Geng Merah Jambu..!

Thursday, August 10, 2017

Antropologi Dan Dakwah



Kursus Antropologi Dan Dakwah 
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial ( Antropologi dan Dakwah ) dengan Kepujian.

Aku merasa jugak pengalaman blur dan ditanya pelik oleh orang sekeliling apabila mengetahui aku ini belajar bidang Antropologi dan Dakwah. Bukan setakat makcik-makcik jual kopi di kampung tetapi jugak kawan-kawan hipster yang minum kopi Stabak juga merasa begitu aneh dengan bidang ini. 

Sekarang musim orang dapat tawaran U, dan ramai jugak insan-insan terpilih yang dapat bidang ini secara rela,paksa atau paksa rela. Oleh kerana aku ingin menjadi seorang Alumni yang baik dalam bidang ini, maka aku dengan ringan hati aku bercerita sedikit sebanyak tentang bidang ini supaya korang boleh bercerita balik dengan Mak, Pak, Mak long, Pak Andak korang yang akan tanya, “ BIDANG APA TU ??“ dan seterusnya menjawab persoalan VIRAL, “ Nanti KERJA APA?”

LETS START!
sebelum itu nak ingatkan, segala info ini adalah info pengalaman masa aku belajar, 2012-2016. Maka, mungkin saja kalau korang baca post ini pada tahun 2030, ada perubahan dalam kursus ini. Wallahualam.

Kursus Antropologi & Dakwah adalah SATU yang seumpamanya di Malaysia bahkan mungkin diseluruh dunia. ( aku hentam ). Korang mungkin akan dengar kursus Antropologi, Antropologi dan Sosiologi di university lain seperti UKM,UMS dan lain-lain yang aku tak tahu. Tapi kursus Antropologi & Dakwah hanya terdapat di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.(UNISZA). So be Proud to be RARE!. 


Major dalam kursus ini adalah Antropologi, manakala minor pula adalah Dakwah. Umpama korang macam ambil dua kursus gabung jadi satu. Dua bidang lah konon tapi sekeping ijazah jelah yang kau dapat nanti. 


Pada mulanya, Kursus ini dibawah Fakulti Kontemporari Islam (FKI) UNISZA, tetapi kini telah pun mempunyai Fakulti sendiri iaitu Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG), di bawah pusat pengajian Antropologi dan Dakwah sendiri. Sibling korang dalam Fakulti FSSG pula adalah kursus Kerja Sosial di bawah pusat pengajian Kerja Sosial. Fakulti ini baru, maka sikit lagi lah anak-anak kursusnya. Umpama orang baru berumah tangga, takkan anak 10 terus melainkan kahwin dengan Janda/Duda. Eh ke situ pulak. Hehe

Berikut aku singkatkan Fakta Penting dalam Kursus ini.

Tempoh Pengajian                  : 8 semester / 4 Tahun
Jam Kredit                              : 124 jam. Jam Kredit paling sedikit 1, paling banyak 12 ( Praktikal ) dan 6 ( Thesis)
Purata Jam Kredit setiap sem : 18 jam ( tertakluk kpd perubahan semasa )
Cara Pembelajaran                  : Kuliah, Test, kuiz, Buat Video, Pembentangan ( banyak kali okay ), Kerja Lapangan atau fieldwork ( bermalam di mana-mana jalankan perhatian ), Report, Artikel, Esaimen, eh biasalah tu kan. Hehe
Praktikal                                  : semester 7, TAK PERLU REPORT just isi BUKU LOG. ( tertakluk pada perubahan semasa)
Thesis                                      : semester 8, Full THESIS, bukan mini-mini-minimor . 



SUBJEK DALAM BIDANG ANTROPOLOGI :
1. Pengantar Antropologi dan Sosiologi
2. Sistem Kebajikan Sosial di Malaysia
3. Perlakuan Organisasi
4. Teori Antropologi dan Sosiologi
5. Bacaan Terarah
6. Keluarga dan kekeluargaan
7. Dasar Perancangan Sosial
8. Evaluasi dan Pemantauan Sosial
9. Latihan dan Pembangunan
10. Kelompok dan budaya minoriti
11. Aspreasiasi Seni dan Warisan
12. Kemahiran Kaunseling
13. Etnografi Orang Asli di Malaysia
14. Psikologi Sosial dan Dakwah
15. Kesukarelawanan Kontemporari
16. Ketaksamaan Sosial
17. Industri dan Penindustrian
18. Pembangunan dan perubahan sosial
19. Globalisasi dan Pembangunan Negara
20. Agama dan keagamaan
21. Budaya dan Personaliti
22. Gender
23. Ulama dan Komuniti
24. Hahah aku dah lupa
eh kalau ada yang aku terlupa maaflah sebab ada yang subjek elektif, maknanya aku tak amik tapi orang lain amik. hahaha

SUBJEK BIDANG DAKWAH :
1. Fiqh Sirah
2. Ilmu Wahyu dan kemanusiaan
3. Akidah dan Akhlak
4. Bahasa Arab ASP ( Arab Special Purpose kot hehe )
5. Fiqh Dakwah
6. Bahasa Arab 1
7. Islamic Jurisprudence
8. Kepimpinan Islam
9. Methodologi Dakwah
10. Ilmu Wahyu dan Sains
11. Dakwah & Komunikasi
12. Gerakan Dakwah

SUBJEK LAIN-LAIN/ SUBJEK UNIVERSITI / SUBJEK APA-APA LAH TAPI MEMANG KENE AMBIL
1. Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( TITAS )
2. English for communication 1
3. English for communication 2
4. English ESP
5. Talaqi Al Quran
6. Metodologi Kajian
7. Penganalisian Data Penyelidikan
8. Asas keusahawanan
9. Hubungan Etnik
10. Kokurikulum ( banyak subjek lah, macam aku, aku ambil Asas pengucapan Awam, Kompang, Muzik Moden, ha nampak tak aku ni nak berjimba je dihujung-hujung minggu. Malas tambah stress amik koko leceh-leceh. haha)

DAN YANG TERAKHIR YANG PENTING
1. Praktikal 4 Bulan
2. Thesis sebuku. Sebuku je. hehe


Okay, mari kita cerita sedikit sebanyak gambaran subjek. Tapi bukan semua lah. Kalau nak aku cerita satu-satu jom lepak Kepci ke, Kenny Rogers ke,  Sushi King ke, korang belanja aku makan dan cerita. Amacam? Hehe

Secara umumnya, Antropologi ini berkisahkan tentang budaya manusia/ masyarakat. Antropologi itu sendiri maknanya ILMU BUDAYA. So korang akan belajar tentang kehidupan manusia,

-macam mana manusia ini boleh ada kehidupan sosial ( daripada hidup dalam gua, eh eh sekarang hidup dalam instagram )
- falsafah barat tentang tindakan manusia contohnya kenapa ada konflik, apa keperluan manusia, cara manusia mempunyai gaya bahasa tertentu yang berbeza antara bangsa-bangsa yag lain, kenapa perlu ada agama, ekonomi dan blab la bla
- korang belajar banyak teori sosial tetapi dari barat lah seperti TEORI KONFLIK, TEORI FUNGSIONAL, TEORI SIMBOLIK, TEORI KEPERLUAN MANUSIA. Dan macam-macam banyak teori lagi.
- Teori dari pandangan Islam pun ada, Teori dari IBNU KHALDUN dan ape ntah aku lupa.
- kenapa banyak teori dari barat? Sebab ilmu Antropologi ini sendiri orang barat yang banyak tekankan dan kembangkan. Jadi akan ada teori yg ada unsur liberal sedikit. Tetapi biasanya pensyarah cover balik lah dengan teori asas Islam. Jangan risau, tiada atheis atau ajakan kepada atheis sepanjang aku belajar.

kemudian korang akan kaji tentang perubahan kehidupan manusia. Pada masa ini mungkin dah semester 3 atau 4 ke atas, korang akan start buat kajian kat luar. Seperti:
1. Kerja lapangan di kampung Orang Asli
   - 3 hari 2 malam biasanya di kampong Orang Asli buat pemerhatian tentang life orang Asli. Masa aku belajar, kami kene pergi 4 kampung iaitu di 2 kampung di Terengganu, Pahang dan Perak. So Far korang bukanlah kene tidur dengan orang Asli, tidurlah dalam Dewan ke, Tadika ke, Hotel-hotel harap maaf lah ye. Tidak sama sekali.

2. Pemerhatian perubahan kehidupan manusia setempat
    - pun 3 hari 2 malam jugak di mana-mana lah yang Pensyarah korang suruh tapi CLASS TRIP lah. Masa aku dulu kami pergi PERLIS, LANGKAWI, PULAU PINANG, INDONESIA, TASIK KENYIR. Korang akan tengok maybe Gelandangan, orang kampung pulau, pendatang asing. Depends lah Pensyarah Korang suruh buat apa.

3. Pemerhatian Masyarakat Setempat
    - ini korang kene spend lah weekend korang untuk pergi tempat2 yang pensyarah suruh tapi biasanya area Terengganu je. Contohnya, pemerhatian Lifestyle kat Kedai Makan ke, kat Hotel ke, macam kumpulan aku, kami kene perhati orang makan kat tiga kelas kedai Makan. Iaitu Kedai Makan cap ayam, kedai makan sederhana, dan high class. Best woo. Hehe. Ada yang kene berjalan-jalan kat Bandar tengok orang.
Pada aku, kursus ini agak sesuai untuk orang yang suka aktiviti luar yang tak kisah comot2. bersneakers, berpanas, berpeluh. tapi bukan hari2 pun kene kerja lapangan. Weekdays biasanya dalam kelas jeeee…  Kalau 24 jam nak berheel, tak boleh kene gigit nyamuk atau tak mahu berpeluh dalam hutan, maybe korang boleh buat rayuan tukar kepada bidang lain yang lebih sesuai? Mungkin.

Agak-agak korang dah dapat ke belum gambaran Kursus Antroplogi ni macam mana ek? 



okay kalau untuk subjek Dakwah pulak kebanyakannya dalam Kelas, Jarang kene pergi luar. Tapi Trip TeamProject ade lah. Bergantung kepada tugasan yang Pensyarah bagi. Kalau macam aku dulu, aku ada kene pergi dekat Ladang Lebah sebab ada Tugasan Pasal Lebah under subject Ilmu Wahyu dan Sains. Untuk Trip Class under subjek Dakwah so far macam takde masa zaman aku lah.

Subjek Dakwah ni macam basic –basic je, takdelah sampai tahap tafsir hadis atau ayat Quran. Tidaklah sedalam kursus pengajian Islam yang lain. Tapi insyaAllah cukup untuk menjadi modal insan  yang baik dari segi Rohani dan Jasmani gituww.

Kenapa perlu gabung Antropologi dan Dakwah? Kenapa tak asing je?


sebabnya focus dalam bidang ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang tahu pasal lifestyle manusia dan dalam masa yang sama bila dah tahu lifestyle manusia tu lagi mudah untuk buat dakwah atau perubahan yang baik. Kita nak buat dasar atau undang-undang Islam ke undang-undang apa pun bukan main buat sahaja tetapi perlu tawan dulu hati masyarakat, perlu faham keprluan mereka barulah kita buat dasar dan apa-apa jelah.

kalau takde Dakwah pulak. Jadilah kita Antropologist yang mungkin terlalu kebaratan yang mengenepikan Islam dalam membangunkan sosial manusia.

Kalau takde Antropologi pulak, mungkin kita ini jadi pendakwah/menteri/pihak berkuasa yang syok sendiri yang tak faham keperluan masyarakat pun dan akhirnya usaha kita sia-sia sebab tiada sambutan. Ha macam gitu lah. Paham ke?

Dan lagi, ya memang banyak guna team-work punya kerja. Untuk kerja lapangan biasanya Group 8-10 orang. Dan sebaiknya korang carilah geng yang boleh saling melengkapi. Kerja lapangan ini berlansung selama beberapa sem jugaklah. Dan kalau boleh kumpulan yang sama je senang kalau dah ngam lah.
macam aku dulu memang 10 orang je sampai jadi Geng. Hai Geng ZAFFBAHASA aku!! Eh korang bukan rajin sangat pon baca blog. Hahha

dari segi sosial dalam kursus ini kami agak terbuka. Maknanya berkumpulan campur lah. Tapi dalam kelas tetap duduk asing-asing. Ada minor DAKWAH kan. Tidak terlalu terbuka, tidak terlalu “zuhud” so sedang-sedang je. Bagi aku, aku suka suasana macam ini.

KERJA APA?

ini soalan VIRAL.



secara khususnya tidak ada jawatan PEGAWAI ANTROPOLOGI DAN DAKWAH Gred 41 di Malaysia ini. Haha. Bidang kerja yang memerlukan kursus ini biasanya Pegawai Muzium, Pegawai Arkib, Pensyarah. Hebat bunyinya, tapi kekosongan jawatan SUSAH. Haha.

tapi jangan risau, bidang ini membolehkan korang kerja di mana-mana seperti dalam jawatan pentadbiran ( ADMIN), cikgu sekolah rendah / menengah ( ajar subjek Islam, moral, sivik / sejarah ). Kerja2 Office, Jabatan2 kerajaan , eh banyak je. Jangan risau.  Tapi janganlah kau mohon kerja Doktor bedah atau engineer pulak. Kau dah kenapa?

so far, aku rasa cukup dah kot story telling aku pasal bidang ini. Aku harap dapat lah bantu sikit-sikit mana yang korang buat-buat terkejut dapat kursus ni masa dapat tawaran UPU haritu. Relaks, senior korang dulu-dulu pun bukan sepenuh hati sangat masuk bidang ini sebab BLUR. Tapi bila dah masuk, dah belajar semua GILA. Sebab FUN hahaha.

aku lah kot, orang lain aku tak tahu lah. hehe.

selamat Maju Jaya. Semoga sentiasa dalam jalan menuju Illahi.