Monday, March 31, 2014

Kadar Gula Rendah, antara punca keletihan berpanjangan.


Assalamualaikum. hai olls.

Pasti ada diantara kita yang berdepan dengan masalah keletihan yang berpanjangan. Kadang-kadang tu buat kerja tak seberapa tapi badan rasa letih sangat disertai dengan rasa pening-pening yang memusing. Jika ya, anda perlu buat Check Up segera kerana dikhuatiri anda mengalami kadar gula yang rendah.

                                  

Kadar gula yang rendah ini bunyinya seperti tidak membahayakan namun jangan terkejut kerana sekiranya anda membiarkannya tanpa dirawat, kemungkinan anda untuk Koma itu ada!.

Mengapa ya tiba-tiba sahaja saya berkongsi mengenai kadar gula rendah ini?? Sejak bila pulak saya tukar dari bidang Sains Sosial ke bidang Sains Perubatan?. Sebabnya saya baru sahaja sedar bahawa kadar gula rendah itu bahaya!. dan lagi, sebenarnya saya baru sahaja pulih daripada masalah kadar gula rendah ini. itu yang saya rasa nak berkongsi dengan anda semua agar sedikit sebanyak mampu lah jugak membantu kalau-kalau ada yang mengalami masalah keletihan yang tidak berkesudahan. O nom nom nom.

Dalam sebulan lebih yang lalu, saya saje - saje buat Check Up kadar gula di sebuah Farmasi di kampung kerana kebetulan dalam farmasi tu ada services Check Up Gula just for Rm4.00 only. itu pon sebab my mom yang paksa kerana pada masa itu saya demam for 3 weeks tak baik-baik. Saya ingatkan everything is fine, sebab saya tak pernah ambil kisah tentang kadar gula. Yelah, asal jangan amik manis lebih sudah takut diebetis kan. itu jelah yang saya mindset. Rupanya kadar gula saya masa tu rendah  which is at 3.6.

gambar sekadar hiasan.
                               
Menurut dokter tu, normal rate untuk kadar gula yang stabil adalah 7.0 something like that lah jika tidak berpuasa pada hari itu. So 3.6 itu rendah sangat sehingga saya dimarahi oleh doktor tu kerana kurang zat. katanya. sob sob sob.

dan yang penting, menurut dokter tu lagi, keletihan, demam yang berpanjangan, muka yang pucat serta pening-pening yang saya alami agak lama before this adalah berpunca daripada kadar gula yang rendah. Dimana kalau dibiarkan boleh pengsan., pengsan takpeh lagi.. koma tu mintak dijauhkan lah sana...


Jadinya, saya yakin dan percaya.. ramai kawan-kawan diluar sana yang mengalami masalah yang sama atau hampir sama.. lebih-lebih lagi bagi yang student seperti saya, makan tak teratur, so zat tak cukup.. last-last dalam kelas ting-tong menguap sana sini, badan sakit-sakit yang akhirnya boleh menjejaskan tumpuan kita. tak nak lah macam tu kan?.

Sekiranya anda ada mengalami simptom-simptom seperti :
  • rasa letih berpanjangan
  • pening yang kerap
  • kadar jantung yang laju
  • rasa cemas
  • mudah rasa seperti nak demam
  • kawan-kawan tegur await muka kau pucat
  • rasa nak tidur jer.. 
mungkin, anda juga mengalami kadar gula yang rendah. Jadinya cepat-cepat lah check gula RM4.00 biasanya di Farmasi berdekatan agar masalah anda boleh settle dan anda pon boleh jalani kehidupan dengan riang riang rianya! Yahoooo. seronok kan kalau kita bertenaga?.

namun perlu diingatkan, ini adalah antara punca keletihan. pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan sekiranya tak lagi sembuh. takut ada benda yang lain yang perlu di ambil serius. ewah ewah.. akhir-akhir nie jadi take care betul soal kesihatan. meh meh meh.

well, im just want to have a better life.
itu saja yg sy nak kongsi malam nih.harap bermanfaat.
jumpe lagi. assalamualaikum daun keladi. 






Sunday, March 30, 2014

MH 370 dan Kerahsiaan Pemimpin.


Assalamualaikum.

Ini adalah pertama kali aku cuba untuk menghasilkan sebuah penulisan serius (mampu kah) yang berkait dengan isu semasa. Tapi ingin aku ingatkan, aku bukanlah seorang penganalisis atau pemantau sosial yang berupaya untuk melihat sesuatu isu itu siap dengan fakta-fakta bombastik. Jika pembaca menginginkan satu lagi spekulasi baru mengenai misteri MH370, lupakan saja dan silalah tekan pilihan pangkah di side kanan atas skrin anda kerana sesungguhnya aku tidak mahu menambah menjadikan sejuta spekulasi kepada sejuta satu spekulasi.

Tanggal 8 Mac 2014 bermulalah sebuah misteri yang aku rasa antara misteri terbesar dalam sejarah dunia hari ini. Kehilangan penerbangan MH370 secara tiba-tiba di dalam radar telah menggemparkan dunia apatah lagi bagi sebuah negara kecil yang membangun seperti Malaysia. Dalam masa yang sama Malaysia telah menjadi tumpuan dari seluruh negara luar. Secara peribadinya, aku dapat merasakan tekanan yang dihadapi oleh Malaysia saat ini. Dan aku gentar, kerana negara luar mula mengecam Malaysia.

       
Kronologi Kehilangan MH370

                                   
Jujurnya, aku juga gentar, cuak dan berdebar hari demi hari untuk mengetahui apakah nasib mereka di dalam pesawat yang terpilih untuk ujian dan dugaan dari Allah swt. dan dalam masa yang sama, rakyat Malaysia yang lain turut sama menzahirkan kebimbangan dan doa serta harapan agar mereka yag terlibat dalam tragedi mengejutkan ini dapat pulang dengan selamatnya. Disini, aku dapat merasakan sebuah perpaduan dari Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Aku, sedikit terharu.

           
Solat Hajat yang diadakan di KLIA.
                          

Namun, bersama-sama dengan kebimbangan rakyat Malaysia, terlahir juga bermacam-macam spekulasi yang timbul dari mana-mana pihak. Andai aku sertakan semua spekulasi yang ada, pasti 3 hari 3 malam lah panjangnya penulisan ini. Jadinya aku simpulkan saja menjadi point-point yang mudah.

Antara spekulasi kehilangan MH37 yang aku baca, yang aku tak baca, aku tak tahulah.

  1. Konspirasi Kuasa Besar ( AS ) yang melibatkan wartawan CNN-----> yang ini aku agak gentar. 
  2. Rampasan pesawat setelah diketahui terdapat penumpang palsu. 
  3. Kerosakan pesawat tetapi disanggah kerana pesawat tersebut dikatakan antara pesawat terbaik.
  4. Pilot yang bersekongkol untuk rampasan pesawat. ( Kapten Zahari )
  5. Misi membunuh diri Pilot setelah terlibat dengan agenda politik.
  6. Permainan Kerajaan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari kes penjara Anwar Ibrahim.
  7. Persepakatan Anwar Ibrahim dengan Kapten Zaharie 2 hari sebelum penerbangan.
  8. Kebakaran di tempat pemanduan Pilot
  9. Kapal Terbang tergantung di langit -----> Raja Bomoh, ada tempat sangkut kah di awan?
  10. Pesawat ditembak oleh pesawat asing di Vietam.
  11. Pesawat terbang secara Autopilot ke Lautan Hindi, tersasar semasa ingin membuat pendaratan kecemasan
  12. DSN mengesahkan pesawat hilang di Lautan Hindi.
                                 

Banyak sangat spekulasi yang timbul dan aku tidak mampu membaca semua. Sebabnya mudah, makin banyak aku baca, makin pening kepala aku. Akhirnya, DSN tampil menyatakan bahawa pesawat hilang di Lautan Hindi berdasarkan radar terakhir dilihat disitu. Kenyataan DSN itu seakan-akan mahu mewujudkan keseimbangan dan cuba untuk menamatkan persoalan di benak fikiran rakyat. Ya, mungkin ada yang sudah tidak mahu berfikir panjang, malah ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.. Al-Fatihah mula kedengaran disana-sini.

DSN umum Pesawat disahkan hilang.

Walau dalam masa yang sama, masih ada suara-suara bawah tanah yang melaung-laung persoalan baru, rakyat mula mengenepikan dan menepis persoalan-persoalan itu dengan anggapan semuanya sudah tamat.


Philip Wood yang dikatakan menghantar mesej meminta bantuan. Latitude dan Longitude dikatakan
Wood berada di kawasan Diego Garcia, Lautan Hindi.

Pangkalan Rahsia AS di Diego Garcia, Lautan Hindi.
Sejauh mana kebenaran, aku tidak jamin kerana aku belum pula terbang kesana dan lihat dengan mata sendiri

Namun, kemunculan kenyataan mesej meminta tolong dari Philip Wood,51 dari US pada saya agak gempar dan pastinya menimbulkan persoalan baru.! Ya, nampaknya misteri ini sememangnya masih belum selesai. Maka timbullah pula isu pangkalan rahsia tentera AS di Diego Garcia, Lautan Hindi yang menempatkan pesawat tentera dan sebagainya. Heh. Memang pening. Sejauh mana kebenaran mesej dari Philip Woods yang merupakan penumpang MH370, itu masih menjadi persoalan dan belum terukai buat masa ini. Namun, nama Philip Wood memang wujud dalam daftar senarai penumpang. Masih adakah harapan dan keajaiban?
Sama-sama kita mendoakan yang terbaik.

Sebenarnya apa yang ingin aku Highlight disini bukanlah spekulasi yang bermacam-macam. Tetapi apa yang ingin aku sampaikan dari suara hatiku ini adalah bukan mudah menjadi pemimpin. Kita sebagai rakyat mula mempersoalkan ketelusan kerajaan Malaysia dalam menyampaikan perkembangan semasa tentang MH370. Kita sebagai rakyat mula menyorak-nyorak bahawa kerajaan menyembunyikan banyak perkara dan hanya ingin memperdaya rakyat. Kepentingan kuasa mula dibisik-bisikkan sesama sendiri.

Tapi sedarkah kita, apabila kuasa mula di dalam genggaman, dan segala maklumat dalam kepala kita, bukan mudah untuk kita menyatakan kebenaran, apatah lagi untuk menyebarkannya pada umum. Pernahkah anda menjadi pemimpin? maksud saya menjadi pengarah program,projek atau menerajui mana-mana tampuk pemerintahan?

Jika pernah, anda sepatutnya sedar dan akui bahawa anda sendiri ada menyembunyikan beberapa perkara dan hanya menyebarkan beberapa perkara. Mengapa? kerana anda ada kepentingan. kerana anda tidak mahu anak buah anda huru-hara, anda mahu mereka merasakan bahawa semuanya baik-baik sahaja. Walhal, serabutnya perjalanan program,projek, kelab atau persatuan hanya anda dan orang-orang kanan anda saja yang tahu. Itu hakikatnya. dan itu jugalah yang berlaku dalam kes MH370 ini.

Apa yang dapat saya jangkakan adalah, rakyat tidak akan tahu apa sebenarnya yang berlaku secara total. Meskipun akan ada pendedahan-pendedahan yang akan datang namun ianya hanyalah sebahagian dan tetap menjadi sebahagian. Memang kita sebagai rakyat berhak untuk mengetahui apa yang berlaku. Tapi ini adalah hakikat.

Saya bukanlah menyokong mana-mana pihak. Tetapi pendapat peribadi saya mengatakan, mereka yang sibuk melaung-laungkan sebuah ketelusan sebenarnya tidak memahami bagaimana rasanya memegang sebuah tampuk pemerintahan. Mereka tidak memahami bagaimana rasanya tersepit antara kepentingan dan keprihatinan. dan mereka yang melaung-laungkan ketelusan itu sendiri belum tentu mampu telus dalam kehidupan mereka sendiri.

Nampak sepertinya saya menyokong kerahsiaan yang cuba diselindungkan oleh kerajaan,nampak seperti saya menyebelahi DSN tetapi saya hanya berpijak pada bumi yang nyata. Bahawa kerahsiaan tetap kerahsiaan. Rakyat tidak akan tahu apa sebenarnya yang berlaku walau bagaimana ketelusan diminta!

Mungkin ada yang merasakan ini adalah pemikiran yang dangkal dan malas tetapi pada saya, ini adalah kenyataan. Walau apa pun kenyataan yang keluar selepas ini,pembongkaran demi pembongkaran..itu hanyalah sebahagian dari berjuta kerahsiaan.

Tak terima? terpulang. kerana ini hanya sekadar pendapat peribadi di blog peribadi dari insan kerdil yang hanya melihat masalah dari sebuah perspektif yang berbeza.

itu saja buat kali ini.
terima kasih daun keladi.

Monday, August 26, 2013

Tudung Labuh, bukanlah Sandiwara!

Assalamualaikum..

Bila disebut soal Tudung labuh iaitu Tudung yang menutupi dada atau labuhnya sampai ke bawah perut, automatik kita akan menggambarkan seorang muslimah yang berpewatakan lembut,lemah gelamai,sopan dan suara halus-halus gituw.

Aiza sendiri pernah menghadapi dilema sebegini. Sehinggakan Aiza mengambil keputusan drastik untuk turut mengubah sikap Aiza yang agak sedikit kasar dan selamba menjadi ala-ala muslimah sejati kononyer lah!

Sebab masa itu, Aiza didominasi oleh kata-kata dari orang tertentu yang mengatakan bahawa seorang wanita solehah ini haruslah berpewatakan sedemikian sedemikian. Seperti ada satu aras yang menandakan apakah sikap yang perlu ada pada seorang wanita solehah atau seorang muslimah yang ingin menutup aurat dengan sempurna/bertudung labuh.

Persoalannya disini, adakah anggapan seperti itu adil bagi muslimah yang tidak lemah gemalai,yang agak tegas dan agak kasar.? sedangkan sikap itu adalah kurniaan Allah semenjak kita lahir lagi. Adakah silap sikap yang diberi kepada kita? ataupun kita ini sememangnya tidak layak untuk berhijrah ke arah yang lebih baik a.k.a menjadi wanita solehah?

Aiza sentiasa berfikir soal sikap yang seharusnya ada pada seorang wanita solehah. dan sedikit sebanyak ianya membantu Aiza memahami bahawa Islam itu Mudah, Islam itu Fleksibel namun Anjal.

Alhamdulillah.. persoalan Aiza sebenarnya dah pun lama terjawab tetapi setelah Aiza membelek buku "Biar Bidadari Mencemburui Dirimu oleh Salim A. Fillah" Aiza mendapat satu statement yang Aiza sangat suka mengenai persoalan sikap yang perlu ada pada seorang wanita bertudung Labuh dan ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.

" Peraturan-peraturan ciptaan manusia bagi mereka yang bertudung labuh ini kadangkala membebankan wanita dan menyebabkan mereka yang ingin berhijrah terasa beku hati untuk melakukannya"

" Padahal tudung labuh bukanlah Sandiwara yang memerlukan kita menjadi orang lain apabila memakainya."

" Islam tidak menghapuskan sifat dan sikap peribadi penganutnya selagi tidak bertentangan dengan akidah"

Mudahkan ? Islam itu mudah, lagi indah, jadi Aiza rasa tak perlulah kita menjadi orang lain apabila ingin berhijrah. Kalau semua wanita di bumi ini hanya mempunyai satu sikap yang sama? dimana warna warninya? sedangkan setiap sikap itu ada baik buruk dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Tudung Labuh bukanlah Topeng. Just be Yourself!!

*Tudung Labuh bagi Aiza adalah tudung yang boleh menutup aurat, tak kisahlah paras mana, tak kisahlah fesyen apa.Asalkan aurat terpelihara.

#dont judge a muslimah by its Hijab#

Sunday, July 14, 2013

Tips : Buang rasa Angau dengan 5 Step!

Assalamualaikum... =)
  Hi u guys! hope u guys really well today.. Oh ya.. dah ramadhan yang ke-4 kan hari ini... so how your fasting? it is Ok? al-maklumlah cuaca kan panasnye bak hang...kenkadang memang menduga Iman ye tak?? 

Entry kali nie Aiza lebih consider nak buat soal perasaan pulak. lagi-lagi bile umur menjengah puluh-puluhan, soal hati tidak asing lagi dikalangan kite-kite kan. tengok member baik,ada yang dah tunang, tengok classmate sekolah ade pulak yang dah kahwin atau dah nak kahwin.. tengok classmate sekolah rendah pulak ade yang anak dah masuk 2. Oh!! yang kite nih, dok lagi main anak patung sebelum tidur, itu belum dicampur bermain kejar-kejar dan tahap urus rumah yang sangat terabur. masak jangan cerita lah, mampu goreng telur dah kira macam master sangat lah tuh. gadis apakah ini??Oh!!! T_T''

simpan jelah angan nak kahwin!sob sob! oh berdesing telinga tw!

waktu-waktu macam nie jugaklah kite akan mula ada hati kat someone. kengkonon nak dijadikan calon pilihan hati bakal suami isteri yang dicintai..hmmmmmbhahbhahbhah. (apsal aku ketawa evil sangat nieh!)

tengah-tengah dok baik punya usha tetiba clash pulak... tak kisahlah kau nak buat drama teduhan kasih ker, SSID ker, atau yang latest nieh ha, kampung girl ker.. peduli hape.. yang Aiza peduli nyer..ni ha.. Aiza nak bagi tips lah..macam mana kite buang rasa Angau kat seseorang tu... atau dalam erti kate lain.. macam mana kite lupekan seseorang yang pernah kite ade feeling-feeling hindustan dengan die?? nak tau ke idak...?? hu........ (mcm ader orang kisah lah kan nak tanyer-tenyer macam tu...Oh sedih!)


Credit to jujal


daripada kau bertarung nyawa nak hadapi kenyataan yang kau baru putus atau ditolak (apsal evil sangat dari tadi nieh!!),, nafas pun sangkut-sangkut nak hidup kan.. T_T", atau kau tension tahap karma sebab cinta kau tak sempat nak luah... kepala sampai bengkak nak oi nak lupekan someone tuh,or nak buang perasaan tuh... boleh jadi barah tau..ha,jangan memain soal perasaan nih!

So,hape kate..korang try tips yang seciput dua nih.. ceh, macam perkenal produk je kan... memperkenalkan Cream BB Anti-Angau..terlajak laris (intonasi jawa pekat), buat muke senyum duck face #okeh,sangat laris#
dari duck face terus macam nieh sebab tak laku.. credit to jujal..

  • step fertamah, I rasa u olls kene fikirkan yang buruk-buruk pasal die tuh.. carilah ape saje yang u rasa  tak berkenan dengan die tuh.. I tahu..step nie nampak macam evil kan,, tapi kau hingatlah balik ape aim kau tadi,kau nak lupekan die kan... bukan nak tambah sayang kat die.. u bace step I nieh sampai habis yer nok..

    Okeh, berbalik dengan step tadi.. u cari lah ape-ape pun... sepanjang dating die tak pernah belanja makan ker.. (itu kudukut punyer orang), die korek hidung depan orang ramai ker.. (eyyyuw,macam mana u boleh date dgn die nih.Ops,,cinta itu bute kan..), gigi kuning-kuning oren berserta bau yang teramatlah memualkan, atau obvius sekali..die tak hormat parents u olls. selamba badak jer ber hoi-hoi dengan mak bapak u olls.
  • andai lah kan..die tu ala-ala Malaikat..T_T".. takda buruk lansung la hai..... semua perfect merfect... walhal ketyhak die bau ikan masin, korang jer yang bau macam lavender.. Ops,Cinta itu bute kan... . Perangai pulak uih.............. punyalah baik, punyalah tawaduk tawakal semua hade.. so macam mana bedah Oi??? kau carilah keburukan korang sendiri..har har har.. lagi evil kan??

    pandai-pandai lah kau buat drama mekukut tepi gantang..siapalah aku berbanding engkau yang sempurna.. aku umpama belacan tatkala Spagheti dan Lasagna dihidangkan bersama... ha.. gitu lah!! eh..bukan aku okeh..u olls!! herherher.. haper? kau hingat kau perfect sgt sampai takde kelemahan dan keburukan... piiiiiiigilah.. Aiza tahu u olls suke kentut dalam lif tengah orang ramai kan?? kan kan?
     
  • bile dah gituh...korang mesti akan ade rasa berjauh hati dengan die...u olls akan mula ade rase gap antara u olls dengan die..yeerlah..selama nieh u olls ingatkan u olls nie pasangan merpati dua empat joli.. eh dua sejoli lah! so.. Step kehdue,, sila lah remove line connection ape sahaja yang berkaitan dengan die.. phone No.,facebook,twitter,blog, wechat,wassup,weline,bbm dan sehmuahlah yang boleh menghubungkan u olls dengan dieh.

    yerrrlah, sambil-sambil tengah ade rasa gap tuh, sambil-sambil hangin sebab baru nampak keburukan die tuh...sambil-sambil baru sedar tak padan dgn die tuh.. sambil-sambil tu lah u olls remove semua connection tuh.. mase nie u olls tak payah lah nak tengok updates terbaru die... nanti tak jadi pulak nak remove nyer..!!
  • Step ketiga , buang segala haper barang yang berkaitan dengan die.. kot-kot dulu die pernah bagih u olls teddy besar punyer... u pergi bagi itu teddy dekat itu kanak-kanak anak yatim larh.... fakir miskin ke... berjimba mereka u olls dapat teddy besar... atau die pernah bagi u olls gambar duckface die... u pergi bakar saja die punyer gambar lah.. u blend gune mixer ker.. u rendam dalam air ker.. atau u post dekat luar negara.. hahaha.. itu jahat. habis,kalau die pernah bagi darah kat I? u kasi pulang balik lah.. u pergi cucuk itu u punyer darah.. donate balik lah... kalau u tak takut itu jarum lah.... anggap amal jariah saja..
  • Step kehempat. bila dah buat semua di atas... kite mula buat bahan yang keempat ye puan-puan semua..ha.... eh..jap... acaner kalau die tuh member kiter..takkan nak remove..Oh.. nie kire u olls feeling-feeling dengan member sendiri lah nieh ea? u olls remove jugak!!kalau tak boleh nak remove u olls tutup je akaun u olls! buat akaun lagi satu ker..hide list ker ..ala...bukan susah pon... free pulak tuh..!

    okeh..step kehempat,, dengan cara yang before nie sebenarnyer u olls dah menjauhkan u olls dengan die tw... so next adalah u olls kenelah Istiqamah dalam menjauhkan hubungan u olls dengan die.. perit,,memang perit... payah memang payah... kengkadaang tuh memakan masa yang lama,bukan sehari,bukan due hari bukan tiga hari tapi bertahun-tahun pon boleh jugak.. (eh,,mcm klise jer kan)
  • last step..u doalah banyak-banyak kat DIA.. yang Maha Mendengar akan segalanya.. yeerrlah... u buat semua nieh bukan sajer-sajer.. u buat semua nie secara tak lansung u elak zina hati tau tak.. Aiza ulangi yer.... Zina hati.... bende baik..bende elak maksiat.. bende nak dekatkan diri pada DIA.. InsyaAllah... Allah kan Penolong yang Maha Hebat... U doa lah banyak-banyak...

    lelame nanti,,,, dengan izin Allah.. perasaan u olls akan jadi neutral jer... takda haper dah... ha..... nampak tak permainan syaitan yang selama nieh dah buat hati n kepala hutak u olls jadi mereng dan hampir giler..? nampak tak??

    bile dah gini u olls takkan ade rase benci lagi,takkan ade ase sedih mahupun pedas serta masin... malah... u olls boleh sekali sekala doakan die yang baik-baik... yeeerrrlah..... kite nie sesama umat Islam kene jugak jaga Ukhwah walau mcm mana pon.... dan Ukhwah tu tak semstinya kene ditonjolkan...dalam doa pun bulleh.. kalau bukan Muslim pun...u doalah yang baik-baik...semoga die dapat hidayah ker...hape kerr...

    TAPI.. rasanya lagi bagus kalau u olls doakan untuk semua Muslim.. tak payah nak mention die sgt lah kan... Muslim lain pon nak doa drpd kite jugak ye dak... kalau nak sangat mention nama orang..kau mention lah name parents atok nenek segala keturunan korang..lagi baguih!

afe-afe pon... tips yang Aiza bagih nie..pada Aiza baguslah digunakan sebab jaman sekarang nie..semua dok sibuk hangat nak kahwin awal....iyer..... Aiza tahu....kahwin awal tu bagus.. tapi kalau angau dah terlebih..aper yang bagusnya disitu?? sedangkan dalam Islam kite sangat di syariatkan untuk jaga seketul darah nieh yang bernama hati.. ha... macam tajuk lagu kau.. "Seketul Darah Bernama Hati.." nyanyian Aiza the Muslimah Merah Jamboo!

okeh andai kate korang nieh dah nak kahwin..tapi angau terlebih ..acaner... boleh jer u olls ikut step kat atas...cumer maybe tak payah nak buang-buang lah kan... minimumkan segalanyer.. macam sebulan sekali baru hallo-halllo tu pon kalau ade hal penting..

ala...jgn risau lah... hidup jer buat macam tu..takde yg putus nyawa pon..melainkan ajal dah sampai... huhuhuhu. u ollss diskus lah bebaik... hei............ingat.. sape u olls skg adalah sape anak -anak u olls di masa hadapan tau.. bijaknyer u olls buat keputusan yang baik utk jaga hati u olls..bijaklah anak u olls utk jaga hati die termasuk jaga maruah die taw.!

tapi.....! kalau u olls rilex jer.. memang lah ade suke someone tp takdelah angau..takdelah nak ingatkan die jer..eh.. tak kuasa! tu maknenyer u olls tak bermasalah lah... lagipun u olls bace balik tajuk entry nie.. Tips Buang Rasa Angau.. bukan tips nak putuskan silaturahim..!

 okeh..Aiza chow dulu..papehal kite jumpe next entry okeh? Aiza harap sgt dapat tolong korang yang ade masalah jiwa nieh..  Aiza bukan ade PhD pon nak bagi tips lebih-lebih..nie cume ape yg mampu jer sebab Aiza tahu sakitnyer penyakit  Jiwa.. hamboi ayat!! drama kau.~~!


Monday, July 8, 2013

Bergunakah kita sehingga Saat Ini?

Assalamualaikum... 

Tadi, lepas solat Maghrib,aku belek satu kotak atas almari aku..kotak barang-barang lama.., ade buku Biology SPM ,, ade kad library jaman sekolah.. aku belek satu-satu bende-bende yang dalam kotak tu..sambi-sambil tu aku imbau-imbau kenangan lama-lama.. 

tengok kad library jaman sekolah,ade gambar aku disitu.. alahai... apsal aku rasa gambar dalam kad yang lusuh tu sangat cute berbanding yang sekarang ni? apsal kecute tan dan keayuan berganda terserlah berbanding sekarang yang aku tengok macam....... habedah! 

Ok,bukan itu yang aku nak cakapkan.bukan. 

lepas tu aku belek lak satu-satu kertas-kertas yang ade dalam kotak tu,then.jeng jeng!!

aku terjumpa satu kertas kajang yang penuh dengan tulisan,,ala-ala karangan..aku baca..yelah,takkan aku makan  kertas tu kot! pas tu , aku terdiam.. aku jadi macam terkesima..walhal ape yang aku baca tu tulisan aku sendiri.. aku sendiri lupa bila aku tulis bende alah yang tu..


   
credit to: jujal atau google


bunyinya begini...


" Untuk hari ini, aku bersyukur kerana masih boleh menghirup nafas dan masih bisa bangun melalui rutin kebiasaan pada hari ini.. untuk hari ini,,aku merasa terlalu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup lagi dan diberi masa serta kesempatan untuk sentiasa membaiki kehidupan menjadi baik dan lebih baik.. 

Untuk hari yang lepas - lepas..terasa masaku berlalu dengan penuh kekosongan. tiada matlamat,tiada tujuan,tiada pencapaian yang aku rasa boleh membahagiakan seluruh rongga jiwaku..kenapa setelah berbelas tahun aku bernafas,, aku masih tidak merasa nikmat kehidupan?? kenapa semua yang aku ada tidak memberikan aku kepuasan? apa yang aku cari sebenarnya?ape yang aku mahu? kemana aku nak tuju? persoalan yang sering menghantui minda..persoalan yang sebenarnya aku tahu jawapannya tapi tidak pula aku merealisasikannya!

demi mendapat jawapan,demi mendapat kepuasan ,..
bermacam gaya kehidupan aku lalui..sehingga terkadang aku hampir terbabas di pembahagi syariat Islam. Kenapa?? bukankah aku dibesarkan dengan suasana islam? bukankah aku sudah ada didikan Islam yang cukup? bukankah kedua orang tuaku sangat mementingkan agama walaupun mereka bukan ustaz dan ustazah?
dan bukankah aku tahu tentang Islam sehingga membolehkan aku mendapat anugerah cemerlang bagi subjek pendidikan Islam. tapi kenapa aku masih keliru antara dimana harus aku bertapak?? 

dan kenapa aku boleh terkadang melanggar batas dan hukum sedangkan aku tahu semuanya.. aku A+.! Oh!" 

ha..gini lah lebih kurang ayat aku..aku ingat-ingat gitu jeh!! aku pon tak tahun zaman bile aku buat ayat-ayat Cinta ni.

ini buat aku kelu lidah n deras-deras pikir.. bende yang paling aku pikir... 
"selama ni aku praktikan ke segala apa yang tahu? "

"selama ni.. aku dah cukup berguna ke pada kehidupan aku"

"selama ni..berkualiti ke masa yang aku habiskan.."

"selama ni.. nikmat-nikmat yang dapat aku manfaatkan ke tak sebenarnye ni??"


Apa jawapan aku..itu aku punya skrip jawapanlah..SULIT mestilah der tapi aku sesaje jer nak kite sama-sama pikir bende yang sama lah.. engkau hidup bape lame?? 23? 98? hehe.. 
dan berape lama pulak masa yang benar-benar bermanfaat dan beri kebahagian yang sejati..betul-betul berbaloi pada kehidupan kau?

ha..aper lagi..amek kalkulator,kiralah!!

#kalau aku nak repeat paper " Masa Hidup yang Lalu" boleh tak??? 


Gua termenung tak semestinya gua berfikir tentang persoalan gua tadi..
mungkin saja gua tengah berangan ingat kat Aaron Azin..
Manusia kan..
banyak sangat main-main ,banyak sangat leka!! Oh!!
pukul berapa sekarang??


Ok.tu jer aku nak muntahkan. Salam Muhasabah. Wasalam! =)

Wednesday, February 6, 2013

Insaf tak semestinya skema..!




Assalamualaikum..
hui hui....pon pon... akhi ukhti boboi gigirl ape khabar?? harap semua sihat sokmo..yeah!!

 (entry kali ni saya memetik idea daripada ruangan Imam Muda Asyraf dalam majalah dara.com keluaran lupa dah .credit to him...=) )


Moni: Combi...jom kita layan movie sat...! aku baru download boboi boy the movie kat you tube nie ha...!

Combie: Astagfirullah al-azim Moni.. kau nak ajak aku buat perkara yang sia-sia? lagha nie Moni. Ya Allah... 

Moni: erk?kenapa pulak Combi..apa yang lagha nye? solat dah,buat assgment dah siap dah.. 

Combie: kan lagi elok kalau kita membaca Quran,.kita gunakan masa yang ada tu dengan sebaiknya..

Moni: la... bukan aku tak baca Quran pon.. pagi tadi kan dah baca.. lepas zohor td pon aku baca kejap dah.. nanti lepas magrib aku baca lah lagi.. sebelum ni kau ok je tengok movie.tak pulak kau kata sia-sia macam nie??

Combie: itu dulu Moni..sekarang nie aku dah insaf dah.. semua nie dunia semata-mata Moni..lagha semua nie... adakah kita patut mensia-siakan masa yang  kita ada dengan dunia yang hanya sementara??  aku dah insaf Moni.. aku taknak hidup aku hanyut dengan keduniaan... adalah lebih baik kita isi masa kita dengan zikir,Quran,solat sunat...

Moni: tengok boboi boy boleh hanyut dengan keduniaan ke?

Combi: iye Moni..semua tu lagha... bertaubatlah Moni.....

Moni: krik krik krik.....


wow!!!! caya lah Combi..terbaik lah,,sekali insaf terus ala-ala ahli sufi.zaman Salafus Soleh... Alhamdulillah.. semoga usahanya dapat melahirkan generasi pemuda pemudi agama...

tapi... adakah apabila kita nak bertaubat..atau apabila hati kita ni diketuk rasa keinsafan.. we have to act like that?? very the skema.. very the religious type.nak tgk movie tak boleh,nak ni tak boleh nak tu tak boleh. macam tu ke?

wait..dont misunderstood me.. i'm not going to say that what Combie said was wrong. As Islamic student adalah tidak patut untuk mengatakan apa yang Combi katakan itu adalah tidak benar atau tidak patut. Apa yang Combi kata semua itu ada benarnya dan ada asasnya but at the same time apa yang Moni nak lakukan pula tidak lah ada salahnya.

CUME...

apabila Combi berkata sedemikian kepada Moni ,secara tak lansung dia telah meletakkan sesuatu bayangan atau tangapan bahawa sekiranya kita nak bertaubat we have to throw away our world's side. Combi boleh mengakibatkan ramai orang yang biasa-biasa atau yang tak berapa nak faham agama merasa berat tentang islam dan akhirnya berfikir empatbelasratusribu kali untuk berhijrah menjadi muslim yang baik dan better.

sedangkan hakikatnya islam itu fitrah, islam itu mudah.. saya ingin memetik sebuah kisah para sahabat semasa zaman baginda Nabi Muhammad saw. Kisah tentang seorang pemuda yang dijamin syurga oleh Rasulullah sebanyak 3 kali semasa Rasulullah melihat pemuda tersebut datang ke masjid untuk solat berjemaah. 

ape yang pemuda itu lakukan sehingga dia dijamin masuk syurga?
solat sunat 24 jam?
baca Al-Quran tak henti-henti?
Qiamulail setiap malam?

tidak.. pemuda itu hanya menjalankan kewajipan sebagai muslim yang wajib..solat puasa zakat semua tu.. dan dia tidak sekali-sekali berprasangka buruk terhadap mana-mana manusia. sangat menjaga hati manusia..

you see that?? betapa Allah itu Maha Pemurah dan Maha Mengasihi hambaNya.. Allah tak kata hanya orang yang alim-alim je boleh masuk syurga.. Allah tak kata hanya orang yang abid saja Allah sayang.. Allah tak pilih ustaz ustazah saja yang boleh dapat RahmatNya.

Maka kat sini kita nampak bahawa islam itu mudah.. kita diberi banyak pilihan untuk hidup dalam dunia ni. selagi cara tersebut tidak ditegah oleh Allah..selagi itu go on lah..

apa yang penting..solat jangan sesekali tinggal,kalau tertinggal cepat-cepatlah bayar.( Qada') segala kewajipan sebagai seorang muslim mesti kita patuh.. puasa,zakat, aurat,batas,,dosa pahala, halal haram semua tu kita wajib ikut. then insyAllah.. u'll be a good muslim enough.

sekali sekala tu up sikit amalan dengan solat sunat.. sehari sekali baca Quran, pergi masjid derma seringgit, kalau rajin puasa sunat..setahun sekali pun kira ok kalau dah malas sangat..nama pun sunat kan...

eh..mudah lah! cukup macam tu jer pon boleh tau..

saya tak kata siapa yang nak lebih dari tu tak boleh..hamboi,macam minta penampar lah kalau kata macam tu.. 
malah saya amat teramat mengagumi sesiapa sahaja yang mengikut segala jejak langkah kehidupan Nabi Muhammad,para sahabat,alim ulama.. saya tabik spring kepada akhi ukhti diluar sana yang mampu untuk hidup mengikut cara pengabdian kepada Allah melalui ilmu hakikat dan tarekat. sebab,bukan mudah untuk hidup dalam cara yang macam tu... well.. kita dah berada jauh dari zaman tersebut,banyak cabaran yang perlu ditempuh..

cume nye..ape pun cara kita jangan sesekali kita memandang rendah kepada cara orang lain selagi cara hidup dia tidak melanggar syariat islam. yang Islamic jangan bajet bagggus,, yang relax-relax sempoi-sempoi jangan pandang yang Islamic tu kuno.

last but not least,, apa pun yang kita lakukan,bukan manusia yang menilainya..tetapi hanya Allah yang mengetahui segalanya.. jangan lupa kisah abid dihumban ke neraka, jangan tak ingat kisah pelacur masuk syurga. Kagumi kisah para ulama yang zuhud dunia demi destinasi akhirat, selami pengorbanan dan ketinggian iman para sahabat serta teladani junjungan Mulia Nabi Muhammad saw yang tiada tolok bandingnya. 

enjoy this life with your own way,as long as it is not forbidden by Our Lord,, Allah SWT..


* Atan: aku nak taubat tapi boleh tak kalau aku nak pegang tangan makwe aku time jalan-jalan kat mall? kalau jalan jauh-jauh siap bawak mahram makwe aku nanti orang kata skema pulak.yelah insaf tak semestinya skema kan??

saya: kau cakap dengan aku kau nak makan kasut saiz ape? kasut aku saiz 8.. itu bukan taubat!!

the end...... ape lagi..jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama,umur kita dah tak panjang.. 
lets be a better Muslim!!


 
 Assalamualaikum.. (^____^) 






Friday, January 18, 2013

Why do we have to hate others?

Assalamualaikum.. hai buddies!

Alhamdulillah,masuk hari nie dah seminggu genap saya bertapa di Rumahku Syurgaku..dan dalam masa yang sama mean that's i dah berjaya habiskan semester pertama i as a degree student di Unisza!! yahoo..! (ceh.ada lagi 7 semester kot!)

biasalah, life as a student..cerita and cabarannya sama jer bagi semua yang bergelar student. so kali nie saya nak sentuh sikit pasal benci membenci dan perasaan tak suka sama tak suka dikalangan kita-kita nie lah. kita-kita means student lah tak kira lah student hape pon.

so back to our topic..

Why do we have to put a negative stigma pada someone yang tak sehaluan dengan kita. sedar atau tidak.. kadang-kadang bila kita tengok seseorang tu macam lain sikit sikap dia for example dia agak lantang bersuara, atau dia agak tegas kita terus pandang negative. Dalam mind dah set yang dia berlagak lah, tak campur orang lah. macam-macam yang kita judge pada seseorang yang kita sebenarnya tak tahu menahu sangat tentang dia.

then at the end kita mula nak menjauhkan diri dengan dia.. lebih teruk lagi kita sebarkan judge kita yang bersifat Etik(opinion dari diri sendiri) kepada orang lain dan last-last semua orang akan cop orang yg kita judge tu dengan pandangan kita. walhal orang tu actualy ok jer. tak ke serupa macam menyebar fitnah macam tu?

why dont we just think positif lah... tak kisahlah seseorang tu perangai dia pelik ke, haluan dia tak sama , attitude berbeza, cara tak serupa sebab tak semestinya kita yang the best. ye tak?

for example lah,, kita always mindset, girl yang lembut itulah yang perfect! macam mana pulak dengan girl yang tegas,agak lantang dan kasar? adakah itu sesuatu yang teruk?sesuatu yang mengalami defisit?

just think for a minute, sikap atau cara perwatakan seseorang tu bukannya dibuat-buat.. perwatakan adalah sesuatu yang lahir dari jiwa,,, anugerah daripada Allah yang membezakan manusia dengan manusia yang lain. kalau semua girl lembut,jenis yang suara simpan dalam mulut.. siapa yang nak melontarkan hak wanita yang tertindas?? biasanya yg nak lontar2 isu dan hak memerlukan seorang wanita yang agak lantang dan tegas. tapi.. yang si lembut pula tetap diperlukan untuk menasihati yang kasar agar tidak melampau.

dan macam tulah seterusnya.. sebenarnya tak baik kita judge seseorang tu dengan penilaian kita sendiri.. yelah,kenapa kita nak dislike seseorang tu sebab berbeza dengan kita. lain lah kalau dia hantar santau kat kita.haha.. itu kira logik lah nak benci-benci dislike-dislike.

kesimpulannya mudah.. always think positif dan jangan sesekali cepat terpengaruh dengan penilaian-penilaian orang lain. jagalah hubungan dengan manusia sebagaimana yang Allah perintahkan. tak rugi pon..malah merupakan sifat mulia.kan elok macam tu.! =)

entry pendek tak semestinya writernye pendek! im just malas nak panjang2.

so,lets muhasabah dengan ceria..happy hour olowes. Moga beroleh RahmatNya.