Saturday, June 9, 2012

Tudung Labuh dan sebenarnya...

Assalamualaikum..hai semua!

Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut ke muka aku..terasa bagaikan di awang-awangan.. Dingin..sedingin lavender.. kain tudung beralun lembut melambai mengikut rentak angin..menari bersama irama zikrullah yang bermain pada setiap hembusan nafasku...

(jangan lah korang pun terbuai sama..sebab semua ini hanyalah ilusi semata,,sebab? air-cond tengah rosak ni..paham-paham jelah yer...T_T )oh.... panas lagi Neraka..

Bila sedang panas begini ..tetiba aku teringat akan beberapa daripada insan-insan yang pernah aku kenali sangat pantang kepanasan..mula lah disalahkannya tudung yang memang tak tahu apa-apa dan memang tak patut dipersalahkan...lama kelamaan,beberapa minit kemudiannya..tudung yang patut tempatnya dikepala telahpun selamat dilipat dan disumbat dalam beg.!

apatah lagi bila disebut tentang tudung labuh.

''adoi..lemah betul aku dengar ..panas tau tak,panas!''
''tudung M ni pun dah panas nak  @#$@#$ ..inikan pulak tudung gedabak macam tu?memang tidaklah kan..''
''pakai tudung labuh tak trendy lah beb''

panas.rimas.panas.rimas.panas.rimas.

itu adalah persepsi biasa yang aku dengar apabila disebut pasal tudung labuh nie.jarang dengar sejuk dan nyaman.aku rasa kalau aku dengar ada orang kaitkan sejuk and nyaman nie dengan tudung labuh..memang nak belanja KFC..tapi seketul jelah..sebab aku akan beli Dinner set.. yang lain aku punye..yang seketul tu jer orang tu punye. Air bawak sendiri. T_T''

 Percaya atau tidak YANG SEBENARNYA tudung labuh lansung tidak memberikan rasa panas dan rimas tatapi sebenarnya memberikan suasana yang sebaliknya. Segar,nyaman dan sejuk. Rasa macam tak logik tapi itulah kuasa Allah dan nikmat kepada wanita yang ihklas mematuhi perintahnya.

janganlah pulak kejap lagi korang pinjam tudung labuh jiran sebelah then test apa yang aku cakap kan nie..memang tak jadi punye..kalau jadi tu wallahualam lah..hati korang memang superp lah kalau macam tu!

sebabnya..hanya yang hatinya benar-benar tawaduk,tunduk dan ikhlas sahaja yang akan merasa kedinginan dalam bertudung labuh.. subahanallah.. apa,hang ingat Allah nak anayai (erk mcm mana eja nie,,aniayai,anayia,ah,,paham kan) orang yang ikhlas hatinya pada Allah ke? tolong sikit eh...hang lupa ka yang Allah tu MAHA PENYAYANG?

persepsi kedua....

ramai yang beranggapan bahawa bertudung labuh itu begini sahaja rupanya..



malah ramai yang mengiktiraf pemakaian tudung labuh begini @saya suka sebut tudung sekolah sebagai peringkat tudung labuh tertinggi..kira macam sapa yang pakai tudung sekolah nie memang die punyai iman mantop!..purdah?? im not talking about purdah now..next k...=) hehe..

bila begini...

i just grab from google

dia macam dah jatuh level sikit sebab ade a little bit fesyen there..orang kata lah..

then bile begini..

sorry..u pun i just grab dari google

orang terus jatuhkan lagi level dia sampai tahap yang paling bawah tapi masih dikira labuh lagi..cuma (selingan sikit) tang baju tu kasi longgar lagi lagi lah..and tudung tu biar jgn yang tipis..kalau mu nak pakai jugak yang tipis macam bawal 3D yang memang tengah trend skg nie..pakai sekali syria hitam yang labuh tutup dada..barulah perfect!

sebenarnya begini..

tak kiralah nak labuh macam mana..bawal,fesyen atau yang macam tudung sekolah..asalkan ia menepati apa yang Allah dah perintahkan..iaitu labuh menutupi dada.

cuma bila just pakai bawal,haruslah mengenakan syria labuh atau pun digayakan bersama baju yang longgar dan tidak mengikut bentuk lekuk badan seperti baju jubah hitam.(bukan yg dah ubah jadi fit yer....)

nak pilih labuh berfesyen pun tak salah,pashmina ker,selendang lycra ke,hajaba,pearl haya atau ape2 lah yang korang nak,asalkan tidak riak dan nak menunjuk-nunjuk bila pakai tudung macam tu..boleh?

dan mengenai tudung labuh sekolah yang lebih menjadi perhatian bila dikaitkan dengan tudung labuh..aku sangat menyukai juga.sebab?.tudung labuh sekolah bagi tripple protection pd diri seorang wanita eh gadis ok..macam aku.. cume dia taklah trendy.

aku tak boleh nak nafikan bahawa sbg wanita hei gadislah! kita mesti terasa nak berfesyen sikit kan?tak salah..asalkan hati jangan riak,fesyen mesti ikut syariat,tutup apa yang patut...

aku pun gadis sama macam semua..tetap ada rasa a little bit nak fesyen ciput..pandai2 lah kita cari tudung yg betul..jgn main ikut jer apa yg ada kat pasaran sebab banyak yg dijual atas nama busana muslimah tapi takdelah muslimah mananye..

dan sebenarnya??

tudung labuh nie(tak kiralah fesyen macam mana) bagi kita banyak kelebihan dan juga double protection pada keselamatan diri kita.

dan ramai juga yang kata bertudung labuh nie mesti kene iman tinggi,alim bangat,sopan bangat dan semuanya yang baik belaka.

tolonglah hentikan pemikiran mcm tu..tudung labuh untuk semua muslimah bukan hanya untuk mereka yang alim2 je..alim ke?

bila kita bertudung labuh nie.
kita akan dapat benefit yg ini:

  1. kehormatan yang lebih tinggi
  2. tidak mudah dipermainkan
  3. lebih matang dalam setiap tindakan
  4. lebih sabar dan berbudi bahasa
  5. lelaki akan pandang hormat dan takut untuk 'dekat'@menggatal!
dan macam2 lagi..tatapi semua nie hanya dapat dinikmati jika kita IKHLAS..

ramai orang yang akan anggap kita nie level dah tinggi bila bertudung labuh then sedikit sebanyak menjauhi diri kita..walhal kita hanya nak menjadi yang lebih baik dan takda bagus mana pun level iman tu..masih bertatih dan masih pening2..bila macam tu,semangat dan niat yang dah dipendam terus pudar dan hilang dibawa angin kus kus.

sebenarnya takdalah teruk sangat semua tu jika dibandingkan dengan apa yang bakal kita dapat kelak.

next entry nanti.aku akan cuba post tentang persediaan yang perlu ada jika kita nak bertudung labuh.tak kisahlah fesyen apa sekalipun.. ok?

jom muhasabah lets perfom beter for ous tomorrow !=)

percaya atau tidak,entry nie ambil masa selama 3 hari untuk disiapkan.peh~! im quite busy u know..buat pun sikit2 bila ada kelapangan...

jumpa pada next entry..daaaaaa semua!
Assalamualaikum..!







Tuesday, June 5, 2012

SEXY,why not..i like!

Assalamualaikum..hai semua!

SEXY,why not..i like! hamboi kau makcik markonah..memang nak kene hembus dengan orang kampung buat kenyataan begini rupanya.!

satu kenyataan meriah dari seorang artis wanita tanah air yang baru menang award..(ala-ala wartawan gosip metro gamaknyer kan?)

bukan sekali dua aku dengar kat melodi atau pun propaganda statement tak mengenal sensitiviti islam secara war-war di kaca LCD.sekarang tak main dah TV.berlagak !

siapa retis tersebut..?hei..aku tak kuasa nak memburukkan retis negara..tapi aku banyak masa nak menyatakan tidak puas hati dengan gaya retis (tak semua) yang kadang-kadang lupe ke yang mereka nie ehem ehem..anda seorang muslimah ok?ples tengok ic dengan mata yg dibesarkan..tak nampak lagi?nah cermin mata murah aku cuma seratus lebih buat tahan tengok lappy.

 kenapa ye banyak pihak yang nak mempertahankan artis2 pujaan nie walaupun pakaian yg dipakai macam terjolok anak tekak bukan takat mata jer?sebab apa kalau di publish di laman sosial tentang 'aku tak suka artis nie sebab dia pakai seksi' pasti ramai yg pertahankan artis tersebut.Then ,,mereka-mereka yang cuba pertahankan agama pula terpinggir ditolak ,diganyang,disepak,diterajang malah diceramah kembali pula..apa salah mereka hoi...

tsk tsk tsk...aku cukup sedih melihat anak-anak muda yang bagai lupa ic mereka bercopkan

agama : islam.

(sekali lagi menggunakan idea ic akibat kehausan analogi)

lagi sedih bila aku juga pernah bersikap seperti anak-anak muda tersebut .huuwaaaaaaaaaa....!

ape kobondo idiotnyer aku time tu..time tuh lar... jahil didada menyebabkan aku semberono mengatakan its ok to artis yg seksi..

hei,aku dan kamu! dengar sini ya....erk sorry,baca sini ya..

kalau kamu itu wanita muslimah...ya enggak kira sih kamu itu artis pemes,ataunya lo itu v.v.i.p atau bini menteri sekalipun...

aurat tetap aurat sayang... dari kepala hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangan ,tiada terkecuali bagi sesiapun.. pangkat dan nama tidak pernah bisa membantu kamu membebaskan diri dari dosa dan azab.hanya taubat nasuha yang penuh dengan penyesalan..

*entry ini bukan sahaja dirujuk pada artis,ha kamu tu yg seksi juga,,dan aku nieh,jgn pandai cakap saja..jaga diri juga,..(wah,entry kedua dalan masa terdekat)

Wallahualam,jom muhasabah and perfom beter for our tomorrow
Assalamualaikum..

JODOH.usah campur urusan Allah.

Assalamualaikum..hai semua!(entry kali ini agak panjang)

Dikala usia mencecah senja..(hoi,aku belum tua lah! ) erk..i mean..dikala usia menginjak dewasa..hati seorang  wanita menjadi lebih feminin..mula tercari-cari..mula terlooking-looking siapa bakal zaujahku..(erk..betul ke apa aku cakap ni,arab pangkat 8 kot!) mula terlooking-looking siapa bakal adam dihatiku..menjadi pemimpin hidup sampai akhir nyawaku..

 well..it same goes happen to me.. pernah melalui satu situasi dimana aku sibuk nak amik port dalam bab siapa jodohku..mula mencari siapa mr right yg kononnyer ada chemistry,fizik dan tidak terkecuali biology dgn aku.

sungguhpun aku berada dikalangan gadis comel yg tak suka berdating dan berboypren.perasaan ingin menyibuk dalam urusan mencari partner tersesuai tetap menyinggah dibenak qalbu ku..acecceeewah.suka korang ye!

lantas mengambil satu keputusan besar yang meninggalkan kesan dalam hidupku selepas itu.tragis bunyinya kan?ye..satu hubungan yg kita pandai-pandai bina atas dasar dan keinginan utk bersama selamanya TATAPI apabila hubungan itu hancur berkecai walau dgn apa sebab sekalipun..rasanya seperti baru sahaja menerjunkan diri dari bangunan kondomaniam di Bukit Antarabangsa.

tidak semua insan berkepala satu,bermata dua,berhibung satu,berlubang dua dan bertelingakan dua akan merasakan keperitan sampai begitu sekali hiperbolanya.hanya mahkluk-mahkluk yang konon setia dan konon susah jatuh ke dalam perhubungan seperti itu sahaja yg akan alami rasa mcm tu..perhaps..macam..aku.  T_T kadang merasakan..

'yang kaw idiot sangat mengapa???(idiot,satu kata kurang pandai yg bunyinya agak supan ditelinga)'

biasalah tu,bila dah sedar baru terasa diri tu idiot..tapi lagi berdouble idiot kalau dah sedar tapi buat lagi..bukan nak bertaubat..tapi 'tau buat'. maasalah betul.

mungkin ramai yg kurang stuju dgn opinion gadis kurang ilmu macam aku.mungkin saja ada yang mencelah menggunakan microfon

'hei..kalau tak cari macam mana nak jumpa''

well..kalau nak cari,carilah..aku tak kisah pun..even nak buat list pon boleh..suke hati hang lah..cari lah sampai mana pon tapi tak payah lah nak buat hubungan couple konon halal tu.

enough lah dengan madah manis kau yang konon sweet.
enough lah dengan janji poyo kau walhal hati masih bercabang
enough lah dengan ayat cinta islamik konon beriman

just enough!

aku mula beremosi merasakan tubuh menjadi besar dan menghijau..tinggi dan makin tinggi..yes..memang boleh jadi hulk bila aku dengar ada sahabat menderita kerana kehancuran cintanya.alolololololo....

 kesakitan yg dirasa bukan calang-calang sakit.. tapi alangkah bagus jika sakitnya derita itu kita pindahkan pada sakitnya derita kerana terlalu lama kita mensia-siakan diri dengan satu urusan yg sememangnya Allah dah nyatakan..bahawasanya dengan rasmi jodoh adalah urusan Allah.tak paham2 lagi ke???

aku faham akan gelora jiwa muda dan kesunyian seorang uda dan dara tapi kita wajib juga faham akan kesan dan akibatnya pabila menurutkan gelora jiwa hang tu.


hentikan usaha mencari dengan bersungguh-sungguh..siapa bakal suami/isteri.semua itu hanya sia-sia belaka.setakat minat tak salah.bila sampai masanya nnti.taulah hang sedia duit.

tapi..
alangkah baik andai usaha itu dipindahkan pada menjadikan diri daie muda yang mengembangkan sayap perjuangan dan dakwah yang semakin kering dijiwa anak muda walhal yg tua turut sama.

mungkin,eh memang ada sahaja yg berjaya dalam perhubungan mereka.
tapi kita kene ingat..jodoh ini datangnya dari 3..

  1. jodoh dari jin
  2. jodoh dari syaitan
  3. jodoh dari Allah.
memey lah Jodoh tu dari Allah secara rasminya tapi siapa yg menyibuk ditengah itu persoalannya,,jin kah(guna ilmu halus),syaitan kah,,(perhubungan banyak nafsu sampai terkeluar baby baru yg tomei.dan jodoh dari Allah (perhubungan yg diredhai).so,jangan ingat kau madah islamik tu akan diredhai lah yer..hati dan ketaqwaan tu main peranan beb .hati.!

orang kata tu..(eh.ke aku jer yg kate..) kalau nak berumah biarlah kukuh pacak tiangnya,biar sempurna bentuknya..agar selamat dikemudian hari..bukan main taram nanti roboh cabut lari..
atau goyah kemudian laki bini caci maki,anak merempat tak cukup kasih then lompat tingkap terus lari.

 so.perkongsian aku insan kurang ilmu nie cume nak mengatakan..tak usah lah kita campur urusan Allah tentang siapa yg bakal menjadi imam ku nanti..alolololo...tak payah nak kami merinduimu wahai bakal imamku.alalalalala....so geli.....

andai hati sudah berbunga..malu lah pada Allah..senyum simpul tersengih lah sorang-sorang..minta perlindungan ketat-ketat dari Allah..

wallahualam..jom muhasabah and lets perfom better for our tomorow
Assalamualaikum..





Monday, June 4, 2012

Bila zikir dialunkan wanita..

Assalamualaikum..hai semua!

Dalam sedang berfokus pada jalan saat remang-remang senja,perjalanan pulang ke Johor disusuli dengan gelak tawa bersama pakcik bongsu ku..(ayat ala novel !)
well..time nie aku baru saja pulang dari kenduri kawen sedara kat Seremban.highway time tu memang busy giler..cume bila sampai kat alor gajah baru sedap sikit memandu..

sedang kami berbual kosong (i mean with my uncle lorh) tibe radio ##### time tu mengudarakan Zikir Asma Ul Husna yang dialunkan oleh penyanyi wanita terkemuka. sebut saja namanya kompom satu dunia kenal..jadi aku decide taknak sebut nama sebab.aku bukan nak burukkan die..cumenye...

serius to say..aku tak dapat nak hayati bait-bait kata Nama Allah yg dialunkan..rasa macam bebal dan sengal time tu..WHY i tak boleh nak hayati Zikir tu,WHY i tak boleh nak let the Zikir resap dalam jiwa aku lantas membangkitkan semangat cinta aku pd Kekasih kU..

apa yang aku rasa time tu..telinga aku hanya menangkap suara merdu menghayati capaian not tinggi dan lunak serta lemaknya suara penyanyi pemes tu..itu jer

 berbeza dengan zikir yg dialunkan oleh lelaki pemes jugak..aku lebih boleh nak mendengar isinya daripada suaranya..

adakah ini dikatakan tarikan magnetik?aku lebih tertarik untuk mendengar suara lelaki drpd wanita?

ataupun memang hakikat bahawa suara wanita tu sangat bahaya dan tidak sesuai untuk mengalunkan zikir secara war war nya?

tp pd apa yg aku rasa lh kan..on my humble opinion,wanita memang tak patut mengalunkan zikir secara kuat apatah lagi dilentokkan suaranya hingga menarik hati insan utk dengar suaranya bukan zikir tersebut.Pd apa yg aku dengar,nyanyian zikir tu macam kosong, dan memang kosong lah.!padat dengan suara2 high not n low not...

ini baru aku sbg wanita yg dengar..bagaimana pula bagi dia atau mereka atau anda sbg lelaki pula yg dengar.. ?

thats y lah Allah dh pesan..,,suara wanita itu adalah aurat...suara yg dilentok-lentok itu haram..tp...who care?

well,aku juga pernah menjaja suara di pentas nyanyian (eceh,sekolah je kot!)dan aku juga paham keinginan untuk melontar suara yg konon nyer sedap..tapi aku rasa lebih baik kita fikirkan apa yg Allah dh pesan..daripada ikutkan apa yang syaitan bisikkan..

Wallahualam..lets muhasabah n perfom beter for tomorrow
Assalamualaikum..





Thursday, May 31, 2012

Agak-agak dalam bergurau..

Assalamualaikum..hai!

''wei pendek...dah tahu kaw pendek tu jangan beranganlah nak capai bende yang tinggi tu!''
''wei gemuk..jalan cepat sikit boleh tak lembablah kaw nie..tu lah perut besar sangat!''
''wei  gendut..ada hati nak pakai baju cantik..tak cover pun perut kaw yang gendut tulah gendut..!''

''erk..ala wei..janganlah touching..gua gurau je wei....''

T_T peh.. agaknya  lah kan..kalau ayat-ayat cinta tu tuju kat korang..apa korang rasa..sedap ke kat telinga..?even manusia tu kata yg dia hanya bergurau..HANYA BERGURAU??!!

ayat-ayat di atas tadi tu cuma gimiknya..bukanlah ditujukan pada aku...huhu..tapi memang aku pernah dengar ayat-ayat cinta macam tu ditujukan pada kawan-kawan masa tengah bergurau..aku yang mendengar pun dah rasa macam tertusuk peluru M16..ini kan pula orang yg memang kene tuju dgn ayat keramat tu.

macam dah trend dalam perkawanan masa kini ke gurau sampai tersembur ayat-ayat menyakitkan hati?then bila bergaduh lagi,terus tersembul ayat puaka!

Ya Allah hai... mana nilainya erti persahabatn yg penuh dengan kesucian dan kasih sayang wei?
mana pergi nilai kesopanan hang sbg orang melayu...dan mana pergi nilai KEISLAMAN hang!

aku cukup tak suka bila dalam persahabatn tersembur ayat2 yang aku rasa tak patut dijadikan bahan gurauan..mentang-mentanglah dia tu bespren kita..sesuka hati jer kita nak sembur ape..hei..die pun ada perasaan lah..memey lah die senyum..gelak-gelak sampai terguling-guling..tapi dalam hati..rasa macam nak tikam dengan pisau je..kan kan kan kan?? korang pun pernah rasa macam tu kan kan?

ye kan jelah kalau tak pun..hehe wtp

so after this ples lah..take care betul-betul perasaan orang lain dalam persahabatan tu..sebab alang-alang bersahabat biar kekal sampai mati..kan?

ples behave like a real muslim..bukan like a ol ol muslim atas name jew...islam tak suka lah kalau kita suka sangat bergurau sampai cakap perkara yang menyakitkan hati kawan..tak suka taw..

so..jom muhasabah diri n lets perfom better for tomongor..(^__^)

Tuesday, May 22, 2012

PERUBAHAN MEMANG SUKAR TAPI BUKAN MUSTAHIL..!

Assalamualaikum wbk...

 'perubahan yang besar bermula daripada perubahan terhadap sekecil-kecil perkara'



itu adalah pesanan yang dititipkan seorang hamba Allah kat Aiza masa sedang berbual-bual kosong..on the sport,terus bende tu melekat kat kepala Aiza sampai la ni ha....

well,,all of us must have 'niat' nak berubah kpd yg lebih baik drpd sebelumnya..
it same goes to me..
Aiza pun sentiasa nak berubah menjadi lebih baik dari hari ke sehari..(walaupun taklah baik sangat,,cume comel-comel gitu..)

so,based on my xperience lah kan..nak berubah tu memang sukar giler.giler pun lagi senang drpd nak berubah. Sebab kita dah terbiasa dengan habit yg dulu.

contoh paling senang lh kan:

''Aiza dah biasa keluar rumah dgn bermake-up (auta sesangat..=p)
then one day Aiza mcm insaf tak nak bertabaruj/taknak lah make up tebal-tebal 

1st day... dgn semangat juang yg tinggi..Aiza ok je keluar rumah tanpa secalit make up..

2nd day.. orang dah mula tegur..kenapa muka pucat..

3rd day..orang dah mula tak nak dekat sbb tak glamour..yelah muka suci org kate tu..

4th day..dah mula dah orang cakap-cakap kat kita..'sis,u have to put make up sikit lorh..''

ah sudah..kacau bilau jadinya Aiza..ni baru 4 hari..belum 14 hari,4 tahun dan so on...

see?? perubahan memang banyak cabaran dan onak duri yg perlu ditempuh,ditelan dan digigit masuk dalam perut macam makan jamu walaupun pahit.

BUT..
perubahan yg sukar itulah yang bakal memberikan kita senyuman satu hari nnti.. mcm makan jamu..dahlah busuk,pahit kelat piyau pula tu..tapi kesannya untuk mase depan...?
ha..amik kau..awet muda gitu..body sihat,wajah muda,,tenaga macam umur 20 thn olowes..
tak ke best tu???

so,,apa tunggu lagi..pedulikan orang lain..orang lain takdanye nak bertanggungjawab dalam mana-mana bab hidup kita.kita yang harus be rensposible to our own life,own amanah,own iman,own hati,own our promise to Allah..just change!

keluar daripada kebiasaan orang lain..
sebab??
s we know..dunia/bumi nie dah dikuasai oleh yahudi/non muslim..so banyak cara hidup yang related to them..even nmpak mcm diskriminasi..tp i just want to ingatkan balik diri i sendiri...

''Islam lahir dalam keadaan dagang(asing)..dan akan berakhir dalam keadaan yang asing.
maka beruntunglah orang yang asing itu..''

T___T well,its really hard and need a big of courage u know..but y we have to worry so much? we have Allah right??
just believe lah..kompom Allah akan tolong kite lah der..

lagipun..Allah tak kisah siapa kita dahulu,atau apa percapaian kita dalam hidup nie..tapi Allah really kisah pada siapa kita sekarang nie..SEKARANG..so..
just change SEKARANG lah..

berdikit-dikit dalam perubahan..janganlah hari nie kau seksi giler,baju sendat,skirt pendek kejap lagi kau terus jubah,purdah labuh berbagai serba hitam..
 Sebab?
perubahan besar yang mendadak mcm tu hanyalah didorong oleh keinginan yang sementara tanpa ada persiapan mental utk menghadapi cabarannyer..

tapi..
kalau kejap lagi kau terus tutp aurat..cari baju longgar,tudung tutup dada..dan segala yg memang WAJIB AURAT seorang wanita..
itu WAJIB!..tak yah tunggu lama-lama..berdikit bagai..
sebab..?
tutup aurat wajib right?
n tak perlulah kita tambah point dosa kat buku amalan bab aurat lg..

well..depends on kita nak berubah kemana lah..
kalau nak berubah ke arah yang wajib-wajib tu..Aiza doa supaya cepat-cepat sebelum terlambat... 
papehal pun bro..
PERUBAHAN ITU MEMANG SUKAR..TAPI BUKAN MUSTAHIL..!=)




ii


Friday, May 18, 2012

ANTARA SABAR DAN PUTUS ASA.

Assalamualaikum wbk..
hai semua........... !

today..im gonna to make an entry pasal SABAR VS PUTUS ASA.

but before that.. Aiza nak citer sikit.. Aiza nak bgtau kat blog kesayangan dan sahabat yang ada..

tadi.. sahabat Aiza kol Aiza.. bual punya bual.. n then out of the blue.. dia kata bahawasanye pun..
Laptop yang baru shj dibeli 3 bulan dah pun hilang..kene diambil orang tanpa izin.. (curi lew tuh) walhal before that pun die ada hilang laptop..mean 2 laptop hilang.

dalam masa yang sama 6 buah laptop sahabat dia yang lain turut diambil tanpa izin..

well..siapa yang tak sedih bila sesuatu yg sukar untuk kita dapat,kita dapatkan dengan susah2 then hilang mcm tu jer..kalau tanya pd Aiza sendiri..Aiza pun mesti ada rasa terkilan..

but Aiza pasti sangat-sangat apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..pasti ada sebabnya..sbb Allah TAK AKAN bagi sesuatu yg useless.whether ujian atau nikmat,atau apa2 shj yg kita terima dalam hidup kita.

so..bila diuji..like usual..mcm org ramai selalu kata..SABAR.... tp Aiza akan kata.. JUST CHILL..U  WILL GET SOMETHING BETTER.. mungkin juga..u dah dapat pun 'something better ' tu..

apakah 'something better' itu?

something better means sesuatu perkara yg lebih baik untuk digantikan kepada apa yang hilang/tiada.Perkara tu luas..tak semstinya hilang ladtop akan dapat lagi ladtop yg lebih canggih.@ kematian Suami akan digantikan dengan suami yg lebih baik..tidak semestinya begitu.. boleh jadi juga 'something better' itu adalah pengajaran yg boleh kita dapat..kehidupan yang lebih baik..dan tarbiyah yang lebih sempurna.

'something better' tu merupakan perkara wajib yg akan ada disetiap ujian dan dugaan yg Allah bagi kat kita..Aiza sangat yakin pd hikmah Allah sbb Allah sayang kita dan tak akan mensia-siakan kita..

maybe org kata..'bolehlah.....bende tu tak jadi kat kau....'

well...yup..Aiza fhm..respon penerimaan situation adalah berbeza mengikut siapa yg menerima..org yg menghadapi perkara itu akan lebih mengikut emosi berbanding akal. Manakala orang yang mendengar pula akan berfikir mengikut logik akal,iman dan kurang bermain dgn emosi.(rata-rata lah..tak semua....) oleh kerana itu.. orang yang mendengar ini haruslah memanipulasikan dan membantu orang yg menghadapi tekanan..bukan menambah tekanan/kesedihan/apa2 lah...

bila dah sabar..dan dah tahu something better tu..jgnlah pula berputus asa untuk bangkit dan menjalani kehidupan seperti biasa/lebih better..dalam erti kata lain...(konon-konon buat-buat tak tahu/tak pernah jadi) ..ini bukan hipokrit..ini adalah redha dan terima qada dan qadar Allah..

so..just chill..kita kene fikir..maybe,dugaan yang Allah bg tu ada mesej yg Allah nak sampaikan..so..bangkit...cari 'something better' dan teruskan kehidupan..

untuk sahabat Aiza yang hilang ladtop tu..its ok... jgn putus asa untuk beli ladtop baru... tawakal pd Allah..lagipun skrg nie..Ladtop dh mcm keperluan..bukan lagi kehendak..banyak kerja study yg perlu dilakukan dgn ladtop..

Aiza harap..sahabat Aiza tu dapat jumpa apa 'something better' disebalik dugaan dia..

Sekian...
tata titi tutu..
im gonna to lock ketat2 my ladtop..haha!
Assalamualaikum...
daaaaaa................!