Geng Merah Jambu..!

Wednesday, August 8, 2012

Bukan Cinta yang aku minta,tapi sebuah hubungan Persahabatan.

Assalamualaikum..

Hai..how's your day?great?
how's your mood?is everything fine?

tetengahari begini di bulan puasa terkadang sangat menguji anak tekak dan juga perasaan.Janganlah sesiapa yang cuba nak buat  onar  pada perasaan di tengahari begini..Saat kesabaran kian menipis dan makin menipis..hanya zikriullah penebal iman. 

F.R.I.E.N.D.S

Everybody have friends.Beside,without friends,our life will be nothing,no mean at all,no colour,no laugh and of course no teddy bear to hug when we are upset.

kadang-kadang,kita merasakan sahabat yang kita ada merupakan sahabat yang terindah dalam kenangan,sehinggakan ada sesetengah yang mengiktiraf persahabatan itu jauh lebih penting daripada percintaan.

aku pun setuju juga dengan statement ''persahabatan lebih penting daripada percintaan kerana melalui percintaan lah,sebuah persahabatan itu boleh dibina''

Percintaan bukan hanya sekadar antara teruna dan dara,percintaan antara dara dan dara mahupun teruna dan teruna juga termaktub dalam ruang percintaan.

jangan pula gatal nak kata aku lesbian kerana mencintai sahabat sejantinaku.-__-

dan dari percintaan itu lah,terjalinnya sebuah persahabatan dimana kita akan menyayangi setiap kelemahan ,kekurangan apatah lagi kelebihan.

Dalam persahabatan juga,kita tidak pernah rasa risau untuk menegur sebarang kesilapan,menjadi penghibur dikala tangis,menjadi pembimbing dikala terlalu suka,.Senang kata,kau adalah aku,salah kau salah aku,salah aku salah kau.duit kau,duit aku,duit aku duit aku lah.erk?hehe..

Dan antara rahsia bahagia rumahtangga..suami isteri perlu menjadi sahabat,bukan sekadar cinta semata.gelak together,lepak2 sama..gaduh baik semula sama-sama ,tak puas hati cakap sama-sama,tepuk tampar sama-sama,semua lah sama..dah tak kisah...

so,macam mana kita nak jadikan hubungan yang ada nie mencapai taraf persahabatan?
1. jadilah seorang yang sentiasa menyenangkan hati sahabat
2. jangan sesekali mengumpat,menghina atau mengutuk sahabat pada orang lain.
3. ikhlaskan hati dalam bersahabat,bukan kerana harta,duit,mahupun simpati semata.
4. mengingatkan sahabat dalam setiap tindakan yang akan dilakukan,sama ada baik atau sebaliknya.
5. menjadi radio,teddy bear serta sapu tangan buat sahabat
6. sentiasa mendoakan sahabat diluar pengetahuan sahabat
7. walaupun tidak sentiasa berkepit,tetapi selalulah bertanya khabar bila terluang.2 3 bulan sekali pun ok,dan ingati hari-hari istimewanya.
8. sentiasa jujur dengan sahabat dan menerima segala baik buruk sengal bebalnya.
9. tidak memendam perasaan marah,dendam atau tidak puas hati dengan sahabat.
10. bersahabatlah kerana Allah. 

percayalah,walaupun dia(kawan yang kita sayang)tak tahu bahawa kita mencintai dia,alunan keredhaan Allah sentiasa mengalir dalam hubungan itu dan lantas hanya hati yang bisa memahami.

walau kita tidak punya sahabat didunia,pasti Allah akan kirimkan Malaikat yang sentiasa menjadi peneman kala sunyi dan duka,saat manis dan tawa.Malaikat pun turut akan berdoa banyak-banyak untuk kita.

Marilah kita menjadikan semua kenalan kita sebgai sahabat,bersahabatlah banyak-banyak...

Friends,,u r always be my sahabat,
walau madu kukirim,
cuka kau balas,(amboi sadisnya!)
senyum tetap aku kirimkan
walau sudah berapa kali muka ku cuba kerutkan 
percaya pada daku,
kehadiranmu memberi sejuta hikmah buatku

BFF..all of u.














Tuesday, August 7, 2012

Kita lebih buruk daripada Jahililyyah.?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah daku panjatkan kerana masih memberi aku kesempatan untuk bernafas di bumi bertuah ini.Syukur daku ke hadrat Illahi kerana aku dipilih untuk berada pada zaman ini,zaman dimana islam telah berkembang luas melata keseluruh dunia.

Zaman dimana ilmu agama islam mudah untuk dipelajari dimana-mana,sama ada melalui pembacaan,pembelajaran ataupun pencarian maya.

Bersyukur daku juga kerana sekali lagi telah dipilih dalam takdir Allah menentukan bahawa aku dilahirkan di Malaysia,bumi yang aman,tiada pergolakan  antara agama yang ekstriem,tiada perperangan yg mengorbankan banyak nyawa.

Tiada bom melayang-layang di udara,apatah lagi raungan tangisan anak kecil dan ibu tua,Apa yang ada hanyalah layang-layang berayunan gembira,dimainkan oleh si anak yang teruja,bersama ibu bapa yang bahagia,dalam suasana yang sungguh damai bersama angin petang yang menyegarkan rasa.

                                             

(panjang jugak intro aku )

Dahulu..sebelum lahirnya junjungan mulia Nabi Muhammad SAW di tanah Arab,disitu duduknya sekelompok masyarakat yang telah pun Allah SWT patrikan mereka dalam Al-Quran sebagai masyarakat yang jahil,tidak bertamadun,tiada agama,bodoh,sombong dan kufur.

Satu masyarakat yang tidak asing lagi namanya iaitu masyarakat Jahiliyyah. 

well,all of us rata-ratanya tahu tentang masyarakat Jahiliyyah yang tak bertamadun ni.Kisah si bapa yang menanam anak perempuannya hidup-hidup sangat sadis bila didengarkan oleh cikgu kita masa belajar sejarah kat sekolah.Dengan berpegang kepada anak perempuan boleh membawa sial mana-mana perempuan yang melahirkan anak perempuan akan ditanam hidup-hidup bayi perempuan tu.

entah mana letaknya akal mereka,tak fikir ke tanpa perempuan,,tang mana nak sambung keturunan?well,Nama pun Jahiliyyah,memang Jahil lah..

Bangsa Jahiliyyah juga  turut manjadikan wanita itu simbol seks semata,diperlakukan dengan sangat murahan dan hina,ditambahkan lagi dengan assabiyah yang menjadikan mereka selalu saja bergaduh sesama sendiri walaupun kerana masalah yang kecil.

Namun begitu...kesemua kejahilan mereka-mereka itu adalah kerana mereka jahil.Bangsa Arab pada masa itu tidak memiliki ilmu pengetahuan dan juga pendedahan agama yang terang tang tang macam sekarang nie.Kerana itu mereka bertindak macam tiada akal.

Kita lebih buruk daripada Jahiliyyah? 

Now.sekarang.tekan tenet klik-klik saja ceramah agama ada kat YOUTUBE..

                                          

klik-klik kat google BLOG kerohanian islamiah berderet berjela tunggu dilawat.


                            
tengok-tengok kat wall FACEBOOK banyak yang post link islamik.


                                          
pusing-pusing kat bandar e'eh banyaknya kedai buku,kompem-kompem ada buku tentang agama.
                                         
belek-belek surak khabar,ha..tu,sisipan keagamaan ada kat celah tu.

                                           

tekan-tekan punat remote astro,tv Al-Hijrah,Astro Oasis sentiasa siarkan rancangan keagamaan,belum campur stesen tv lain punya program,lagi-lagi bulan Ramadhan nie 

                                       
                                  


sedap-sedap  bawak kereta,terdengar pulak ceramah agama dari IKIM fm,belum campur pesanan dari Dr Izzie kat hot fm.Dr fadhilah kamsah kat sinar,

                                     

look..banyakkan ruang-ruang dan jalan yang kita ada untuk dapatkan pemahamam agama?kita nie kat Malaysia.bukan kat Palestin.

dont u see that?

dengan ilmu agama yang sekarang nie petik jari je boleh dapat,why sifat Jahiliyyah tu duk ada pada kita?

kes buang bayi tak payah cakaplah.
kes zina usah dikiralah.
kes murtad pun ada.rindu pada Saidina Abu Bakar dalam usahanya memerangi golongan murtad.

itu yang terpampang di dada akhbar.
macam mana pula dengan kes tinggal solat,kes tinggal puasa..segala kes macam tiada agama.macam tiada Tuhan untuk disembah! macam kita nie lahir kat dunia dengan sendirinya. Allahu Rabbi,masih tak nampakkah dikau kejahilan yang berlaku?

belum masuk lagi semangat Assabiyah yang turut ada pada kita.Pertelagahan antara parti politik yang berpuak-puak menghuru-harakan keadaan dengan fitnah dan penghinaan.walaupun tidak bermandikan darah tetapi tetap bermandikan dosa dan noda.saling memburukkan antara satu sama lain seperti tiada kesudahan.Masing-masing ingin menjaja kemegahan sendiri.Sama seperti bangsa yahudi yang berperang demi kemegahan.

Masyarakat Jahiliyyah jahil kerana tiada agama,tiada ilmu dan ulama.
Kita bersikap seperti Jahiliyyah kerana ada agama,ada ilmu,ada ulama.
lalu dimana kesilapan kita?
Penghayatan 

-saya tidak sama sekali bukan berpihak kepada mana-mana parti politik.buahahaha..

Mari sayang,kita renung dan muhasabah..jahiliyyah kah kita?? 

Sunday, August 5, 2012

Being Solo Does Not mean You tak laku.

Assalamualaikum..

Oh..before i start my entry kali nie..sukacita i nak maklumkam yang sesungguhnya daku dah pun berhenti kerja..It such a very nikmat tau...Alhamdulillah..finally i dapat masa untuk berpesta..i mean berpesta ibadah...such a great sound right tapi bukan mudah..nafsu nak tidur tu memanjang ajer menerjah..hehe..



being solo does not mean you tak laku 

 Arakian..hatta..dan segala bagai..sekarang nie fenomena mencari pasangan sangat teruja menular dikalangan remaja.Even remaja sekolah rendah sekalipun..Rasa macam terkejut pun ada jugak bila adik-adik sekolah rendah pegang hanset lama-lama..tersenyum sumbing sorang-sorang..and bila ditengok hansetnya..alahai..bersayang..taking care bagai...
amboi..kecik-kecik dah pandai ye dik!

macam dah matang sangatlah memahami apa itu cinta.alahai..kelakar rasanya..

kalau dah budak sekolah rendah begitu,apatah lagi pelajar menengah dan Ipt..memang bermacam ragam dan karenah dalam bercinta.



Bila semua anak muda bercanda asmara..mereka2 yang tiada pasangan mula berasa terpinggir dan agak ketinggalan zaman..Bagaikan mempunyai pasangan itu satu kemestian sejak dari kecil..Oh pleslah..is not the end of the world kalau u r solo pun.. in fact,the truth is..by being solo means u r moden ok.mean thats u focus on what u do..and sedar bahawa sekarang bukan masanya untuk mempunyai pasangan yg tak sah taraf.

By being solo too mean u berjaya mengelakkan diri drpd mendekati fitnah akhir zaman dan bunga-bunga zina.bila u berada selari dengan syariat islam itu bermakna u r moden!
tahukah anda mendekati zina dan sedaya upaya mencari pasangan untuk keseronokan itu adalah sifat jahiliah?bukankah sifat jahiliah itu merupakan sifat pada zaman yg lampau.

so..siapa yg ketinggalan zaman?

im talking does not mean im perfect..in fact.aku juga pernah mempunyai pasangan semasa aku ketinggalan zaman dahulu..semasa aku berada dalam kelambu jahililah..

sekarang baru aku faham kenapa Allah berfirman:

''katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman : hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya''

kemudian Allah menyambung lagi pada ayat seterusnya..

''katakanlah kepada perempuan-perempuan beriman ":hendaklah mereka menundukkan pandangan dan kemaluannya''

surah An-Nur ayat 30 dan 31.

ha..nmpak tak tu kawan-kawan..Allah dah pun berfirman bahawa dari mata yg tidak terjaga boleh terjadinya zina..dengan mempunyai pasangan yg tidak sah taraf menyukarkan kita untuk menjaga pandangan kita..aiseh..geng..u dating tutup mata ka?

zina juga tidak bermakna dalam selimut saja..ia boleh terjadi melalui zina hati yg kita tak sedar tapi sebenarnya ia umpama virus yang sangat bahaya untuk kesihatan iman dan jiwa..

jadi..kepada anda yg solo..jgn risau..anda bukan tak laku..malah anda sangat bernilai kerana telah menjaga hati dan nafsu..ingatlah janji Allah..lelaki yang baik untuk wanita yang baik,manakala perempuan yag baik untuk lelaki yang baik..

 kepada mereka yg sedang berpasangan..segerakanlah pernikahan..andai tidak mampu mengapa perlu membina perhubungan yg sukar?sukar untuk mengawal hati dan iman..
relaxlah..kalau jodoh..berpisah seribu tahun pasti bersatu jua..kalau bukan jodoh..berkepit 40 juta tahun pun tetap berpisah jua..

jom kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul...=)
muhasabah sama-sama ye sahabat...

Asssalamualaikum..=)