Friday, October 12, 2012

Mulut,antara penawar dan bisa.

Assalamualaikum.. hallow uguys..hope u oll jz fine and cheers..
lets muhasabah dengan ceria..fighting!(^_^)


Tanpa kita sedari dalam kehidupan seharian kita,kita dikelilingi dengan suatu benda yang boleh menjadi penawar kepada masalah,kekusutan serta kesusahan yang kita alami..

Manakala dalam masa yang sama,suatu benda itu jugalah yang mampu menjadi racun berbisa,mengundang kemendungan pada jiwa,menyebabkan rasa sakit di dada,dan kekusutan pada minda..

Fizikalnya kecil sahaja,tidak sampai separuh wajah..namun peranannya sangat besar sehingga dia mampu meletakkan kita dimana pengakhiran kita nanti..syurga mahupun neraka.. nikmat atau azab..bahkan rahmat mahupun kemurkaan..

''kerana mulut badan binasa''
pepatah fopular dikalangan kita..senantiasa kita mention pepatah sebegini kepada mereka yang bermulut celupar,barangkali kita lupa..mereka yang berlidah pedang turut sama mampu menjadi racun.

dari sudut pandang yang lain,,kata-kata semangat,senyuman,bacaan ayat Quran,Zikrullah serta kata-kata yang baik..turut datang dari tempat yang sama..namun pada sudut ini ,ia berubah menjadi sebagai penawar,meskipun tanpa bermadah dan ayat berbunga,cukuplah dengan kata-kata yang menyenang jiwa..sudah mampu menjadi herba mengubat duka.

Semakin banyak ilmu,semakin lancang kita bersuara.Ya itu perkara biasa,hasrat ingin mendominasi keadaan dengan pengetahuan yang ada. Bukan itu yang menjadi masalah disini tapi apa yang harus diingat dan diwaspadakan adalah hak dan sensitiviti masing-masing. Perbincangan,,ya,.perbincangan sepatutnya menjadi suatu aktiviti yang sihat..namun tatkala kita lancang melontar kata,tanpa kita sedar kita telah meracuni seseorang.

Racun mulut bukan hanya disembur melalui penghinaan,kata-kata kesat,mahupun maki hamun.Tapi melalui kata-kata yang boleh menjatuhkan seseorang, mengaibkan,serta melemahkan.

Dalam perbincangan khususnya,adakah kata-kata menyindir tahap pengetahuan seseorang itu dikatakan sebagai sesuatu yang sihat?bagaimana pula dengan kata-kata yang sibuk ingin berbicara sehingga kita melanggar hak berkata-kata dalam perbincangan tersebut? Mungkin perkara ini tampak remah bagi sesetengah individu.,namun tidak pada yang lain.Dalam hal macam ni,muhasabah sangat diperlukan.

Be Honest,berterus-terang..dua perkara ini menjadi amalan anak muda sekarang. Satu amalan yang sangat bagus,,namun jika diguna pada tempat yang salah..maka ia mengundang kemendungan jiwa.

Contoh:

~suasana dikhalayak ramai bersama teman-teman yang rapat

miss A: alamak,,muka aku tampak kusam lah..macam nie....
miss B: la..kau baru tahu ke?bukan kusam je,tu tampak muka kau dah berkedut tu,pori besar,berminyak kat hidung and dahi..kau tak jaga muka kau ke?kau tak basuh eh muka kau? tak guna mask ke?ke kau bajet nie?nak pinjam duit aku tak?

T_T''  itu cuma contoh..(sebab nak bagi contoh berat sikit jadi tak faham pulak..)

walaupun bersama teman rapat namun kata-kata sebegitu tetap bisa meninggalkan kesan mahupun sebijik zahrah dalam jiwa Miss A itu tadi.
It same goes kita dengan rakan-rakan..adik beradik..dan semualah yang terlibat dalam hidup kita.

malah..Rasulullah juga telah berpesan agar sentiasa bersederhana dalam berkata-kata..andai kita tiada apa pengetahuan atau tak pasti dengan apa yang kita nak katakan ,lebih baik kita pilih untuk diam.itu lebih baik daripada kata-kata yang tidak bermanfaat apatah lagi yang menyakitkan.

Even dalam berdakwah sekalipun,menegur keaiban dan kesalahan haruslah dengan dilakukan dengan personally, which is,kita bertemu dengan person yang kita nak tegur just to of us..tanpa pengetahuan orang lain. Dalam bab ini,kita boleh lihat bagaimana islam sangat menjaga maruah umatnya walaupun maruah umat yang melakukan kesilapan.

Mungkin kita terfikir..''ala..sensitif sangat..ngada-ngada lah kaw nie..''
tapi kita harus ingat,titik sensitiviti setiap orang adalah berbeza.mungkin kali ini kata-kata itu belum sampai kepada titik sensitiviti kita.tapi.. what goes around,must come arounds.. satu masa,pasti ada kata-kata yang akan sampai pada titik sensitiviti kita.

pada saat itu,mungkin kita sudah lupa bahawa kita pernah meracuni ramai orang,lalu kita balas dengan persoalan ''mengapa kau kata aku begini'',''aku tak pernah nak cakap yang buruk kat kau''.. seolah-olah kita tidak bersalah.. tapi sebenarnya,pada masa itu,seluruh dunia mengatakan..''padan muka kau..baru kau tahu apa yang aku rasa.'' (jahatnya aku...T_T)

sudahnya,semua bertelagah..semua mahu menang..semua itu hanya angkara mulut,si kecil yang berbahaya. bercakap hingga lupa, di akhirat nanti,mulut yang sewenang menabur bakti pada timbangan dosa akan senyap,,takkan mampu menjawap persoalan dari Allah Yang Mengetahui.

huh...aduhai mulut..ajaibnya dikau..mampu menjadi pedang,menikam semua hati, mampu juga menjadi kasturi,harumnya mendamai semua jiwa,memberi rasa bahagia..

 andai disuruh beri pilihan,antara ingin jadi pedang atau kasturi..pasti semua memilih kasturi.. namun sebenarnya,ramai menjadi pedang..

wahai diri pinjaman Allah.. muhasabahlah setiap kata-katamu..kerana semua itu bakal ditanya di hari pengadilan nanti.. adakah kata-kata ku ini telah menyakiti saudaraku,adakah kata-kata ku ini membuatkan teman berjauh hati denganku,bagaimana dengan ibu bapaku?sejauh mana kata-kataku mendamaikan mereka?

lidahku pedang atau kasturi?

wallahualam..
                                                           












Disini..Aku Puas!

Assalamualaikum..Ya Allah,Ya Allah Ya Allah....rasa terharu tak terkata bila akhirnya jemari ini mampu menutur kata keyboard semula dilaman blog kuh..Ya Allah,Ya Allah Ya Allah.. betapa besarnya hati,kembangnya hidung bila mampu menaip lagi...(kau dah kenapa?jari kaw kemana sebelum nie???)

ah..biarlah..u guys nak kata ape..yg penting..aku bahagia.. (^_^)\/ memang betul..selama sebulan nie..aku kehilangan jari aku.. mana dia pergi?holiday?bawah katil?tidur tak bangun-bangun?haha..stop merapu Aiza... im just realy busy sebulan nie..aku busy nak adapt diri aku pada  bumi bertuah..negeri orang..Terengganu..=)

ceh,cakap macam busy study jer...!konon! aku rasa rutin aku banyak kepada..siang pergi kelas,malam tengok muvie then tido..weekend pergi Mydin..(the almighty shooping complex kat sini)jgn maen2! . but stilll then..yes..im study too... lagi-lagi a few last week..tired week juga lah..

Rasa cepat masa berlalu..haha(walhal menghitung hari bila nak cuti midterm) dah sebulan lebih aku disini..berhijrah ke negeri orang..belajar budaya orang ,makan masakan orang laen... semuanya memang berbeza disini.. Terengganu,negeri penuh budaya yang memang lain daripada yg lain.. Alhamdulillah..aku rasa bersyukur dipilih oleh Allah untuk berada disini.. Sebuah tempat yang tak pernah aku harapkan..tapi sebenarnya beri aku kebaikkan..

Bersama teman sekelas... buat aku lebih gembira..telatah mereka,perbezaan kami,persengketaan kami,semuanya sangat berharga,, walaupun aku  masih tak ingat kesemua 84 ahli kelas,tapi yg penting..aku mula menyayangi mereka semua...

Angin,hujan,cahaya,,awan..bintang,,pohon serta rumput yang tumbuh melata..mula meyerap dalam jiwa aku.. bukanlah bermakna aku menyerap bersama-sama dengan terengganu style yang banyak G ending tu.. i mean.. Unisza World..  suasana kat sini sangat mendamaikan jiwa aku... aku rasa sangat puas berada kat sini.. aku rasa sangat bebas dalam kebahagiaan aku..tersenyum sendiri bila pergi kuliah sorang-sorang..even pergi beli lunch sorang-sorang..tapi entah mengapa..aku rasa macam seluruh penduduk bumi disini berada dengan aku...



Disini..aku tak pernah rasa risau tntang ikhtilaf,,tentang jejaka liar..mahupun gadis sosial..yang mengjengkelkan mata.. even ada,tapi just 2%.. komuniti yang lain disini sangat mendamaikan mata.. apa yang aku maksudkan bukanlah penampilan semata-mata.. bukanlah imam muda dan istazah pilihan semata-mata.. (walaupun hakikatnya Pelajar Fakulti Pengajian Islam mendominasi keadaan)tapi masih  ramai pelajar fakluti laen yang berpenampilan biasa2..tapi yang paling penting..semuanya menjaga adab dan aurat.. paling cikai pun..tudung parat-parat kat dada pun jadilah..if selimpang atas bahu..bajunya besar..yang lelaki pula tak suka tunjuk peha..manalah tak sejuk mata hatiku melihat?

Bila belajar..aku jadi bersemangat.. sebab..setiap ilmu yang aku dapat..aku rasa sangat suka dan bahagia..rasa sangat kuat chemistry yang ada.. walaupun aku selalu jugak lah mengantuk..tapi tak bermakna aku tak menghargai ilmu yang dapat..entah kenapa..aku rasa..setiap kata-kata yang keluar dari guru..adalah mutiara..yang sangat membahagiakan seorang wanita.

 hahahhaha... tak boleh blah rasa kepuasan tu... but ya..honestly.. ini yang dikatakan cinta..aku jatuh cinta pada tempat nie..aku jatuh cinta pada ilmu ...dan aku jatuh cinta padaMU.. terima kasih.. Ya Rabbi..

 *macam puisi pun ada hehe..

Monday, September 17, 2012

UniSZA,perjalananku bermula disini.!

Assalamualaikum...pejam celik pejam celik dah 2 minggu aku bermukim di sini..dari Johor menuju ke Terengganu,perjalanan selama 9 jam membuatkan aku letih untuk berulang alik selalu..last week ada cuti 3 hari,tapi aku decide untuk stay kat kolej bila memikirkan 9 jam yang perlu ku tempuh.macam tak berbaloi je balik Johor..huhu..

Kehidupan aku disini pastinya bermula dengan Minggu Mesra Siswa yang sememangnya minggu derita bagi mahasiswa baru.Namun sangkaanku meleset sama sekali.Disini,MMS nya lain drdp MMS yang pernah aku lalui semasa di UITM dan form 6 yang seminggu je dulu.. MMS disini bersifat perikemanusiaan,kau dah besar buat apa aku arah kau macam-macam,and just be matured dalam melalui program.nice and simple,even penat berjalan dari kolej menuju ke dewan gimnasium selama 20 minit,but its ok rather than MMS week yang penuh dgn teriakan fasilitator senior.uhh..

Dalam MMS juga ada program bercamping yang perlu dihadiri,semua pelajar dibawa ke KEM MERANG,UniSZA untuk melalui sesi LDK dan outdoor game.. Kem yang sepatutnya digeruni kerana ketegasan penyelia menjadi kem yg seronok kerana penyelia kem tegas tegas kucing..hahaha.. Tegas tapi penuh berhati perut.

Bila tiba masa untuk LDK,pelajar yg telah dibahagikan group mengikut fakulti akan diberi seorang fasilitator untk menguruskan kiteorang..Aku dapat Dr.nazri dan Pn, erk..alamak lupe pulak.Dalam LDK tu pulak we have to speak in english,just english.Aku yang dah lama tak speaking omputih nie,haha..just do it..lantak pi lah orang nak kata apa..

xtvt yang paling aku suke adalah river cross dan jungle tracking..River cross memang best giler sbb aku memang suke main air even tak reti berenang.Main terapung-teraapung memang dah hobi sejak kecik,ase macam taknak kuar je dari laut tu..huhu..

jungle tracking pulak more to hiking...sangat mencabar.Dengan tanah yang licin,gaung yg dalam,bukit tinggi macam 90 degree,all of that make me ase seronok sangat.. lebih seronok daripada mendaki Gunung Lambak di kluang dulu..

bab panjat2,main air memang menjadi kegilaan tapi janganlah suruh aku berlari..aku tak suka sebab menyebabkan kesakitan pada dada.huhu..sedih.

now..dah habis dah MMS,kuliah pun dah start..even Kuala terengganu pun aku dah mula jelajah sikit demi sikit.. kat sini memang best,tenang and relax..

aku harap,,di UniSZA nie ,merupakan titik untuk aku terus istiqamah dalam berhijrah... aku student Fki,(bidang islamic study) .aku patut dalami islam tu dengan sebenar2nya walaupun aku baru dalam dunia nak belajar islam secara mendalam.

uhh..aku buat entry nie mcm terpaksa pulak,sbb tak boleh nak upload gmbr kat sini..ade prob hanset..buat setakat ada-ada..n at least,aku abadikan juga minggu2 pertama aku disini..

btw,next time kalau rajin update lg.. Assalamualaikum...=)

Wednesday, August 8, 2012

Bukan Cinta yang aku minta,tapi sebuah hubungan Persahabatan.

Assalamualaikum..

Hai..how's your day?great?
how's your mood?is everything fine?

tetengahari begini di bulan puasa terkadang sangat menguji anak tekak dan juga perasaan.Janganlah sesiapa yang cuba nak buat  onar  pada perasaan di tengahari begini..Saat kesabaran kian menipis dan makin menipis..hanya zikriullah penebal iman. 

F.R.I.E.N.D.S

Everybody have friends.Beside,without friends,our life will be nothing,no mean at all,no colour,no laugh and of course no teddy bear to hug when we are upset.

kadang-kadang,kita merasakan sahabat yang kita ada merupakan sahabat yang terindah dalam kenangan,sehinggakan ada sesetengah yang mengiktiraf persahabatan itu jauh lebih penting daripada percintaan.

aku pun setuju juga dengan statement ''persahabatan lebih penting daripada percintaan kerana melalui percintaan lah,sebuah persahabatan itu boleh dibina''

Percintaan bukan hanya sekadar antara teruna dan dara,percintaan antara dara dan dara mahupun teruna dan teruna juga termaktub dalam ruang percintaan.

jangan pula gatal nak kata aku lesbian kerana mencintai sahabat sejantinaku.-__-

dan dari percintaan itu lah,terjalinnya sebuah persahabatan dimana kita akan menyayangi setiap kelemahan ,kekurangan apatah lagi kelebihan.

Dalam persahabatan juga,kita tidak pernah rasa risau untuk menegur sebarang kesilapan,menjadi penghibur dikala tangis,menjadi pembimbing dikala terlalu suka,.Senang kata,kau adalah aku,salah kau salah aku,salah aku salah kau.duit kau,duit aku,duit aku duit aku lah.erk?hehe..

Dan antara rahsia bahagia rumahtangga..suami isteri perlu menjadi sahabat,bukan sekadar cinta semata.gelak together,lepak2 sama..gaduh baik semula sama-sama ,tak puas hati cakap sama-sama,tepuk tampar sama-sama,semua lah sama..dah tak kisah...

so,macam mana kita nak jadikan hubungan yang ada nie mencapai taraf persahabatan?
1. jadilah seorang yang sentiasa menyenangkan hati sahabat
2. jangan sesekali mengumpat,menghina atau mengutuk sahabat pada orang lain.
3. ikhlaskan hati dalam bersahabat,bukan kerana harta,duit,mahupun simpati semata.
4. mengingatkan sahabat dalam setiap tindakan yang akan dilakukan,sama ada baik atau sebaliknya.
5. menjadi radio,teddy bear serta sapu tangan buat sahabat
6. sentiasa mendoakan sahabat diluar pengetahuan sahabat
7. walaupun tidak sentiasa berkepit,tetapi selalulah bertanya khabar bila terluang.2 3 bulan sekali pun ok,dan ingati hari-hari istimewanya.
8. sentiasa jujur dengan sahabat dan menerima segala baik buruk sengal bebalnya.
9. tidak memendam perasaan marah,dendam atau tidak puas hati dengan sahabat.
10. bersahabatlah kerana Allah. 

percayalah,walaupun dia(kawan yang kita sayang)tak tahu bahawa kita mencintai dia,alunan keredhaan Allah sentiasa mengalir dalam hubungan itu dan lantas hanya hati yang bisa memahami.

walau kita tidak punya sahabat didunia,pasti Allah akan kirimkan Malaikat yang sentiasa menjadi peneman kala sunyi dan duka,saat manis dan tawa.Malaikat pun turut akan berdoa banyak-banyak untuk kita.

Marilah kita menjadikan semua kenalan kita sebgai sahabat,bersahabatlah banyak-banyak...

Friends,,u r always be my sahabat,
walau madu kukirim,
cuka kau balas,(amboi sadisnya!)
senyum tetap aku kirimkan
walau sudah berapa kali muka ku cuba kerutkan 
percaya pada daku,
kehadiranmu memberi sejuta hikmah buatku

BFF..all of u.














Tuesday, August 7, 2012

Kita lebih buruk daripada Jahililyyah.?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah daku panjatkan kerana masih memberi aku kesempatan untuk bernafas di bumi bertuah ini.Syukur daku ke hadrat Illahi kerana aku dipilih untuk berada pada zaman ini,zaman dimana islam telah berkembang luas melata keseluruh dunia.

Zaman dimana ilmu agama islam mudah untuk dipelajari dimana-mana,sama ada melalui pembacaan,pembelajaran ataupun pencarian maya.

Bersyukur daku juga kerana sekali lagi telah dipilih dalam takdir Allah menentukan bahawa aku dilahirkan di Malaysia,bumi yang aman,tiada pergolakan  antara agama yang ekstriem,tiada perperangan yg mengorbankan banyak nyawa.

Tiada bom melayang-layang di udara,apatah lagi raungan tangisan anak kecil dan ibu tua,Apa yang ada hanyalah layang-layang berayunan gembira,dimainkan oleh si anak yang teruja,bersama ibu bapa yang bahagia,dalam suasana yang sungguh damai bersama angin petang yang menyegarkan rasa.

                                             

(panjang jugak intro aku )

Dahulu..sebelum lahirnya junjungan mulia Nabi Muhammad SAW di tanah Arab,disitu duduknya sekelompok masyarakat yang telah pun Allah SWT patrikan mereka dalam Al-Quran sebagai masyarakat yang jahil,tidak bertamadun,tiada agama,bodoh,sombong dan kufur.

Satu masyarakat yang tidak asing lagi namanya iaitu masyarakat Jahiliyyah. 

well,all of us rata-ratanya tahu tentang masyarakat Jahiliyyah yang tak bertamadun ni.Kisah si bapa yang menanam anak perempuannya hidup-hidup sangat sadis bila didengarkan oleh cikgu kita masa belajar sejarah kat sekolah.Dengan berpegang kepada anak perempuan boleh membawa sial mana-mana perempuan yang melahirkan anak perempuan akan ditanam hidup-hidup bayi perempuan tu.

entah mana letaknya akal mereka,tak fikir ke tanpa perempuan,,tang mana nak sambung keturunan?well,Nama pun Jahiliyyah,memang Jahil lah..

Bangsa Jahiliyyah juga  turut manjadikan wanita itu simbol seks semata,diperlakukan dengan sangat murahan dan hina,ditambahkan lagi dengan assabiyah yang menjadikan mereka selalu saja bergaduh sesama sendiri walaupun kerana masalah yang kecil.

Namun begitu...kesemua kejahilan mereka-mereka itu adalah kerana mereka jahil.Bangsa Arab pada masa itu tidak memiliki ilmu pengetahuan dan juga pendedahan agama yang terang tang tang macam sekarang nie.Kerana itu mereka bertindak macam tiada akal.

Kita lebih buruk daripada Jahiliyyah? 

Now.sekarang.tekan tenet klik-klik saja ceramah agama ada kat YOUTUBE..

                                          

klik-klik kat google BLOG kerohanian islamiah berderet berjela tunggu dilawat.


                            
tengok-tengok kat wall FACEBOOK banyak yang post link islamik.


                                          
pusing-pusing kat bandar e'eh banyaknya kedai buku,kompem-kompem ada buku tentang agama.
                                         
belek-belek surak khabar,ha..tu,sisipan keagamaan ada kat celah tu.

                                           

tekan-tekan punat remote astro,tv Al-Hijrah,Astro Oasis sentiasa siarkan rancangan keagamaan,belum campur stesen tv lain punya program,lagi-lagi bulan Ramadhan nie 

                                       
                                  


sedap-sedap  bawak kereta,terdengar pulak ceramah agama dari IKIM fm,belum campur pesanan dari Dr Izzie kat hot fm.Dr fadhilah kamsah kat sinar,

                                     

look..banyakkan ruang-ruang dan jalan yang kita ada untuk dapatkan pemahamam agama?kita nie kat Malaysia.bukan kat Palestin.

dont u see that?

dengan ilmu agama yang sekarang nie petik jari je boleh dapat,why sifat Jahiliyyah tu duk ada pada kita?

kes buang bayi tak payah cakaplah.
kes zina usah dikiralah.
kes murtad pun ada.rindu pada Saidina Abu Bakar dalam usahanya memerangi golongan murtad.

itu yang terpampang di dada akhbar.
macam mana pula dengan kes tinggal solat,kes tinggal puasa..segala kes macam tiada agama.macam tiada Tuhan untuk disembah! macam kita nie lahir kat dunia dengan sendirinya. Allahu Rabbi,masih tak nampakkah dikau kejahilan yang berlaku?

belum masuk lagi semangat Assabiyah yang turut ada pada kita.Pertelagahan antara parti politik yang berpuak-puak menghuru-harakan keadaan dengan fitnah dan penghinaan.walaupun tidak bermandikan darah tetapi tetap bermandikan dosa dan noda.saling memburukkan antara satu sama lain seperti tiada kesudahan.Masing-masing ingin menjaja kemegahan sendiri.Sama seperti bangsa yahudi yang berperang demi kemegahan.

Masyarakat Jahiliyyah jahil kerana tiada agama,tiada ilmu dan ulama.
Kita bersikap seperti Jahiliyyah kerana ada agama,ada ilmu,ada ulama.
lalu dimana kesilapan kita?
Penghayatan 

-saya tidak sama sekali bukan berpihak kepada mana-mana parti politik.buahahaha..

Mari sayang,kita renung dan muhasabah..jahiliyyah kah kita?? 

Sunday, August 5, 2012

Being Solo Does Not mean You tak laku.

Assalamualaikum..

Oh..before i start my entry kali nie..sukacita i nak maklumkam yang sesungguhnya daku dah pun berhenti kerja..It such a very nikmat tau...Alhamdulillah..finally i dapat masa untuk berpesta..i mean berpesta ibadah...such a great sound right tapi bukan mudah..nafsu nak tidur tu memanjang ajer menerjah..hehe..



being solo does not mean you tak laku 

 Arakian..hatta..dan segala bagai..sekarang nie fenomena mencari pasangan sangat teruja menular dikalangan remaja.Even remaja sekolah rendah sekalipun..Rasa macam terkejut pun ada jugak bila adik-adik sekolah rendah pegang hanset lama-lama..tersenyum sumbing sorang-sorang..and bila ditengok hansetnya..alahai..bersayang..taking care bagai...
amboi..kecik-kecik dah pandai ye dik!

macam dah matang sangatlah memahami apa itu cinta.alahai..kelakar rasanya..

kalau dah budak sekolah rendah begitu,apatah lagi pelajar menengah dan Ipt..memang bermacam ragam dan karenah dalam bercinta.



Bila semua anak muda bercanda asmara..mereka2 yang tiada pasangan mula berasa terpinggir dan agak ketinggalan zaman..Bagaikan mempunyai pasangan itu satu kemestian sejak dari kecil..Oh pleslah..is not the end of the world kalau u r solo pun.. in fact,the truth is..by being solo means u r moden ok.mean thats u focus on what u do..and sedar bahawa sekarang bukan masanya untuk mempunyai pasangan yg tak sah taraf.

By being solo too mean u berjaya mengelakkan diri drpd mendekati fitnah akhir zaman dan bunga-bunga zina.bila u berada selari dengan syariat islam itu bermakna u r moden!
tahukah anda mendekati zina dan sedaya upaya mencari pasangan untuk keseronokan itu adalah sifat jahiliah?bukankah sifat jahiliah itu merupakan sifat pada zaman yg lampau.

so..siapa yg ketinggalan zaman?

im talking does not mean im perfect..in fact.aku juga pernah mempunyai pasangan semasa aku ketinggalan zaman dahulu..semasa aku berada dalam kelambu jahililah..

sekarang baru aku faham kenapa Allah berfirman:

''katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman : hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya''

kemudian Allah menyambung lagi pada ayat seterusnya..

''katakanlah kepada perempuan-perempuan beriman ":hendaklah mereka menundukkan pandangan dan kemaluannya''

surah An-Nur ayat 30 dan 31.

ha..nmpak tak tu kawan-kawan..Allah dah pun berfirman bahawa dari mata yg tidak terjaga boleh terjadinya zina..dengan mempunyai pasangan yg tidak sah taraf menyukarkan kita untuk menjaga pandangan kita..aiseh..geng..u dating tutup mata ka?

zina juga tidak bermakna dalam selimut saja..ia boleh terjadi melalui zina hati yg kita tak sedar tapi sebenarnya ia umpama virus yang sangat bahaya untuk kesihatan iman dan jiwa..

jadi..kepada anda yg solo..jgn risau..anda bukan tak laku..malah anda sangat bernilai kerana telah menjaga hati dan nafsu..ingatlah janji Allah..lelaki yang baik untuk wanita yang baik,manakala perempuan yag baik untuk lelaki yang baik..

 kepada mereka yg sedang berpasangan..segerakanlah pernikahan..andai tidak mampu mengapa perlu membina perhubungan yg sukar?sukar untuk mengawal hati dan iman..
relaxlah..kalau jodoh..berpisah seribu tahun pasti bersatu jua..kalau bukan jodoh..berkepit 40 juta tahun pun tetap berpisah jua..

jom kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul...=)
muhasabah sama-sama ye sahabat...

Asssalamualaikum..=)

Monday, July 23, 2012

10 Perkara Yang Tak Best Tentang Couple..

Sahabat: Hani..(sahabat ini panggil aku dengan nickname Hani..),pada aku couple nie tak best    tau tak..tapi entahlah..aku macam terperangkap..takkan nak putus pulak kan...

Aku: =) memang tak best pon...

(^_^)firstly alhamdulillah aku panjatkan pada Allah SWT kerana memberikan sahabat yang aku kasihi suatu ilmu kesedaran yang mungkin saja tidak dimiliki oleh sebahagian manusia yang lain.. walaupun dia (sahabat aku) masih berada dalam ruang lingkup couple pada saat ini,namun kesedaran yang bermain di benak hati mudah-mudahan diperluaskan lagi dengan memahami dan melaksanakannya pula.InsyaAllah..

sebelum aku membebel menyatakan mengapa couple ini tidak best..mungkin saja aku patut menceritakan serba sedikit tentang perkataan sinonim jiwa muda remaja..COUPLE.

Menurut istilah bahasa omputih,couple means pasangan..pasangan doesnt mean boy n girl je..tapi merangkumi semua perkara yang berpasangan..seperti..tudung saji couple nye adalah tudung periuk..erk?pasangan husband n wife pun couple jugak tp lets say tu macam couple ada cop halal...hehe

 untuk entry kali ini,aku lebih berfokuskan pada couple boys n girl @ couple takda cop halal tok kadi nikah ye..,yg kini sudah menjadi seperti kitaran wajib seorang manusia.



10 perkara yang tak best tentang couple: 

1. Pergaulan yang terbatas.

secara jujurnya,pabila dua hati saling menyayangi ,pergaulan yang mesra teramat sangatlah diinginkan seperti bertepuk bertampar,,belaian mesra..dan sebagainya..paling tidak pun pasti gengaman tangan untuk menenangkan dan sebagainya. 

Namun persoalan yang semua sedia maklum tapi ramai tak ambil peduli adalah,adakah boleh seseorang yang bukan mahram itu bertindak sedemikian?apakah terlalu hebat kita sebagai hamba yang diberi pinjam nafas dan kehidupan untuk terlalu berani sesuka hati bersentuh-sentuhan dengan bukan muhrim?

2.Percakapan yang terbatas.

dalam couple,jujur saja dahku mengatakan pasti saja ada ucapan i love u sayang...sweet dream sayang.. itu belum dicampur dengan kata-kata berbaur zina ,suara mengada-ngada membangkit rasa. Seorang wanita itu harus sentiasa mengingatkan akan dirinya bahawa suara itu adalah aurat.
suara yang bagaimana?
suara yang sengaja dilenggokkan untuk menarik perhatian lelaki ajnabi.
namun,kerana kasihnya kita pada dia(lelaki bukan mahram itu)pasti saja kita akan berlenggok,berlagu manja... sekarang,mana satu yg menkadi pilihan?Allah atau dia?

3.Ikatan yang tak tahu pangkalnya.

sebagai seorang peperempuan pasti saja aku memahami perasaan seorang perempuan.Aku faham akan ketulusan seorang hati perempuan pabila menyayangi seorang klelaki yang benar-benar telah berjaya mencuri hati..pastinya pengakhiran hubungan couple tersebut diharap sampai ke jinjang pelamin angan..
namun..pasti saja dalam hati kita tetap meragui dan tetap mempersoalkan..bagaimana kalau pelamin anganku musnah?

4.Lupa mak ayah.

kerana kekasih,terkadang kita lebih melebihkan si dia daripada ibu dan ayah sendiri.Buka saja inbox mesej,dan kira saja bilangan mesej antara dia dan ibu bapa..siapa yang lagi banyak?kerana kekasih juga kita lupa pesan mak ayah agar dijaga elok maruah seorang wanita.lalu ,hanya kerana suatu ikatan yang belum tahu pangkalnya,dikau sanggup ,menjadi anak derhaka? 

5.Membazir banyak masa.

pada aku,buat apa membazir masa melayan seseorang lelaki yang bukan mahram sampai ke tengah malam? kadang-kadang entah apa-apa saja perkara yang dibualkan..bukankah lebih patut masa yang ada diperuntukkan untuk sesuatu yang lebih menjamin  masa depan spt siapkan assgment atau ulangkaji pelajaran..lebih bagus lagi,buat qiamulail..

lebih baik tidur rehatkan badan daripada menzalimi badan overnight hanya nak bergayut dengan kekasih yg tiada cop halal..ya.memang mencari bakal suami itu soal masa depan kita juga..tapi bukan dengan mengorbankan masa dengan sesuatu yang entah kan jadi entah kan tidak.apatah lagi mengorbankan diri dengan dosa.bukan kah Allah telah mengatakan bahwa soal jodoh,ajal dan maut itu urusan Allah. Jadi,janganlah terlalu nak menyibuk akan urusan jodoh nie.
  

6. Membazir banyak wang.

topap telefon,belanja tambang bas,duit minyak kereta motor nak pergi dating,duit makan time dating,belanja tiket wayang plus popcorn,belanja pakaian cantik nak pergi dating, hadiah mahal untuk couple,boyfren pinjam Rm200 ..
kan lebih bagus andai sebahagian daripada duit yang dibazirkan macam tu disedekahkan pada pihak yang lebih memerlukan.kalau tak sedekah sekalipun..buat simpanan untuk diri sendiri.apa yang bestnya berhabis duit pd sesuatu yg kita tak pasti?


 7.Risiko serangan jiwa.

nama pun dah couple,pastilah pengakhirannya hanya dua..sama ada putus di pertengahan jalan atau selamat sampai ke destinasi impian. kalau yang selamat tu memey lah best..cuba kalau terkandas? tak ke merana yang oi...dah tu..best ke ??kalau jumpa pengganti pun ,pasti terkadang kita membandingkan suami dengan kekasih yang dahulu...hmmm..nak jadi isteri derhaka pulak?then rasa bersalah,lagi-lagi kalau suami sekarang ada kelemahan tertentu..manakala kekasih dulu banyak kelebihan..tak ke merana jiwa tu?dah tu sapa suh couple2?

8.Terlibat dalam masalah yang entah apa-apa.

hoho..nama pun couple.memang pasti ada masalah yg akn datang..macam masalah cemburu lah..marah pada pasanganlah...pasangan jeleslah..mcam-macamlah sehingga mengganggu penumpuan kita pada perkara yg lebih septutnya kita tumpukan..contohnya..:pelajaran..
tak ke mengerutu otak dirasakan bila berhapan dengan masalah yg datang daripada pasangan nie?lainlah kalau pasangan yg halal..itu lain cerita..ini pasangan yg entah kan jadi entah kan tidak..jgn nyesal tak sudah...

9.Membawa kita ke persimpangan antara nafsu dan iman.

inilah perkara yg paling tak best bila bercouple.Sebab,ianya akan bawa kita ke satu persimpangan antara nafsu dan iman.kadang kita turutkan nafsu tapi teringatkan iman..kadang2 kita turutkan iman tapi nafsu menari-nari menggoda kita.sudahnya,iman tergadai nafsu jua yang menjadi johan.tiada pasangan couple yang boleh melayari hubungan tanpa cop halal   tanpa digugat imannya kerana turutkan nafsu,walau sehebt mana pun ilmu agama yg dia ada!bukankah syaitan itu musuh kita yang nyata.!

10.Membawa kepada kemurkaan Allah kerana kealpaan kita padaNYa..

bila bercouple..tiap kali ada masalah dengan perkara luar,biasanya kita akan adukan pada kekasih..lalu dimana Allah?..terkadang,bila sakit..kita merengek-rengek mengadu pd kekasih..lalu dimana Allah?  bila bergembira...kita terlebih bergembira hingga tak sedar bahawa sudah pun membuka pintu-pintu zina..lalu dimana Allah? bila kesedihan..kita memaki hamun,dan mula menyalahkan takdir..lalu dimana Allah?

ini adalah sebab aku .kenapa aku merasakan bahawa couple ini tiada best nye ape pun..ya..aku faham,pasti kita rasa konon-konon bahagia..tp sebenarnya kita juga sedar yang kita sedang menipu diri sendiri...

sebab..apa guna kita berseronok dalam kemurkaan Allah? dan keseronokan itu pula adlah keseronokan yg tidak diredhai Allah...jadi..apa gunanya?sesungguhnya dalam hati kecil kita tetap mengatakan tidak pada kemungkaran dan sentiasa ingin kembali pada cara islam,cuma kita yang sentiasa tak mengendahkan..

jadi..adalah lebih baik aku mempersiapkan diri untuk dia yang bakal menjadikan daku suri hidup..kalau ada yang  sudilah. T_T'' dan masa tu..barulah ada kelas... couple ada cop halal kot.!


jumpa lagi..daaa....wallahukalam...