Geng Merah Jambu..!

Wednesday, April 8, 2015

Bercuti ke Langkawi Part 2 : Island Hoping


Assalamualaikum.. hai uolls!

kita bersambung entry cuti cuti langkawi part 2. Entry sebelum ini boleh dibaca SINI
Lepas I check in tak berapa nak check in kat chalet, we olls terus lunch dan lunch dinner kami sepanjang berada di Langkawi adalah termasuk dalam pakej bayaran. So mana tempat yang sedap atau tak sodap I tidaklah menahunye.

Then we olls terus naik bas dan bergerak ke Jeti tempat Island Hoping. Ade satu cerita yang I nak kongsi, di Langkawi nie, kita akan jadi popular. Sana sini orang nak amek gambar kite. Then gambar kite akan dijadikan souvenier dalam bentuk pinggan. Sapa nak. Belilah dengan harga RM10 satu pinggan yg ade muka kita tu. Sapa tak nak taklah dieorang paksa. I tak beli sebab malas. Tak terlintas pon nak beli so gambar souvenier tu I takde lah ye.

Bercerita tentang Island Hoping nie. I tak tahu harga pakej sebenar berapa dan macam mana. U olls boleh saje lawat web kat mana-mana untuk cari pakej harga yang terkini.
Untuk aktiviti Island Hoping ni, die akan bawak uolls pergi menjelajah pulau pulau yang ada. Masa I pergi tu dia bawak we olls pergi ke Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting dan tengok Kawasan Sarang Burung Helang.

Bagi I aktiviti nie menarik tapi agak penat dan mengantuk bile dalam bot laju. Panas tak usah  cerita lah. Sunblock jangan lupa sapu dan pakai lah sunglass dengan topi.

Pulau Beras Basah is cantik! View die MasyaAllah! Tapi honestly I bosan dekat situ. Takde aktiviti pon yag boleh I buat. I rasa macam nak tidur saja. Uolls diberi masa sejam untuk berada di Pulau itu. Dan dalam masa sejam itu uolls boleh lah mandi pantai atau panjat sebuah rumah pokok yang ade kat tepi pantai tu. Rumah pokok tu taklah besar mana, so i pon malas nak naik. Tapi perlu diingatkan, dekat situ tiada toilet atau tempat persalinan baju. Kalau u rasa nak buang air ke hape, apa lagi cangkul lah mana mana tanah atau soroklah belakang pokok mana. Hak hak.

MasyaAllah cantik... Subhanallah Panas!! hik hik hik



Jeti nie memang cantik!! kalau buat wedding shoot nie memang saantek... sangat!


Setelah sejam yang membosankan, we olls terus ke Sarang Helang dimana aktiviti disitu adalah memerhatikan helang dan melihat aktiviti memberi makan helang. Quite interesting masa nie sebab helang dekat situ banyak sangat dan besar!. Lebih menarik bile kite tengok helang tu sambar makanan. But gambar dan video helang I hilang so I tak dapat nk tunjuk kat u olls. U olls goggle lah ye. Sorry!

Then tibalah masanya we olls sume pergi ke Tasik Dayang Bunting. Kat sini I suka! Sebab tempat die taklah panas. Sejuk je rasa dekat area tasik tu. Orang kate kalau minum air tasik tu akan bunting so I tak berani minum?? No lah I siap bawak balik lagi sebab haus kot! Peduli hape I dengan Orang kate. Nak lagi selamat I bagi kawan kawan I minum jugk. Ceh, tahyul dosa tau kalau percaya.

Ha, inilah die Pulau Dayang Bunting tu!!
 Masa sampai I macam, mana dayang nyer?? then kawan I itu itu muka die, itu dada die, itu perut die..
then I cakap " bukan semua bukit macam tu ke"
haha, I spoiled keterujaan dieorang! lol!


Kecantikan setiap ukiran semulajadi bukit bukau batu memang memukau!
MasyaAllah!


Aktiviti kat Tasik Dayang Bunting nie banyak. Uolls boleh naik bot kayuh gune kaki tu RM25 untuk satu bot . u olls kayuhlah bot tu sepanjang tasik tu selama 30 minit. U olls juge boleh mandi di Tasik Dayang Bunting tetapi uolls mestilah memakai jaket keselamatan dengan harga sewa RM5. Tapi disini ada disediakan tempat khas mandi yang tak perlu jaket keselamatan tapi kecik jelah tempat die. Ala-ala kolam mandi biasa. Kanak-kanak boleh lah mandi disitu.

Tasik Dayang Hamil!!!!! semua kawan kawan I yang menyibuk kat signboard tu!
I je malas nak ke situ.

Inilah tasik die! u olls kene menapak mendaki anaka tangga dan menuruni anak tangga untuk sampai ke tempat ini.
pada I rugi lah kalau sampai sini tapi taknak daki turun anak tangga.

kawasan die pelantar macam nie, sejuk saja.
tak panas macam kat pulau lain tu.. 


Kemudahan di Tasik Dayang Bunting juga agak lengkap. Ade tandas, Surau yang perlu dikongsi lelaki dan perempuan dan ade cafe yang agak mahal . kah kah. Biasalah tu. Cumanya dari jeti di Pulau Dayang Bunting untuk sampai ke lokasi sebenar Tasiknya uolls perlu menapak menaiki anak tangga. Agak penat tapi okay lah. Berbaloi pada I. Disini juga u olls diberi masa sejam untuk buat lah ape yang u olls nak buat ye.
Jam 5.30 petang, maka pulanglah we olls ke chalet dengan penatnya. Tapi, ia tidak mematahkan semangat I untuk berjalan di sekitar Pantai Chenang yang sangat padat dengan aktiviti beli belah, makan dan lepak!! Best giler!

Okay, cukup setakat ni.
bu bui. Assalamualaikum



No comments: