Monday, August 26, 2013

Tudung Labuh, bukanlah Sandiwara!

Assalamualaikum..

Bila disebut soal Tudung labuh iaitu Tudung yang menutupi dada atau labuhnya sampai ke bawah perut, automatik kita akan menggambarkan seorang muslimah yang berpewatakan lembut,lemah gelamai,sopan dan suara halus-halus gituw.

Aiza sendiri pernah menghadapi dilema sebegini. Sehinggakan Aiza mengambil keputusan drastik untuk turut mengubah sikap Aiza yang agak sedikit kasar dan selamba menjadi ala-ala muslimah sejati kononyer lah!

Sebab masa itu, Aiza didominasi oleh kata-kata dari orang tertentu yang mengatakan bahawa seorang wanita solehah ini haruslah berpewatakan sedemikian sedemikian. Seperti ada satu aras yang menandakan apakah sikap yang perlu ada pada seorang wanita solehah atau seorang muslimah yang ingin menutup aurat dengan sempurna/bertudung labuh.

Persoalannya disini, adakah anggapan seperti itu adil bagi muslimah yang tidak lemah gemalai,yang agak tegas dan agak kasar.? sedangkan sikap itu adalah kurniaan Allah semenjak kita lahir lagi. Adakah silap sikap yang diberi kepada kita? ataupun kita ini sememangnya tidak layak untuk berhijrah ke arah yang lebih baik a.k.a menjadi wanita solehah?

Aiza sentiasa berfikir soal sikap yang seharusnya ada pada seorang wanita solehah. dan sedikit sebanyak ianya membantu Aiza memahami bahawa Islam itu Mudah, Islam itu Fleksibel namun Anjal.

Alhamdulillah.. persoalan Aiza sebenarnya dah pun lama terjawab tetapi setelah Aiza membelek buku "Biar Bidadari Mencemburui Dirimu oleh Salim A. Fillah" Aiza mendapat satu statement yang Aiza sangat suka mengenai persoalan sikap yang perlu ada pada seorang wanita bertudung Labuh dan ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.

" Peraturan-peraturan ciptaan manusia bagi mereka yang bertudung labuh ini kadangkala membebankan wanita dan menyebabkan mereka yang ingin berhijrah terasa beku hati untuk melakukannya"

" Padahal tudung labuh bukanlah Sandiwara yang memerlukan kita menjadi orang lain apabila memakainya."

" Islam tidak menghapuskan sifat dan sikap peribadi penganutnya selagi tidak bertentangan dengan akidah"

Mudahkan ? Islam itu mudah, lagi indah, jadi Aiza rasa tak perlulah kita menjadi orang lain apabila ingin berhijrah. Kalau semua wanita di bumi ini hanya mempunyai satu sikap yang sama? dimana warna warninya? sedangkan setiap sikap itu ada baik buruk dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Tudung Labuh bukanlah Topeng. Just be Yourself!!

*Tudung Labuh bagi Aiza adalah tudung yang boleh menutup aurat, tak kisahlah paras mana, tak kisahlah fesyen apa.Asalkan aurat terpelihara.

#dont judge a muslimah by its Hijab#