Sunday, July 22, 2012

Bila kawan baik menikam belakang kita..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..berlalu sudah 1 ramadhan..syukur pada Allah kerana masih bagi peluang pada aku untuk melalui ramadhan sekali lagi ..

Sahabat,kawan dan teman..mereka semua ibarat warna dan cahaya neon malam yang menyerikan lagi kehidupan kita.Tanpa sahabat,kawan dan teman,hidup kita umpama malam yang kurang cahayanya ..teraba-raba mencari arah. Ada cahaya dan warna yang kita temui pada malam hari membawa kita ke arah yang kita inginkan,dan begitulah sebaliknya. Malah,ada juga cahaya yang nampak seperti membuahkan harapan,rupanya kelam pabila kita sampai ke cahaya tersebut.

begitulah kawan ,ada yang kita rasa dia boleh membawa kita ke arah kebaikkan namun sebaliknya.. Ada juga yang kita rasa,dia tidak layak menjadi kawan kita,tapi dialah yang mendatangkan kebaikkan kepada kita. Malah,ramai juga yang mempunyai sahabat sehati yang disayangi,namun entah mengapa dalam diam,hati kita pula dihancurkan dengan selumbar halus..sikit-sikit tidak terasa namun pedihnya sangat berbisa..

Mungkin sahaja,ramai diantara kita yang turut berada dalam situasi tragedi ngeri kemalangan hati yang disebabkan musnahnya kepercayaan terhadap kawan baik/rapat/teman sehati sendiri, well..aku juga baru sahaja disahkan menghidapi kehancuran hati dek kerana dilumatkan oleh kawan sendiri..

rasa yang pedih hingga satu malam tak dapat lelapkan mata,(satu malam jelah) memikirkan mengapa perlu daku diperlakukan sebegitu?.apalah dosa dahku?semuanya berlegar-legar dikepala tak mahu duduk diam-diam.

Hancur dan terkilannya jiwa dapat aku rasakan sehinggalah ke saat ini,bukan berdendam namun sangat terkilan..

pernah aku persoalkan pada diri sendiri,mengapa kasihku dibalas dengan selumbar?cepat-cepat aku redakan dan ingatkan diri sendiri,bahawa kasih yang sejati tak pernah mengharapkan apa-apa balasan.

ya..memang hancur dan sedih hati ini bila kawan yang rapat dengan kita sewenangnya memperlakukan sedemikian,tapi perkongsian yg dapat aku pelajari adalah,jangan sesekali kita menghembus kembali segala apa yang kita geramkan,jangan sesekali kita mengungkit kembali segala masa yang telah diluangkan dan jangan pula sesekali kita memburukkan dia dengan teman yang lain..

andai sebaliknya yang kita lakukan,bermakna kita juga menikam dia kembali,maka,memang layak lah dikau punyai teman seperti itu!walau hati sudah tertutup untuk menerima dia,bukalah sedikit untuk meredakan kesalahannya kerana sesungguhnya hidup ini adalah sementara.

yang baik dibalas baik,yang buruk dibalas buruk.kesudahannya,Allah jua yang Maha Mengetahui.. 

dalam bersahabat,ingatlah..kasih yang sejati tak pernah meminta sebarang balasan walaupun dengan sepinggan KFC.erk?

malahan,terima kasih wahai dikau yang menghancurkan hati dahku,sesungguhnya dikau mengajar daku erti kekecewaan agar aku tidak lalai dalam kesenangan. 

just chill and smile...Allah kan sentiasa ada..=')



  

Saturday, July 14, 2012

Destinasi Ilmu seterusnya : UNiSZA

Assalamualaikum wbk..

er..er..er.. lidah kelu ingin menutur bicara,terasa bagai tidak percaya dengan apa yang telah ditakdirkannya..terasa hangat jari menerima cincin dari suami tercinta,sebagai tanda telah diijabkabulkan..hahaha! hei..mana kau menerawang ha....???!!

Alhamdulillah..semalam result upu lepasan stpm dah pun keluar .Kalau ikut pada arahan semakan,aku kene semak pukul 12 tengahari,tapi akibat kerakusan hati dan ketidaktentuan jiwa yang berkobar-kobar,pukul 11.25  dah buat semakan dah..tup tup dah ada rupanya.

secara jujurnya,aku tidak pernah menjangkakan rezeki yang bakal aku dapat sebegini besar nikmatnya. Sebelum nie,aku lebih berminat dan bermimpi pada tawaran daripada Ipta yang lain,which is selama nie menjadi impian dari kecil.

Bila mendapat tawaran daripada UNiSZA,kaku mata menatap lappy tercinta,kelu lagi lidah untuk berkata apa-apa..hanya hati besar rasanya,seperti tidak percaya apa yang aku baca.Kerana aku mohon megikut hati kecilku,ingin tapi tak yakin.



Aku ditawarkan untuk berada di bawah lembayung Fakulti Pengajian Kotemporari Islam,Bahagian Jabatan Dakwah program Sains Antropologi dan Dakwah. Besar kenikmatan yang telah Allah SWT beri namun di suatu sudut hatiku tidak semena-mena merasa berat dan beban.Tidak semena-mena juga,aku meletakkan diri aku jauh di hujung tempat yang paling hina untuk mendapat kenikmatan dan tanggungjawab serta amanah seperti ini.

Hati dan jiwa mula dihentam syaitan menyatakan tidak kepada rezeki yang telah diberikan.Walaupun aku sendiri yang membuat permohonan,tapi entah mengapa jiwa dan diriku seperti tiada iman.Berbolak=balik dan bergelodak.Pabila memikir tentang mama dan adik,bertambah terasa beban dibahu ini!.

Panggilan telefon ku hadapkan pada seorang sahabat yang aku harap dapat mengusir kebengongan dikepala dan keresahan di jiwa. serius to say,teruk aku dihentamnya sehingga dikata bodoh sekiranya menolak tawaran berharga ini.tambahnya lagi,menolak tawaran ini just same macam menolak hidayah yang Allah ingin beri.

sekarang,aku baru sahaja berjumpa seorang ustaz,kenalan rapat keluarga dan juga arwah ayah aku yang banyak memberikan pandangan serta khidmat nasihat sekiranya kami memerlukan.Alhamdulillah..setelah mendengar hentaman dari seorang sahabat,serta nasihat berharga dari Ustaz Muhammad Rosli,..jiwa aku sembuh daripada kebuntuan.

Pandangan mama pada saat ini memang tidak boleh aku pakai,sebab mama sangat berat untuk melepaskan aku jauh nun ke Terengganu nanti.Mujurlah Ustaz Rosli telah membantu menenangkan mama yang kesedihan.

Bahagian Dakwah yang aku dapat ini merupakan doa daripada arwah ayah yang meninginkan aku memenuhi hajatnya:sama ada aku bergelar seorang guru,ataupun seorang pendakwah islamiah.Secara jujurnya,inilah program pengajian yang amat aku inginkan disudut hati kecilku semenjak selepas UPSR lagi..

tiba-tiba terasa macam nak nanes...='(

Alhamdulillah..my next journey ..UNiSZA,Fakulti Pengajian Kotemporari Islam,Bahagian Jabatan Dakwah,Program Sains Antropologi dan Dakwah.

can i start crying now...or..can i start my ganu loghat? haha..

c u again..Wallahualam..Assalamualaikum.. 


Wednesday, July 11, 2012

Berniqab:sifat mulia yang sering dipandang pelik.

Assalamualaikum wbk..

lama rasanya jari jemari tidak menekan keyboard lappy tercinta dek terlalu busy dengan kehidupan dunia.oh..kalau mengejar dunia memang beginilah jadinya,takkan pernah ada masa untuk diri sendiri,apatah lagi masa untuk bermesra dengan penulisan yang serba daif ini.

masa singkat yang aku ada,aku pergunakan untuk menurkilankan kata hati sejak kelmarin mengenai isu berniqab yang kini sering sahaja menjadi perhatian.(hahaha..kenapa aku terasa seperti buat karangan form 5 nie??) =D

                                                                                                                                   

apabila aku berfikir tentang berniqab atau berpurdah ini selalunya aku membayangkan perkara-perkara yang positif yang sentiasa ada pada wanita tersebut.Bermula daripada keteguhan imannya,ketabahan jiwanya sehinggalah kepada kesantunan tingkahnya dan keredupan hatinya pada Allah SWT.

Namun demikian,rupanya bukan semua manusia di muka bumi Allah ini berfikir sebegitu rupa juga.Masih ada pihak yang memandang negatif dan pelik kepada wanita yang berada di dalam kemuliaan ini.Jadi,aku ingin sekali cuba berkongsi sedikit sebanyak mengenai isu berpurdah yang aku dapatkan daripada pembacaan dan juga pemerhatian.Hypothesis yang telah pun aku simpulkan diharapkan dapat membantu meningkatkan pemahaman kita tentang isu berniqab @berpurdah ini.  

Hukum Berniqab
Umum mengetahui bahawa aurat seorang wanita baligh itu adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan.Sudah menjadi kebiasaan masyarakat muslimat di Malaysia,cukup dengan berbaju kurung dan bertudung menutup dada.Lalu mengapa pula mahu menutup wajah?nampak seperti ekstremis bukan?seperti tidak menghormati kepelbagaian kaum di negara kita.

Jangan meludah sebelum meninjau tempat untuk meludah.Sebelum kita menghambur kata,adalah lebih baik rasanya kita meninjau hukum Berniqab ini.

Ramai para ulama kotemporari yang tegas seperti Sheikh Ibn Baz rhm mengatakan bahawa wajah seorang wanita itu adalah aurat.Makanya,wajah itu wajib ditutup dengan secebis kain niqab. Namun,para ulama sepakat mengatakan bahawa seseorang muslimah itu wajib menutup wajahnya apabila keindahan pada paras rupanya boleh mendatangkan fitnah dan  membuka pintu kerosakan.

Pintu kerosakan yang bagaimana?
hmmm...well,wajah yang cantik hingga mengundang perhatian dan menarik pandangan Ajnabi sehingga memberi effect negatif pada hatinya. 

Hello,lelaki,memang dah lumrah mereka suka melihat kecantikan wanita.even wanita yang tak berapa nak cantik pun dia suka juga!. 

Muslimah boleh bergantung kepada dua pandangan. 
Perlu dihighlightkan disini,seorang wanita muslimah itu mempunyai dua pilihan sama ada ingin memilih pandangan bahawa Niqab itu wajib atau sebaliknya tanpa memandang hina dan buruk kepada pandangan yang bukan menjadi pilihannya.

Contohnya,aku memilih pandangan bahawa berniqab itu tidak wajib..pakai tudung sudah...tetapi dalam masa yang sama,aku sama sekali tidak boleh memandang muslimah yang berpurdah itu sebagai pelik dan memelikkan.Dan begitulah sebaliknya.ngerti ya? =)

Berniqab sifat mulia,tidak pula berdosa bila tidak melakukannya. 

Seseorang muslimah itu harus bersungguh-sungguh dalam menjaga auratnya serta perlu memiliki kefahaman tentang ketaqwaan kepada Allah sama ada anda seorang yang berniqab ataupun tidak.

Sekiranya anda memilih untuk berniqab,fahami mengapa anda berniqab?mengapa anda perlu menutup wajah anda?janganlah pula hanya disebabkan mengikut trend 'alim' . seorang wanita yang berniqab,rasanya kurang sesuai sekiranya gambarnya berniqab di upload dengan lirikan mata yang menggoda.lebih tidak menepati keperluan Niqabnya,apabila gambar tanpa niqab turut diupload sama.sudahnya,apa tujuan anda berniqab?

Seorang wanita yang tidak berniqab pula bukan bermakna anda bebas menjaja gambar dengan aksi comel lagi menggoda.Sehingga berjela-jela jejaka memuja.Terkadang bersama tasbih umpama memuji keindahan Pencipta .

''Subhanallah...cantiknya..''.tolonglah..adakah itu sebenar-benar tasbih semata-mata kerana Allah,atau dek kerana nafsu yang dikaburi dengan zikrullah?sedangkan seorang abid sahaja mampu goyah inikan pula jejaka kini yang sangat jauh daripada zaman salafussoleh?
bukan mahu memandang negatif  tapi ingatlah bahawa syaitan sentiasa ada.

Kembali semula kepada mengapa kita disyariatkan menutup aurat?adakah kerana sekadar menyarung tudung di kepala?atau sekadar secebis kain penghalang habuk di wajah?

Seorang wanita yang menutup wajah bererti dia telah melakukan kebaikan,manakala yang tidak menutup wajahnya tidak pula berdosa.Namun adalah lebih baik kita beramal dengan memahami keperluannya.bukan hanya mengikut trend semata..it will be nothing u know.no soul.

Ubah pandangan negatif terhadap wanita berniqab 

aku harap,penulisan yang serba daif ini dapat mengubah pandangan negatif kita terhadap wanita yang mengorbankan kecantikan wajahnya utuk ditutupi.itu adalah sifat yang mulia serta pilihan yang mendatangkan kebaikkan.aku tak kata,wanita yang tak berniqab itu tidak mulia..kerana kemuliaan yang sebenar datang daripada hati yang bertaqwa kepada Allah SWT.remember that orite??

yang pastinya,sama ada anda berniqab atau tidak,menutup kepala sehingga labuh ke bawah dada itu wajib!no kompromi at all..jangan kau mengada-ngada nak berniqab tapi tak menutup kepala hingga bawah dada,kau dah kenapa?ala-ala gipsy girl ke?? 

no gipsy
no korean
no american
no 'hawaian' 
we
are 
MUSLIM.
so
lets 
act
exactly 
like a 
MUSLIM.



wallahualam..c u again! 






  

Thursday, June 28, 2012

Tip Mudah Mahir Memandu.

Assalamualaikum..

masa aku kecik-kecik dulu..bila hang out with my family,aku selalu took seat belakang driver,which is mean ,belakang my late father .then dengan imaginasi yang tinggi,aku suka tiru gaya how nak pandu kereta siap pakej bunyi kereta sekali.bertemankan adik aku yang masa tu pun baru darjah 1,bermulalah drama sebabak adik beradik yang kononnya sedang memandu kereta sambil menjeling kaki arwah ayah tang mana yang ditekannya..

perangai aku yang tak senonoh tu berhenti bila aku dah sekolah menengah,well,seorang gadis tak sepatutnya bersikap macam budak2 lagi kan..mestilah kene ayu,sopan.dudk baik-baik dan diam-diam dalam kereta tu...huh!macam lah ayu sangat..T_T''

bila begitu keayuanku,memang tak pernah terlintas kat kepala aku yang besar nie nak memandu dengan umur yang muda .yelah..i'm like a princes u know..even nak pergi potocopy kertas sehelai pun my late father hantarkan..jangankan bas..tangga bas pun i tak pernah nak pijak time tuh...(i mean bas ting tong lah..kalau bas sekolah..kalau tak pijak tangga,macam mana pulok nak g sekolah derr?)..ayu kan i?? (ayat macam minta lempang kan?)

yeah..we just human yang tak tahu apa2..when that time come,,aku have to be more ganas derr..no more ayu2 like before..and i have to take a lesen setihbanya selepas tamat exam spm.and i have to,wajib boleh drive..ni bukan setakat amek lesen then simpan dalam purse buat tebal purse je ok!.. 

and at the end..now..Alhamdulillah...with my little baby kancil and my yeah..lesen ofkos..i boleh drive ke mana saja yang i nak tuju.macam mana sesak dan padatnya jalan yang i kene lalu..macam mana sengalnya driver lain yg buat jalan tu macam die yg punya i kene layan n sabar..dah hampir 2 tahun lebih jugaklah i jadi minah drift guna kancil..ahakz!seriously...jujur utk  aku katakan..drive tu dah jadi hobi aku..and dalam masa yg sama tempat aku melepaskan tekanan..tekan kuat2 pedal minyak tu...sampai kereta jadi menggigil-gigil..alahai..paham jelah..kancil..n done...my mood n soul will come back..time tu barulah nak beristigfar bagai..hui hui hui..T_t''

so..if aku boleh..kenapa tidak anda?aiseh..ayat komersial u..
sebab tu lah aku nak kongsi sikit tips macam mana nak pandu kereta ni,,walhal..dah bertaon lesen duk dalam purse..lagi-lagi yang gegirl nie..asyik dok renew renew renew..
aku bukanlah pemandu yang cekap giler..atau pun pemandu jelita..ahakz!but at least..hargai duit yg anda korbankan time belajar kereta dulu2.. rugi beb kalau kau tak pandu kereta jah oi!

kalau sudi bolehlah praktiskan...:(pendahuluan tak macam panjang pulak kan..hehehe)

  1.  bende pertama yang aku buat adalah.. bercouple dengan stereng kereta ..aku ambil masa 1 bulan utk bermanja-manja dengan stereng kereta.bagi tangan tu lembut macam menari inang time putar stereng tu..lagi best..hang boleh capai tahap hang guna  satu jari nak putar,siap angkat jari manis..(style mak datin jah oi).kawalan yang baik terhadap stereng kereta boleh membantu kita kawal pergerakan kenderaan sekiranya terpaksa melencong dan melencong secara tiba2. 
  2. nak bercouple dengan stereng mestilah dimulakan dengan drive atas jalan yang tegak and tak banyak gangguan drpd luar (kanak-kanak,kenderaan lain serta jejaka yang hensem)..,supaya hang tak lah gabra. bila dah terer, buat pulak drive atas jalan yang banyak belok2 macam dekat car park masjid. yelah,kat car park masjid kan besar then ada banyak batu jalan yang nak bahagikan car park kan? orang pun tak ramai..(time bukan waktu solatlah..)
  3. kalau  ada halaman yang luas,boleh drive secara roundabout..means buat bulatan secara kehadapan mahupun undur..cara ini boleh bantu anda kawal stereng dengan jayanya..semakin laju anda buat roundabout semakin bagus kawalan stereng anda.Tapi..pastikan tiada kanak-kanak berselerakan dan ada manusia otai drive yg mengawasi anda ok.
  4.  bila dah mahir stereng,bolehlah memandu ke jalan-jalan kampung/jalan yang tidak banyak kenderaan dengan ditemani si otai kite tadi.
  5. sila sila dan sila..tabahkan jiwa..mantapkan raga..tak payah takut apa2 kat jalan tu..kalau hang betul,insyaAllah ,everything will be fine..
  6. tentang clutch and minyak pula..just pandu atas jalan tegak yang banyak bendul dengan kelajuan yang berbeza-beza sebelum sampai ke bendul .main sampai gear 5 kalau boleh .pelarasan clutch dengan minyak pula..haha..yang tu..korang kene belajar face to face..feel to feel..dengan otai drive ok?kalau tak pandai jugak..pandu auto sudah..
  7. untuk memahirkan lagi tahap pemanduan jangan manjakan diri dengan memandu auto  . biasakan diri anda dengan pemanduan secara manual. memang lah penat tapi berbaloi-baloi..cuma bila nak jalan jauh tu bolehlah nak guna auto..tak lah lenguh betis..!
  8. dan yang paling penting pula..korang kene lah konsisten dalam memandu..bukan setakat masa kat sekolah memandu sahaja..even kat rumah mahupun dimana-mana..amalkan sikap..saya nak drive cepat!nak lumba dengan Aiza! janganlah memandu sebulan sekali jer..ataupun setahun sekali..memang lambat lah nak mahir..kalau boleh..sehari tu berkali-kali..nak pergi kedai sebelah rumah beli tepung sekilo je pun pandulah kereta tu.......
  9. bagi yang tak dapat restu mak ayah pulak...ehem ehem...dukacita saya maklumkan disini...selagi hang tak dapat kebenaran daripada mak ayah hang..hang jangan gatai nak drive no,kang jadi hapa-hapa..maknanya tak berkat hang tau~!pandai-pandailah hang pujuk no. hehehe..
  10. dan yang terakhir sekali...pelbagaikan gaya pemanduan  ..pandu kereta yang lain saiz..kalau asyik kancil je tak mencabar lah bro.., lalu jalan yang mencabar..,kelajuan yang berbeza-beza,dan lets enjoy time driving!haha...


 hei...is that all tips above can help u ha derr??actually tak berapa nak tips sangatlah..actually its more to..how aku practice nak mahir kereta masa mula dapat lesen L dulu-dulu.. if u guys cau use all the tips/ways above..yeah..Alhamdulillah..thats good...tra lalala.. at least taklah tersimpan je lesen tu...hik hik hik...

derr..aku bukan nak takabbur tau..janganlah der..keselamatan aku semasa drive sampai hari ni even giler punyer drive semua tu adalah berkat pertolongan dan bantuan daripada Allah.. ada satu je yang sangat penting untuk kita amalkan sebelum memulakan pemanduan even nak pergi kedai makcik bedah sebelah rumah!

1. Basmallah dengan penuh tawakal bersama doa menaiki kenderaan..
2. Ayatul kursi.
3. niat pemanduan kerana Allah..niat tu penting bro!

semoga kita semua olowes selamat dalam pemanduan insyaAllah..buat muslimah semua..jangan gentar nak memandu..(yang tak beranilah) sebab..try it..u will enjoy!.dan yang paling penting,kita semua bolehlah menjadi muslimah yang lebih berdikari,cekap dan tangkas...!

wallahualam..













Wednesday, June 13, 2012

Kenyang Makan Daging Saudara Sendiri.

Assalamualaikum...hai semua!(^_^)

 Hari ni memang kenyang lah...baru je lepas lunch ikan talapia goreng masak sambal,dah ada sahabat beri ikan kembong masak kari..hmmm nyummy!makan banyak pun tak apa...T_T''

 dalam sedap-sedap makan tiba-tiba aku terfikir akan sesuatu yang aku rasa selalu berlaku dalam kehidupan makhluk-makhluk berakal .sedarkah kita yg sebenarnya selalu juga kita kenyang makan daging saudara sendiri@mengumpat?

oh...bila berbicara tentang mengumpat nie,aku tak tahulah dah berapa banyak agaknya dosa kat buku amal kiri aku.dosa mengumpat,dosa dengar orang mengumpat semuanya dah bercampur2 dan agaknya dah berapa kilo daging manusia yang aku makan!

well,mengumpat@bergosip tentang hal kawan2 atau insan2 yang kita tak suka merupakan satu makanan ruji bagi nafsu lebih-lebih lagi pada wanita. even kita pertahankan diri taknak mengumpat,kita tetap terjerat dengan mendengar orang mengumpat.

even though islam dah highlightkan dosa mengumpat tapi acara mengumpat nie tetap rancak dari mulut ke mulut.tak tahulah kenapa susah sangat kita nak kikis sikap yang Allah tak suka tu?

kadang-kadang aku terfikir-fikir kenapa kita tetap terus mengumpat even tahu betapa dasyatnya dosa mengumpat.

jawapan yang aku jumpa adalah:


  1. Fitrah manusia untuk selalu nak bercerita dengan kawan-kawan tentang sesuatu yang menarik perhatian .well,contohlah kan..aku cakap..''hei..korang tau...Siti Nurhaliza beli Villa tau!'' .secara rawaknya,wanita sangat tertarik dengan statement begini berbanding lelaki.so secara autonya..wanita akan tertanya2 yeke?kat mana?bila?duit apa? dan mulalah agenda makan daging siti nurhaliza bila terkeluar pula fitnah2 dan perkara-perkara yang aib untuk didengar.
  2. Kebencian kita terhadap seseorang itu menyebabkan kita didorong oleh nafsu untuk menyebarkan keburukkan dia,.lebih advance apabila kita mengambil masa untuk berdiskusi tentang keaiban seseorang itu.Astagfirullah...T_T
  3. sikap seseorang itu sendiri yang menyebabkan kita tak tertahan-tahan nak 'berbincang'..Ya ALLAH..yelah..mana tak nya...contohlah kan..korang ada sahabat yang sangat menjengkelkan!sehari dua,boleh lah tahan..dah sebulan dua?tak tahan,nak luah juga pada kawan...lantas mulalah acara makan-makan.!
kesimpulannya senang diluah,susah dilakukan..usaha nak membasmi dosa mengumpat dan yang bersangkutan dengannya memerlukan peranan semua pihak..kita dan juga muslim yang lain.(karangan time spm!)

so .aku nak berpesan pd diri aku serta sahabat2 yg aku sayang,
jom jaga diri agar tidak menjadi bahan umpatan,janganlah kerana sikap kita yang sengal dan menyakitkan hati orang tu menjadi dosa pada semua orang pula.

and,on the same time,berhabis usahalah kita wahai penduduk kampung pinang dua batang menjauhkan diri daripada mengumpat.tahanlah macam mana pun,kau nak gigit kain ke,gigit jari ke..sumbat telinga guna kabus ke...asalkan berhentilah drpd sikap yg sangat jijik tu..hei..kau makan daging saudara kau sendiri!kau tak jijik ke??!!


Ya Allah..aku dah tak larat tanggung dosa yng menjijikkan ni!
tsk tsk tsk....korang larat lagi ke?

jom muhasabah..and lets perfom better for our tomorrow...
bayangkan,nie sate daging manusia!kau nak makan tak?
asssalamualaikum...

Tuesday, June 12, 2012

Persepsi Melayu terhadap tudung labuh dan kopiah.

Assalamualaikum..hai semua!

dengan tangan berhabuk dek kerana membersihkan kipas yang berhabuk,aku terus saja tekan keyboard lappy tercinta pabila ada sesuatu melintasi minda.(hahaha..ayat novel sekali lagi....!)

Persepsi masyarakat melayu terhadap wanita yang bertudung labuh dan lelaki yang berkopiah.

contoh 1

Mak Jemah: ish tengok tu..pakai tudung labuh(tudung sekolah) ..mesti orang dakwah tu.
                      T_T''

3 hari kemudiannya..

Mak Jemah: eh.itu orang hari tu,kenapa dah tak pakai tudung labuh dah?dah berubah balik
                       ker?dah terpengaruh dengan kawan tak baik lah tu.
                       hmmmm,susah je pakai tudung labuh .asalkan pakai tudung tak nampak rambut                      
                       dah lah.nyusah je lah.!dengan sarung tangan lah,stokin lagi,bukan orang nak
                       tengok pun!

contoh 2

Miss A : Miss B..aku ingat aku nak tutp aurat dengan sempurna lah..ni ha,nak labuhkan tudung            
                yang aku pakai,pakai sarung tangan n stokin..

Miss B : ala kaw nie..pakai tudung je dahlah..ramai lagi yg tak pakai tudung.ape ade
               hal!lagipun time muda nie lah kita nak pakai ketat,tudung fesyen..enjoy lah wei..nanti
              dah tua baru kau menyesal sebab tak enjoy time muda ni..dah lah wei...!

contoh 3

Mak Jemah lagi..: eh,laki dia pakai kopiah jubah,..nie mesti orang dakwah nie..hmmm,orang
                               dakwah nie nnti tinggal anak bini.ala,anak dia bukan baik sangat
                               pun..macam anak terbiar..tu lah,kalau dapat laki berkopiah jubah macam
                               tu,memang tak aman rumah tangga.tinggal anak bini.

contoh 4

MIss C :kau nak pakai tudung labuh,?ala,macam lah ilmu agama kau tu bagus sangat nak
             pakai tudung labuh..aku yang agama A++ ni pun tak pakai tudung..hei,yang pakai
             tudung labuh tu bukannya baik sangat pun.yang penting hati baik dahlah.!T_T''

Contoh 5

Boboi A: kopiah?eh tolong lah..macam orang kampung tau tak!tudung labuh tu                        
                semua,ish...memang macam makcik je aku tengok!

Uncle A : adik nie pelajar tahfiz ke pakai kopiah nie?
boboi kopiah : erk bukanlah..saya pelajar sains..
Uncle A:oh..ala dik,..adik kan pelajar sains,tak payah lah nak pakai kopiah nie.buat orang rasa
                pelik tau.asalkan solat,hati baik..kan dah cukup.


macam nie lah melayu kita..bukan setakat melayu,islam pulak tu.Persepsi masyarakat melayu yang menganggap pemakaian aurat yang sempurna sebagai satu bebanan dan hanya boleh dipakai oleh mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi sahaja menyebabkan ramai yang terbantut niat untuk berhijrah.

pleaselah..mereka yg bertudung labuh dan berkopiah tu bukan malaikat yang takda kesilapan lansung..iman meningkat tak turun2...

bila dipikir semua kata-kata orang,aku sendiri rasa lemah.macam aku nie seekor alien yang dipandang gerun dan asing oleh orang bumi.

well,aku paham perasaan berbelah bagi bila berhadapan dgn mulut2 yang tak memberi semangat lansung pd kita.Tapi nak buat macam mana.kita berhadapan dengan mulut orang.Bukan mulut tempayan yang boleh ditutup dengan zink buruk!

so who care?pahala masing2 yg dapat.takda share2 pun.pahala jugak takkan berkurang kalau orang mengutuk kita dari belakang.malah menambahkan lagi pahala kita.tak ke untong tu??

jangan pernah putus asa pada jalan menuju redha Illahi..
dan jangan pula memandang pelik serta berat dan beban pada mereka yang berjalan menuju redha Illahi..

jom muhasabah and lets perfom better for our tomorrow!
assalamualaikum..


Hormati Hak Milik Kawan.

Assalamualaikum..hai semua..

life has been so busy but i still can buat 2 entry sekaligus.. percayalah wahai rakan-rakanku semua bahawa aku sedang berblogging atas meja kaunter kedai nie..but its ok..l love blogging meh... kaunter kedai pun jadilah....

bila menyebut tentang hak milik kawan,ramai yg buat endah tak endah..

''ala....dia pinjam aku punya boleh..''
''ala.....jangan lah berkira sangat...''
''ala..kedekut lah kaw nie..''

well.. kita semua adalah manusia yg ada kawan,.mesti pernah berhadapan dgn situasi dimana kawan kita buat hak kita macam dia punya sendiri. sbg mcm contoh..

pinjam ladtop kawan sampai kawan datang balik kat kita,minta balik ladtop dia..walhal kita dah janji dah nak pulang..peh..tak ke segan tu??

pinjam kenderaan kawan tapi tak reti2 nak isi minyak,ape kau ingat aku taukey petrol ke??

buat bilik kawan(lebih2 lagi yg budak U ni) macam bilik sendiri..helo,setiap org nak privasi ok!

pinjam barang kawan tapi main gasak macam barang tu sendiri punya.anak tauke balak pun boleh lingkup lah kalau asyik kene beli barang baru...

lansung tak hormat privasi kawan(itu pun hak milik manusia tau tak) spt baca mesej peribadi kawan,pinjam laptop kawan tapi buka facebook dia tanpa kebenaran siap baca mesej inbox..baca fail2 dokumen kawan tanpa kebenaran..n etc lah..

helo..ini bukan cerita nak berkira atau kedekut.. malah jauh sekali nak menjatuhkan mana-mana pihak yg suka meminjam barang orang.malah pinjam-meminjam nie dah memang adat sbg manusia tapi agak2 lah beb...

orang cool kata,kalau takda buat cara takda..kalau nak pinjam tu,, jaga and hormatilah hak milik kawan kita tu sebaiknya...jgn lah buat macam kita yang punya..

jangan sampai nanti kawan-kawan kita tak suka kita sbb sikap kita yang tak tahu nak hormat hak milik kawan,even kawan baik sekalipun..

so..jom muhasabah and lets perfom beter for our tomorrow!