Wednesday, July 8, 2015

Lemas.


bila ada seseorang sedang kelemasan,
apakah dengan berada di daratan,
menjerit supaya dia menyelamatkan diri,
boleh menyelamatkan dia dari kelemasan itu?

sudah pasti perlu seseorang yang turun ke dalam air,
membasahkan diri, mencapai tangan dia agar naik ke permukaan.
namun andai tersalah langkah,
mangsa lemas akan bertambah.

tp apa yg pasti, mereka yang lemas perlu dicari,
perlu ditarik tubuhnya, perlu dihembuskan nafas padanya andai dia hampir kehabisan nyawa
bukan sekadar melihat padanya saja dan menjerit.
hei... berenang lah ketepi!

Wednesday, April 8, 2015

Bercuti ke Langkawi Part 2 : Island Hoping


Assalamualaikum.. hai uolls!

kita bersambung entry cuti cuti langkawi part 2. Entry sebelum ini boleh dibaca SINI
Lepas I check in tak berapa nak check in kat chalet, we olls terus lunch dan lunch dinner kami sepanjang berada di Langkawi adalah termasuk dalam pakej bayaran. So mana tempat yang sedap atau tak sodap I tidaklah menahunye.

Then we olls terus naik bas dan bergerak ke Jeti tempat Island Hoping. Ade satu cerita yang I nak kongsi, di Langkawi nie, kita akan jadi popular. Sana sini orang nak amek gambar kite. Then gambar kite akan dijadikan souvenier dalam bentuk pinggan. Sapa nak. Belilah dengan harga RM10 satu pinggan yg ade muka kita tu. Sapa tak nak taklah dieorang paksa. I tak beli sebab malas. Tak terlintas pon nak beli so gambar souvenier tu I takde lah ye.

Bercerita tentang Island Hoping nie. I tak tahu harga pakej sebenar berapa dan macam mana. U olls boleh saje lawat web kat mana-mana untuk cari pakej harga yang terkini.
Untuk aktiviti Island Hoping ni, die akan bawak uolls pergi menjelajah pulau pulau yang ada. Masa I pergi tu dia bawak we olls pergi ke Pulau Beras Basah, Tasik Dayang Bunting dan tengok Kawasan Sarang Burung Helang.

Bagi I aktiviti nie menarik tapi agak penat dan mengantuk bile dalam bot laju. Panas tak usah  cerita lah. Sunblock jangan lupa sapu dan pakai lah sunglass dengan topi.

Pulau Beras Basah is cantik! View die MasyaAllah! Tapi honestly I bosan dekat situ. Takde aktiviti pon yag boleh I buat. I rasa macam nak tidur saja. Uolls diberi masa sejam untuk berada di Pulau itu. Dan dalam masa sejam itu uolls boleh lah mandi pantai atau panjat sebuah rumah pokok yang ade kat tepi pantai tu. Rumah pokok tu taklah besar mana, so i pon malas nak naik. Tapi perlu diingatkan, dekat situ tiada toilet atau tempat persalinan baju. Kalau u rasa nak buang air ke hape, apa lagi cangkul lah mana mana tanah atau soroklah belakang pokok mana. Hak hak.

MasyaAllah cantik... Subhanallah Panas!! hik hik hik



Jeti nie memang cantik!! kalau buat wedding shoot nie memang saantek... sangat!


Setelah sejam yang membosankan, we olls terus ke Sarang Helang dimana aktiviti disitu adalah memerhatikan helang dan melihat aktiviti memberi makan helang. Quite interesting masa nie sebab helang dekat situ banyak sangat dan besar!. Lebih menarik bile kite tengok helang tu sambar makanan. But gambar dan video helang I hilang so I tak dapat nk tunjuk kat u olls. U olls goggle lah ye. Sorry!

Then tibalah masanya we olls sume pergi ke Tasik Dayang Bunting. Kat sini I suka! Sebab tempat die taklah panas. Sejuk je rasa dekat area tasik tu. Orang kate kalau minum air tasik tu akan bunting so I tak berani minum?? No lah I siap bawak balik lagi sebab haus kot! Peduli hape I dengan Orang kate. Nak lagi selamat I bagi kawan kawan I minum jugk. Ceh, tahyul dosa tau kalau percaya.

Ha, inilah die Pulau Dayang Bunting tu!!
 Masa sampai I macam, mana dayang nyer?? then kawan I itu itu muka die, itu dada die, itu perut die..
then I cakap " bukan semua bukit macam tu ke"
haha, I spoiled keterujaan dieorang! lol!


Kecantikan setiap ukiran semulajadi bukit bukau batu memang memukau!
MasyaAllah!


Aktiviti kat Tasik Dayang Bunting nie banyak. Uolls boleh naik bot kayuh gune kaki tu RM25 untuk satu bot . u olls kayuhlah bot tu sepanjang tasik tu selama 30 minit. U olls juge boleh mandi di Tasik Dayang Bunting tetapi uolls mestilah memakai jaket keselamatan dengan harga sewa RM5. Tapi disini ada disediakan tempat khas mandi yang tak perlu jaket keselamatan tapi kecik jelah tempat die. Ala-ala kolam mandi biasa. Kanak-kanak boleh lah mandi disitu.

Tasik Dayang Hamil!!!!! semua kawan kawan I yang menyibuk kat signboard tu!
I je malas nak ke situ.

Inilah tasik die! u olls kene menapak mendaki anaka tangga dan menuruni anak tangga untuk sampai ke tempat ini.
pada I rugi lah kalau sampai sini tapi taknak daki turun anak tangga.

kawasan die pelantar macam nie, sejuk saja.
tak panas macam kat pulau lain tu.. 


Kemudahan di Tasik Dayang Bunting juga agak lengkap. Ade tandas, Surau yang perlu dikongsi lelaki dan perempuan dan ade cafe yang agak mahal . kah kah. Biasalah tu. Cumanya dari jeti di Pulau Dayang Bunting untuk sampai ke lokasi sebenar Tasiknya uolls perlu menapak menaiki anak tangga. Agak penat tapi okay lah. Berbaloi pada I. Disini juga u olls diberi masa sejam untuk buat lah ape yang u olls nak buat ye.
Jam 5.30 petang, maka pulanglah we olls ke chalet dengan penatnya. Tapi, ia tidak mematahkan semangat I untuk berjalan di sekitar Pantai Chenang yang sangat padat dengan aktiviti beli belah, makan dan lepak!! Best giler!

Okay, cukup setakat ni.
bu bui. Assalamualaikum



Monday, March 30, 2015

Bercuti ke Langkawi Mac 2015 (Part 1: Boarding to Langkawi)

Assalamualaikum.. hai uolls!!

Alhamdulillah, as I promise before, I want to share as much as I can. But then, I’m sharing my experience and opinion but I’m try to limited to exposed myself due to the level of cuteness of me is infinity. Kah kah kah!

Alhamdulillah, finally my dream to have a holiday in Langkawi became true!! Got excited? Of course I’am!! Sepanjang I berkira-kira nak pergi ke sana tu I review banyak sangat blog sebab I nak pastikan bajet I kene pada tempatnya. Obviously I sangat berkira-kira kan? Eh mestilah, I berjimat sebab I nak shopping puas-puas lah konon kat sana.

Okay, kite start dari 1st day I pergi ke Langkawi dari Terengganu. Disebabkan I nie ikut rombongan belajar, maka banyak sangat bajet yang I dah cut. Bas dari Terengganu ke Perlis adalah PERCUMA.
I pergi dengan kelas I, kami seramai  78 orang. That why, I nasihatkan uolls sepanjang kita bergelar mahasiswa, gunakanlah peluang-peluang perkhidmatan yang ade untuk membuat pemantauan terhadap masyarakat di Malaysia, bahkan DUNIA, instead of the main point obviously BERJALAN!.

We olls bertolak dari Terengganu jam 10 malam pada hari Khamis dan sampai ke Jeti Perlis pada jam 5 Pagi esok harinya. We olls bersiap mandi, solat dan sarapan semuanya dekat Masjid di JETI PERLIS I tak tahu nama dia. Kemudahan di Jeti Perlis pada I lengkap. U boleh mandi,solat dan makan dengan mudahnya. Suasana pon MasyaAllah cantik masa i sampai pagi tu bulan mengambang tepi laut so cantik ya amat!. Air laut masih surut so kalau bernasib baik dapatlah uolls tengok orang check perangkap kerang yang dipasang di sepanjang pesisir laut di tepi Masjid di Jeti Perlis itu.

Di hadapan I yang Pancang kayu itu adalah perangkap kerang yang boleh kita nampak sepanjang pesisir Masjid Terapung.


Untuk bertolak ke Langkawi perkhidmatan Feri digunakan. We olls mengambil Feri pada jam 9.00 pagi dan tambangnya pula adalah RM18.00 I tak pasti dua hala atau sehala sahaja memandangkan everything sudah dibayar oleh bendahari rombongan we olls.

Masjid Terapung da Jeti Perlis adalah bersebelahan sahaja.


Feri is Boring I cakap u!. ini adalah 1st time I naik Feri, at first I memang teruja but after 15 minit I mula terasa betapa lembabnya Feri nie. Alhamdulillah I takde mabuk laut so, bila Feri bertembung dengan Feri lain I okay je dengan goyang-goyang alunan ombak yang mula berlaku cewwah! After 1 jam 45 minit yang membosankan maka sampailah kami ke LANGKAWI PULAU MUTIARA!! God, i’am so feel blessed! 

view dari dalam Ferry. ombak jer gempak. laju idok pun.. ! hik hik

biasalah, nama pon langkawi tak sah takde helang besor nie kan??? Panas kot nak bergambar kat sini.


Di Langkawi, we olls sewa bas pelancong tapi I tak tahu ape name agensi yang I tahu adalah harga sewa bas itu adalah RM1600 untuk sebuah bas untuk sepanjang kami disana iaitu dari jumaat sehingga ahad. Tak silap I lah!so far sepanjang we olls disana, the services of buses is okay. Nak kate tepat sangat waktu amek we olls taklah tapi okay lah!ade jugak we olls nie kene menapak dari chalet ke bas sebab Jalan di PANTAI CHENANG tutup sebab ade Le Tour De Langkawi. 
Dengan barang MasyaAllah banyak. Baru lepas shopping dengan beg baju, bagasi bagai. Tak lah jauh sangat tapi basah juga kewtyyak lah. Koh koh.

sebahagian barang kami. oh ye, Trolley barang nie RM1.00 okay. u kene bayar bila nak masuk Jetty atau bila nak keluar dari Jetty. Maknanya RM2.00 lah..
After that kami terus ke Chalet iaitu CHENANG REST HOUSE di Pantai CHENANG. Ha, untuk part ni I akan buat entry khas untuk CHENANG REST HOUSE nie. Semua nak sumbat satu entry memang tersembul lah bijik mata kan!Tunggu okay!


Cukup setakat ini. Kite berjumpa di entry part 2: Langkawi Island Hoping
Assalamualaikum. Bui bui!


Friday, March 27, 2015

SECRET RECEPI 2015

Assalamualaikum.. hai olls!!

Actualy, I bukan jenis suka makan kat tempat memahal macam SECRET RECEPI . I nie standard warung Mak Bie tepi jalan je dengan kerusi meja plastic asalkan tiada tikus berkejaran I okay.

But kali nie, disebabkan I dapat tugasan dari lecture I yang suruh I dengan TeamWork I buat Social Survey dekat Restoran based on their class so barulah i terhegeh-hegeh cari maklumat pasal Secret Recepi tau. Yelah, kami nie berpeluh risau berapelah kos makanan dekat situ since PTPTN pon tak masuk lagi masa tu. Gigih tau!

Tapi akhirnya I dengan Teamwork tak dapat pergi SECRET RECEPI sebab ade one of friend I nie ingat ade SECRET RECEPI dekat tempat yg kami tuju, but then.. tak hado!!! So, we just choose Pizza Hut aje sbg kajian kami masa tu.

Tapi sebab I nie dah gigih sangat nak jejak kan kaki jugak kat SECRET RECEPI, so on March 2015 I nekad jugak ajak BFF pergi meninjau apa yang seronok sangat SECRET RECEPI tu sehinggakan dilabelkan sebagai High Class Restaurant oleh Lecture I.

Masa tu I pergi ke SECRET RECEPI KUALA TERENGGANU area MBKT. Since itu je yang I tahu, padahal ade tempat lain yang lagi besar yang I baru jumpe a few last week. Talking about SECRET RECEPI, sepanjang yang I buat review, SECRET RECEPI in KUALA LUMPUR but i forgot the exact place, akan sediakan keropok ikan free as starter. Tapi kat sini tak hado pun. Maybe ikot tempat jugak I pon tak tahulah. Its okay never mind.

So kalau pasal suasana n waiter waiteres so far tempat pon mahal.. everything is fine, tak lah bingit macam “ Aney...Teh Tarik satu!!!” haha.. semua sopan senyap senyap je makan sampai I rasa awkward. Tak biasa kan.

Talking about Harga pulak.. ha.. ini yang banyak nak review dari blog ke blog.

on that time menu yg kami order adalah.....

SINGAPORE SEAFOOD CURRY LAKSA    RM 23.00
CURRY LAKSA                                              RM 20.00
SPAGHETI MEAT BALL                                RM 20.00++
LIME PUNCH                                                  RM 7.80
STRAWBERRY SHAKE                                 RM 8.90
LEMON TEA                                                   RM 6.90
CHOC MOIST CAKE                                     RM 7.90
BLUEBERRY CHOC CAKE                            RM 7.90
CAKE (lupa nama )                                           RM 7.90




Portion of Makanan memang Daebak!! Banyak gila sampai I tak mampu nak habiskan 100%. I punya dish SINGAPORE SEAFOOD CURRY LAKSA, memang sedap kalau sambal belacan yang die bagi letak semua so barulah terasa UMMPH!! Kalau tak, rasa macam so so jelah pada tekak I.  Yang CURRY LAKSA i tak rasa pon sebab i tengok macam lebih kurang sama dengan i punye so maybe same je kot rase die cume takde sefood lah. 

I tak intend pon nak hapdet kat blog so i amek gambar tak proper pon makanan tu. sorry ya!

                              

SPAGHETI MEAT BALL is awesome!!. Sos die sedap sangat sampai I rasa that will be my second dish kalau perut I lapar lagi masa tu. You boleh prefer nak meatball atau ganti dengan chicken ball. Kawan I pilih Chicken Ball and the balls are nyummy!!!!! Banyak and Penuh bile kite ngap dalam mulut kite. So sedap i tell you... !
u see the balls?? so big kan??? nyummy sgt!
                               


LIME PUNCH are awesome too since I makan kuah berlemak so sangat refresh! I memang prefer LIME PUNCH after this.

STRAWBERRY SHAKE quite good too  i rasa sikit jer sebab perot I dah penuh sangat, while LEMON TEA macam rasa LEMON TEA. Hahah!

Talking about cake, kawan I yang beli so I rasa sikit sikit since actually I tak minat Choc Moist Cake and Choc Cake or even Cheese Cake.. but the taste are soooooo sweet sweet fat!. Haha Manis Berlemak and so moist, yah I Admit it is so sweettooth lover look like. But it just not my taste.

Biasa i prefer Cappucino Cake with hazelnut ke ape ntah tapi takde cake tu masa I pergi so I tak beli cake lah.

so the conclusion so far rasa and portion is mantop! But then.. SECRET RECEPI i rasa okay kalau u nak reward diri u untuk ape ape. Untuk daily routine bagi I macam membazir jugak since actually u can get the same taste and big portion on only RM10 below. Malah I dah jumpe Curry Laksa yang sedap giler and kenyang giler just at RM7.90+-.

Duit lebih lebih tu boleh lah kite gune untuk asset yg lebih bernilai right?? Since makanan akan hancur jugak dalam mulut and dihadamkan so i feel frustrated jugak if we put too much budget on food. Untuk sekali sekala tak salah kita merasa....

okay, till meet u again, bye!
Assalamualaikum.!

Thursday, October 30, 2014

Aku hanya mahu Nama!

Assalamualaikum and hai!
wah wah..... berkurun abad aku tak berceceh disini. wink wink
Sebenarnya niat aku pada malam ini hanya lah nak hapus mana saja unsur unsur yang sudah lapok lagi tidak berpaedah di teratak maya ini. Namun ada satu selumbar sebenarnya dalam hati ini yang membengkak menyampah pada apa yang berlaku akhir akhir ini. Begini kisahnya.

Secara jujurnya aku sangat respect pada mereka yang bergiat aktif dalam dunia kepimpinan, aktiviti , kelab dan bla bla bla sebabnya saya tergolong dalam kumpulan yang malas nak join semua bende alah itu. Maka, apabila ada insan-insan yang berhati mulia menguruskan itu dan ini secara tidak lansung aku terlepas daripada tanggungjawab fardhu kifayah aku. Terlebih dahulu, Syabas dan Terima Kasih pada mereka kerana melepaskan aku dari tuntutan itu.


Silap aku gak sebab suka ngat perhati dari side yang orang tak peduli. So aku nampak terkadang kita ini konon ikhlas apabila buat sesuatu perkara. Mulut kata "aku ikhlas" tapi tindakan tak sama dengan kata-kata. aku ambil dari sudut kepimpinan/join the club/pegang jawatan, senang direct cerita.malas putar putar tergeliat urat.

Pertama, ya. nak jadi orang yg Softskill tinggi perlu join itu ini. Memang membantu. Walau aku malas tapi aku tak kata benda itu tak berpaedah. lantaklah mahu join apa hatta banyak mana. Tetapi apa yang aku tak puas hatinya tu kenapa memilih dalam memberi komitmen? Apa yang aku nampak kita lebih senang beri komitmen pada sesuatu yang gah, yang orang pandang, yang orang akan kenal siapa kita daripada sesuatu yang kecil, yang remeh, yang cikai.. ah.. semua lah yang bersangkut paut.

Camnilah,, aku ini Fasilitator Program. wah, orang akan kenal aku,glamer u'olls. aku boleh tunjuk bakat aku yg aku boleh membimbing peserta program. Tapi nak buat program bukan tiba tiba saja boleh jadi program, perlu ada penyediaannya. persiapan program banyak sekali tapi  aku nak dtg bila program saja, sebab? aku rasa menjadi Fasilitator ini sudah tanggungjawab berat dan kerje persiapan itu biarlah mereka yang 'bawah-bawah' saja yang buat. Kurang Hajo. ya itu perkataan yg akan aku keluarkan pada org yg bersikap seperti "aku" di atas.

Kedua, situasi apabila aku jadi  Pengarah Program.. aku arah itu ini then aku tinggalkan orang bawahan aku untuk uruskan semuanya sementara aku berlalu pergi dengan alasan aku sudah bagi arahan. Cekadak Kau. dan lain lain situasi yang malas nak dgemburkan.

Satu saja yang aku nak fahamkan, bagaimana kepimpinan kita pada hari ini begitulah kepimpinan kita pada hari esok. Andai hari ini kita memilih dalam memberi komitmen maka esok akan jadilah kita pemimpin yang memilih dalam membantu rakyat. Terkenal pada nama tapi kosong dihati rakyat.

Sampai hari ini, aku sangat teringat pada kisah Khalifah Umar yang sanggup mengangkat makanan berguni dari istana secara diam diam pada waktu malam untuk diberi pada rakyat. Kisah itu sebenarnya membuat aku takut untuk menggalas amanah seorang pemimpin. Berat. Sangat Berat. aku nie tak pandai ngat agama fiqh fiqh bagai tapi alhamdulillah aku faham apa itu amanah. Kalau orang halalkan takpe,, kalau orang kutuk kita? kang dituntutnya kat akhirat? tak pasal terbako kita kat neraka. Nauzubillah!

Argh malas nk cakap lebih lebih... kang cakap lebih lebih orang kata "kau nak bagus, kau buatlah.. " uhuuuu.. sentap! alah, kita nie pendosa (gituw) aku sendiri banyak jer silap dan konon ikhlas nie tipulah kalau tak pernah buat. Cuma yelah, sampai bila kita nie nak berterusan macam ginim?

sikit tak banyak pon.. kene lah improve dunia wal akhirat. gittuuuww..
no offense. just light talk.
thank you.

#ah,nak tido tapi tak boleh!!! Assalamualaikum.











Saturday, June 7, 2014

Death, is just a matter of say Good Bye for a moment.

Assalamualaikum.. hai olls!

Saat jemari ini menaip beberapa butir di papan keyboard pada hari ini, sudah 2 minggu atok perempuan ataupun bahasa umumnya Nenek pergi mengadap Sang Pencipta, pulang ke tempat asalnya bagi setiap hamba bernyawa.

aku mengaku, untuk kehilangan kali ini aku berganda bersedia daripada kehilangan yang lepas, which is when I lost my father. Im try to be setabah yang boleh, setabah yang mungkin cz i know and i realize that death is not the ending.

Death is just a matter of a way to say good bye for a moment,
Death is just a matter of moving from this world to the other world.
Beside, kite kan muslim, for sure percaya pada kehidupan selepas kematian itu adalah antara rukun iman yang perlu kita pegang dengan teguh. so, i keep telling myself that lost someone is okay, as long as the one that we love go in Khusnul Khatimah, and the very important thing here are, WE, the one who are still alive must keep pray for them who are already go back to their "forever hometown"

but I admit, that i still human. actually there is a time, when all the memory with my late father and my late grandmom come, i keep hold my tear, and when it feel too much, of course Im crying. then i realize yang lebih banyak kita mengenang perkara lepas, lebih banyak kita akan buang masa menangis, walhal better we pray for them right?

so,for my prinsip lah,, im trying to ignore all the memory but it does not mean yang i try to forget them. Im just replace the memory with the Doa, i think its better for me, dan when im do like this, i feel positive about death.

well. i think enough for today.. haha. hari nie macam the death note pulak. kah kah.
oraite, till meet u guys again. assalamualaikum. 

Monday, March 31, 2014

Kadar Gula Rendah, antara punca keletihan berpanjangan.


Assalamualaikum. hai olls.

Pasti ada diantara kita yang berdepan dengan masalah keletihan yang berpanjangan. Kadang-kadang tu buat kerja tak seberapa tapi badan rasa letih sangat disertai dengan rasa pening-pening yang memusing. Jika ya, anda perlu buat Check Up segera kerana dikhuatiri anda mengalami kadar gula yang rendah.

                                  

Kadar gula yang rendah ini bunyinya seperti tidak membahayakan namun jangan terkejut kerana sekiranya anda membiarkannya tanpa dirawat, kemungkinan anda untuk Koma itu ada!.

Mengapa ya tiba-tiba sahaja saya berkongsi mengenai kadar gula rendah ini?? Sejak bila pulak saya tukar dari bidang Sains Sosial ke bidang Sains Perubatan?. Sebabnya saya baru sahaja sedar bahawa kadar gula rendah itu bahaya!. dan lagi, sebenarnya saya baru sahaja pulih daripada masalah kadar gula rendah ini. itu yang saya rasa nak berkongsi dengan anda semua agar sedikit sebanyak mampu lah jugak membantu kalau-kalau ada yang mengalami masalah keletihan yang tidak berkesudahan. O nom nom nom.

Dalam sebulan lebih yang lalu, saya saje - saje buat Check Up kadar gula di sebuah Farmasi di kampung kerana kebetulan dalam farmasi tu ada services Check Up Gula just for Rm4.00 only. itu pon sebab my mom yang paksa kerana pada masa itu saya demam for 3 weeks tak baik-baik. Saya ingatkan everything is fine, sebab saya tak pernah ambil kisah tentang kadar gula. Yelah, asal jangan amik manis lebih sudah takut diebetis kan. itu jelah yang saya mindset. Rupanya kadar gula saya masa tu rendah  which is at 3.6.

gambar sekadar hiasan.
                               
Menurut dokter tu, normal rate untuk kadar gula yang stabil adalah 7.0 something like that lah jika tidak berpuasa pada hari itu. So 3.6 itu rendah sangat sehingga saya dimarahi oleh doktor tu kerana kurang zat. katanya. sob sob sob.

dan yang penting, menurut dokter tu lagi, keletihan, demam yang berpanjangan, muka yang pucat serta pening-pening yang saya alami agak lama before this adalah berpunca daripada kadar gula yang rendah. Dimana kalau dibiarkan boleh pengsan., pengsan takpeh lagi.. koma tu mintak dijauhkan lah sana...


Jadinya, saya yakin dan percaya.. ramai kawan-kawan diluar sana yang mengalami masalah yang sama atau hampir sama.. lebih-lebih lagi bagi yang student seperti saya, makan tak teratur, so zat tak cukup.. last-last dalam kelas ting-tong menguap sana sini, badan sakit-sakit yang akhirnya boleh menjejaskan tumpuan kita. tak nak lah macam tu kan?.

Sekiranya anda ada mengalami simptom-simptom seperti :
  • rasa letih berpanjangan
  • pening yang kerap
  • kadar jantung yang laju
  • rasa cemas
  • mudah rasa seperti nak demam
  • kawan-kawan tegur await muka kau pucat
  • rasa nak tidur jer.. 
mungkin, anda juga mengalami kadar gula yang rendah. Jadinya cepat-cepat lah check gula RM4.00 biasanya di Farmasi berdekatan agar masalah anda boleh settle dan anda pon boleh jalani kehidupan dengan riang riang rianya! Yahoooo. seronok kan kalau kita bertenaga?.

namun perlu diingatkan, ini adalah antara punca keletihan. pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan sekiranya tak lagi sembuh. takut ada benda yang lain yang perlu di ambil serius. ewah ewah.. akhir-akhir nie jadi take care betul soal kesihatan. meh meh meh.

well, im just want to have a better life.
itu saja yg sy nak kongsi malam nih.harap bermanfaat.
jumpe lagi. assalamualaikum daun keladi.