sunat yg lain..mcm bnyakkan berzikir..doa..dan mcm2 lg lah...best betol islam nie kan..mcm2 boleh buat utk dapat pahala..(^___^)

semoga ibadah yg anda lakukan dgn hati yg ikhlas akan dibalas oleh Allah dgn balasan yg penuh ganjaran baik di dunia mahupun diakhirat..amin..

JANGAN SALAH SANGKA!!
ha..ingat..jgn salah sangka bila baca hadis di atas.. memanglah dgn berpuasa sunat 9 zulhijjah insyAllah dosa kita yang tahun lepas dan tahun2 kemudian dihapuskan..TAPI...dosa kecil jer tau..dosa besar mcm suka tinggalkan solat..suka pegang2 tgn bukan muhrim..(ops!)... mengumpat...(lagi ops!) awak kenelah bertaubat... baru Allah ampunkan... jgn lupa taubat tau...(^__^)

so..how u guys punyer raya haji kali nie?best?ramai saudara balik kg?makan daging meriah sakan?atau just....ala kadar jer..pas sembelih balik rumah tidor..tu pun kalau tengok sembelih lh kan...

sy tak kisah awak nak sambut raya mcm mana..tp..yang paling2....afdal ialah bersedrhana..ha..jgn raya haji jer bersederhana..raya puasa haritu..ha.hambik kau..lalala..no komen..

apa yg sy nak tegaskan disini adalah..adakah u guys faham erti MENGAPA kita sambut raya haji nie??adakah saje2 nk makan daging korban?pesta daging?so..plez chek it out...inilah pengertian atau pun hikmah di sebalik raya haji yg kite sambut baru2 nie..

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.


peristiwa inilah yang menguji sejauh mana ketaatan Nabi Ibrahim AS kpd perintah Allah..bukan calang2 manusia boleh buat..Allah memerintahkan Nabi Ibrahim agar mengorbankan anaknya Nabi Ismail@dgn erti kata lain,menyembelih anaknya..betapa sukar perintah tersebut namun Nabi IBrahim menyambutnya dgn penuh ketaatan..bukanlah Nabi Ibrahim tak sayang anaknya..tp Nabi Ibrahim redha dan berserah kpd Allah..Allah lebih mengetahui apa yang DIA kehendaki..Subhanallah..malah anaknya Nabi Ismail,turut bersabar menerima perintah tersebut dan turut sama mentaatinya..mampukah kita?kita nie,suruh solat jer pun mcm kene terjun bangunan..liat..payah betol..(istigfar..).lalu dgn ketaatan yg diberikan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya menerima perintah tersebut..Allah menggantikan Nabi Ismail dgn seekor kibas..sehinggalah ke hari ini..kita hanya perlu mengorbankan binatang ternakan al-an'am..bukan manusia..disitu...ada sifat Allah..Maha penyayang.. 


tp..manusia skg nie degil..nak lawan fitrah...nak lawan perintah Allah..disuruh sembelih binatang..manusia skg sembelih orang...ha..inilah manusia skg.. disuruh tak nak buat,dilarang makin menjadi2..nauzubillah..semoga kita dijauhkan drpd perkara ngeri itu..(-___-)






b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah. 


inilah masanya utk kita bersyukur dgn cara mmbuat ibadah korban..kalau tak mampu..takpe..its ok..dun wory..asalkan kita fhm pengertian ini..awak ada kereta besar..ada duit bnyk..ada rupa paras cukup,lengkap,cantik hensem lagi..*blink2..Alhamdulillah... kehidupan yg semburna..mak bapak bahagia..keluarga tak kucar kacir..duit poket cukup..ilmu bnyak..belajar kat ipt..pandai..ramai kawan.. ha...apa sebab yg awak tak mahu bersyukur???Allah taknak lebih,..Allah bukan nak tengok awak bagi segunung emas pun..DIA cuma nak kita bersyukur jer...


"eh...aku bersyukur lah nie..."
bersyukur hapenyer kalau tak solat..
bersyukur hapenyer kalau malas pergi solat jemaah..(lelaki)
bersyukur hapernye kalau tak tutup aurat
bersyukur hapernyer kalau bila cakap soal islam sikit mulalah melenting,mulalah hujah ala parlimen..
adoyai nyer pun...chill sy BUKAN nak kondem awak..tp kalau terasa..erk..minta maaflah ye..sy cuma jalankan tugas kite semua..kite semua adalah daie..yg ada tanggunjawab utk sampaikan yg benar..lalalala...


ye..syukur tu tak perlu tunjuk2..tak solat tak semestinya tak bersyukur tapi..it is simbolik beb..


contohlah kan.. 


korang ada awek..korang syg gilerrrr kt awek tu..awek korang pulak baik gilerrrrrr kat korang.tp korang tak pernah pun belanja makan ker..bagi hadiah ker..wish thank u pun tak pernah..i love ker....padahal korang syg gilerrrr kat die...rasa2 lah kan..awek korang tu fed-up tak dgn korang?ha..jp lg putus lh tu kalau korang cm uh...


nie analogi jer...(ingat!couple2 tak boleyh ea..)


lebih kurang cm uh lah konsepnyer...t Allah fed-up... Allah tarik balik aper yg awak ada..baru tahu...(fed-up bukan sifat Allah..nie analogi jer)


so?tunggu apa lg...bersyukur with simbolik lah bro...tak mainlah syukur takat mulut jer...takda class!


c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin. 

binatang yang dikorban akan dibahagikan kpd si pengorban,fakir dan juga org2 islam.. tak kiralah kaya ker..miskin ker..sedang2 ker... semua org islam akan dapat bahagian masing2..sapa tak dapat tu erk... ada masalah ker aper ker..tak tahulah pulak..rujuk ketua kg @ketua mukim lah..so...akan wujudlah perasaan loving2 antara kite semua.. yg penting kene ikhlas... jgn buat korban tapi masa bahagikan daging muka kelat jer..... muke nak makan semualah lembu sekor tu..jgn macam tu... nanti sia2 pulak ibadah korban tu nnti..sape yg rugi? org yg korbanlah..!org yg dpt daging ok jer..dpt buat sup lg..lalala...haha!



so.. kite sama2 lah tengok sendiri dalam diri kite..raya haji kali nie apa yg kite dapat?
kite dapat tak pengertian raya haji yg sebenar?atau kite sekadar berjimba...makan sup..panas2...campur sambal kicap atau sambal lada dalam sup..pergh....!


lalalala...jimba,jimba jugak..tp islam,iman,taqwa,,ini 3 perkara...jgn buat main,jgn buat sesuka hati..pd sape2 yg ase raya haji kali nie tak complete..tak buat perkara sunatnyer..its ok..doa bnyak2..agar ada umur yg pnjang...cuba lg tahun depan ok... jgn putus asa..yg penting...ada perubahan KE ARAH KEBAIKAN..


oklah... salam aidil adha....salam penuh keinsafan...
wallahualam...
assalamualaikum...(^_____^)

Monday, October 10, 2011

Hikmah dosa yang kita lakukan..Penghijrahan seorang hamba..

Assalamualaikum..
salam satu ummah,
salam penuh kasih sayang..

entry kali ini aku suka untuk menukilankan sebuah kisah penghijrahan yang benar dari seorang hamba..dari hidupnya yang tidak bereti..diselimuti dgn cahaya kelam lagi hipokrit..dimana akhirnya..dia menemui sebuah jalan yg penuh dgn cahaya yg bersinar..bersinar hingga dia mampu merasai..kebahagiaan yg dicari selama ini..

                                                                                                                                                                         


Dia adalah seorang wanita yang dilahirkan sempurna sifatnya..memiliki kedua orang tua yg amat bertanggungjawab..mendidiknya dgn penuh kasih sayang..sebagai puteri sulung..semua kehendaknya akan segera dipenuhi..ayahnya bukanlah bergaji besar..namun cukuplah untuk membahagiakan puteri kesayangannya..

sepanjang kedewasaannya..didikan yang sempurna telah pun diterapkan oleh kedua orang tuanya.. walaupun tidaklah seperti didikan dari seorang ustaz dan ustazah..namun cukup untuk dia mengetahui..siapa itu Allah.. apa halal haramnya..apa agamanya..siapa Nabinya..Dimana kiblatnya..apa panduannya..

didikan yang sempurna dari kedua orang tuanya telah pun membuahkan hasil apabila setiap kali menjelang peperiksaan di sekolah agama..pasti dia akan mendapat tempat yg pertama..pemahamannya terhadap agama melebihi pelajar yang lain ketika itu..sejak di bangku prasekolah sehinggalah dia menamatkan sijil darjah khas agama.pasti dia merangkul tempat yang atas..

namun.. dunia telah mengubah pemahamannya trhadap agama.. kesombongan dan keyakinan bahawa ilmu agama yg tinggi mampu menyelamatkannya telah membutakan hati dia.tiada sensitiviti dalan hukum hakam agama telah membutakan hatinya terus dari rasa bahagia..

seringkali dia berkata kpd mereka yg suke meninggalkan solat..
''ala..solat bukan wajib pun,mmpercepatkan solat itu makruh,melambatkan solat itu sunat,dan meninggalkan solat itu wajib''

kpd wanita yg tidak menutup aurat..

''tak perlu jadi hipokrit kalau tak nak pakai tudung..tudung labuh2..islam bukannya haramkan fesyen pun..tu..penceramah agama tu..pendek jek tudungnye..make up lg..ok jek..takda masalah pun..nak berpurdah berbagai..bende tu bukannya wajib kan.. yang penting perangai baik dahlah..pakai tudung ke..tak ke.. yg penting baik''

kpd mereka yg melakukan maksiat..

''ala..dieorang berdua..bukan buat apa pun..salahke couple?tak salah..yang penting jgn smpai berzina dhlah kan..''

''hish..biar;lah..hidup dieorang..malas aku nk cmpur..asal jgn ganggu hidup aku sudah..''

kpd mereka yg berzina..

''ala..nanti dia taubatlah tu..dahlah..biar jelah die tu..''


tanpa dia sedari..kata2nya itu meninggalkan implikasi yang besar kpd imannya.. bahkan kpd seluruh hidupnya selepas itu..

dia seorang yang berbakat..punyai suara yg bisa menghiburkan..memang sejak dari sekolah rendah..pentas menjadi permainannya..di sekolah menengah..dia  mula mengaktifkan diri membuat persembahan pentas di sekolah.. lalu.secara tidak lansung..namanya meningkat naik..disebut2 oleh abang2 senior..menjadikan dirinya glamour dgn pantas.

lumrah kehidupan..semakin kita dikenali..semakin bnyak dugaan dimana hanya iman dan ketahanan jiwa yg mampu menahan kita drpd kealpaan dunia popular.. begitu juga dizaman sekolah.. dikejar oleh lelaki..digilai dan sering diusha oleh lelaki.membuatkan dia lupa diri.. dia mula sering mementingkan penampilannya ketika disekolah..tudungnya..bajunya..begnya..agar mahu kelihatan cantik dan memikat..senyumannya sengaja ditujukan pd para adam..agar ada yg tergoda.. suaranya lebih dilunakkan agar bisa menggetar jiwa..pd dia..itu satu keseronokkan!

sejak itu..solatnya mula terabai maknanya..walaupun dia masih menunaikn tangunggjawab itu..tp dia hilang kemanisannya..dia hilang kekhusyukkannya..puasa..ya..dia tetap berpuasa di bulan ramadhan..tp..dia hilang pegertian puasa yg sepatutnya dia rasai setelah apa yg dipelajarinya..alunan Quran..sungguh lama dia tidak mengalunkan ayat suci itu..walaupun dia sering terlibat dlm majlis tilawah ALQuran disekolah.. dia lebih gemar mengalunkan lagu2 semasa..berbanding ayat suci Al-Quran..

akibat dari tiada pengertian dlm solat..tiada Nur dari Al-Quran..auratnya mula diminimumkan..masih mengenakan tudung..tetapi diselimpangkan keatas bahu..dgn alasan..rimas!..bajunya disingkatkan hingga ke separas pinggul..mula mengenakan design potongan baju yg megikut bentuk badan..dgn alasan...trend! kebaya..belt di pinggang..tudung atas bahu..itu penampilan yg sering mnjadi mainannya saat itu.kadangkala juga..rambutnya didedahkan..
semua itu dilakukan dgn seronok..tanpa mengingat apa yg telah dipelajarinya.. ya..dia masih seorang pelajar yg sentiasa mendapat markah tinggi dlm agama..sentiasa....

namun..kesoronokkannya terhenti..apabila..kepopularan dirinya telah menarik dirinya kearah kebinasaan.. dimana..seorang manusia bernama lelaki telah berkawan dgnnya..dan akhirnya telah cuba untuk merampas mahkota kewanitaannya dgn kasar!dlm erti kata lain..cuba memperkosanya.. Maha Suci Allah.. Subhanallah..dia diselamatkan oleh Allah yg tidak pernah berdendam atas kelalaiannya selama ini..Alhamdulillah..dia masih suci..dan tidak sedikit pun tercemar..

sejak dari saat itu.. dia mula memencilkan diri..jiwanya mula terganggu dgn trauma dan ketakutan..namanya mula tengggelam dlm dunia popular di sekolahnya.. peristiwa hampir diperkosa benar2 membuatkan dia takut untuk menjadi popular kembali..

tp syg.. solatnya..masih terabai maknanya..dia cuma memencilkan diri dri glamour..dia masih tidak sedar kesilapannya..

satu adegan baru mulai tercipta..apabila dia berkenalan dgn seorang adam yg baik parasnya..budinya..
keasyikan menjalinkan hubungan itu..telah membuatkannya hilang kebergantungan trhadap Allah..segala masalah dikongsi dgn adam itu..sehingga hatinya benar2 pasti..itu suaminya..kenyataan itu membuatkan dia hilang keyakinan trhadap qada dan qadar Allah..hilang penyerahan trhdp Allah.. dia hanyut dgn dunia ciptaan ilusinya sendiri..

Maha Suci Allah.. Allah timbulkan keresahan didalam jiwanya..Allah kucar kacirkan hatinya..Allah tarik nikmat kepandaiannya..pelajarannya mula merosot..hidupnya mula tidak tenteram.. fikirannya mula terganggu..sehingga temannya yg perasan akan perubahannya mengatakan dia jiwa kacau..

selama hampir dua tahun.. hidupnya musnah tanpa kebahagiaan..hidupnya tidak tentu arah..tidak tenteram..jiwanya kosong tnpa makna..

kehadiran adam yg telah meninggalkannya semasa jiwanya serabut membawa makna kpdnya..kehadiran dgn seribu perubahan dlm diri adam itu telah mula membuatkan dia terfikir dan sedar kesilapannya... adam itu telah berubah sama sekali..dari seorang yg lalai..menjadi seorang prihatin dlm beragama..menjadi seorang yg mula melibatkan diri dlm aktiviti keagamaan..kehadiran adam itu menjadi asbab kesedaran akan kesilapannya..

lalu dia mula berfikir..bagaimana adam itu begitu tenang jiwanya..lebih memahami agamanya..boleh mengaplikasi kefahaman agamanya sedangkan adam itu tidak punyai kelulusan yg tinggi dlm agama berbanding dirinya..lalu..dia dan adam itu berpisah dalam pencarian masing2...

dia mula merasakan bahawa ilmu agama yg dimilikanya selama ini telah disia2kan nurnya.. telah diabaikan pengertiannya..dia bukan jahil!!kerana dia adalah penerima anugerah agama islam dan tassawur islam selama bertahun2 sehingga dia menamatkan persekolahannya.. Tp hakikatnya..mata hatinya telah dibutakan dgn kealpaan dan kelalaiannya selama ini!.

bukan salah ibu bapanya!kerana ibu bapanya seringkali menegur kesilapannya namun ada saja alasan yg dihujahkannya..

lantas siapa yg salah?siapa yg menyebabkan dia kucar kacir?dia sendiri!!

Subhanallah.. Allah masih menjaganya dari perkara yg haram..dari tegukkan arak..dari berzina..dan sebagainya.. Allah memeberikannya anugerah kemasukan di universiti..dimana telah bnyak membantu membuka matanya..

di universiti..kelibat gadis2 beraurat sempurna..sentiasa menyentuh hatinya..sehingga dia mengekori gadis2 itu..meneliti sikap gadis itu..memahami gadis2 yg sempurna auratnya..tenang wajahnya.. ya..ada yg sempurna auratnya..tp tidak akhlaknya..ada yg sempurna kedua2nya..ada yg sempurna akhlaknya..bukan auratnya.. begitulah dia..cuba memahami dan cuba mencari role model yg dirasakan sempurna pd matanya..

suatu hari..seorang gadis bertudung labuh..berjubah..menegurnya..ya..dia kenal gadis itu..teman sekuliah kawan serumahnya..
gadis bertudung labuh itu mengucapkan salam penuh kelembutan..sehingga mencipta rasa kedamaian dlm hatinya..memohon sedikit pertolongan drpdnya..kata2 begitu terjaga.. tutur bicaranya membuatkan dia terpesona.... gadis bertudung labuh itu meninggalkan dia dlm makna yg hnya dia sendiri mengerti..mengapa Allah pertemukan dia dgn gadis itu ditepi tangga setelah mengankat kain dri jemuran..

suatu hari dikuliah..ustazah telah mngalunkan ayat Al-Quran g membawa maksud.. tujuan Allah ciptakan manusia adalah semata2 untuk beribadah kpdnya..
sungguh ayat suci itu telah membuatkan air matanya bergenang..begitu menyentuh hatinya sehingga menerbitkan rasa keinsafan akan kelalaiannya..sehingga akhirnya dia menemukan kebahagiaan dlm tangisan itu..ya..kebahagiaan dan kedamaian itulah yg dicarinya selama ini..Subhanallah...Allahuakbar..

sejak dari itu.. segala kesilapannya diperbetulkan..diperbaiki dari hari kehari..meratapi setiap kesalahan dan kealpaannya..buku NASIHAT DAN LARANGAN RASULULLAH UNTUK WANITA SOLEHAH oleh Mohd Abdul Wahab pemberian adam itu telah bnyak membuka matanya..sehingga dia menangis mengenangkan betapa sia2nya segala ilmu yg dimiliki hingga dia merangkul pelbagai anugerah namun tidak dimanafaatkan hingga hilang Nurnya..

Buku JADILAH WANITA BAHAGIA @LA TAHZAN turut banyak menyentuh dan mendamaikan jiwanya..sehingga dia mampu merasai kebahagiaan itu dalam setiap langkahnya..Allahuakbar..

sedikit sedikit..Allah mengembalikan siapa dia yang sebenarnya..Allah memberikannya anugerah kedamaian sehingga dia mampu bertenang dlm setiap cubaan yg dtg.. Alhamdulillah..Allah begitu bnyak membantunya memahami siapa dia yg sebenarnya..

sehingga suatu hari..ketika Ayahnya meninggal dunia dia masih mampu tersenyum..menenangkan diri..berkomunikasi dari hati..

''Alhamdulillah Ya Allah..Kau hentikan penderitaan ayahku dri penyakitnya..kau beri dia rahmat pd malam jumaat ini..pada mlam hari raya aidilfitri ini..pd malam yg penuh suci ini..kau panggil dia pulang kepadaMU.. Pelihara ayah Ya Allah.. aku jua merinduiMu.. Panggilah aku dlm keadaan yg sama Kau panggil ayahku..Amin..Alhamdulillah Ya Allah..''

begitulah kata hatinya sambil mengadap langit..merasakan kedamaian jiwa dimana penyerahan adalah semata2 kpd Allah..tanggal mlam Aidilfitri..malam jumaat..saat takbir raya berkumandang dimana2..saat itulah..roh ayahnya diambil dri matanya...dari hidupnya..buat selama2nya..

dalam kerinduan yg mendalam trhadap arwah ayah..segala prinsip hidup arwah menjadi pegangan.. pesan ibu agar jgn lupa mendoakan ayah sentiasa disematkan.. sehinggga satu malam..lenanya dlm kerinduan trhdp arwah.. arwah dtg dlm mimpinya.. menguntumkan senyuman buatnya..begitu tenang wajahnya.. bersih dari wajah tua.. bercahaya tubuhnya..saat itu..dia merasakn pelukan dri arwah.. lalu hilang dalam keheningan subuh.. itulah pertama dan akhir kalinya..arwah muncul dlm mimpi sehingga ke saaat ini..

Alhamdulillah..berkat kekucar-kaciran hidup dan jiwa yg Allah turunkan..Akhirnya menemukan sebuah kebahagiaan yg tidak akan dilepaskan lg..hidupnya akan sentiasa diperbaiki dari hari kehari.. InsyaAllah..
kefahaman dlm kehidupan..pencampuarn dgn mereka yg melakukan maksiat...mereka yg meninggalkan syariat islam,mereka yg mengabaikan hukum hakam Allah..mereka yg begitu taksub beragama sehingga menyimpang..mereka yg benar2 tawadu' dlm bersyariat..akhirnya..memberikan dia buah fikiran mengapa mengapa dan mengapa..memberikan dia jawapan..apa hikmah ketentuan Allah..Alhamdulillah..sehingga tercetusnya idea untuk berkongsi sedikit sebanyak kefahaman dan pandangan di dalam penulisannya menerusi blognya.. Luahan Rasa Cik Hani(Magnet Kebahagiaan)..

dia bukan sempurna..malah banyak lagi kefahamn yg perlu dipelajari dan diterapkan dlm hidupnya..tp dia cuba utk mnjadi sempurna kerana Allah begitu bnyk mmbantunya..dan tidak pernah berdendam atas kelalaiannya..malah memberikan dia petunjuk..agar..sentiasa sedar..akan hakikat kehidupan dan kebahagiaan yg sebenar2nya..InsyaAllah..

doakanlah dia agar sentiasa istiqamah dlm pencarian yg telah menemukan sebuah kebahagiaan,,amin...
                                                                                                                                                                      


begitulah kisah yg ingin aku kongsi dlm entry kali ini..
kesimpulannya disini..
meninggalkan syariat islam yg telah digariskan dlm islam sememangnya tidak mendatangkan kebahagiaan mcm...
tidak solat..
abaikan solat..
tidak tutup aurat..
remehkan aurat..
tidak jaga batas pergaulan..
dan macam2 lg..
kebahagiaan yg kita rasa dlm meninggalkan syariat sebenarnya kepalsuan yg diciptakan oleh syaitan yg akhirnya mnemukan jln yg kelam..penuh dgn rasa kecewa dan penyesalan..kn?jgn tipu dan jgn hipokrit konon bahagia..
inssaflah wahai diri dan sahabat..
sebelum rohmu dipisahkan dari jasad...
wallahualam..wasalam...